Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

48
0 Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan di Kawasan Setempat Nama Tingkatan 2

description

Kerja kursus Geography Tingkatan 2

Transcript of Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

Page 1: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

0

Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap

Pembangunan di Kawasan Setempat

Nama

Tingkatan 2

No. K/P

Nama Sekolah

Tajuk Kerja Kursus Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan di Kawasan

Setempat

Guru penilai

Page 2: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

1

ISI KANDUNGAN

1.0 Penghargaan 2

2.0 Pendahuluan 3

3.0 Objektif kajian 4

4.0 Kawasan kajian 5

4.1 Latar belakang kawasan kajian 5

4.2 Jarak dari bandar terdekat 5

4.3 Lokasi kawasan kajian 5

4.4 Lampiran peta daerah 6

4.5 Peta lakar kawasan kajian 7

5.0 Kaedah kajian 8

6.0 Hasil kajian 9

6.1 Jenis-jenis kegiatan ekonomi 9-13

6.2 Faktor-faktor kegiatan ekonomi 14-16

6.3 Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap kawasan kajian 17-19

6.4 Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar 20-25

6.5 Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar 26-28

6.6 Data-data dalam bentuk jadual dan grafik 29-30

7.0 Rumusan 31

8.0 Lampiran 32

8.1 Lampiran 1: Surat pemberitahuan

8.2 Lampiran 2: Surat makluman

8.3 Lampiran Surat kebenaran

9.0 Rujukan 33

Page 3: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

2

1.0 PENGHARGAAN

Kerja Kursus Geografi (KKG) ini telah berjaya disiapkan dengan jayanya dalam tempoh yang

ditetapkan iaitu selama lapan minggu. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini,

banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj. XXXX selaku pengetua XXXX,

yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakan kajian yang menarik ini.

Tidak lupa juga kepada XXXX sebagai guru Geografi yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar

serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah

ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan sekitar Kampung XXXX

dan pekan XXXX, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakan kajian pada

kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya

merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu XXXX serta rakan-

rakan seperjuangan yang banyak membantu dari segi moral dan idea kepada saya sepanjang

menyiapkan kajian ini. Tanpa kerjasama daripada semua pihak mungkin tugasan ini tidak dapat

disiapkan oleh saya.

Page 4: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

3

2.0 PENDAHULUAN

Kajian Geografi Tempatan (KGT) adalah kerja kursus Geografi yang wajib dijalankan oleh pelajar.

Tajuk kerja kursus yang diberikan ialah Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan di

kawasan kajian. Pelajar telah diberi kebebasan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang

dipilih sendiri.

Saya telah memilih kawasan Kampung XXXX dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan kajian.

Kawasan ini telah dipilih kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan tajuk kerja

kursus yang diberikan iaitu terdapat pelbagai kegiatan ekonomi yang dijalankan disini. Kawasan

kajian ini juga adalah kampung halaman saya. Oleh yang demikian, ia memudahkan saya membuat

kaji selidik dan pemerhatian di kawasan ini.

Tempoh yang diberikan untuk menjalankan dan menyiapkan kerja kursus ini ialah selama lapan

minggu iaitu bermula dari bulan Jun sehingga bulan Julai. Setiap pelajar menulis satu laporan yang

lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap kajian dan laporan ini akan memberi

manfaat dan faedah khususnya kapada saya serta rakan-rakan sekolah, juga secara amnya kepada

masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

Page 5: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

4

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian Geografi Tempatan (KGT) bertajuk “Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap

Pembangunan di kawasan kajian” adalah seperti berikut:

1) Mengenalpasti jenis - jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian dan persekitarannya serta

faktor yang mempengaruhinya.

2) Mengkaji dan mengenalpasti sumbangan kegiatan ekonomi tersebut terhadap pembangunan di

kawasan kajian.

3) Mengenalpasti kesan-kesan kegiatan ekonomi setempat terhadap alam sekitar.

4) Membincangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi setempat terhadap

alam sekitar.

Page 6: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

5

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah Kampung XXXX dan kawasan persekitarannya

termasuk pekan XXXX. XXXX merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri

Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam

membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di

selatan serta Selat Melaka di barat.

Bandar utama di sini adalah pekan XXXX, XXXX dan XXXX. XXXX dikatakan dibuka oleh enam

orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama "XXXX' iaitu 'sahabat berenam'. Kegiatan

ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan penanaman XXXX, kelapa dan kelapa sawit. XXXX

merupakan kawasan penanaman XXXX yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar XXXX.

