Sumbangan Tamadun Mesir & Mesopotamia

6
Sumbangan Tamadun Mesopotamia Penciptaan Kod Undang-undang Hammurabi yang digubal oleh Raja Hammurabi, Raja Babylon. Mengandungi 282 undang-undang. Dipahat pada tiang-tiang besar dan tembok kota agar rakyat dapat mengetahuinya. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat dan keadilan. Dalam Kod Undang-undang menegaskan bahawa denda dan hukuman mesti setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Kod Undang-undang Hammurabi menjadi teras kepada perundangan tamadun Mesopotamia dan membantu perkembangan peradaban Mesopotamia. Kod Undang-undang Hammurabi Kod undang-undang ini berjaya mewujudkan keadilan dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Penciptaan sistem tulisan berjaya mengembangkan sistem pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Malah melahirkan jurutulis yang memudahkan urusan pentadbiran dan perniagaan kerana segala urusan dapat direkodkan. Ia juga berjaya melahirkan dan mengembangkan tradisi kesusasteraan yang terkenal dalam tamadun Mesopotamia iaitu epik Gilgamesh. Kod undang-undang ini diakui sebagai epik tertua di dunia. Kod undang-undang berjaya memperkembangkan ilmu astronomi. Kemudian membawa kepada perkembangan ilmu hisab seperti sistem perpuluhan, kaedah tambah, tolak, bahagi dan punca gandaan. Akhirnya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Perkembangan ilmu perubatan khususnya era pemerintahan kerajaan Assyria. Malah berjaya mencipta 500 jenis ubat-ubatan yang dikatalog dan disampelkan. Mencatatkan kaedah panduan penggunaannya kepada pengamal perubatan. Salah satu kejayaan besar tamadun Mesopotamia ialah penciptaan roda. Bagi memudahkan pengendalian kereta kuda sama ada bagi penggunaan ketenteraan ataupun perdagangan dan perhubungan. Dengan terciptanya roda maka kincir air juga dapat dihasilkan bagi memudahkan penyaluran air dilakukan ke kawasan pertanian.Tamadun ini juga berjaya mencipta kapal layar dan pengangkutan beroda oleh orang Sumeria sejak 3000 S.M. Lantaran itu, jalan darat dan jalan laut dapat dimanfaatkan. F1 Undang-Undang Hammurabi

description

Tamadun purba banyak memberi sumbangan kepada pencapaian masyarakat dunia

Transcript of Sumbangan Tamadun Mesir & Mesopotamia

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Penciptaan Kod Undang-undang Hammurabi yang digubal oleh Raja Hammurabi, Raja Babylon. Mengandungi 282 undang-undang. Dipahat pada tiang-tiang besar dan tembok kota agar rakyat dapat mengetahuinya. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat dan keadilan. Dalam Kod Undang-undang menegaskan bahawa denda dan hukuman mesti setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Kod Undang-undang Hammurabi menjadi teras kepada perundangan tamadun Mesopotamia dan membantu perkembangan peradaban Mesopotamia.

Kod Undang-undang Hammurabi

Kod undang-undang ini berjaya mewujudkan keadilan dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Penciptaan sistem tulisan berjaya mengembangkan sistem pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Malah melahirkan jurutulis yang memudahkan urusan pentadbiran dan perniagaan kerana segala urusan dapat direkodkan. Ia juga berjaya melahirkan dan mengembangkan tradisi kesusasteraan yang terkenal dalam tamadun Mesopotamia iaitu epik Gilgamesh. Kod undang-undang ini diakui sebagai epik tertua di dunia.

Kod undang-undang berjaya memperkembangkan ilmu astronomi. Kemudian membawa kepada perkembangan ilmu hisab seperti sistem perpuluhan, kaedah tambah, tolak, bahagi dan punca gandaan. Akhirnya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Perkembangan ilmu perubatan khususnya era pemerintahan kerajaan Assyria. Malah berjaya mencipta 500 jenis ubat-ubatan yang dikatalog dan disampelkan. Mencatatkan kaedah panduan penggunaannya kepada pengamal perubatan.

