Sumatif formatif

10
SUMATIF DAN FORMATIF UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989), ujian formatif adalah suatu pentaksiran semasa yang dilakukan ke atas satu unit pembelajaran. Lantas, ujian formatif ini dapat difahami sebagai suatu ujian yang dilakukan ke atas suatu kemahiran atau topik yang kecil selepas atau semasa pembelajaran. Ujian formatif merupakan ujian yang dilaksanakan secara tidak formal dan formal bergantung kepada keperluan guru dan murid. Ianya dilaksanakan secara berterusan sepanjang atau selepas proses pengajaran dan pembelajaran atau sesi persekolahan murid bagi menilai penguasaan murid terhadap sesuatu atau beberapa kemahiran yang diajar. Secara tidak langsung, ujian formatif membantu guru mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran atau unit yang diajar sebelum meneruskan proses pembelajaran seterusnya. Kelemahan yang dikenalpasti awal ini akan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dengan serta merta dan lebih mudah. Murid dapat dipastikan memahami dan menguasai kemahiran atau unit pembelajaran dengan baik Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989), ujian sumatif adalah suatu pengukuran yang dilakukan secara menyeluruh pada satu peringkat pembelajaran. Secara mudahnya, ujian sumatif adalah suatu ujian yang dilaksanakan secara berpusat pada peringkat sekolah ataupun kebangsaan. Ianya dilaksanakan selepas tamat suatu penggal atau satu peringkat pembelajaran merangkumi beberapa topik pembelajaran. Antara contoh ujian sumatif adalah peperiksaan akhir penggal atau pertengahan penggal, UPSR, SPM, dan PMR. Ujian ini dilaksanakan secara formal dengan cara bertulis ataupun melalui kemahiran amali seperti yang diperuntukkan untuk kerja projek bagi sesetengah matapelajaran. Ianya dilaksanakan pada suatu tempoh masa yang telah ditetapkan atau diselaraskan pada peringkat sekolah, daerah atau kebangsaan. Perlaksanaan ujian formatif membolehkan murid-murid digredkan mengikut pencapaian masing-masing dan seterusnya guru mudah membuat pengasingan kelas mengikut pencapaian murid. Hal ini adalah kerana

Transcript of Sumatif formatif

Page 1: Sumatif  formatif

SUMATIF DAN FORMATIF

UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF

Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989), ujian formatif adalah suatu

pentaksiran semasa yang dilakukan ke atas satu unit pembelajaran.

Lantas, ujian formatif ini dapat difahami sebagai suatu ujian yang dilakukan

ke atas suatu kemahiran atau topik yang kecil selepas atau semasa

pembelajaran.

Ujian formatif merupakan ujian yang dilaksanakan secara tidak formal dan

formal bergantung kepada keperluan guru dan murid. Ianya dilaksanakan

secara berterusan sepanjang atau selepas proses pengajaran dan

pembelajaran atau sesi persekolahan murid bagi menilai penguasaan

murid terhadap sesuatu atau beberapa kemahiran yang diajar. Secara tidak

langsung, ujian formatif membantu guru mengenalpasti tahap penguasaan

murid terhadap sesuatu kemahiran atau unit yang diajar sebelum

meneruskan proses pembelajaran seterusnya. Kelemahan yang

dikenalpasti awal ini akan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dengan

serta merta dan lebih mudah. Murid dapat dipastikan memahami dan

menguasai kemahiran atau unit pembelajaran dengan baik sebelum

meneruskan pembelajaran.

Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989), ujian sumatif adalah suatu

pengukuran yang dilakukan secara menyeluruh pada satu peringkat

pembelajaran. Secara mudahnya, ujian sumatif adalah suatu ujian yang

dilaksanakan secara berpusat pada peringkat sekolah ataupun

kebangsaan. Ianya dilaksanakan selepas tamat suatu penggal atau satu

peringkat pembelajaran merangkumi beberapa topik pembelajaran. Antara

contoh ujian sumatif adalah peperiksaan akhir penggal atau pertengahan

penggal, UPSR, SPM, dan PMR.

