SUMBER: INTERNET Semula... · dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan....

44
SUMBER: INTERNET

Transcript of SUMBER: INTERNET Semula... · dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan....

SUMBER:

INTERNET

Kitar Semula

Jumaat, 20 Ogos 2010 16:10

DEFINISI

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

1. Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .

2. Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .

3. Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).

4. Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.

1. Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.

2. Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.

3. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.

1. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.

2. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.

3. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Terakhir Dikemaskini (Jumaat, 20 Ogos 2010 16:42)

3R

Jumaat, 20 Ogos 2010 11:03 3R

Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 % ), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.

Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.

Pengurangan:

• Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. Penggunaan semula:

• Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi. Kitar semula:

• Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, “pengurangan” diikuti “penggunaan semula” dan akhirnya “kitar semula”

Terakhir Dikemaskini (Jumaat, 20 Ogos 2010 16:08)

Penggunaan Semula

Jumaat, 20 Ogos 2010 15:52

DEFINISI

Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.

MENGAPAKAH PENGGUNAAN SEMULA SANGAT PENTING?

Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dapat dikurangkan. Kelebihan-kelebihan penggunaan semula adalah :

• Pemeliharaan sumber semula jadi Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.

• Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya. Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.

• Menjimatkan kos Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.

o Perniagaan sektor industri. Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.

o Pengguna. Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda! Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

APAKAH BAHAN YANG DAPAT DIGUNAKAN SEMULA?

Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal. Beg jinjing (beg plastik) boleh digunakan sebagai beg untuk membuang sampah sisa dapur di rumah. Beg kertas berguna sebagai kertas ut dan beg ikatan berpintal boleh digunakan untuk mengikat wayar komputer.

Sampul surat. Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima anda dapat menggunakan semula sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh juga digunakan semula sebagai kertas untuk membuat nota.

Bekas botol kaca dan pasu. Dengan membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh menggunakannya semula sebagai bekas makanan atau untuk menyimpan barang – barang lebihan yang tidak diperlukan.

Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg udara (bubble wrap). Boleh digunakan untuk membungkus barang – barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang – barang yang mudah pecah.

Pakaian lama. Boleh dijadikan bahan tekstil lain seperti alas kusyen ataupun sarung tangan dapur.

Bungkusan. Bahan logam dan bekas telur boleh didermakan ke sekolah dan taman asuhan kanak – kanak, supaya dapat digunakan dalam kelas seni atau untuk projek kraftangan.

Kertas-kertas terpakai. Boleh digunakan untuk membuat nota dan lakaran. Jangan lupa untuk mengitar semula apabila anda tidak memerlukannya lagi!

Tayar. Tayar – tayar lama / buruk boleh dikitar semula atau untuk dijadikan buaian atau hiasan di taman permainan kanak-kanak.

Kayu-kayu terpakai. Boleh digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak rempah atau sangkar burung atau juga boleh digunakan sebagai kayu api.

Terakhir Dikemaskini (Jumaat, 20 Ogos 2010 16:09)

Sumber : www.ppsppa.gov.my/v2/index.php/3r/kitar-semula Tarikh akses : 24 Jun 2011

SUMBER:

ELEKTRONIK

 

ARKIB : 02/01/2011

Orang ramai mahu kempen Hari Tanpa Beg Plastik setiap hari

PUTRAJAYA 1 Jan. - Kempen mengurangkan penggunaan beg plastik yang dilancarkan di semua pasar raya di seluruh negara hari ini disambut baik oleh orang ramai, namun rata-rata mahu kempen ini dilakukan setiap hari dan bukan pada hari Sabtu sahaja.

Bagaimanapun, pada masa yang sama mereka menuntut agar para pengusaha pasar raya turut memainkan peranan dalam menjayakan kempen itu dengan menyediakan beg kitar semula untuk kegunaan pelanggan demi menjaga alam sekitar tanpa memikirkan keuntungan semata-mata.

Mereka berpendapat, kesedaran masyarakat terhadap penggunaan beg kitar semula masih kurang justeru kempen tersebut perlu diperhebatkan sepanjang masa dan ia memerlukan penglibatan semua pihak terutama pengusaha pasar raya sendiri.

Seorang pekerja swasta, Wan Nurul Hidayah Yusof, 34, berkata, kempen berterusan merupakan salah satu kaedah terbaik yang perlu kerajaan lakukan untuk menyedarkan masyarakat.

"Kempen seumpama ini dapat membantu mendidik rakyat untuk menjaga alam sekitar selain mengurangkan pembuangan sisa pepejal.

"Bagaimanapun ia perlu diteruskan untuk jangka masa panjang kerana kita tidak mahu masyarakat hanya mempraktikkan penggunaan beg kitar semula tersebut semasa kempen rancak dilaksanakan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Seorang guru, Kho Chiew Tong, 30, turut bersetuju kempen itu diadakan setiap hari bagi memastikan masyarakat menggunakan beg kitar semula dan menjadikannya sebagai satu kemestian.

"Pengusaha pasar raya juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan beg kitar semula untuk pelanggan demi menjaga alam sekitar tanpa memikirkan keuntungan semata-mata," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar, J. Mugunthan Pillai, 20, berkata, kesedaran masyarakat untuk menjaga alam sekitar masih rendah dan usaha itu perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Katanya, pelbagai kempen yang dianjurkan oleh kerajaan sememangnya mampu mendidik rakyat menjaga alam sekitar, namun jika rakyat enggan memberikan sokongan dengan membawa beg kitar semula dari rumah, kempen itu dianggap gagal.

"Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan jangan terlalu bergantung harap kepada sebelah pihak sahaja," katanya.

 

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, ketika ditemui berkata, kementerian memulakan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' setiap Sabtu bermula hari ini di seluruh negara.

Katanya, kempen tersebut merupakan inisiatif kementerian untuk membantu usaha kerajaan memelihara alam sekitar selain menyemai budaya kehidupan lestari di kalangan pengguna.

"Mulai hari ini pengguna di seluruh negara tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik percuma pada hari Sabtu dan mereka akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik.

"Kementerian juga telah mendapat kerjasama pelbagai pihak untuk menjayakan kempen ini seperti pengusaha pasar raya, stesen-stesen minyak dan juga pihak peruncit," katanya.

 

ARKIB : 01/01/2011

DBKK isytihar Hari Tanpa Beg Plastik tiga hari seminggu

KOTA KINABALU 31 Dis. - Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan mengadakan Hari Tanpa Beg Plastik selama tiga hari setiap minggu iaitu pada Isnin, Sabtu dan Ahad bermula esok, 1 Januari 2011.

Ketua Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai berkata, ia merupakan kesinambungan daripada kempen Hari Isnin Tanpa Beg Plastik yang telah dilaksanakan DBKK dan Pusat Tindakan Alam Sekitar Sabah (EAC) sejak 7 Jun lalu.

"Pertambahan hari tanpa beg plastik kepada tiga hari seminggu merupakan komitmen jangka panjang DBKK kepada pemuliharaan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan beg plastik di bandar raya Kota Kinabalu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Boon Hai berkata, langkah itu sebagai menyokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang melancarkan hari Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik bagi seluruh Sabah mulai 1 Januari ini.

Katanya, kempen itu adalah selari dengan usaha DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar raya bebas tanpa sampah.

Beliau berkata, setakat ini, sejumlah 219 pasar raya, kedai farmasi dan kedai makanan menyertai Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Isnin.

"Kami jangkakan premis yang belum menyertai kempen ini turut serta menjayakannya," katanya.

Menurutnya, dalam kempen itu premis yang terlibat tidak akan memberikan pelanggan beg plastik secara percuma pada Sabtu, Ahad dan Isnin.

Sebaliknya, kata beliau, pelanggan mempunyai pilihan untuk membawa beg atau beg plastik yang digunakan masing-masing atau membayar 20 sen untuk setiap helai beg plastik baru.

Jelasnya, hasil jualan setiap beg plastik akan dimasukkan ke dalam tabung EAC untuk tujuan projek alam sekitar.

Penggunaan beg yang tahan lama atau menggunakan semula beg plastik yang lama adalah merupakan konsep guna semula dan kitar semula dalam program kitar semula.

Sehubungan itu, katanya, DBKK berharap orang ramai memberi kerjasama dan sokongan serta memainkan peranan masing-masing dalam menjaga alam sekitar.

 

ARKIB : 18/11/2010

Warga Seremban diminta kurangkan guna beg plastik

SEREMBAN 17 Nov. - Masyarakat di daerah ini diminta mengurangkan penggunaan beg plastik dalam aktiviti seharian sebaliknya bertukar kepada beg daripada bahan mudah diurai.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, buat masa ini beg plastik merupakan bahan ketiga terbanyak dalam komposisi sampah di tapak-tapak pelupusan di daerah ini.

Katanya, ia menyebabkan masalah kekurangan tanah di negara ini kerana untuk mengenal pasti tapak pelupusan sampah memerlukan masa yang panjang dan perancangan rapi.

''Langkah memperkenalkan beg plastik mesra alam dijangka mampu mengurangkan masalah pelupusan sampah kerana ia dapat dilupuskan dengan masa yang singkat.

''Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan (PBT) menghadapi masalah untuk mendapatkan kawasan yang sesuai bagi melupuskan sampah yang semakin banyak dibuang," katanya di sini hari ini.

Abd. Halim memberitahu, bagi mengurangkan penghasilan sampah yang terus meningkat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mewujudkan program kitar semula.

Katanya, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memajukan teknologi hijau yang ketika ini sedang giat dijalankan oleh pihak kementerian.

''Kita berharap dengan program seperti Hari Tanpa Beg Plastik diberi perhatian oleh masyarakat.