Suatu masa dahulu (1970an), terdapat banyak kebun koko diusahakan oleh pekebun kecil di daerah

ini.

Kampung XXXX merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah XXXX, Selangor. Mengikut

sejarah awal kampung ini, nama XXXX adalah diambil dari gabungan antara bahasa XXXX dan

Jawa. 'XXXX' merupakan salah satu bahasa XXXX yang bermaksud sunyi dan 'XXXX' adalah dari

bahasa Jawa yang bermaksud mendarat. Kedua- dua perkataan ini digabungkan dan diringkaskan

menjadi perkataan XXXX. Perkataan XXXX seterusnya digunakan sehingga sekarang dan

seterusnya lebih dikenali dengan nama Kampung XXXX. 

Kedudukan kampung ini berhampiran dengan XXXX yang tanahnya sesuai untuk sektor pertanian.

Penerokaan kampung ini bermula pada awal tahun 1920 setelah kehadiran peneroka yang diketuai

oleh En Johari melalui jalan sungai. Hal ini terbukti dengan wujudnya beberapa perkuburan lama

Page 7: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

6

yang terdapat di tebing sungai di kampung ini. Kedudukan Kampung XXXX sejauh XX batu dari

pekan XXXX.

Rajah 1. Peta negeri Selangor menunjukkan kedudukan daerah XXXX.

Page 8: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

7

Rajah 2. Peta Kampung XYZ dan kawasan sekitarnya.

Page 9: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

8

5.0 KAEDAH KAJIAN

3 kaedah kajian telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan yang

berkaitan dangan sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan di Kampung XXXX.

Kaedah - kaedah yang telah digunakan ialah seperti berikut:

1) Pemerhatian

Saya telah melawat kawasan kajian bersama - sama ahli keluarga saya untuk melihat sendiri jenis -

jenis kegiatan ekonomi yang ada kawasan tersebut. Bentuk muka bumi, jenis tanah; kemudahan

prasarana dan kemudahan teknologi juga antara perkara yang diberi perhatian.

2) Temubual

Saya telah menemubual beberapa orang penduduk di kawasan Kampung XXXX bagi mendapatkan

maklumat - maklumat penting, terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dan sepenuh masa

di dalam kegiatan ekonomi. Antara yang ditemubual adalah pengusaha produk makanan, pengusaha

bengkel dan seorang pemilik sawah padi.

3) Rujukan

Selain dari dua kaedah diatas, saya juga membuat rujukan di Pusat Sumber (perpustakaan),

menyemak buku-buku teks Geografi, membaca petikan surat khabar, menonton program bercorak

rencana (dokumentari) ditelevisyen dan melayari laman sesawang (internet) bagi mendapatkan

maklumat-maklumat tambahan.

Page 10: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

9

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

Jenis-jenis kegiatan ekonomi yang utama yang terdapat di kawasan Kampung XXXX dan kawasan

persekitarannya ialah aktiviti pertanian, keusahawanan dan pelancongan. Pertanian merupakan

kegiatan ekonomi yang utama.

Rajah 3. Jenis-jenis kegiatan ekononi di Kampung XXXX.

Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

Pertanian

PelanconganKeusahawanan

Page 11: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

10

1) Pertanian

Pertanian adalah merupakan kegiatan ekonomi yang utama di kawasan Kampung XXXX. Kegiatan

ekonomi pertanian yang dijalankan adalah seperti:

a) Tanaman Kelapa Sawit

Tanaman utama penduduk di sini ialah tanaman kelapa sawit

yang diusahakan secara berkelompok. Pada tahun 1991, projek

penanaman sawit secara berkelompok telah bermula di Tanjung

Ketum. Projek ini bagi

menggantikan pokok lama dan

ianya melibatkan kawasan seluas 90 ekar. Pada tahun 1995,

projek peringkat kedua telah dijalankan di Kampung XXXX.