Ujian ini dilaksanakan secara formal dengan cara bertulis ataupun melalui

kemahiran amali seperti yang diperuntukkan untuk kerja projek bagi

sesetengah matapelajaran. Ianya dilaksanakan pada suatu tempoh masa

yang telah ditetapkan atau diselaraskan pada peringkat sekolah, daerah

atau kebangsaan.

 Perlaksanaan ujian formatif membolehkan murid-murid digredkan

mengikut pencapaian masing-masing dan seterusnya guru mudah

membuat pengasingan kelas mengikut pencapaian murid. Hal ini adalah

kerana pencapaian murid berdasarkan ujian sumatif ini memberikan nilai

yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan

seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

Secara mudahnya, tujuan perlaksanaan ujian formatif ini menurut Mok Secara mudahnya, tujuan perlaksanaan ujian formatif ini menurut Mok

Page 2: Sumatif  formatif

Soon Sang (2009), Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008), dan Lee Shok

Mee, Mok Soon Sang(1989) adalah :

1.  1.Ujian formatif bertujuan memperbaiki proses pengajaran dan

pembelajaran dari sudut guru dan murid :

Guru : dapat memperbaiki dan menambahbaik kelemahan dalam sesuatu

kaedah dan pendekatan yang digunakan sekaligus dapat menilai kemajuan

murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai

secara berpusat.

Murid : dapat memperbaiki kelemahan dalam sesuatu kemahiran dan unit

pembelajaran.

2.  2. Membolehkan murid mendapat keputusan yang terbaik pada

peperiksaan sumatif pada akhir penggal persekolahan.

3.  3. Memperbaiki kualiti dan meramal kemampuan pencapaian murid dari

semasa ke semasa.

4.  4. Membantu guru mengenalpasti matapelajaran yang murid masih lemah

dan yang telah dikuasai.

5.  5.Ujian formatif membantu murid untuk terus terbimbing dan dibimbing

untuk meningkatkan penguasaan mereka secara perbincangan atau soal

jawab dengan guru secara bersendirian atau berkumpulan terhadap

sesuatu kemahiran atau unit pembelajaran yang dikenalpasti masih lemah

melalui ujian yang dilaksanakan.

 Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata

“ cara formal dalam penilaian formatif memerlukan penyediaan

ujian yang melibatkan beberapa langkah seperti berikut:

Soon Sang (2009), Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008), dan Lee Shok

Mee, Mok Soon Sang(1989) adalah :

1.  1.Memberi gred kepada murid-murid berdasrkan pencapaian mereka dalam

peperiksaan yang dijalankan sekaligus mengesan pemeringkatan gred

mereka dari satu ujian kepada satu ujian yang seterusnya seperti ujian

percubaan UPSR dan peperiksaan UPSR yang sebenar.

2.  2.Mengenalpasti kesesuaian dan keberkesanan sesuatu perlaksanaan

kurikulum secara menyeluruh seperti program KBSR, PPSMI dan

sebagainya.

3.  3.Membolehkan guru membuat ramalan terhadap pencapaian murid dalam

peperiksaan seterusnya.

4.  4. Merekod keputusan murid dalam rekod profil.

5.  5.Menempatkan semula murid mengikut kedudukan berdasarkan

pencapaian mereka dalam kumpulan yang sesuai.

6.  6. Ujian sumatif yang dilaksanakan secara berpusat seperti PMR dan SPM

dapat memberi maklumat berkaitan pencapaian murid seluruh negara.

 Perlaksanaan ujian sumatif ini seterusnya dilaksanakan ke atas

sekumpulan murid secara berkelompok seperti semua murid tahun 6 SK

Kuala Medang menduduki peperiksaan akhir penggal dan semua murid

tingkatan 3 di seluruh Malaysia menduduki PMR pada bulan 9 ini.Tidak

seperti ujian formatif, ujian sumatif hanya boleh dilaksanakan secara formal

sahaja seperti ujian kertas-pensel.