''Dengan cara ini akan membuatkan masyarakat lebih sedar bahawa penggunaan beg plastik hanya akan menyebabkan mereka diancam pencemaran yang mengakibatkan kemusnahan," kata beliau.

ARKIB : 14/08/2010

Kempen tanpa plastik di Pahang

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF [email protected]

KUANTAN 13 Ogos - Meskipun pelbagai kempen diadakan untuk tidak menggalakkan orang ramai menggunakan bahan plastik dalam kehidupan harian, namun kesedaran terhadap perkara itu masih mengecewakan.

Ramai yang tidak menyedari bahawa penggunaan pembungkus atau beg plastik boleh mendedahkan pengguna terhadap unsur-unsur kimia yang boleh mengundang maut.

Mengikut kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai 'plastisizer' bagi meningkatkan kualiti bekas itu.

BEG kitar semula turut dijual untuk kegunaan pelanggan pada setiap hari Sabtu di Pasar raya Tunas Manja Transit Point, Kuantan.

Penggunaan bekas plastik juga mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih.

Malah ada yang menyifatkan bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus plastik jenis 'stirofom' atau 'polisterin' merupakan pembunuh senyap kepada manusia.

Menurut kajian itu juga, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

Kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kaca atau tembikar kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

 

 

Begitu juga kari panas yang dibungkus menggunakan bahan plastik yang merupakan amalan tidak sihat kerana kesannya sama seperti teh tarik bungkus.

Malangnya, pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap perkara itu masih rendah menyebabkan banyak amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Sehubungan itu, Kerajaan Pahang mengambil inisiatif melancarkan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' baru-baru ini yang merupakan satu langkah untuk memulihara bumi daripada pencemaran sampah terutama bekas plastik yang sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian.

Kempen yang dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Hoh Khai Mun pada 23 Julai lalu bertujuan mendidik masyarakat mencintai alam sekitar.

Menerusi kempen itu, pada setiap Sabtu orang ramai yang membeli-belah di pasar-pasar raya di negeri ini tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik secara percuma sebaliknya mereka dikehendaki membelinya pada harga 20 sen.

Pasar raya terbabit juga diminta menjual beg kitar semula yang lebih mesra alam bagi kegunaan pelanggan semasa membeli-belah.

Meskipun nampak sukar tetapi apabila kempen ini dilaksanakan secara berterusan, pengguna akan menyedari mengenai kepentingan untuk tidak menggunakan beg plastik dalam kehidupan seharian.

Menurut Khai Mun, beg plastik yang diperoleh dari pasar raya, pasar mini, kedai runcit atau semua premis perniagaan yang digunakan untuk membungkus makanan adalah penyumbang terbesar kepada pencemaran di tapak pelupusan sampah.

Pada masa sama katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) memperuntukkan jutaan ringgit setiap tahun untuk mengurus dan melupuskan sisa-sisa pepejal di tapak pelupusan termasuk plastik.

''Beg plastik sehingga kini tiada nilai bagi kitar semula kerana ia tidak diperlukan oleh pengusaha kitar semula berbanding kertas, kaca, barang aluminium dan botol plastik.

''Dijangkakan jumlah sampah yang akan dihasilkan adalah sebanyak 30,000 tan metrik sehari di seluruh negara dengan kadar kitar semula sehingga 20 peratus menjelang 2020," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kerajaan negeri jelasnya, sedang giat menjalankan program kitar semula sejak 2005 bagi mengurangkan jumlah sampah dan sisa pepejal yang dihasilkan dengan anggaran satu peratus setahun.

Sehingga kini tambahnya, dianggarkan hanya lima peratus sisa pepejal dikitar semula seperti kertas, tin aluminium dan kaca.

 

Namun jelasnya, tidak banyak beg plastik dikitar semula kerana ia digunakan sebagai alat untuk membungkus sisa makanan di rumah atau di kedai.

''Beg plastik itu akan mengambil masa yang lama antara 25 hingga 100 tahun untuk mereput dan hancur berbanding bahan-bahan lain dan ia mencemarkan alam sekitar," katanya.

Menurutnya, pengurangan penggunaan beg plastik itu akan dapat memulihara alam sekitar dengan lebih baik apabila ia dapat mengurangkan penggunaan tanah bagi tapak pelupusan baru.

''Masyarakat perlu diberi kesedaran dan pendidikan berkaitan larangan penggunaan beg plastik supaya alam sekitar lebih bersih dan terpelihara bukan sahaja untuk kita tetapi generasi akan datang," katanya.

Khai Mun memberitahu, sebagai langkah permulaan kempen tersebut dilakukan di pasar-pasar raya di seluruh negeri kerana premis itu adalah penyumbang utama kepada beg plastik.

''Justeru pada Sabtu setiap minggu, pasar raya terbabit tidak lagi membekalkan beg plastik tetapi kalau pengguna mahukannya mereka terpaksa membeli pada harga 20 sen," katanya.

Tambahnya, pengguna juga perlu membawa bekas sendiri untuk membungkus makanan dan barangan atau menggunakan beg kitar semula yang dijual di pasar raya terbabit.

Dalam pada itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Azizan Ahmad berkata, pihaknya menyambut baik langkah tersebut kerana ia memberi kesejahteraan dan kebaikan kepada masyarakat.

Menurutnya, pelbagai kempen diperkenalkan oleh MPK bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

"Kita mengharapkan komitmen dan kerjasama pengusaha pasar raya untuk menjayakannya," katanya.

Tambahnya, jika kempen itu berjaya masalah pencemaran alam sekitar dapat ditangani dan generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dan berkualiti.

 

ARKIB : 24/07/2010

Sabtu hari tanpa beg plastik di Kuantan

KUANTAN 23 Julai - Pengusaha pasar raya di daerah ini tidak akan membekalkan beg plastik percuma kepada pelanggan pada setiap hari Sabtu sebagai menyokong kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada hari tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, kempen sedemikian bagi mengurangkan pencemaran beg-beg plastik di tapak pelupusan sampah yang mencemarkan alam sekitar.

Menurut beliau, sebanyak 10 pasar raya dipilih menjalankan kempen berkenaan yang mana pada hari Sabtu setiap minggu mereka tidak akan membekalkan beg plastik percuma kepada pelanggan.

"Pengusaha pasar raya akan menjual beg kitar semula bagi kemudahan pelanggan meletakkan barangan ke dalam beg tersebut.

"Bagaimanapun caj 20 sen setiap beg plastik dikenakan jika pelanggan memerlukannya dari kaunter pasar raya terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen berkenaan di pasar raya Tunas Manja Transit Point di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Azizan Ahmad.

Khai Mun berkata, pengusaha terbabit juga memberi jaminan bahawa kempen berkenaan akan diperluaskan ke cawangan mereka yang beroperasi di beberapa daerah di Pahang.

Tambahnya, bagi memastikan ia bergerak lancar, beliau meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan usaha tersebut bagi mengurangkan penggunaan beg plastik di negeri ini.

Katanya, kempen tersebut tidak terhad kepada pasar raya terbabit tetapi juga kepada pengusaha kedai runcit bagi merealisasikan Sabtu adalah hari tanpa beg plastik.

"Saya berharap supaya usaha ini membuahkan hasil. Kita bercadang untuk melanjutkan tempoh tersebut sekiranya mendapat reaksi positif dari masyarakat tempatan," katanya.

 

ARKIB : 20/01/2010

Beg plastik, pembunuh senyap

Oleh Mohd. Hazli Hassan

TAHU atau tidak, bahan plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia.

Dan ada kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang sebenarnya boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163 juta.

Jumlah yang banyak itu bukan hanya membazir dan sepatutnya boleh dikitar semula, namun dalam masa yang sama ia turut merosakkan alam sekitar. Dalam erti kata lain, masyarakat Malaysia masih kurang peka terhadap keadaan alam sekeliling yang semakin merosot tanpa mengambil pendekatan yang serius.

Apa pun, kini ada sedikit kesedaran di mana Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak berjaya mengumumkan Hari Tanpa Plastik dan dilihat memberi sedikit sinar kepada bumi.Malah bukan hanya dua negeri ini, kompleks membeli-belah, institusi pengajian tinggi, syarikat-syarikat produk tempatan dan banyak lagi yang mengambil inisiatif sama untuk mengurangkan atau tidak menggunakan plastik sama sekali.

Tapi kenapa plastik menjadi agenda utama dalam pemuliharaan alam sekitar.

“Bukan penggunaan plastik menjadi masalah utama tetapi cara pelupusan bahan tersebut yang memberi impak pada alam sekitar,” respons spontan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor mengenai penggunaan beg plastik di Malaysia.

Dalam satu temu bual yang diadakan sebelum ini, Dr. Salleh mengatakan beg plastik mampu memberi ancaman paling besar jika tiada rancangan yang teliti mengenai pengurusan pembuangan bahan plastik tersebut.

Kata beliau: “Plastik memerlukan lebih daripada program kitar semula yang biasa dan teknologi yang digunakan haruslah berkesan untuk menyelesaikan isu ini.

“Jadi kenapa sehingga sekarang, kita masih belum mampu menetapkan peraturan ketat seperti dilakukan oleh beberapa negara Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri atau dikenali sebagai Green Bag sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah.”

Satu perangkaan lain pula mengatakan, secara purata di Malaysia, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali.

Tidak banyak yang diketahui kenapa bahan ringan, tidak mudah pecah, dan murah ini menjadi ancaman kepada alam sekitar jika pembaca tidak meneliti jurnal dan makalah saintifik.

10 

 

Yang nyata, beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates (disebut THA-lates), satu bahan yang akan membuatkan bahan plastik menjadi lembut dan mudah dilentur.