Pada peringkat kedua ini, ianya melibatkan kawasan seluas 50

ekar.

b) Tanaman Kelapa Matak

Penanaman kelapa matak turut dilakukan oleh penduduk

Kampung XXXX. Hal ini dapat dilihat pada tahun 2000 iaitu

projek tanaman kelapa matak telah dijalankan bagi menggantikan

kelapa biasa yang sudah kurang hasilnya. Projek ini melibatkan

kawasan seluas 41 ekar.

c) Penanaman Padi

Padi banyak ditanam di kawasan Kampung XXXX dan dikawasan sekitarnya. Kawasan bentuk

mukabumi yang rata, tanah sesuai untuk penanaman padi dan sistem pengairan yang sistematik dan

Page 12: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

11

cekap menjadikan penanaman padi kedua terpenting selepas penanaman kelapa sawit. Penanaman

padi dijalankan dengan penggunaan teknologi dan kaedah moden, seperti penggunaan mesin untuk

menyemai benih padi dan penuaian padi.

d) Penternakan Haiwan

Penternakan haiwan dijalankan secara kecil-kecilan oleh pendudun di Kamung XXXX. Ianya

merupakan kegiatan sampingan berbanding dengan kegiatan penanaman kelapa sawit, kelapa

matak dan penanaman padi. Jenis - jenis kegiatan penternakan haiwan adalah seperti berikut:

a) Ternakan ayam dan itik.

b) Ternakan kambing.

c) Ternakan lembu.

d) Ternakan ikan air tawar.

Antara jenis ikan yang diternak ialah talapia merah, keli dan haruan.

2) Pelancongan

Kawasan Pelancongan dan Kebudayaan adalah amat penting untuk memperkenalkan sesuatu tempat

atau sesebuah kampung dan menjadi daya penarik kepada pelancong daripada dalam atau luar

negara. Ia secara tidak langsung mampu menjana dan meningkatkan pendapatan penduduk

setempat. Kawasan Pelancongan dan Kebudayaan yang terdekat adalah di pekan XXXX, antara

tempat-tempat pelancongan ialah:

1) XXXX Resort, pekan XXXX

2) XXXX Resort, pekan XXXX

3) Muara Pangkalan Tanjung, XXXX

4) Homestay

Page 13: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

12

Gambarfoto Kawasan Pelancongan di Kampung XXXX

3) Keusahawanan

Keusahawanan adalah salah satu sumber yang menjana ekonomi kampung serta individu. Kegiatan

keusahawanan di Kampung XXXX lebih tertumpu kepada perusahaan kecil dan sederhana sahaja.

Perusahaan pembuatan makanan merupakan perusahaan yang utama dan ia mendapat galakan dan

sokongan daripada pihak kerajaan. Antara perusahaan kecil dan sederhana yang dijalankan adalah

seperti berikut:

Bil

.

Jenis produk Pasaran

1 Tempe pemborong, tempatan, pasar malam

2 Roti pau, kucuk dan apam balik tempatan, pasar malam dan tempahan

3 Makanan ringan hasil tani, kerepek, bahulu,

rempeyek

tempatan, pasar malam dan tempahan

4 Kraftangan tempatan, pasar malam dan tempahan

5 Peruncitan kecil – kedai serbaneka tempatan

6 Bengkel kimpalan tempatan dan tempahan luar

Page 14: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

13

Gambarfoto Kegiatan Keusahawanan di Kampung XXXX

Proses

Pembuatan Kuih Pau Butik Pengantin Pengkalan Tanjung

Kedai

Runcit Bengkel Kimpalan

Page 15: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

14

90%

3% 5%3%

Peratusan Perusahaan Kecil dan SederhanaMakanan Kraftangan Kedai Serbaneka Bengkel

Rajah 4. Peratusan Perusahaan Kecil dan Sederhana di Kampung XXXX.

6.2 Faktor - Faktor Kegiatan Ekonomi

Faktor - faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Kampung XXXX boleh dibahagikan

kepada dua iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan, seperti yang berikut:

Faktor -Faktor Kegiatan Ekonomi

Faktor Fizikal Faktor Kemanusiaan

1) Faktor Fizikal

Faktor Fizikal

Bentuk Muka Bumi Jenis Tanah Iklim

a) Bentuk Muka Bumi

Page 16: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

15

Bentuk muka bumi kawasan Kampung XXXX adalah tanah pamah dan ia berhampiran dengan

sungai dan pinggir laut. Mukabumi tanah pamah sesuai untuk penanaman padi dan kelapa sawit.