Page 3: Sumatif  formatif

1.  1. Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai

2.  2. Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki.

3.  3. Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam

unit itu.

4.  4. Membetulkan item ujian.”

Berdasarkan pernyataan tersebut :

1. Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai.

Pada peringkat ini, guru perlu mengenalpasti dan

menyusun tajuk-tajuk pembelajaran yang akan diajar.

Tajuk-tajuk pembelajaran ini pula hendaklah disusun

mengikut tahap kesukaran dari mudah kepada sukar dan

dipecahkan kepada tajuk-tajuk kecil yang mudah sekiranya

ia mencakupi tajuk yang luas.

 2. Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki.

Setelah tajuk-tajuk yang akan diajar disusun, guru perlu

menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki

berdasarkan objektif pembelajaran dan isi pelajaran yang

terdapat dalam tajuk tersebut. Sebagai contoh, guru

menetapkan murid-murid perlu dapat membezakan najis

mukhaffafah dan najis mutawasittah pada tajuk ibadah

tahun 4.

 3. Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam

unit itu.

Bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan ujian sumatif, beberapa

langkah di bawah perlu diberi penekanan:

 Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Penyediaan jadual penentuan ujian atau jadual spesifikasi

ujian ini merangkumi semua tajuk dan topik pembelajaran,

masa pengajaran dan pembelajaran dan jumlah dan aras

soalan. Jpu yang lengkap ini membantu memudahkan guru

membina soalan yang lengkap dan mudah untuk

memastikan tiada topik pembelajaran yang tertinggal untuk

diuji.

2.  Membina soalan

Pembinaan soalan ujian ini hendaklah berdasarkan Jadual

Penentuan Ujian yang telah dibina. Soalan hendaklah

menguji hasil dan objektif pembelajaran sesuai dengan

kehendak asal perlaksanaan ujian ini dibuat. Pembinaan

soalan hendaklah mengandungi aras dari mudah kepada

sukar berdasarkan nisbah yang tepat. Ini bagi memberi

peluang kepada murid yang lemah untuk turut mendapat

Page 4: Sumatif  formatif

Pada peringkat ini, penyediaan ujian formatif merangkumi

pencapaian yang dikehendaki sebelum ini. Ianya tertakluk

hanya pada unit atau tajuk-tajuk pembelajaran yang

tertentu secara khusus. Guru mempersiapkan perkara-

perkara yang akan diuji dalam unit atau tajuk pembelajaran

tertentu yang telah diajar sahaja.

 4. Membetulkan item ujian

Selepas perlaksanaan ujian dilakukan, guru perlu membuat

refleksi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan

keputusan ujian formatif tersebut. Kelemahan dan

penguasaan murid secara optimum dalam seseuatu topik

atau unit pembelajaran dapat dikenalpasti selepas itu.

Tindakan susulan perlu dilakukan yang mana melibatkan

pemulihan bagi mengatasi kelemahan murid dan

pengayaan bagi memastikan murid terus menguasai

sesuatu kemahiran di dalam sesebuah tajuk pembelajaran

yang telah diajar.

 Perlaksanaan ujian formatif secara tidak formal adalah seperti

mengadakan sesi soal jawab secara lisan, latihan congak, kuiz dan

memeriksa hasil lembaran kerja murid. Manakala perlaksanaan ujian

formatif secara formal adalah seperti mengadakan ujian kertas-pensel

selepas beberapa unit kemahiran atau sesuatu unit pembelajaran telah

diajar. Perlaksanaan ujian ini seterusnya boleh dilaksanakan secara

individu, kumpulan atau kelas. Ianya tidak membabitkan tingkatan atau

markah dan membantu merangsang pemikiran murid yang

bijak untuk menjawab soalan yang sukar. Arahan dan

kehendak soalan juga hendaklah dinyatakan dengan jelas

pada kertas soalan.

3.  Mengumpul soalan secara sistematik

Soalan-soalan yang dibina biasanya terdiri daripada soalan

berbentuk objektif dan subjektif. Oleh itu, kepelbagaian

bentuk soalan ini juga hendaklah disusun dengan teratur

dan sistematik dan diasingkan mengikut bentuknya. Soalan

hendaklah disusun mengikut topik awal kepada seterusnya

mengikut JPU.

