Sumbangan Ibnu Al-ghazali

download Sumbangan Ibnu Al-ghazali

of 8

Transcript of Sumbangan Ibnu Al-ghazali

SUMBANGAN IBNU AL-GHAZALI (AL-GAZEL) DALAM PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

PENDAHULUANAgama Islam telah berkembang setelah berlakunya penghijrahan Baginda Nabi Muhammad S.A.W daripada Mekah ke Madinah setelah mendapat wahyu daripada Allah S.W.T dalam surah Al-Hijr. Bangsa arab sebelum kedatangan Islam terdiri daripada dua kumpulan etnik, satu dari selatan dan satu lagi dari utara. Penduduk utara kebanyakannya dari kalangan orang nomad sedangkan penduduk selatan memiliki cara hidup yang lebih tetap dan lebih bertamadun. Penduduk Arab selatan pada penghujung abad ke-2 S.M. telah memiliki satu kebudayaan yang maju sama seperti orang Mesir dan Mesopotamia. Dengan kedatangan Islam berlakunya perubahan besar dalam Tamadun Arab. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W telah mengubah sistem politik, ekonomi, dan sosial masyarakat tanah arab. Perubahan yang lebih pesat dapat disaksikan pada zaman khulafa AlRasyidin iaitu ketika di bawah pemerintah Sayidina Abu Bakar Ar-Siddiq, Uthman Bin Afan, Umar Al-Khattab dan Sayidina Ali. Wilayah kekuasaan Islam telah berkembang ke Afrika Utara dan Mesir. Disebabkan berlakunya perkembangan sebergini, penguasaan kerajaan Islam menjadi lebih mudah dalam menyampaikan sebarang dakwah berkenaan dengan agama Islam. Oleh itu, apabila agama Islam telah mula berkembang,maka lahirlah tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang telah banyak menyumbang kepada ilmu pendidikan masa kini. Antara tokoh Islam yang agung adalah seperti Ibnu Sina, Ibnu Al-Ghazali , Ibnu Khaldun, Al-Farabi, Ibnu Rushd, Al-khawarizmi, Jabir Ibnu Haiyan, Ibnu Hajah, Al-Razi, dan Ibnu Haitham.1

ISIRIWAYAT HIDUP IBNU AL-GHAZALI

Ibnu Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 hijrah bersamaan dengan 1058 masihi di at-Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan, Iran. Nama sebenar beliau ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Beliau digelar AlGhazali bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan ia mengambil sempena nama kampong kelahirannya, Ghazalah. Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli sufi yang sangat warak. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Imam al-Ghazali adalah seorang ulamak, ahli falsafah Islam dan ahli fikir yang terkenal dan terkemuka hingga kini. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya. Sumber :- Choong Lean Keow,(2010). Siri Pendidikan Perguruan Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. U.G Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur : KUMPULAN BUDIMAN SDN BHD

2

KEPERIBADIAN IBNU AL-GHAZALI

Ibnu Al-Ghazali mempunyai daya fikiran dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah. Beliau menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran dalam bidang ilmu yang dipelajari. Ibnu al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan. Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang tealah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi. Sifat keperibadian Imam al-Ghazali perlulah dicontohi oleh setiap lapisan penuntut ilmu,kerana dengan ilmu sahaja dapat mengubah pandangan orang dan dapat memartabatkan diri sendiri ke arah yang lebih baik serta ilmu yang diperolehi dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Sumber : http://tokohsufi.wordpress.com/2009/11/03/imam-al-ghazali/

PENDIDIKAN YANG DIPEROLEHI OLEH IBNU AL-GHAZALI

Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana keluarganya miskin. Beliau mempelajari ilmu Fikah pada waktu itu. Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah, dan falsafah serta menyelidik dan mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidang-bidang tersebut. Selepas itu, beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang bernama Ahmad AlRazkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jorjan. Oleh sebab AlImam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu. Beliau telah dilantik menjadi maha guru di3

Madrasah Nizamah di Baghdad. Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Mekkah, Medinah, Mesir, Jerusalem untuk mendalami ilmu falsafah yang dipelajarinya. Sewaktu dalam pengembaraan beliau telah menulis kitab Ihya Ulumuddin yang member sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam dalam semua masalah yang masih menjadi rujukan pada masa kini. Sumber : http://tokohsufi.wordpress.com/2009/11/03/imam-al-ghazali/

4

SUMBANGAN IBNU AL-GHAZALI DALAM PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Ibnu al-Ghazali berpendapat bahawa untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan ilmu diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T. Ibnu al-Ghazali adalah seorang ahli fikir yang telah meninggalkan jasa yang dapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa hasil karya Imam al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat pengajian tinggi sehingga kini. Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah,akhlak dan tasawuf. Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya seperti Jalaluddin Ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah. Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikian pengkaji-pengkaji barat menganggap Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah. Antara hasil-hasil karya beliau lain adalah termasuk Juwahir Al-Quran, Al-Munqiz Min ad-Dalal, Minhaj alAbidin, Mizanul amal, Asma Allah al-Husna, Tahafut al-Falasifah, Ayuyuha al-Walad dan kimia as-saadah. Beliau seorang yang produktif menulis. Karya ilmiah beliau sangat banyak sekali. Di antara karyanya yang terkenal ialah dalam masalah ushuluddin dan aqidah:1. Arbain Fi Ushuliddin. Merupakan juz kedua dari kitab beliau Jawahirul Quran. 2. Qawaidul Aqaid, yang beliau satukan dengan Ihya Ulumuddin pada jilid

pertama.3. Al Iqtishad Fil Itiqad. 5

4. Tahafut Al Falasifah. Berisi bantahan beliau terhadap pendapat dan pemikiran

para filosof dengan menggunakan kaidah mazhab Asyariyah.5. Faishal At Tafriqah Bainal Islam Wa Zanadiqah.