Kawasan pinggir laut pula sesuai untuk tanaman pokok kelapa.

b) Jenis Tanah

Jenis tanah yang terdapat disini (aluvium, laterit, pasir) sesuai untuk penanaman pokok kelapa,

kelapa sawit dan padi.

c) Iklim

Suhu di Malaysia diantara 27oC hingga 30oC dengan purata hujan tahunan sebanyak 2600mm

sangat sesuai untuk kegiatan pertanian.

2) Faktor Kemanusiaan

Faktor Kemanusiaan

Teknologi

Infrastruktur

Pasaran

Modal

Buruh

Dasar Kerajaan

Page 17: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

16

a) Teknologi

Faktor teknologi penting untuk meningkatkan mutu dan kuantiti barangan dan perkhidmatan,

dan juga mengurangkan pergantungan kepada tenaga manusia. Sebagai contoh, perkhidmatan

jentera menuai padi disediakan ketika musim menuai. Ia mempercepatkan tempoh masa

penuaian padi supaya padi dapat diproses dengan segera untuk memastikan kesegaran padi

terjamin. Baka-baka pokok padi dan kelapa sawit yang baharu dihasilkan supaya hasil pertanian

ini lebih bermutu dan mengeluarkan hasil yang lebih banyak.

b) Dasar Kerajaan

Dasar-dasar kerajaan dan polisi kerajaan seperti Dasar Pertanian Negara, satu kampung satu

produk dan kempen Zoom Malaysia telah memajukan sektor pertanian, keusahawanan (industri

kecil) dan pelancongan di Kampung XXXX.

c) Infrastruktur

Pembinaan jalanraya yang lebih baik, bekalan air dan elektrik yang cekap, sistem komunikasi

dan sistem perbankan sanagt perlu untuk kegiatan ekonomi. Semua kemudahan ini telah dan

sedang dinaik taraf di Kampung XXXX.

d) Pasaran

Permintaan tinggi untuk hasil pertanian, produk keusahawanan dan kempen pelancongan

agresif telah menggalakkan kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya.

e) Modal

Page 18: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

17

Pihak kerajaan sentiasa memberi bantuan kepada para pengusaha yang terlibat di dalam

kegiatan ekonomi di Kampung XXXX. Antara bentuk modal yang dihulurkan adalah latihan

dan seminar keusahawanan, pemberian benih padi bermutu tinggi dan bantuan kewangan untuk

memulakan atau memberpesarkan kegiatan ekonomi.

f) Buruh

Tenaga kerja yang terdiri daripada penduduk kampung dan kawasan sekitarnya mampu

menampung keperluan tenaga kerja di Kampung XXXX. Tenaga kerja yang mencukupi

penting untuk memastikan kegiatan ekonomi dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

6.3 Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Kawasan Kampung XXXX

Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Kampung XXXX telah memberi manafaat yang

banyak kepada penduduknya. Antara sumbangan utama yang dikenalpasti adalah seperti berikut:.

Page 19: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

18

Rajah 5. Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Kawasan Kajian.

1) Peluang Pekerjaan

Kegiatan ekonomi yang dijalankan di Kampung XXXX telah mewujudkan banyak peluang

pekerjaan kepada penduduknya. Ramai tenaga kerja amat diperlukan oleh para pengusaha di sektor

pertanian, pelancongan dan keusahawanan untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dengan teratur.

Selain dari peluang pekerjaan secara langsung di sektor pertanian, pelancongan dan keusahawanan;

peluang pekerjaan secara tidak langsung juga telah wujud. Sebagai contoh, ada pihak lain yang

menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti lori; kepada pengusaha penanaman kelapa sawit.

Oleh itu, pengusaha penanaman kelapa sawit tidak perlu membeli lori untuk menghantar hasil

Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Kawasan

Kajian

Peluang Pekerjaan

Pengurangan Pergantungan

Barangan Import

Peningkatan Taraf Hidup

Kemudahan Infrastruktur

Page 20: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

19

pertaniannya ke kilang. Kegiatan pelancongan pula antara lain akan menggalakkan kewujudan

warong makanan bagi memenuhi keperluan pelancong.

2) Pengurangan Pergantungan Barangan Import

Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan produktiviti negara. Ini termasuklah di sektor

pertanian terutamanya pengeluaran produk keperluan harian. Kegiatan penanaman padi Kampong

XXXX dan di daerah XXXX telah dapat mengurangkan import beras daripada negara luar.

