Sumbangan Campuran Konkrit Dan Kayu

download Sumbangan Campuran Konkrit Dan Kayu

of 5

Transcript of Sumbangan Campuran Konkrit Dan Kayu

  • 8/7/2019 Sumbangan Campuran Konkrit Dan Kayu

    1/5

    SUMBANGAN CAMPURAN KONKRIT DAN KAYU

    Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Iamerupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-

    bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkanKonkritlebih banyak digunakan berbanding bahan buatan manusia di dunia.. Ia digunakan sebagai

    laluan pejalan kaki, membina struktur, asas, jalan, jalan lintasan, struktur meletak kereta,

    dinding batu-bata, dan dasar bagi pintu pagar, pagar, dan tiang. Konkrit merupakan industri

    bernilai USD 35 billion yang menggajikan dua juta pekerja di Amerika Syarikat sahaja. Sekitar

    55,000 batu jalan di Amerika diperbuat daripada bahan ini, dan negara China menggunakan

    sekitar 40% dari penghasilan simen dunia

    Sumbangan campuran konkrit dengan kayu dalam aspek pemuliharaan alam sekitar

    ialah kita dapat menjimatkan penggunaan simen.Seterusnya, kita juga dapat mengelakkan

    pembuangan kayu yang tidak digunapakai dengan mencampurkan ia dengan konkrit bagi

    tujuan menampung sesuatu binaan. Dengan ini, binaan kita akan lebih selamat dan dapat

    bertahan dengan lebih lama. Kayu serpihan ataupun yang telah patah turut dapat dicampurkan

    dalam konkrit tersebut. Hal ini kerana kayu terbuang boleh dijadikan elemen gantian dalam

    konkrit. Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan.

    Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan elemen

    elemen yang lain.

  • 8/7/2019 Sumbangan Campuran Konkrit Dan Kayu

    2/5

    Konkrit dengan campuran elemen tersebut turut kukuh, tetapi jika kita mencampurkan

    konkrit dengan kayu, ia akan menjadi semakin kukuh. Konkrit mengeras dan membeku dengan

    kehadiran air. Sifat ini penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang

    basah. Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga

    lain. Konkrit boleh di bancuh untuk dibentukkan menjadi sebarang bentuk mengikut acuan.

    Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

    Selain itu, dengan menggunakan campuran kayu dalam konkrit, struktur binaan

    sesebuah bangunan juga akan lebih kukuh dan mantap. Jika sebelum ini, binaan cepat runtuh

    serta terhakis, apabila kita mencampurkan ia dengan kayu, ia akan lebih tegap dan kukuh.

    Sebagai contohnya, kita dapat lihat daripada pembinaan sekolah, bangunan tinggi juga

    bangunan rendah. Jika dibuat pemerhatian, bangunan yang hanya diselaputi dengan konkrit

    akan mudah retak jika dibandingkan dengan bangunan yang menggunakan campuran konkrit

    dan kayu.

    Apabila bangunan-bangunan tersebut telah menunjukkan kesan retak, ia menimbulkan

    kebimbangan kepada para penghuni kerana dibimbangi akan menyebabkan keruntuhan. Jika

    konkrit tersebut terdedah dengan titisan serta aliran air, ia akan mempercepatkan berlakunya

    kerertakan terhadap konkrit tersebut. Jadi, bagi menegelakkan masalah seumpama ini berlaku,

    para pembina atau jurutera akan meletakkan campuran kayu dalam konkrit tersebut.

    Berkesinambungan dalam keselamatan serta bebas daripada keretakan serta

    keruntuhan bangunan, ia sekaligus dapat menyelamatkan nyawa manusia serta alam sekitar.

    Kayu merupakan suatu elemen yang mesra alam sekitar. Hal ini bertentangan dengan konkrot

    atau simen yang merupakan campuran sebatian kimia. Simen akan terbebbas ke udara dan

    akan mengakibatkan masalah kesihatan kepada masyarakat. Selain itu, berlakunya

    penyumabtan saluran air apabila simen-simen tersebut telah terkena air. hal ini sekaligus akan

    mengakibatkan masalah tanah runtuh serta banjir.