Penyelidik di Universiti Harvard pada tahun 2002 berjaya membuat penemuan baru mengenai kesan kimia phthalates yang mampu merosakkan DNA sperma manusia.

Walaupun pengeluar mengatakan dos phthalates yang digunakan mematuhi syarat standard pengeluaran, namun dalam tempoh yang panjang, pengguna sebenarnya terdedah secara berterusan kepada kimia ini yang mampu memudaratkan manusia.

Puncanya adalah daripada kita, maka kita juga mampu untuk menyelesaikannya. Apa kata, bermula hari ini, hindarkan daripada menggunakan beg plastik.

11 

 

ARKIB : 14/06/2010

Kenapa jual beg plastik pada hari tanpa plastik

HARI ini masuk minggu kedua musim cuti sekolah. Ketika inilah banyak majlis kenduri kahwin. Selamat pengantin baru kepada saudara mara dan sahabat handai yang melangsungkan perkahwinan. Jenuh menyusun jemputan bagi memenuhi undangan lebih-lebih lagi pada setiap Sabtu dan Ahad.

Pada masa yang sama banyak destinasi dalam negara menjadi tumpuan ibu bapa untuk membawa anak-anak bercuti. Begitu juga peluang bercuti di kampung. Dan sudah semestinyalah apabila singgah di bandar, ramai yang akan membeli-belah. Bagi mereka yang pertama kali ke Pulau Pinang atau Selangor, jangan lupa mengingati Hari Tanpa Plastik (HTP).

Mungkin negeri lain juga ada kempen seumpama ini. Usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan HTP ini amat dialu-alukan. Kempen mengurangkan penggunaan plastik sudah lama diadakan tetapi tidak mendapat sambutan.

Bagaimanapun ia sedikit sebanyak dapat mendidik masyarakat untuk membantu usaha kerajaan memulihara alam sekitar. Seperti yang kita ketahui, plastik mengambil masa yang lama untuk dilupuskan secara semula jadi dan pembakarannya akan membawa pencemaran.

Maka kempen seumpama ini harus disokong. Peranan utama bagi menjayakan program ini tentulah pihak yang menyediakan beg plastik iaitu pusat membeli-belah termasuk pasar raya besar. Menjayakan kempen ini secara tidak langsung juga membantu peniaga mengurangkan kos untuk mengeluarkan beg plastik.

Tabiat masyarakat kita, membeli satu barang pun nakkan beg plastik. Justeru kempen ini juga memerlukan sokongan masyarakat.

Tanpa kerjasama pengguna, program ini tidak akan ke mana. Bagaimanapun dalam kita mengalu-ngalukan usaha ini, terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki supaya program yang diadakan secara sukarela tanpa paksaan ini memberi kesan.

Antara kelemahan itu ialah HTP tidak dilaksanakan di seluruh negara, hari yang ditetapkan tanpa plastik tidak seragam dan beg plastik masih dijual pada HTP. Di Pulau Pinang, HTP dilangsungkan selama tiga hari iaitu Isnin, Selasa dan Rabu. Di Selangor pula pada hari Sabtu.

Tidak pasti pula di negeri-negeri lain. Keadaan ini menyebabkan pengguna dari Selangor yang pertama kali berkunjung ke Pulau Pinang akan terpinga-pinga apabila membeli-belah pada hari-hari berkenaan. Begitu juga keadaan sebaliknya apabila orang Pulau Pinang berkunjung ke Selangor.

Mereka yang sudah biasa dengan hari Sabtu tanpa beg plastik pastinya kurang selesa apabila berkunjung ke pasar raya di Pulau Pinang pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Apa tidaknya jika kebiasaannya di tempat mereka, hanya Sabtu perlu bersedia dengan beg tetapi apabila di luar Selangor, hari lain pula menjadi pilihan.

12 

 

Mereka akhirnya terpaksa membayar untuk beg plastik berkenaan. Setiap beg dikenakan caj RM0.20 sen. Berapa beg yang harus diberi apabila pelanggan membeli sakan terutama di bahagian makanan? Walaupun caj itu tidak masuk ke kantung pemilik pasar raya sebaliknya disalurkan kepada persatuan kebajikan tetapi mengenakan caj kepada pengguna yang tidak tahu menahu mengenai kempen ini adalah tidak wajar.

Timbul juga persoalan atas pertimbangan apa hari-hari berkenaan dipilih? Kenapa Selangor memilih Sabtu dan Pulau Pinang pula pada Isnin, Selasa dan Rabu? Kenapa tidak hari Ahad? Mana lebih baik Sabtu atau Ahad yang merupakan cuti hujung minggu yang kebiasaannya ramai akan membeli-belah?

Mungkin ini juga faktor menyebabkan pemilihan hari dibuat. Walaupun tiga hari bekerja tetapi kesannya tidaklah seperti pada cuti Sabtu atau Ahad. Mungkin pemilik pusat membeli-belah pula meletakkan syarat kepada PBT untuk kempen ini dengan memilih hari yang jumlah pelanggan adalah kurang. Mereka juga tidak mahu kehilangan pelanggan disebabkan HTP ini.

Maka pemilik pasar raya akan memilih hari yang jumlah pengunjungnya kurang dan kuasa membeli juga merosot. Maka adalah lebih baik kempen ini diselaraskan di seluruh negara pada hari yang sama supaya pembeli lebih bersedia membawa beg sendiri. Pada masa yang sama adakan promosi lebih meluas terhadap program ini.

Mengenai 'penjualan' beg plastik, diharapkan hasil kutipan itu dapat sampai kepada sasaran. Cuma agak pelik juga kenapa perlu menjual beg plastik? Pelik kerana hari tanpa beg plastik tetapi pengguna masih boleh membelinya pada harga RM0.20 sen setiap satu.

Bagi sesetengah orang, letaklah RM0.50 sen atau RM1, mereka akan membeli apabila terdesak untuk membawa barangan yang dibeli. Harga bukan lagi isu lebih-lebih lagi apabila 'niatnya' ketika membeli beg plastik itu untuk turut menderma kepada pihak yang dikatakan akan menerima hasil jualan tersebut.

Kalaulah lima beg dibelinya maka apalah sangat RM1 untuk disumbangkan kepada aktiviti kebajikan? Akhirnya ia sedikit sebanyak menjejaskan matlamat HTP apabila pengguna masih diberi pilihan menggunakannya seperti biasa pada hari kempen berlangsung.

Bukanlah maksud penulis supaya tidak boleh jual beg pada hari berkenaan kerana jika ini dilakukan, ia pasti menimbulkan masalah kepada pengguna. Tetapi persoalannya kenapa plastik? Kenapa tidak menggunakan beg kertas yang lebih mudah dilupuskan? Juallah seberapa banyak beg kertas kerana melupuskan kertas tidaklah sesulit plastik.

Sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik apabila beg kertas digunakan dalam urusan jual beli ini. Di beberapa negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Britain kebanyakannya menggunakan beg kertas yang lebih mesra alam.

Penulis semasa berada di New Delhi tidak lama dulu juga menghadapi masalah beg ini. Bukan setakat beg plastik malahan beg kertas pun tidak disediakan.

Di sebuah kedai buah-buahan, peniaga berkenaan tidak peduli sama ada anda orang tempatan atau orang luar (pelancong). Pandai-pandailah di mana untuk mengisi buah-buahan yang dibeli.

13 

 

Nasib baiklah kalau ada beg yang 'sesat' dalam kedai itu. Suka atau tidak, terpulang kepada pembeli. Kalau nak makan buah, beli dan bawa pulang dengan apa cara sekali pun. Terpulanglah kepada pembeli mengambil pendekatan sewajarnya. Dalam hal ini, kempen tanpa beg plastik ini jangan sekadar melepaskan batu di tangga. Apa ertinya jika 'tangan kanan' tidak memberi beg plastik tetapi 'tangan kiri' pula menjualnya.

Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan supaya kempen ini nampak lebih serius. Gunakan beg kertas yang pernah digunakan secara meluas satu masa dulu. Boleh juga diperkenalkan beg guni. Menyelak kisah lalu, suri rumah akan membawa bakul rotan dari rumah apabila membeli barang di kedai runcit. Mungkin orang lama masih ingat bagaimana kertas juga menjadi bahan utama untuk membalut, mengisi dan membungkus barang sama ada barangan basah atau kering. Tepung, gula, garam, sayur, ikan dan sebagainya dibungkus atau dibalut dengan kertas. Kacang putih di depan panggung pun diisi dalam kelongsong kertas.

Ketika itu, pelbagai bentuk bungkusan dibuat daripada kertas surat khabar lama malahan menjadi sumber pendapatan bagi yang rajin menghasilkannya. Itulah bentuk kitar semula kertas pada satu masa dulu. Ketika itu juga tidak ada tali plastik untuk mengikat barang yang dibeli sebaliknya tali yang dibuat daripada tumbuhan.

Pihak berkenaan boleh menjual beg kertas atau beg guni asalkan bukan plastik. Secara beransur-ansur didiklah pengguna beralih kepada beg kertas atau yang sesuai dengannya. Membawa beg sendiri juga perlu digalakkan. Tetapi berapa kerat yang akan membawanya dan berapa ramai pula lebih bersedia membeli beg plastik? Beberapa pasar raya besar menjual beg guna semula. Ada juga yang memberi secara percuma.

Pasar raya besar Tesco pula menawarkan mata ganjaran kepada pelanggan yang membawa beg sendiri. Dengan insentif itu, pelanggan akan membawa beg berkenaan bukan sekadar pada HTP tetapi setiap kali mahu membeli-belah.