Penanaman kelapa sawit pula telah berjaya memenuhi keperluan bekalan minyak masak, malahan

Malaysia adalah pengeksport utama produk ini di dunia.

3) Peningkatan Taraf Hidup

Kegiatan ekonomi mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk kampung. Taraf hidup

penduduk Kampung XXXX telah meningkat hasil daripada pendapatan lumayan yang diperolehi

daripada kegiatan pertanian, keusahawanan, pelancongan dan penternakan.

4) Kemudahan Infrastruktur (Prasarana)

Kepesatan kegiatan pertanian, keusahawanan dan pelancongan tidak akan menjadi kenyataan tanpa

kemudahan infrastruktur (prasaran) yang baik dan cekap. Kegiatan ekonomi yang terdapat

dikawasan Kampung XXXX disokong oleh pihak kerajaan dengan menyediakan pelbagai

kemudahan seperti sistem jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik, balai polis, pejabat pos,

perkhidmatan perbankan, pusat riadah, pusat membeli-belah dan perpustakaan desa. Sistem

jalanraya yang baik amat penting untuk membawa keluar hasil pertanian untuk dipasarkan keluar

daerah. Tanpa sistem jalanraya, bekalan api dan air; sudah pasti kegiatan pelancungan tidak dapat

dijalankan dengan jayanya.

Page 21: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

20

6.4 Kesan - Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar Di Kawasan Kampung XXXX

Page 22: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

21

Kegiatan ekonomi akan memberi kesan kepada alam sekitar samada kesan yang positif atau kesan

yang negatif. Saya hanya menghuraikan kesan-kesan negatif kegiatan ekonomi terhadap alam

sekitar yang terjadi di Kampung XXXX secara langsung dan juga kesan secara tidak langsung.

Kesan secara tidak langsung adalah kesan yang disebabkan oleh kegiatan ekonomi secara

menyeluruh di Malaysia.

Rajah 6. Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam skeitar di kawasan Kampung XXXX.

1) Kesan Secara Langsung

a) Perubahan Landskap

Kegiatan ekonomi juga akan mengubah landskap sesuatu kawasan. Kampung XXXX yang dulunya

hanya mempunyai tanah yang luas dan tidak digunakan, kini telah menjadi kawasan perumahan dan

Kesan-kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap

Alam Sekitar

Perubahan Landskap

Pencemaran Tanah

Pencemaran Air

Pencemaran Udara

Page 23: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

22

pertanian. Banyak kawasan hijau (hutan) ditebang untuk memenuhi keperluan pertanian,

pembakaran terbuka untuk kerja - kerja pembersihan hutan, masalah jerebu timbul. Penebangan

hutan memusnahkan banyak spesis flora dan fauna, secara tidak langsung memusnahkan daya

tarikan pelancongangan.

b) Pencemaran Udara

Kegiatan pertanian di kawasan Kampung XXXX menyebabkan banyak kegiatan penebangan hutan

dilakukan, bagi pembukaan kawasan pertanian yang baharu. Kaedah memerun digunakan untuk

kerja-kerja pembersihan. Asap yang terhasil daripada kerja memerun menyebabkan pencemaran

udara.

c) Pencemaran Tanah

Penggunaan bahan kimia seperti racun rumpai digunakan dengan meluas untuk kerja pembersihan

semak samun. Sisa racun dalam jangkamasa pancang akan meresap kedalam tanah dan

menyebabkan pencemaran tanah. Sisa minyak dari kegiatan keusahawanan (bengkel kenderaan dan

perusahaan makanan) juga boleh mencemarkan tanah sika sisa bahan buangan tidak dikendalikan

dengan betul. Pencemaran tanah menyebabkan tanah menjadi tidak subur dan boleh menjejaskan

kegiatan pertanian.

d) Pencemaran Air

Page 24: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

23

Penggunaan bahan kimia seperti baja dan racun rumpai untuk tanaman padi telah menyebabkan

pencemaran air sungai. Sisa-sisa bahan kimia mengalir ke sungai melalui sistem pengairan sawah

padi, mengakibatkan kepupusan banyak spesis ikan air tawar dan pengurangan jumlah ikan yang

sangat ketara. Air sungai yang tercemarkan juga menyebabkan ianya tidak lagi sesuai untuk mandi -

manda dan mencuci pakaian.

e) Hakisan Tanah

Kegiatan penebangan hutan dilereng bukit menyebabkan hakisan tanah berlaku. Hakisan tanah

berlaku kerana batang-batang dan akar-akar pokok yang menjadi penyokong struktur tanah telah

tiada. Ketiadaan atau pengurangan pokok-pokok dilereng bukit juga menyebabkan kuasa titisan

hujan tidak dikurangkan menghakis tanah dengan lebih cepat.