    Dewasa ini, bangunan yang dibina oleh para jurutera tidak mendapat lesen sah

    menduduki apabila pihak bomba datang memriksa taraf keselamatan. Hal ini kerana sikap

    ketidaktanggungjawaban golongan kontraktor yang bersikapa mementingkan wang ringgit

    semata-mata telah menghasilkan kepda masalah yang besar dan kerugian yang tinggi kepada

  • 8/7/2019 Sumbangan Campuran Konkrit Dan Kayu

    3/5

  • 8/7/2019 Sumbangan Campuran Konkrit Dan Kayu

    4/5

    Selain itu, kita juga perlu meneliti cara konkrit tersebut diletakkan dalam acuan bersama

    kayu, jika konkrit tersebut dicampur dengan kayu, mungkin kita memerlukan acuan yang agak

    besar serta tingggi. Hal ini turut bergantung kepada tujuan pembinana tersebut. Jika konkrit

    tersebut dibina untuk tiang, ia perlu mencari kayu yang lebih panjang untuk ditanam di dalam

    konkrit. Jika dahulunya, bagii mebina tiang, kita mencampurkan konkrit dengan dawai besi.

    Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat

    tegasan tekanan (compressive stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress).Contoh

    tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak tembok, lantai atas

    tanah. Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang kelulididalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan.

    Seperti yang sedia maklum, besi merupakan bahan yang cepat berkarat apabila

    terdedah dengan udara dan air. jadi tidak hairanlah jika besi tersebut akan berkarat di dalam

    pembinaan tiang tersebut sekalogus menyebabkan keretakan terhadap tiang tersebut kerana

    besi di dalamnya sudah reput dan patah. Konkrit campuran kayu juga mampu menghasilkan

    nilai estetiknya yang tersendiri. Jika kita mencampurkan konkrit tersebut dengan kayu, mungkin

    kita boleh menjadikan kedua komponen tersebut sebagai lantai di rumah. Ia akan menimbulkan

    kesan estetika yang tersendiri kepada rumah tersebut.

    Tahap kebolehkerjaan konkrit juga boleh dipertingkatkan apabila kita mencampurkan ia

    dengan kayu. Tahap kebolehkerjaan ialah kebolehan campuran konkrit batu untuk mengisi

    bentuk tanpa mengurangkan kualiti konkrit. Kebolehkerjaan bergantung kepada kandungan

    air,simen ,kandungan batu baur serta tambahan kayu sebagai penambah campuran.

    Kebolehkerjaan boleh diukur dengan "ujian turun", satu ukuran mudah bagi menguji kelikatan

    campuran simen baru menurut ujian piawai ASTM C 143 atau EN 12350-2. Kemendakan

    biasanya diukur dengan mengisi satu "kon Abrams" dengan suatu sampel dari satu kumpulan

    baru campuran simen. Kon diletakkan dengan bahagian lebar pada satu permukaan tidak

    menyerap. Apabila kon diangkat naik, konkrit yang tinggal akan tumbang pada jumlah tertentu

    akibat tarikan graviti. Suatu sampel yang kering akan mendak sedikit sahaja, sekitar satu atau

    dua inci (25 atau 50 mm). Satu campuran simen agak basah mungkin mendak sehingga enam

    atau tujuh inci (150 to 175 mm).

  • 8/7/2019 Sumbangan Campuran Konkrit Dan Kayu

    5/5

    Sumbangan setersusnya campuran konkrit dengan kayu adalah bahan buangan kayu

    turut dapat dikitar semula dan dijimatkan. Jika sebelum ini, bahan seperrti serbuk kayu

    dibuang, atau dilupuskan dan hanya menjadi sebagai ejen pembakar sahaja. Mungkin selepas

    ini kita dapat menggunakan serbuk kayu tersebut sebagai agregat atau ejen penambah

    kekuatan dalam konkrit serta tidak mustahil kita mampu menggantikan penggunaan batu baur

    serta pasir dengan serbuk kayu bagi tujuan campuran konkrit.