Mungkin ia boleh diperluaskan dengan memberi ganjaran serta merta. Walaupun ia tetap beg plastik tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan beg plastik biasa pasar raya. Kita perlu mengajar rakyat Malaysia untuk mencintai alam sekitar walaupun hakikatnya ini satu kerja sukar. Lihatlah kempen Tak Nak bagi mendidik perokok. Jumlah perokok meningkat dan asap rokok terus mencemari alam sekeliling.

Kawasan larangan merokok diperluaskan tetapi perokok tidak peduli. Begitu juga dengan usaha kerajaan mendidik masyarakat mengenai bahaya mengambil gula secara berlebihan. Kempen entah ke mana, bekalan gula sering menimbulkan masalah. Inilah realiti dalam masyarakat kita. Ketika kerajaan berusaha mendidik masyarakat supaya mencintai alam sekitar, pada masa yang sama masyarakat pula gagal mendidik mereka untuk mencintai diri sendiri. Akhirnya, manusialah yang memusnahkan alam sekitar dan diri sendiri.

14 

 

ARKIB : 16/07/2008

Melestari alam bebas beg plastik

Oleh IRFAN MOHAMAD

SABAN tahun, kita tidak pernah ketinggalan daripada menjadi sebahagian mereka yang menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia.

Pada tahun ini, acara tersebut telah diadakan di Zoo Negara pada 22 Jun 2008 dan ia dijayakan dengan pelbagai aktiviti yang begitu menarik dan mendidik terutamanya bagi mereka yang menyertainya.

Tema perayaan pada tahun ini ialah 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama'.

Tanpa tema dan perayaan tahunan tersebut pun sewajarnya kita sebagai penduduk bumi yang bakal mewariskan alam ini kepada generasi yang akan datang perlu memikirkan perkara ini secara lebih serius.

Langkah seumpama itu penting untuk menjadikan setiap sambutan bukan sekadar retorik dan menjadi peristiwa rutin tahunan semata-mata.

Salah satu perkara yang telah lama menjadi isu di kalangan masyarakat ialah penggunaan beg plastik yang kian meningkat.

Perkembangan itu adalah selari dengan kepesatan pembangunan yang menjurus ke arah kehidupan moden banyak bergantung kepada bahan berunsurkan plastik.

Sememangnya untuk keluar dari dunia plastik sepenuhnya adalah suatu yang boleh dikatakan mustahil, terutama bagi kita yang sudah terbiasa dan terdidik dengan budaya plastik.

Namun usaha untuk mengurangkan penggunaan plastik serta meningkatkan kadar pelupusannya amat penting untuk difikirkan bersama.

Semua orang tahu akan kesan dan akibat penggunaan beg plastik secara berleluasa. Walaupun memperolehnya secara percuma, menggunakannya secara sementara dan membuangnya amatlah mudah dengan pelbagai cara, namun tangisan bumi yang sengsara dan alam yang menderita amat jauh untuk didengari dan dihayati oleh pancaindera kita yang lima.

Kenaikan harga minyak yang melewati batas AS$140 setong seharusnya mengetuk minda kita kepada kemungkinan suatu hari nanti beg-beg plastik akan dijual jika kita ingin menggunakannya. Alternatif lain yang lebih mesra alam patut dicipta dan direka agar alam pun menjadi mesra dengan kita.

Berita penciptaan plastik mudah terurai oleh Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Universiti Sains Malaysia, Profesor Hanafi Ibrahim pastinya suatu yang

15 

 

ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan makhluk di muka bumi ini baik manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta sumber-sumber alam yang tidak bernyawa sekali pun.

Selain dihasilkan dengan menggunakan kos yang rendah, produk itu juga boleh dikitar semula.

KesanPenguraiannya yang jauh lebih pantas berbanding plastik konvensional berasaskan petroleum yang memakan masa 100 tahun jelas mampu mengurangkan kesan negatif akibat retensi plastik terhadap alam sekitar.

Sama-samalah kita mendoakan agar penciptaan yang pertama seumpamanya ini dapat segera diterjemahkan ke dalam penggunaan dalam kehidupan seharian dan kesannya akan dapat dinikmati oleh masyarakat Malaysia dan dunia amnya.

Selepas melancarkan Kempen Keranda Putih (white coffin) yang merujuk kepada penghapusan penggunaan bekas makanan polimer di dalam kampus, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang juga telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan penggunaan beg-beg plastik di kafeteria pelajar, berkuatkuasa Ogos ini.

Kempen seumpama ini wajar menjadi contoh kepada agensi-agensi kerajaan mahu pun agensi swasta yang lain bagi sama- sama membuktikan bahawa 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' bukan hanya suatu tema.

Ia seharusnya menjadi suatu misi sejagat yang memerlukan penglibatan semua.

Beberapa cadangan yang begitu efektif untuk dilaksanakan telah diutarakan.

Ini termasuklah makan di tempat makanan disediakan atau dijual dan makan sehingga habis bagi pengurangan aktiviti pembungkusan dengan plastik, mengurangkan pengedaran straw dan beg plastik serta menggantikannya dengan beg-beg yang mudah untuk terbiodegrasi, membawa bekas sendiri jika ingin membungkus pulang makanan dan menggalakkan kitar semula barangan berasaskan plastik.

Kerjasama secara kolektif amatlah penting dalam menjayakan misi menyelamatkan alam daripada terus musnah akibat perbuatan tangan-tangan manusia ini.

ARKIB : 24/02/2011

Ada pasar raya tidak sokong kempen tanpa beg plastik

JERANTUT 23 Feb. – Sikap pengusaha pasar raya yang tidak peka terhadap isu alam sekitar dengan tidak menyokong kempen tanpa beg plastik dikesali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Abdul Mubin Ahmad berkata, setiap pemilik pasar raya sepatutnya menyokong kempen tersebut kerana ia bertujuan memulihara alam sekitar. LAU Lee (tiga, kiri) melancarkan Kempen

Kurangkan Penggunaan Beg Plastik sambil diperhatikan Abdul Mubin Ahmad (dua,

kanan) dan Yeoh Kay Seng (kanan) di pasar raya TF Value Mart, Jerantut, semalam.

‘‘Kita berharap semua pasar raya di negeri ini menyokong usaha kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas pelancaran kempen tersebut di pasar raya TF Value Mart, di sini semalam.

Majlis pelancaran itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee. Hadir sama, Pengurus Operasi pasar raya tersebut, Yeoh Kay Seng.

Pasar raya terbabit menjadi perintis kepada pelaksanaan kempen itu bagi peringkat daerah Jerantut yang bermula Sabtu ini.

Abdul Mubin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan premis perniagaan lain mengikut jejak pasar raya itu untuk melaksanakan kempen tersebut.

‘‘Kita berharap lebih banyak premis perniagaan di bandar ini turut serta menjayakan kempen ini,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya sedia membantu memberi kesedaran kepada penduduk tempatan berhubung kesan penggunaan beg plastik kepada alam sekitar.

Dalam pada itu, Kay Seng berkata, pihaknya menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan kempen tersebut yang dilancarkan di peringkat kebangsaan sejak Julai tahun lalu.

“Banyak pasar raya di negara ini telah melaksanakan kempen ini. Kini, tiba giliran kami mengikut jejak langkah mereka supaya penggunaan beg plastik dapat dikurangkan,” katanya.

16 

 

17 

 

Menurut Kay Seng, bermula Sabtu ini, pengguna di pasar raya itu tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik sebaliknya akan menggunakan beg kitar semula yang akan dijual mengikut saiz.

ARKIB : 24/02/2011

Ada pasar raya tidak sokong kempen tanpa beg plastik

JERANTUT 23 Feb. – Sikap pengusaha pasar raya yang tidak peka terhadap isu alam sekitar dengan tidak menyokong kempen tanpa beg plastik dikesali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Abdul Mubin Ahmad berkata, setiap pemilik pasar raya sepatutnya menyokong kempen tersebut kerana ia bertujuan memulihara alam sekitar. LAU Lee (tiga, kiri) melancarkan Kempen

Kurangkan Penggunaan Beg Plastik sambil diperhatikan Abdul Mubin Ahmad (dua,

kanan) dan Yeoh Kay Seng (kanan) di pasar raya TF Value Mart, Jerantut, semalam.

‘‘Kita berharap semua pasar raya di negeri ini menyokong usaha kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas pelancaran kempen tersebut di pasar raya TF Value Mart, di sini semalam.

Majlis pelancaran itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee. Hadir sama, Pengurus Operasi pasar raya tersebut, Yeoh Kay Seng.

Pasar raya terbabit menjadi perintis kepada pelaksanaan kempen itu bagi peringkat daerah Jerantut yang bermula Sabtu ini.

Abdul Mubin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan premis perniagaan lain mengikut jejak pasar raya itu untuk melaksanakan kempen tersebut.

‘‘Kita berharap lebih banyak premis perniagaan di bandar ini turut serta menjayakan kempen ini,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya sedia membantu memberi kesedaran kepada penduduk tempatan berhubung kesan penggunaan beg plastik kepada alam sekitar.

Dalam pada itu, Kay Seng berkata, pihaknya menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan kempen tersebut yang dilancarkan di peringkat kebangsaan sejak Julai tahun lalu.

“Banyak pasar raya di negara ini telah melaksanakan kempen ini. Kini, tiba giliran kami mengikut jejak langkah mereka supaya penggunaan beg plastik dapat dikurangkan,” katanya.

18 

 

19 

 

Menurut Kay Seng, bermula Sabtu ini, pengguna di pasar raya itu tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik sebaliknya akan menggunakan beg kitar semula yang akan dijual mengikut saiz.