Rajah 7. Pokok-pokok dicerun dan fungsinya untuk menahan hakisan tanah.

2) Kesan Secara Tidak Langsung

Page 25: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

24

a) Hujan Asid

Kegiatan perindustrian dan asap kenderaan yang melibatkan pembakaran bahan api fosil seperti

arang batu dan petroleum melepaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon dioksida ke

udara. Sulfur dioksida dan nitrogen oksida bertindak dengan wap air di atmosfera lalu menghasilkan

wap air di atmosfera lalu menghasilkan wap asid nitrik dan asid sulfurik lemah yang menyebabkan

pembentukan hujan asid.

Rajah 8. Pelepasan asap dari kilang-kilang menyebabkan hujan asid.

b) Penipisan lapisan ozon

CFC dan gas nitrus oksida boleh terlepas ke atmosfera akibat kegiatan perindustrian dan

penggunaan baja kimia yang tidak terkawal. Apabila klorin bercampur dengan gas nitrus oksida ia

menyebabkan penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon berfungsi untuk menapis dan memantulkan

sinar ultra unggu dari matahari. Akibat daripa penipisan lapisan ozon, sinar ultra unggu akan sampai

kepermukaan bumi. Sinar ultra unggu berbahaya kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Page 26: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

25

Rajah 9. Penipisan ozon menyebabkan sinar ultraungu sampai ke bumi dan mengakibatkan kesan

yang negatif kepada alam sekitar.

c) Kesan rumah hijau

Kegiatan ekonomi seperti pembakaran hutan, perindustrian dan pembakaran bahan api fosil

melepaskan gas karbon dioksida, nitrogen oksida dan metana ke atmosfera. Kewujudan gas rumah

hijau yang tidak terkawal menyebabkan bahang bumi melantun semula ke bumi dan ia

menyebabkan suhu bumi meningkat.

Page 27: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

26

Rajah 10. Kesan dari gas rumah hijau yang tinggi menyebabkan peningkatan suhu suhu

permukaan bumi.

Page 28: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

27

6.5 Langkah - Langkah Mengurangkan Kesan - Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam

Sekitar di Kawasan Kampung XXXX

Kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar yang berpunca daripada kegiatan ekonomi tidak dapat

dihindarkan atau dielakkan sepenuhnya. Saya telah membuat rujukan dan semakan melalui laman

sesawang berkaitan isu ini dan menyenaraikan langkah - langkah untuk mengurangkan kesan

kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan Kampung XXXX dan juga ditempat - tempat

lain diseluruh malaysia, seperti berilut:

1) Penguatkuasaan Undang - Undang

Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk

melindungi alam sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua

pihak supaya tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan

pencemaran. Beberapa akta yang digubal adalah:

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974: perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar.

EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar): Projek yang mungkin menjejas alam sekitar mesti

menjalankan

Akta Pembangunan Mineral 1994: bertujuan memajukan industri tempatan berasaskan

mineral secara terkawal.

Akta Perikanan 1985: mengawal kegiatan perikanan supaya tidak pupus.

Page 29: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

28

2) Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar boleh disampaikan secara formal di sekolah

melalui subjek seperti Geografi dan Sains. Kursus-kursus alam sekitar

juga boleh diadakan di peringkat universiti. Melalui kaedah ini, lepasan

sekolah atau universiti yang terlibat dengan kegiatan ekonomi akan

memahami kepentingan penjagaan alam sekitar.

3) Kempen Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar

Kempen kesedar an dan kepentingan menjaga alam sekitar boleh

diadakan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan

radio. Ceramah, kem dan juga pameran boleh diadakan. Penduduk

kampung atau kawasan yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dengan kegiatan ekonomi diberi penerangan tentang kesan terhadap alam sekitar, yang

berpunca dari kegiatan ekonomi yang mereka jalankan dan kaedah - kaedah bersesuaian untuk

mengawalnya.