4.  Menguji soalan melalui kajian rintis

Soalan yang telah siap dibina kemudiannya diuji kepada

beberapa orang sampel murid bagi melihat kesesuain dan

memperbaiki kelemahan soalan yang didapati ada bagi

memastikan kesahan ujian adalah tinggi.

5. Menyiapkan skema pemarkahan

Penyediaan skema jawapan ini adalah bagi memastikan

skrip jawapan adalah selaras bagi ujian berpusat yang akan

diperiksa oleh bukan hanya seorang guru. Ini bagi

memastikan tidak berlaku diskriminasi dan menjadi

panduan kepada pemeriksa dalam memeriksa jawapan

murid.

Selepas perlaksanaan dan keputusan ujian dikeluarkan,

Page 5: Sumatif  formatif

keseluruhan jumlah murid yang ramai dalam sesuatu tahun pada sesuatu

masa.

Secara amnya, ujian formatif yang dilaksanakan secara tidak formal tidak

direkodkan. Bagi ujian formatif yang dilaksanakan secara formal pula, ianya

direkodkan menggunakan senarai semak atau rekod prestasi murid.

Melalui perlaksanaan ujian formatif ini, tindakan seterusnya adalah

membetulkan kesilpan murid dan menyediakan program pemulihan atau

pengayaan sesuai dengan tahap pencapaian murid.

Melalui ujian ini, murid-murid bermotivasi dan yakin untuk terus berusaha

memperbaiki kelamahan dan berusaha ke arah kecemerlangan kelak.

tindakan yang perlu dan boleh diambil adalah

menempatkan murid mengikut kumpulan yang sesuai,

memberi sijil dan gred mengikut tahap pencapaian mereka.

Sekaligus, para guru dapat membuat refleksi terhadap

keberkesanan sesebuah kurikulum yang telah dilaksanakan

itu.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN FORMATIF DAN SUMATIF

FORMATIF:

KEKUATAN KELEMAHAN

Boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal dalam

sesuatu masa yang tidak khusus atau khusus.

Perlaksanaan ujian formatif adalah tidak selaras dalam

sesebuah kelas, sekolah, daerah dan negara.

Tidak mendatangkan tekanan yang berat kepada murid-

murid, ibu bapa dan guru.

Menyukarkan guru untuk membuat penilaian dan refleksi

penilaian terhadap individidu murid sekiranya jumlah murid

adalah terlalu ramai bagi sesebuah kelas.

Melahirkan murid yang benar-benar memahami isi Tidak berjaya mewujudkan semangat persaingan antara

Page 6: Sumatif  formatif

pelajaran yang dipelajari dan menguasainya dengan baik. murid untuk berusaha mendapatkan keputusan yang

terbaik kerana pencapaian murid hanya bertujuan menguji

kefahaman mereka dan tidak berlaku perbandingan dengan

kelompok atau individu murid lain.

Sasaran boleh tertumpu kepada kumpulan, individu atau

secara kelas.

Menyukarkan tindakan guru untuk membetulkan kelemahan

murid serta merta semasa proses pengajaran dan

pembelajaran kerana dikhuatiri mengambil masa yang lama

jika gagal diurus dengan baik.

Membantu guru mengesan murid yang lemah secara

khusus dan terperinci berserta topik dan sub-topik yang

gagal dikuasai dengan baik.

Kelemahan murid adalah pelbagai dan tidak sama antara

satu sama lain. Sukar untuk guru memberi perhatian

kepada sesuatu kelemahan dengan tidak mengabaikan

mereka yang lain.

Murid-murid dapat membuat refleksi kendiri dan

memperbaiki kelemahan dalam sesuatu unit atau

kemahiran yang telah dipelajari sebelum meneruskan

pembelajaran kepada unit yang seterusnya dalam keadaan

bersedia.

perlaksanaan ujian adalah tidak selaras antara suatu kelas

dengan kelas yang lain atau sesebuah sekolah dengan

sekolah yang lain lantas kemampuan murid tidak diuji

secara sama rata terhadap sesebuah unit pelajaran atau

kemahiran.