Secara keseluruhannya,Imam al-Ghazali telah menghasilkan lebih daripada 400 buah karya dalam pelbagai bidang seperti teologi, falsafah, sains dan ilmu sufi. Hasil karya Imam Al-Ghazali yang agung itu telah berjaya mengekalkan keberkesanan sumbangan beliau sepanjang abad. Fikiran beliau tidak luntur dengan peredaran zaman. Sebaliknya, fikiran beliau yang bernas tetap hidup segar bersama-sama pengaruh beliau yang kuat dan meluas dalam bidang falsafah Islam sehingga hari ini. Sumber : Choong Lean Keow,(2010). Siri Pendidikan Perguruan Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. U.G Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur : KUMPULAN BUDIMAN SDN BHD

Sumber : http://tokohsufi.wordpress.com/2009/11/03/imam-al-ghazali/

6

KESIMPULANKejayaan seseorang tokoh pemikir Islam seperti al- Ghazzali menghasilkan karya ilmiah bagi menjelaskan kepada masyarakat tentang kaedah dan metodologi kajian ilmiah yang bukan sahaja tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip ajaran alTauhid, tetapi juga boleh dimanfaatkan dengan cara yang baik dalam perbahasan ilmuilmu Islam. Al-Imam al- Ghazzali adalah seorang tokoh yang telah terlibat secara langsung dengan disiplin-disiplin ilmu berkaitan dengan Pemikiran Islam seperti Falsafah yang merangkumi ilmu Logikal, Ilm al-Kalam, Usul al-Fiqh dan al-Tasawwuf Keupayaan beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu Islam membuktikan bahawa beliau merupakan seorang ahli falsafah Islam yang mempunyai pemikiran yang mantap dan dalam konteks disiplin Logikal, beliau telah berjaya menguasainya dengan baik. Imam al-Ghazali telah banyak menghasilkan karya ilmiah dalam bidang Logik dan karyakarya tersebut menjadi bahan rujukan asas bagi pengajian Logik yang berlangsung sama ada dalam sistem pendidikan formal atau sebaliknya. Al-Ghazzali menjadi perintis kepada usaha mempertautkan disiplin ilmu Islam dengan disiplin Logik yang menjadi manhaj kepada Falsafah Greek. Penolakan beliau terhadap beberapa aspek Falsafah yang dilihatnya tidak serasi dengan ajaran akidah Islam tidak menghalang beliau untuk menggerakkan usaha murni ini yang lahir daripada tanggapan positif beliau terhadap disiplin Logik yang merupakan manhaj warisan peninggalan Aristotle dan sesetengah buah fikiran kumpulan Stoik (Arab: al-Rawaqiyyun; Inggeris:

7

Stoics) Usaha beliau ini telah diserlahkannya menerusi penghasilan kitab al- Mustasfa min 'Ilm al-Usul (Saripati Perundangan Islam). Sumbangan beliau yang cukup besar dalam bidang ini yang kurang didedahkan secara terperinci oleh sarjana tempatan. Sumbangan bernilai beliau menghuraikan kaedahkaedah Logik dalam kitab al-Mustasfa berasaskan pendekatan "mesra ulama" Para sarjana lebih banyak menonjolkan ketokohan beliau dalam bidang-bidang seperti alTasawwuf dan Pendidikan, sedangkan jikalau dilihat kepada biografinya, AI-Ghazzali banyak melibatkan diri dalam bidang Logik. Banyak karya ilmiah dalam bidang ini yang dihasilkan di sepanjang hidupnya. Rasional sumbangan terpenting beliau dalam bidang Logik diketengahkan menerusi kitab al-Mustasfa adalah berdasarkan hakikat bahawa karya tersebut merupakan karya pertama yang meletakkan Logik sebagai mukadimah perbahasannya.. Pendedahan tentang sumbangan al-Ghazzali dalam bidang Logik juga memaparkan ketokohannya yang hebat dalam bidang sekali gus dapat tersebut dan juga

mengetengahkan asas pemikiran Logik al-Ghazzali yang terkandung dalam karya-karya ilmiah hasilnya. Penelitian secara mendalam terhadap metodologi kajian ilmiah dan pemikiran epistemologinya boleh membantu umat Islam membina suatu budaya berfikir dan budaya kajian ilmiah yang mantap dan tersusun berasaskan roh ajaran al-Qur'an dan al-Sunnah. la juga diharapkan dapat mendedahkan kepada para ilmuwan tentang penggunaan Logik Greek yang telah dipelopori oleh al-Imam al-Ghazzali dengan disiplin ilmu Islam.

8