Sumber : http://www.utusanmalaysia.my Tarikh akses : 24 Jun 2011

Headline: Beg plastik mudah terurai jamin kelangsungan alam Publication: BH Date of publication: May 12, 2011 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Ridzuan Yop

MENGHENTIKAN terus penggunaan beg plastik di pasar raya atau kedai bukanlah pendekatan bijak. Pengguna di negara ini perlu diberi pendidikan mengenai bahaya penggunaan bahan itu dalam kehidupan seharian. Industri juga ada pilihan untuk memperkenalkan beg plastik mudah terurai. Ikuti nasihat pakar dalam bahagian akhir laporan ini KEBIASAAN atau amalan harian bukan sesuatu yang mudah untuk dihentikan. Ia bagai sudah melekat dan sebati sebagai satu cara terbaik dalam kehidupan meskipun realitinya menyajikan pelbagai musibah atau risiko sama ada kepada individu, orang sekeliling mahupun dunia secara amnya. Begitu juga dengan isu penggunaan beg plastik yang mungkin sudah berpuluh-puluh tahun diterapkan sebagai satu kemestian setiap kali membeli-belah. Benarkah orang kita tidak peka kepada pentingnya memelihara alam sekitar atau tidak ambil kisah? Setiap hari, jika mengunjungi pasar raya atau kedai, mereka tidak pernah membawa beg untuk mengisi barang. Pelanggan di negara ini terbiasa diberi beg plastik untuk membungkus barang dibeli. Tentu sukar bagi mereka, walaupun tidak semua menerima kejutan ini jika penggunaan beg plastik dihentikan. Ketika ini, setiap Sabtu beg plastik tidak diberi di beberapa lokasi yang menyahut kempen kerajaan sempena Hari Tanpa Beg Plastik bermula 1 Januari lalu. Meskipun hanya Sabtu, ada juga yang merungut kerana rasa dibebani. Tidak kurang juga yang ambil langkah mudah supaya tidak membeli-belah pada Sabtu, walaupun alternatif yang ada dengan menggunakan beg kitar semula. Bagaimanapun, tidak ramai sanggup atau mahu membelinya. Justeru, rasanya wajar satu kaedah lain menggantikan mekanisme sedia ada. Mungkin ramai tidak begitu peka ada pilihan menggantikan penggunaan beg plastik sedia ada yang dikatakan boleh menjejaskan alam sekitar kerana mengambil masa lama untuk terurai. Ketua Jabatan Pengurusan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Latifah Abdul Manaf, berkata memang diakui beg plastik yang digunakan kebanyakan pasar raya dan kedai sekarang adalah daripada bahan yang lambat terurai, malah boleh memakan masa ratusan tahun. Selain itu, katanya, bahan untuk menghasilkan kebanyakan produk plastik juga mempunyai bahan kimia berbahaya kepada alam sekitar serta boleh memberi kesan kepada hidupan lain sekiranya memakan makanan dalam beg plastik yang sudah menyejat bahan kimianya. "Sekiranya hidupan liar termakan beg plastik, ia akan kekal dalam tubuh badannya dalam tempoh lama. Ia lambat untuk terurai. Pasti ia akan memberi kesan buruk kepada haiwan itu. Isu paling ketara dalam penggunaan beg plastik sedia ada ialah lambat terurai. "Justeru, sewajarnya guna pendekatan lain, iaitu ganti beg plastik dengan beg plastik mudah

1  

terurai yang menggunakan bahan lain seperti ubi kayu. Ia memang mahal sedikit daripada beg plastik sedia ada, tetapi ada pasar raya menggunakan beg plastik itu. Bermaksud, pasar raya mampu menyediakannya. "Jika beg plastik mudah terurai digunakan, tidak timbul lagi masalah yang dikhuatiri selama ini kerana bahan itu akan terurai dalam jangka masa beberapa bulan saja. Tidaklah sampai ratusan tahun seperti beg plastik sedia ada. Ia sebenarnya satu alternatif terbaik yang wajar difikirkan," katanya. Namun, bagi Dr Latifah, tidak salah untuk terus membekalkan beg plastik sedia ada kepada pengguna jika mereka diberi kesedaran secara tepat menggunakan semula beg plastik itu untuk tujuan lain seperti membungkus sampah atau digunakan setiap kali membeli-belah. Beliau merumuskan bukan sesuatu yang mudah untuk menghentikan penggunaan beg plastik, tetapi pada masa sama, bersetuju bahawa kempen yang digerakkan ketika ini adalah langkah awal untuk menyedarkan orang ramai, namun ia belum cukup meluas. Malah, baginya, semua lokasi terutama pasar raya perlu menyediakan beg lain atau kotak sebagai alternatif menggantikan beg plastik. "Memang benar orang ramai perlu diberi kesedaran mengenai kesan penggunaan beg plastik dan akibatnya jika gagal diurus secara sempurna. Banyak risikonya seperti menjadi tempat pembiakan nyamuk, pencemaran air sungai, banjir kilat dan bahayakan hidupan. "Jika dibakar pula, ia mencemarkan udara kerana beg plastik dibuat daripada petroleum. Jika dibuang di tempat pelupusan sampah pula, ia lambat terurai menyebabkan keadaan menjadi buruk dan mencipta banyak masalah kerana ia boleh melepaskan gas. Paling tepat ialah jangan guna beg plastik jika tidak perlu. "Risiko seperti ini sebenarnya bukan hanya disebabkan beg plastik dibekalkan di kedai, tetapi turut merujuk kepada semua jenis pembungkus yang dibuat daripada plastik. Pembungkus makanan, botol susu dan pelbagai kegunaan lain juga sebenarnya tidak begitu selamat jika menyimpan makanan panas kerana ia akan menyebabkan bahan kimianya cair dan menyerap masuk dalam makanan. "Namun, semua itu ada penyelesaian kerana ada bahan alternatif lain boleh digunakan. Pengguna wajar diberi pilihan dan sediakan alternatif kepada mereka yang tidak membebankan mereka," katanya. Pasar raya catat kemerosotan jumlah pelanggan setiap hujung minggu SECARA umumnya kebanyakan pasar raya bersetuju jumlah pengunjung ke gedung jualan mereka menunjukkan sedikit kemerosotan pada setiap Sabtu berbanding tahun lalu, iaitu sebelum kempen Hari Tanpa Beg Plastik dilancarkan pada 1 Januari tahun ini. Senario ini menunjukkan ada sebahagian rakyat negara ini belum sedar perlunya usaha mengurangkan penggunaan beg plastik dijalankan, tetapi berasakan kempen sebegini 'menyusahkan' acara membeli-belah mereka, walaupun ada alternatif disediakan seperti menggunakan beg kitar semula atau kotak yang disediakan di beberapa pasar raya. Malah, tinjauan di beberapa pasar raya pada Sabtu, mendapati tidak ramai membawa beg kitar

2  

semula, malah kaunter yang membekalkan kotak secara percuma juga lengang. Apa yang lebih jelas dilihat ialah lebih ramai sanggup membayar 20 sen untuk membeli beg plastik atau mengehadkan pembelian barangan dengan membeli dalam jumlah yang kecil. Pasar raya Carrefour, umpamanya melaporkan rekod pengunjung mereka pada Sabtu merosot lapan peratus berbanding 2010 dan peningkatan pelanggan dilihat mendadak pada setiap Ahad. Ini membuktikan mereka memilih untuk membeli-belah pada hari lain kerana mungkin lebih mudah untuk membawa barang dengan beg plastik. Meskipun angka sebanyak 17.5 peratus pelanggan dikatakan membayar 20 sen untuk membeli beg plastik, hasil tinjauan mendapati sebaliknya kerana boleh dikatakan lebih separuh pelanggan yang beratur di kaunter pembayaran membayar untuk mendapatkan pembungkus itu. Carrefour juga melaporkan, sebanyak 60 peratus pelanggan menggunakan beg kitar semula, namun ia dikatakan masih tidak menyeluruh. Malah, Pengurus Komunikasi Korporatnya, Salmieah Mohd Zin, mengakui penggunaan beg kitar semula lebih banyak bertumpu di kawasan bandar berbanding lokasi mereka di luar bandar. "Mungkin ia ada kaitan dengan cara berfikir. Saya lihat pengguna di bandar lebih terbuka untuk menerima kempen ini dan memilih untuk menggunakan beg kitar semula tetapi sebaliknya di luar bandar. Mereka mungkin belum cukup terbuka menerima perubahan ini. "Namun, Carrefour memang sejak awal lagi sudah melaksanakan mekanisme ini. Kami sudah tidak menggunakan beg plastik secara sepenuhnya di Carrefour Bangsar South. Pasar raya ini dibuka pada 31 Oktober 2009 turut menjadi pasar raya pertama di Malaysia yang tidak membekalkan plastik beg plastik pada pelanggan. "Malah, adalah menjadi misi korporat kami mulai 2012 untuk tidak membekalkan beg plastik kepada pelanggan. Usaha ini adalah sebagai satu sumbangan kami untuk membantu alam sekitar," katanya. Salmieah juga yakin penurunan jumlah pelanggan di pasar raya pada Sabtu mungkin kerana mereka memilih untuk membeli barang keperluan harian di kedai runcit atau serbaneka yang masih membekalkan beg plastik pada Sabtu. Jurucakap Tesco pula memberitahu, sejak kempen ini dilancarkan, dapat dilihat peningkatan ketara dalam penebusan mata ganjaran 'Green Clubcard', di mana pelanggan yang menggunakan beg kitar semula atau membawa beg sendiri akan mendapat mata ganjaran berganda berbanding pengguna biasa. Sementara itu, ketika tinjauan dijalankan, beberapa pelanggan berbeza pendapat mengenai kempen ini. Ada antaranya melihat ia membebankan dan ada yang mahu kerajaan lebih tegas dan drastik dalam melaksanakan kempen ini untuk memelihara alam sekitar. Jurujual kereta, Yantie Md Nur, 29, berkata pelanggan yang terpaksa mengunjungi pasar raya pada Sabtu akan berasa terbeban kerana sukar untuk membawa barangan kecil tanpa beg plastik.