Salah satu kejayaan besar tamadun Mesopotamia ialah penciptaan roda. Bagi memudahkan pengendalian kereta kuda sama ada bagi penggunaan ketenteraan ataupun perdagangan dan perhubungan. Dengan terciptanya roda maka kincir air juga dapat dihasilkan bagi memudahkan penyaluran air dilakukan ke kawasan pertanian.Tamadun ini juga berjaya mencipta kapal layar dan pengangkutan beroda oleh orang Sumeria sejak 3000 S.M. Lantaran itu, jalan darat dan jalan laut dapat dimanfaatkan.

F1 Undang-Undang Hammurabi

H1a. Kod undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon. H1b. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. H1c. Mengikut kod ini, hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat. H1d. Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar, oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut. H1e. Kod Undang-Undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.H1f. Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat ifu sendiri. H1g. Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut. H1h. Kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539 S.M.

F2 Sistem Tulisan

H2a. Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistern pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis. H2b. Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan. H2c. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya disertakan dengan resit, nota, dan surat kredit. H2d. Di samping itu, sistern tulisan ini juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan. H2e. Antara hasil kesusasteraannya yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia. Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.

F3 Ilmu Astronomi

H3a. Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi. H3b. Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistern mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.

F4 Kalendar

H4a. Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yang berasaskan sistern solar yang menganclungi 12 bulan dalam satu tahun.

F5 Ilmu Perubatan

H5a. Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya. H5b. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya. H5c. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.

F6 Penciptaan Roda

H6a. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman. H6b. Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.

F7 Pengangkutan

H7a. Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia. H7b. Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pangangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M.. H7c. Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.

F8 Batu Bata

H8a. Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada tanah hat. H8b. Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu. Contoh arca tersebut ialah patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat.

F9 Pembentukan Empayar

H9a. Kepimpinan berwibawa Raja Sargon telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di dunia. H9b. Ini adalah kerana Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia. H9c. Beliau merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba. F10 Pembentukan Sebuah Masyarakat Yang Lebih BerestetikaH10a. Mesopotamia bukan saja menyumbang kepada pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.

Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina, iaitu piramid.

Pembinaan piramid bermula daripada ilhamImhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser.Jasa Imhotepyang paling besar ialah pembinaan piramid Sakkara. Piramid Sakkara ini merupakan piramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina untuk Firaun Djoser, iaitu firaun kedua pada dinasti ketiga.

Beliau telah memperkenalkan teknik penbinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi.Pencapaian Mesir Purba memang terserlah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas. Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokokpapyrusyang banyak hidup di Lembah Nil.Pokokpapyrusini banyak tumbuh di lembah Nil. Orang Mesir Purba telah meleperkan batang-batang pokok ini menjadi kepingan sehingga mereka dapat menulis di atasnya.

Pencipataan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya,hieroglif.Hieroglifialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar. Tulisan ini berkembang ke tulisanhieratik, tulisan berangkai. Pada tahun 700 S.M., tulisan hieratik ini berkembang ke tulisandemotik.

Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.

Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.Dokumen Perubatan Mesir PurbaBuku serta catatan tentang perubatan ini telah ditemui di dalam amkam Diraun Khufu dan catatan tentang perubatan yang tertua yang telah ditemui adalah pada tahun 1600 S.M. yang telah disalin beberapa kali oleh para jurutulis diraja sejak zaman-berzaman.Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhna dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun. Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar.

Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarka 12 bulan dalam setahun.Kegemilangan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati dan diketahui oleh generasi akan datang sekiranya masyarakat Mesir Purba tidak meninggalkan warisann serta khazanah bangsanya untuk dikaji dan dipelajari. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen, serta buku merupakan salah satu manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.