sumber manusia BM

14
1 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI MALAYSIA Perancangan Sumber Manusia

Transcript of sumber manusia BM

Page 1: sumber manusia BM

1

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI MALAYSIA

Perancangan Sumber Manusia

Page 2: sumber manusia BM

2

Objektif Pembelajaran

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:1. Mendefinisikan maksud perancangan sumber

manusia;

2. Menghuraikan kepentingan perancangan sumber manusia; dan

3. Menjelaskan proses perancangan sumber manusia.

Page 3: sumber manusia BM

3

Definisi

Perancangan sumber manusia ialah proses meramal permintaan (keperluan) dan bekalan tenaga kerja yang diperlukan di masa hadapan bagi mencapai matlamat dan objektif organisasi

Perancangan untuk memastikan bahawa organisasi mempunyai jumlah tenaga pekerja yang mencukupi bagi sesuatu jawatan pada waktu yang betul

Page 4: sumber manusia BM

4

Kepentingan

Integrasi objektif perniagaan dan pengurusan sumber manusia

– Penghubung antara objektif pengurusan sumber manusia dengan perancangan strategik organisasi

Mengekalkan pekerja– Khususnya pekerja yang berprestasi tinggi dan berpotensi

menjadi pemimpin organisasi di masa hadapan

Menggunakan sumber manusia dengan berkesan – Memastikan organisasi mempunyai tenaga kerja yang

mencukupi, berdaya saing, komited dan berkeupayaan

Page 5: sumber manusia BM

5

Kepentingan

Meramal lebihan dan kekurangan pekerja– Mengelak daripada krisis kekurangan atau lebihan tenaga

Merancang program latihan pekerja– Perancangan sumber manusia berperanan untuk

menyediakan deskripsi tentang pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang sedia ada pada pekerja bagi membangunkan program latihan yang sesuai dengan keperluan pekerja

Page 6: sumber manusia BM

6

Proses Perancangan Sumber Manusia

Empat peringkat:– Meramal permintaan – Meramal bekalan tenaga kerja– Menetapkan matlamat dan rancangan strategik – Melaksanakan rancangan dan tindakan

(menyeimbangkan antara keperluan dan ketersediaan tenaga kerja)

Page 7: sumber manusia BM

7

Proses Perancangan Sumber Manusia

Meramal permintaantenaga kerja

Meramal bekalantenaga kerja

Menetapkan matlamat

dan perancangan strategik

(menetapkan tindakan

perancangan sumber

Manusia)

Program pelaksanaandan tindakan

(menyeimbangkan antara keperluan

danketersediaan

tenaga kerja

Page 8: sumber manusia BM

8

Proses Perancangan Sumber Manusia

Langkah 1: Meramal permintaan tenaga kerja– Mengenal pasti bilangan pekerja yang bakal

diperlukan dalam berbagai kategori pekerjaan– Memantau persekitaran dalaman (kos merekrut,

sumber kewangan, keupayaan pekerja sedia ada) dan luaran organisasi (perubahan teknologi, ekonomi, persaingan, undan-undang)

– Kaedah ramalan - kaedah statistik dan kaedah pertimbangan

Page 9: sumber manusia BM

9

Langkah 2: Meramal bekalan/penawaran tenaga kerja– Mengenal pasti bilangan pekerja dan kemahiran

yang sedia ada dalam organisasi– Kaedah ramalan - kaedah statistik dan kaedah

pertimbangan Kaedah statistik – Analisis Markov Kaedah pertimbangan – Analisis kekosongan jawatan

Proses Perancangan Sumber Manusia

Page 10: sumber manusia BM

10

Langkah 3: Merancang sumber manusia secara strategik– Membentuk matlamat dan merancang sumber

manusia secara strategik– Menetapkan tindakan yang wajar dipertimbang

oleh organisasi untuk menangani sebarang masalah berkaitan perancangan sumber manusia

– Lebihan atau kekurangan tenaga kerja?

Proses Perancangan Sumber Manusia

Page 11: sumber manusia BM

11

– Langkah jika mengalami lebihan tenaga kerja: Pengecilan organisasi (downsizing) Penurunan pangkat Perkongsian kerja Pembekuan pekerja Latihan semula Pesaraan awal

Proses Perancangan Sumber Manusia

Page 12: sumber manusia BM

12

– Langkah jika mengalami kekurangan tenaga kerja:

Kerja lebih masa Mendapatkan sumber luar (outsourcing) Mengurangkan lantik henti Mengadakan inovasi teknologi

Proses Perancangan Sumber Manusia

Page 13: sumber manusia BM

13

Langkah 4: Melaksanakan program tindakan– Langkah terakhir dalam proses perancangan

sumber manusia– Satu ketetapan akan dibuat untuk memilih strategi

yang bagi mengatasi masalah lebihan atau kekurangan pekerja dalam organisasi

– Di peringkat ini juga strategi yang telah diputuskan akan dipantau keberkesanannya

Proses Perancangan Sumber Manusia

Page 14: sumber manusia BM

14

• Perancangan sumber manusia merupakan langkah awal untuk mengurus tadbir tenaga kerja dalam organisasi

• Menekankan penyusunan tenaga kerja bagi keperluan semasa dan keperluan di masa hadapan

• Ramalan tenaga kerja perlu dibuat dengan teliti agar organisasi tidak berhadapan dengan masalah lebihan atau kekurangan pekerja yang tidak diduga sama sekali

Kesimpulan