3  

"Bukan semua orang datang dari rumah. Seperti saya, balik dari pejabat, singgah di sini (Carrefour) untuk beli barang keperluan harian. Manalah saya ingat nak bawa beg lain. Akhirnya, kerana memikirkan susah untuk bawa barang, saya mengehadkan pembelian dengan membeli barang tertentu saja dan jika boleh tidak beli barang kecil yang susah dibawa. "Selalu juga saya dengar orang tua merungut kerana rasa disusahkan dengan kempen ini. Bagi saya ia tidak berkesan kerana beg plastik masih boleh dibeli. Namun, saya lebih suka membawa barang, walaupun berterabur begini kerana rasanya tidak berbaloi bayar 20 sen," katanya. Seorang lagi pelanggan, Kamal Yahya, 42, berkata dia tidak nampak apa manfaat kempen ini kerana masih belum jelas sejauh mana sehari tanpa beg plastik mampu menyelamatkan alam sekitar. Justeru, beliau tidak kisah membayar 20 sen untuk beli beg plastik, tetapi terpaksa mengehadkan pembelian kerana tidak mahu membeli banyak beg plastik. Berbeza pula dengan seorang guru, Yean Kek Fong, 45, yang mahu kerajaan lebih agresif dalam menggerakkan kempen ini dengan menjadikan lebih banyak hari tanpa beg plastik. Malah, dia mahu harga beg plastik dinaikkan supaya pelanggan rasa tidak berbaloi membeli beg plastik. "Dua puluh sen terlalu murah. Pelanggan masih mampu beli, sekali gus menggagalkan kempen ini. Jual saja RM1 supaya tidak ramai yang beli. Paling baik, jangan jual langsung. Saya lihat kempen mengenai alam sekitar perlu agresif dan menyeluruh, bukan sekadar dibuat ala kadar," katanya. INFO Plastik * Plastik pertama buatan manusia dicipta Alexander Parkes dan pertama kali dipamerkan pada Pameran Antarabangsa di London pada 1862. Bahan berkenaan yang dipanggil Parkesine adalah bahan organik yang dibentuk daripada selulos yang boleh dibuat pelbagai bentuk ketika dipanaskan menggunakan acuan. * Kajian mendapati setiap beg plastik yang dibuang mengambil tempoh antara 400 hingga 1,000 tahun untuk hancur kepada cebisan bertoksik yang kemudian mencemar tanah, saliran air dan memasuki rantaian makanan apabila ia dimakan haiwan. * Mengikut statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia akan meningkat setiap tahun dengan jangkaan mencecah 30,000 tan sehari menjelang 2020. * Tinjauan di United Kingdom pada 2008 mendapati 90 peratus pekedai setuju setiap beg plastik dikenakan sedikit bayaran, manakala pekedai di lebih 80 bandar di negara itu secara sukarela menghentikan pemberian beg plastik kepada pelanggan, manakala bakinya bersetuju untuk berbuat demikian.

4  

Headline: Kempen Hari Tanpa Beg Plastik perlu kajian teliti Publication: BH Date of publication: May 11, 2011 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Ridzuan Yop

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu mengumumkan setiap Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik bagi seluruh negara. Persoalannya, dapatkah kempen itu menjamin alam sekitar kita tidak lagi tercemar dengan bahan itu atau ia hanya persepsi hanya plastik satu-satunya bahan yang menjadi punca pencemaran alam sekitar. Ikuti bahagian pertama laporan ini. BENARKAH beg plastik menjadi punca utama kepada pencemaran alam sekitar sehingga perlu diadakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik? Pada masa sama sejauh mana pula kempen ini berkesan dan dapat menyedarkan orang ramai terhadap pemuliharaan alam sekitar. Bagi melaksanakan kempen itu, pasar raya besar dan beberapa premis terpilih di seluruh negara tidak lagi membekalkan beg plastik percuma kepada pelanggannya pada setiap Sabtu dalam usaha kerajaan mengurangkan sisa bahan itu. Kempen itu pada satu sudut dilihat amat baik bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar berpunca daripada bahan berkenaan. Kempen itu dilaksanakan atas alasan bahan plastik atau beg plastik khususnya mengambil masa beratus tahun untuk diurai. Namun, sepanjang tempoh kira-kira lima bulan ia dilaksanakan timbul pelbagai reaksi daripada orang ramai ada yang bersetuju dan ada juga melihat kempen itu kurang berkesan. Pengerusi Pendidikan dan Kesedaran Forum Plastik Malaysia (MPF), Ahmad Khairuddin Shaaban, berpendapat pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik memerlukan kajian dan penelitian mendalam serta perbincangan sebelum dilaksanakan. Beliau berkata, apa yang berlaku ketika ini, wujud persepsi yang salah terhadap bahan itu, bahawa ia satu-satunya bahan yang menjadi punca kepada pencemaran alam sekitar, berbanding bahan lain kerana didakwa mengambil masa lama untuk terurai. Ahmad Khairuddin berkata, persepsi bahawa bahan plastik sukar diurai dan mengambil masa antara 500 dan 1,000 tahun tidak dapat ditolak, tetapi pada masa sama bahan lain juga sukar diurai termasuk kertas dan bahan logam lain. Sehubungan itu, katanya, melaksanakan kempen hanya membabitkan beg plastik dilihat kurang praktikal atau menjadi 'kambing hitam' kerana banyak bahan lain turut sukar diurai, apatah lagi beg plastik hanya bahagian kecil daripada sumber pencemaran utama di seluruh dunia. "Jika beg plastik tidak dibenarkan digunakan ia kemungkinan bukan saja menyusahkan orang ramai yang membeli-belah pada Sabtu, tetapi orang ramai akan mengambil pendekatan lain dengan membeli di pasar malam atau pasar tani yang menyediakan beg plastik. "Jadi masalah ini tidak selesai juga, kerana orang ramai masih berusaha mendapatkan beg plastik daripada sumber lain seperti di pasar, malah atau pasar tani yang menyediakan beg

5  

plastik percuma," katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini. Beliau tidak menolak sejak kempen itu dilaksanakan, pihak pengeluar mengalami pengurangan dalam permintaan beg plastik bagi kegunaan pasar raya, namun pada masa sama mereka mendapat permintaan yang sebaliknya bagi beg plastik sampah. Ahmad Khairuddin berkata, keadaan itu berlaku kerana selama ini orang ramai menggunakan beg plastik yang mereka peroleh daripada pasar raya untuk dijadikan pembungkus sarap sarap, tetapi selepas langkah itu diambil mereka terpaksa membeli beg plastik sampah bagi membuang sisa sampah di rumah. Sehubungan itu, katanya, beliau melihat langkah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik kurang berjaya sebaliknya ia memburukkan lagi keadaan kerana beg plastik sampah berwarna hitam lebih tebal berbanding beg plastik biasa. "Daripada kajian dibuat 80 peratus daripada orang ramai menggunakan beg plastik diperoleh daripada pasar raya untuk membungkus sampah sarap, tetapi jika mereka menggunakan beg plastik sampah untuk membuang sampah harian bermakna kempen itu mendatangkan kesan yang sebaliknya," katanya Beliau berkata, kos menghasilkan bahan plastik lebih murah berbanding bahan lain seperti kertas kerana ia melalui proses lebih banyak seperti penebangan pokok dan penggunaan air yang banyak. Sehubungan itu, katanya, masalah yang timbul ketika ini adalah cara ia dilupuskan sehingga boleh memudaratkan alam sekitar dan perlu ada satu kaedah yang sesuai untuk memastikan ia dilupuskan dengan sempurna di tapak pelupusan. Selain itu, katanya, sikap orang ramai yang membuang bahan plastik sesuka hati menyebabkan bukan saja berlaku kekotoran di kawasan tertentu. Beliau berkata, beg plastik adalah berguna jika digunakan secara bijak dan cara pendekatan terbaik adalah untuk menggunakan pendekatan 3R iaitu 'Reduce' (kurangkan), 'Reuse' (guna semula) dan 'Recycle' (kitar semula). Pasar raya, kedai tidak agresif beri kesedaran pengguna KEMPEN yang dianggap tidak menyeluruh dan gagal memberi kesedaran adalah rumusan Gabungan Persatuan Pengguna (FOMCA), merujuk kepada Hari Tanpa Beg Plastik yang digerakkan seluruh negara, bertujuan melindungi alam sekitar daripada bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam plastik. Pengarah Komunikasinya, Yusuf Abdul Rahman, melihat kempen yang hanya tertumpu pada setiap Sabtu dan lebih terarah kepada pasar raya serta kedai berkonsep rangkaian sebenarnya tidak cukup agresif untuk menanam kesedaran dalam kalangan pengguna terhadap perlunya penggunaan beg plastik dikurangkan atau dihentikan sepenuhnya. Baginya, pengguna tidak langsung sedar mengenai keperluan menjaga alam sekitar tetapi hanya akan berasa dibebani dengan kempen itu kerana mereka masih lagi diberi pilihan untuk membeli beg plastik dengan harga 20 sen sekiranya tetap mahu menggunakan bahan itu pada setiap Sabtu.