Murid-murid meneruskan pembelajaran dalam keadaan

telah menguasai pembelajaran yang lepas atau pun

kemahiran yang asas sebelum mempelajari perkara yang

lebih kompleks pada tajuk yang seterusnya.

Murid-murid tidak dapat dibahagikan kepada kelas,

kumpulan atau kelompok yang khusus berdasarkan

keputusan ujian formatif kerana keputusannya didapati

melalui ujian yang tidak formal dan tidak direkodkan.

Seterusnya, ujian yang formal pula hanya dilaksanakan

pada masa yang singkat dan menguji sebahagian kecil unit

Page 7: Sumatif  formatif

atau sesuatu kemahiran yang diajar pada ketika itu.

Guru dapat memperbaiki dan melakukan penambah baikan

terhadap kaedah dan pendekatan yang digunakan semasa

mengajar untuk sesi yang seterusnya.

SUMATIF:

KEKUATAN KELEMAHAN

Membantu para guru dan pemikir kurikulum terhadap

keberkesanan perlaksanaan sesuatu kurikulum seperti

KBSR dan KBSM kepada murid-murid di seluruh negara.

Memberi tekanan kepada murid, ibu bapa dan guru untuk

memastikan murid-murid mendapat keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan untuk meningkatkan gred

pencapaian sekolah.

Tindakan pensijilan murid-murid yang dilaksanakan selepas

peperiksaan memberi motivasi dan semangat untuk murid-

murid yang mendapat gred yang baik untuk meneruskan

pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Melahirkan murid-murid yang berorientasikan peperiksaan

dengan menghafaz isi pelajaran tertentu dan bukan

memahaminya secara mutlak.

Memberi motivasi kepada murid-murid untuk belajar dan

mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan.

Menimbulkan rasa rendah diri dalam kalangan murid yang

mendapat gred pencapaian yang rendah kerana

keputusannya kelak akan dibandingkan dengan

pencapaian murid-murid lain.

Mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan murid dan

sekolah untuk meningkatkan pencapaian individu murid dan

Gred pencapaian yang diperoleh kadangkala berasaskan

nasib dan tuah, bukannya usaha murid tersebut. Murid

Page 8: Sumatif  formatif

sekolah masing-masing melalui keputusan yang cemerlang. yang cemerlang tetapi kebetulan menghadapi masalah lain

seperti kesihatan pda ketika menduduki peperiksaan tidak

dapat menunjukkan prestasi yang terbaik dan tidak dapat

menduduki peperiksaan seperti asal.

Pembahagian murid-murid kepada kelas dan kumpulan

mengikut gred pencapaian ujian atau peperiksaan

memudahkan guru mengenalpasti murid yang lemah dan

murid yang bijak sekaligus melakukan kepelbagaian dalam

kaedah mengajar secara khusus sesuai dengan tahap

murid.

Penyediaan soalan yang meliputi kesemua topik

pembelajaran yang telah diajar sukar untuk diseimbangkan

dengan baik kerana topik yang banyak dan jumlah soalan

yang terhad.

Penggredan yang dilakukan melalui ujian sumatif ini

membantu mereka mendapatkan biasiswa untuk

meneruskan pengajian secara adil berdasarkan

kecemerlangan dan keupayaan mereka dalam

peperiksaan.

Masa perlaksanaan ujian adalah singkat tidak bertepatan

untuk menguji pemahaman dan pengetahuan murid

terhadap pembelajaran yang berlaku untuk pada suatu

penggal atau beberapa tahun.

Membuat penilaian yang selaras untuk semua murid dalam

sesebuah sekolah, daerah atau negara dengan tahap

kesukaran dan jumlah soalan yang sama untuk semua

murid walau di mana mereka berada.

Hanya boleh dilaksanakan secara formal.