Contohnya, pengusaha bengkel kenderaan diberi penerangan tentang kesan pembuangan minyak

pelincir terpakai secara sembarangan yang mungkin akan mencemarkan tanah atau sungai; yang

akan menjejaskan kesuburan tanah atau menyebabkan kemusnahan hidupan air seperti ikan.

Pengusaha bengkel akan diajar kaedah pembuangan minyak pelincir terpakai yang bersesuaian.

4) Penyelidikan dan Pembangunan (P & P)

Penyelidikan dan Pembangunan (P & P) ialah aktiviti untuk menghasilkan teknologi yang baharu

atau lebih baik dan juga untuk menghasilkan teknologi yang mesra alam. P & P dalam bidang

bioteknologi sebagai contoh, boleh menghasilkan bahan kimia seperti baja dan racun rumpai yang

Page 30: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

29

berkesan tetapi tidak membahayakan alam sekitar dan juga orang yang menggunakannya. SIRIM,

MARDI dan universiti - universiti tempatan banyak melakukan P & P.

5) Kitar Semula Bahan Buangan

Kita semula adalah proses menggunakan semula atau memproses

barang yang telah diguna menjadi barang baru. Jenis barangan yang

boleh dikitar semula ialah: kertas, kaca, plastik, aluminium dan

pakaian. Kitar semula akan mengurangkan pembuangan bahan

terpakai di kawasan pengumpulan atau pelupusan sampah yang seterusnya mengurangkan kesan

pencemaran tanah. Contoh kitar semula bahan buangan adalah proses mengitar semula kertas

terpakai, buku dan surat khabar lama untuk dijadikan kertas baharu dan juga lain-lain produk

berasaskan kertas seperti kotak. Oleh itu, penebangan hutan dapat dikurangkan.

Page 31: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

30

6.6 Data-Data Dalam Bentuk Jadual Dan Grafik

Peta Guna Tanah Daerah XXXX

Page 32: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

31

Peratusan Pecahan Kegiatan Ekonomi

80%

6%

3% 11%

% Pecahan Kegiatan EkonomiPertanian Pelancongan Perikanan Keusahawanan

Page 33: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

32

7.0 RUMUSAN

Hasil daripada kajian telah saya lakukan, pertanian, keushawanan dan pelancongan merupakan

kegiatan ekonomi yang utama di kawasan Kampung XXXX. Kegiatan ekonomi yang di jalankan di

kawasan ini memberikan kesan yang positif kepada penduduk kampung dan juga negatif kepada

alam sekitar. Saya juga mendapati bahawa kegiatan ekonomi di sesuatu kawasan perlu dijalankan

dengan cara yang terkawal agar ianya tidak menjejaskan alam sekitar.

Saya berasa amat bangga dengan kegiatan ekonomi yang di jalankan di kampung halaman saya iaitu

Kampung XXXX, terutamanya kegiatan penanaman padi, kelapa, kelapa sawit dan pelancongan.

Negeri Selangor merupakan pengeluar utama beras di Malaysia di mana Kampung XXXX adalah di

antara kawasan penanaman padi yang utama di Selangor. Beras merupakan makanan utama rakyat

Malaysia. Kelapa sawit pula merupakan antara produk eksport Malaysia yang utama. Kegiatan

pelancongan menyebabkan kawasan Kampung XXXX dikenali di seluruh Malaysia dan dunia. Saya

berharap agar kawasan Kampung XXXX akan semakin berkembang maju hasil dari kegiatan

ekonomi di kawasan ini.

Page 34: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

33

8.0 LAMPIRAN

Page 35: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Di Kawasan

34

9.0 RUJUKAN

Sumber rujukan adalah seperti berikut:

1. Buku rujukan berkaitan geografi Malaysia.

a) Buku teks Geografi Tingkatan 2

b) Buku rujukan Geografi PMR

2. Perpustakaan Pekan XXXX.

3. Laman sesawang (Internet).

a) www.wikipedia.com.my

b) www.GEO-foliokegiatan ekonomi.net

4. Penduduk Kampung XXXX.

a) Puan Salmiah binti Zaidi - Pengusaha tempe.

b) Encik Darum bin Sulaiman - Penternak kambing dan pengusaha sawah padi.

c) Encik Samsuri bin Salleh - Pengusaha bengkel motor dan kimpalan logam.

5. Media elektronik seperti radio dan televisyen.

a) RTM, TV3 dan TV9.

6. Media bercetak - surat khabar, majallah, buku ilmiah dan sebagainya.