6  

"Ini menunjukkan kempen ini gagal dan tidak berkesan. Jika benar kerajaan mahu memelihara alam sekitar dan mendidik pengguna tidak menggunakan plastik, kenapa perlu diberi pilihan lagi? Sepatutnya, laksanakan secara konsisten dan komited. Jangan beri sebarang pilihan untuk terus guna beg plastik. "Jangan benarkan mana-mana kedai atau pasar raya bekalkan beg plastik walau dengan bayaran sekalipun. Ganti terus beg plastik dengan beg kertas atau beg kitar semula supaya pelanggan sedia maklum bahawa setiap Sabtu memang tidak ada langsung beg plastik. Jika langkah sekarang berterusan, kempen itu tidak akan berjaya. "Langkah kerajaan sekarang seperti kempen 'hangat-hangat tahi ayam' atau 'melepaskan batuk di tangga'. Ia tidak dibuat secara bersungguh-sungguh. Pengguna tidak akan nampak kenapa mereka tidak sesuai lagi guna beg plastik. Langkah perlu lebih drastik dan agresif," katanya. Ada benarnya pandangan dilemparkan Yusuf itu kerana ketika ini, pengguna seakan merasa dibebani dengan penjualan beg plastik pada setiap Sabtu dan bukan menyedari kepentingan memelihara alam sekitar. Malah, ramai pengguna yang memilih untuk tidak membeli-belah pada hari itu kerana tidak mahu bersusah payah membawa beg sendiri. Ini bermakna, kesimpulan yang wajar dilihat secara terperinci oleh kerajaan ialah rakyat langsung tidak sedar mengenai kepentingan kempen ini dan berterusan menganggap mereka sengaja dibebankan. Yusuf melihat kebanyakan kempen digerakkan kerajaan selama ini tidak banyak memberi impak kepada menyedarkan orang ramai, sama seperti kempen 'Earth Hour' yang dilihat sekadar tempoh untuk semua orang bergelap selama sejam, tetapi tidak faham mengapa mereka perlu berbuat begitu. Beliau turut berpendapat rakyat negara ini susah dididik menerusi kempen, tetapi perlu dibuat dalam bentuk arahan. Adalah lebih tepat dan wajar jika selepas satu tempoh ditetapkan, -mana penjual yang memberi beg plastik akan didenda. "Namun, apabila sudah dijadikan peraturan, penguatkuasaan juga perlu tegas dan menyeluruh. Satu lagi kelemahan kita ialah terlalu banyak peraturan dibuat, tetapi pelaksanaan dan penguatkuasaan lemah," katanya. (Pasar raya besar mengakui jualan mereka menurun setiap Sabtu berikutan langkah memperkenalkan Hari Tanpa Plastik. Ikuti keluhan mereka dalam bahagian kedua laporan ini esok)

7  

Headline: Hari Tanpa Beg Plastik Tesco berhasil Publication: HM Date of publication: Jan 25, 2011 Section heading: Main Section Page number: 028

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) mengurangkan 85 peratus penggunaan beg plastik di seluruh rangkaian pasar rayanya di Pulau Pinang, sekali gus menyahut usaha kerajaan menjayakan sambutan kempen Hari Tanpa Plastik setiap hari. Usaha itu dilaksanakan di semua rangkaian Tesco termasuk di Jalan Tengku Kudin, Gelugor, Tesco Extra Sungai Dua, Tesco Prai dan Tesco Bukit Mertajam bagi menggalakkan pelanggan menggunakan beg kitar semula ketika membeli belah. Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perundangan Tesco Malaysia, Azlam Shah Alias berkata, Tesco melancarkan kempen itu sebagai rakan kerajaan negeri untuk turut sama menjaga alam sekitar. Beliau berkata, objektif utama kempen itu berganding bahu dengan kerajaan negeri melindungi persekitaran kerana penggunaan plastik tanpa kawalan boleh mendatangkan bahaya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Kempen Hari Tanpa Plastik di Tesco, Sungai Dua yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

8  

Headline: Pengganti beg plastik Publication: BM Date of publication: Jan 9, 2011 Section heading: BM Dua Page number: 006 Byline / Author: Oleh Mohd Azis Ngah

NAMA Furoshiki sememangnya asing bagi kita, tetapi inilah jawapan atau antara alternatif penggunaan beg plastik di negara kita, lebih-lebih lagi selepas kerajaan mengumumkan Hari Tanpa Beg Plastik bagi seluruh negara, berkuatkuasa 1 Januari lalu. Furoshiki adalah jenis kain pembungkus tradisional Jepun yang digunakan untuk mengisi pakaian, membungkus hadiah dan pelbagai barangan lain. Sejak kebelakangan ini, timbul suatu minat baru rakyat Jepun memelihara alam sekitar termasuk kempen mengurangkan penggunaan plastik serta kitar semula. Furoshiki kembali mendapat tempat di hati rakyat Jepun tetapi penggunaannya masih belum meluas berbanding zaman kegemilangannya dan kini banyak digunakan di tempat makan siang (bento) dan alas meja makan. Pada 6 Mac 2006, Menteri Alam Sekitar Jepun, Yuriko Koike, mempromosikan furoshiki untuk digunakan dalam dunia moden sekali gus meningkatkan penggunanya sehingga ke hari ini. Penggunaan Furoshiki dikatakan bermula pada zaman Nara (710 hingga 794 Selepas Masihi) tetapi orang ramai memanggilnya dengan gelaran Furoshiki semasa zaman Muromachi (dari 1336 hingga 1573 Sebelum Masihi). Sebelum itu, furoshiki pernah dikenali sebagai lipatan Hirazutsumi sebelum ia berkembang dan digunakan peniaga untuk mengangkut barang dagangan atau melindungi keperluan serta membungkus hadiah. Ia boleh digunakan untuk membalut pelbagai jenis barang dengan pelbagai bentuk menggunakan teknik ikatan riben dan punca kain yang hadir dalam pelbagai corak dan warna pada kain. Corak paling popular ialah Araiso (ombak dan ikan) yang melambangkan kemakmuran, kejayaan dan kehidupan abadi manakala corak Asanoha (bentuk daun ganja) pula adalag simbol kesihatan yang bagus kerana ia adakah lambang perkembangan kuasa serta tenaga. Penulis yang menyertai program `Honda Eco Insight Trip' anjuran Honda, baru-baru ini, berpeluang mempelajari teknik membungkus Furoshiki di pusat kebudayaan dan pengembangan Jepun, Kelab Chayu KuMon berpangkalan di Tokyo. Timbul rasa kagum melihat ramai sukarelawan dan pelajar di situ yang begitu aktif mempromosikan budaya bangsa mereka semata-mata demi menyokong pemuliharaan alam sekitar serta memastikan tradisi mereka tidak berkubur. Hanako Fujisawa, 43, dan Yukiko Fukaumi, 29, adalah antara tenaga pengajar di kelab berkenaan yang terkenal dengan teknik Ma'musubi dan Syembol (simpul).

9  

Yukiko berkata, kain yang digunakan juga melambangkan individu dan identiti kaum mereka kerana lambang tertentu biasanya milik eksklusif golongan tertentu. "Penggunaan cukup banyak. Orang dulu sering berdagang, bertandang ke rumah keluarga yang jauh. Sudah tentu mereka akan membawa buah tangan atau hadiah. "Cara paling baik memastikan barangan kekal elok sepanjang perjalanan ialah membungkusnya dalam Furoshiki kerana ia boleh digalas, diikat pada belakang atau dipegang," katanya. Kain berbentuk segi empat dengan saiz antara 45 sentimeter (sm) hingga 90 sm itu boleh digunakan untuk membungkus barangan empat segi, botol, buahan tetapi ia akan dibungkus mengikut bentuk asal barang bungkusan akan mempunyai satu hujung ikatan yang mempunyai tempat pemegang membolehkan pemilik membawanya dengan selesa dan tidak terlucut. Bahkan, menurut Yukiko, kain yang sama boleh digunakan sebagai selimut atau alas tempat tidur kerana kebiasaannya pedagang akan merantau jauh sebelum sampai ke destinasi. Mereka mengeluarkan sementara barangan dan menggunakan furoshiki sebagai pemanas badan. Namun, menjadi pantang larang orang Jepun, sekiranya memberikan hadiah dalam bungkusan Furoshiki, mereka sesekali tidak akan menerima hadiah `timbal balas' daripada penerimanya. "Ia dianggap tidak menghormati pemberian ikhlas pemberi. Mereka bukan berdagang, cuma memberikan hadiah dan perlu diterima dengan ikhlas. Kadang-kadang hadiah timbal balas itu boleh dianggap menghina," katanya. Kini, penggunaan Furoshiki semakin berkembang bahkan penduduk Jepun mula mereka cipta pelbagai corak menjadikannya menarik dan cantik hinggakan ada kedai yang menggunakan dekorasi furoshiki sebagai tarikan ke pusat perniagaan mereka. Info Jenis kain Furoshiki moden * Sutera * Kapas * Rayon * Nilon * Chirimen

(END)

10  

Headline: Amalkan 3r -reuse, reduce, recycle Publication: BH Date of publication: Jan 3, 2011 Section heading: 1Klassifieds Page number: 012

SEBAGAI seorang yang mementingkan kualiti hidup, kita seharusnya sedaya upaya mengurangkan pembaziran dalam menjalani rutin seharian. Amalan 3R iaitu Reuse, Reduce, Recycle - Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula sebenarnya dapat mengelakkan amalan pembaziran sekali gus dapat menjimatkan wang, tenaga dan memulihara alam sekitar. Oleh itu, jadikan amalan 3R sebagai jaminan untuk menikmati kualiti hidup yang sempurna, sihat dan bersih. 1. REDUCE I PENGURANGAN Hanya beli apa yang diperlukan. Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan kerana ia merupakan satu pembaziran. Sebagai pengguna bijak, seharusnya kita beli barangan buatan tempatan yang lebih terjamin pembuatannya. * Beli produk yang boleh diguna semula: Beli barangan dalam bentuk botol atau kaca dan jika bateri, beli bateri yang boleh dicas semula. * Beli pencuci serba guna: Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan. * Beli barangan yang kurang bungkusan: Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas. * Beli produk tidak bertoksik: Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, penggilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya. 2. REUSE / GUNA SEMULA Guna semula pelbagai barangan seperti beg-beg, baju lama, tayar dan kayu untuk dijadikan satu produk baru atau barangan kraf tangan. Guna semula barangan tersebut tanpa melakukan pembakaran terbuka merupakan satu amalan murni. * Beg-beg: Boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah. * Baju-baju lama:

11  

Boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca. * Kayu lama: Boleh dijadikan sebagai bahan kraf tangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang. 3. RECYCLE / KITAR SEMULA Perhatikan barangan di sekeliling kita, dan pastikan setiap barangan yang boleh di kitar semula. Asingkan bahan-bahan tersebut mengikut jenis. Gunakanlah tongtong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan- bahan yang boleh di kitar semula. * Pusat Kitar Semula: Memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula. * Sekolah Dan Perniagaan: Boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula. * Aktiviti Komuniti: Jalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk memperbaiki dan meningkatkan kesedaran mengitar semula di samping dapat mengeratkan hubungan sesama komuniti.

12  

Headline: Beg plastik ejen cemar alam sekitar Publication: BH Date of publication: Jan 3, 2011 Section heading: Sentral Page number: 003 Byline / Author: Oleh Johari Ibrahim

SELAIN menjadi hari pertama bagi tahun baru 2011, Sabtu lalu juga membawa erti penting kepada bidang pemuliharaan alam sekitar di negara ini apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan setiap Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik bagi seluruh negara. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kepenggunaan kementerian itu, Abdul Majid Abdul Rahim, berkata pasar raya besar dan beberapa premis terpilih di seluruh negara tidak akan lagi membekalkan beg plastik percuma kepada pelanggannya pada setiap Sabtu dalam usaha kerajaan mengurangkan sisa bahan itu. Langkah itu diambil kerana mengikut statistik kementerian, sisa pepejal yang dihasilkan penduduk Malaysia akan meningkat setiap tahun dengan jangkaan mencecah 30,000 tan sehari menjelang 2020. Dengan pengurangan penggunaan beg plastik, kementerian yakin jumlah itu akan dapat dikurangkan memandangkan beg plastik adalah bahan yang paling mudah dan banyak digunakan orang ramai ketika membeli-belah. Orang ramai perlu melakukan perubahan dengan memasukkan barang yang dibeli ke dalam troli dan mengisi terus ke dalam kereta atau membawa beg kitar semula ketika membeli belah pada setiap Sabtu. Perbahasan mengenai kesan buruk sisa beg plastik kepada ekologi dan alam sekitar bermula sejak beberapa tahun lalu terutama membabitkan negara barat. Ia timbul selaras peningkatan keprihatinan manusia terhadap kepentingan alam sekitar yang seharusnya "diusik" secara minimum dalam mengejar pembangunan. Pada Februari 2008, akhbar The Guardian, United Kingdom melaporkan sekitar 13 bilion beg plastik diberikan percuma kepada pelanggan pasar raya di negara itu setiap tahun. Kajian juga menunjukkan setiap beg plastik yang dibuang mengambil tempoh antara 400 hingga 1,000 tahun untuk hancur kepada cebisan bertoksik yang kemudian mencemar tanah, saliran air dan memasuki rantaian makanan apabila ia dimakan haiwan. Kebanyakan beg plastik juga dibuang ke sungai atau laut, sekali gus mencemarkan pantai selain menyebabkan kematian haiwan laut yang memakannya seperti penyu. Bagaimanapun, kempen yang dilancarkan KPDNKK itu akan hanya tinggal nama jika ia tidak mendapat kerjasama sewajarnya daripada pekedai dan orang ramai. Justeru, selain melancarkan kempen di pasar raya, kementerian juga perlu menganjurkan sesi penerangan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai dan pelajar mengenai keburukan

13  

bahan plastik kepada kehidupan manusia dan dunia. Tinjauan di United Kingdom pada 2008 mendapati 90 peratus pekedai bersetuju supaya setiap beg plastik dikenakan sedikit bayaran, manakala pekedai di lebih 80 bandar di negara itu secara sukarela menghentikan pemberian beg plastik kepada pelanggan, manakala bakinya bersetuju untuk berbuat demikian. Pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan perlu menjadi pemacu kepada kejayaan kempen berkenaan supaya ia benar-benar berbaloi dan membawa faedah dengan merangkumkan pesertanya daripada kalangan pekilang plastik, pasar raya dan orang ramai. Mungkin juga selepas orang ramai "membenci" beg plastik sebagai ejen pencemar alam sekitar, kementerian boleh menambah hari tanpa beg plastik sedikit demi sedikit pada masa depan. Masalah mungkin timbul pada peringkat awal terutama rungutan daripada pengeluar beg plastik yang mendakwa kerugian tetapi mereka sebenarnya ada pilihan lain termasuk berubah kepada pengeluaran beg plastik boleh urai atau beg kertas. Pekilang beg plastik tidak wajar mengeluh dengan kempen itu kerana dunia kini sudah berubah dan selepas sekian lama mereka mengeluarkan bahan itu sudah sampai masa perubahan perlu dilakukan kepada produk yang lebih mesra alam.

14  

Headline: `Pengusaha bahan plastik mungkin gulung tikar' Publication: BH Date of publication: Jan 3, 2011 Section heading: Main Section Page number: 030 Byline / Author: Oleh Magendran Rajagopal

PUTRAJAYA: Tindakan kerajaan menguatkuasakan hari tanpa beg plastik bagi mengurangkan penggunaan beg plastik di pasar raya dan pasar raya besar pada setiap Sabtu, kecuali di Pulau Pinang yang menguatkuasakannya setiap hari, mengundang keresahan industri bahan plastik negara. Presiden Persatuan Pembuatan Barangan Plastik Malaysia (MPMA), Lim Kok Boon, berkata peraturan berkuat kuasa kelmarin itu akan menyebabkan pengusaha bahan plastik mengalami kerugian hampir 50 peratus dan mungkin gulung tikar jika berterusan. "MPMA sudah berdialog dengan Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini dengan masing-masing mengemukakan pandangan, termasuk hasil kajian saintifik mengenai kebaikan serta keburukan bahan plastik. "Saya harap kerajaan negeri mempertimbangkan semula dasar ini dan mencari rumusan lebih praktikal yang menguntungkan semua pihak. "Kita harap Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengambil kira periuk nasi lebih 1,500 pekerja di 38 syarikat yang menganggotai persatuan ini, malah saya yakin punca pendapatan lebih ramai pekerja akan terjejas kerana ada pengusaha atau pengeluar barangan plastik yang tidak bernaung dalam MPMA. "Kami menyokong penuh usaha mengurangkan, guna semula dan kitar semula beg plastik tetapi berharap hari tanpa plastik dihadkan kepada tiga hari saja supaya tidak menjejaskan perniagaan kami," katanya ketika dihubungi semalam. Julai tahun lalu, Kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan Isnin sebagai hari tanpa plastik yang menjadi sebahagian daripada kempen mengurangkan pelepasan karbon yang menjejaskan lapisan ozon. Bekas polisterin sudah diharamkan dalam semua majlis membabitkan kerajaan negeri, manakala peniaga gerai digalak bertukar kepada kaedah pembungkusan lebih mesra alam. Dasar hari tanpa plastik ditambah kepada tiga hari seminggu mulai Januari tahun lalu dan baru-baru ini, kerajaan negeri mengumumkan larangan penggunaan beg plastik dilanjutkan kepada tujuh hari seminggu di pasar raya serta pasar raya besar, selain daripada sehari kepada tiga hari di pasar raya mini dan kedai runcit. Pengharaman itu bukan menyeluruh kerana orang ramai masih boleh membeli beg plastik pada harga 20 sen setiap satu dan wang berkenaan disalurkan bagi membantu golongan miskin tegar di negeri terbabit. Kok Boon berkata, walaupun bukan semua ahli MPMA membekalkan beg plastik kepada pasar raya atau pasar raya besar, kesannya turut dirasai pengusaha kecil kerana syarikat lebih besar

15  

16  

kini terpaksa berebut peluang perniagaan dengan mereka. Beliau juga menafikan dakwaan mengatakan beg plastik adalah komponen terbesar di pusat pelupusan sampah selain menjadi bahan buangan utama isi rumah, sebaliknya ia hanya dua peratus daripada keseluruhan sampah yang dibuang. "Plastik tidak mencemar alam sekitar, sebaliknya pengguna yang melakukannya. Justeru, perlu ada usaha bersepadu bagi memupuk kesedaran orang ramai menjiwai 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula). "Pada masa sama, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mencipta beg plastik lebih mesra alam atau mudah terurai apabila dilupus perlu dipergiatkan," katanya.

Sumber : http://www.nstemedia.my Tarikh akses : 24 Jun 2011

RUJUKAN

RUJUKAN

Kitar Semula Available : http://www.wikipedia.org.my (24 Jun 2011) Becklake, Sue Isu Hijau : Pelupusan Sisa & Kitar Semula. Kuala Lumpur : 1997 Gordon, Jo Lindungi Bumi Kita : Kitar Semula. Johor Bahru : 1994 Jasman Ahmad, Siti Razimah Idris Siri Utamakan Alam Sekitar Anda : Pengitaran Semula. Petaling Jaya, Selangor : 1996 Kitar Semula. [Online] Available : http://www.ppsppa.gov.my/v2/index.php/3r/kitar-semula (24 Jun 2011) Nst Emedia. [Online] Available : http://www.nstemedia.com.my (24 Jun 2011) Utusan Malaysia. [Online] Available : http://www.utusanmalaysia.com.my (24 Jun 2011)