SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan,...

162
SUMBER: MONOGRAF

Transcript of SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan,...

Page 1: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

SUMBER:

MONOGRAF

Page 2: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Penstrukturan semula pemberian subsidi Sunday, 06 June 2010 10:10am

©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah menjadi satu isu dasar yang penting. Subsidi ialah satu instrumen fiskal untuk membantu sektor tertentu misalnya, kumpulan termiskin atau industri yang memerlukan sokongan pada peringkat awal. Sebenarnya banyak negara memberi subsidi kepada masyarakatnya. Misalnya negara Barat memberi banyak subsidi kepada sektor pertanian untuk memastikan pendapatan petani terjamin, manakala harga barang makanan tidak begitu tinggi. Malah, isu subsidi bahan pertanian adalah satu isu pertelingkahan antara negara maju dan negara membangun ketika perundingan pelbagai hala di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Dalam pengurusan kewangan kerajaan, subsidi adalah satu perkara penting dan dianggarkan hampir 20 peratus daripada jumlah perbelanjaan pengurus. Antara komponen subsidi ialah sokongan kepada pengeluaran beras negara, galakan cukai untuk industri, subsidi tenaga, potongan cukai jualan, bantuan kepada kerajaan tempatan dan kerajaan negeri, serta bantuan secara langsung seperti biasiswa, caj rendah untuk rawatan di hospital awam, dan bantuan kewangan untuk keluarga miskin. Subsidi juga berbentuk kawalan ke atas harga seperti caj untuk perbelanjaan kesihatan dan pendidikan. Dalam erti kata lain, mereka yang menggunakan kemudahan ini tidak membayar harga pasaran. Misalnya, kos tuisyen di universiti awam tempatan lebih rendah berbanding kos tuisyen di sektor swasta. Begitu juga caj RM1 untuk berjumpa doktor di hospital awam termasuk ubat-ubatan asas.

Page 3: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Bandingkan pula dengan caj di hospital swasta yang berjumlah antara RM35 hingga RM50 hanya untuk berjumpa doktor. Jumlah subsidi dijangka bertambah berikutan pertambahan penduduk dan kegiatan ekonomi di negara ini. Di samping itu, ada rakyat asing di negara ini yang turut menggunakan kemudahan awam seperti sekolah dan hospital. Harus diingat, bahan api, khususnya petrol yang digunakan oleh kenderaan mengandungi banyak unsur subsidi kerana harga yang ditetapkan jauh di bawah paras harga antarabangsa. Masalah ini menjadi ketara kerana wujud ketirisan apabila pemilik kereta asing dari Singapura dan Thailand yang turut membeli petrol dan diesel di negara ini. Kini amalan subsidi menjadi satu budaya di Malaysia dan isu ini sukar dirungkai kerana rakyat kita mengambil kira subsidi dalam perkiraan perbelanjaan tetap mereka. Terdapat juga tekanan ke atas sumber hasil kerajaan kerana dasar untuk mengurangkan kadar cukai secara langsung. Selain itu, ketidaksediaan masyarakat menerima cukai barangan dan perkhidmatan (GST) begitu lama menyukarkan usaha meningkatkan hasil. Rakyat gemar jika kadar cukai dikurangkan, namun mereka meminta ditambah subsidi, sambil meminta lebih banyak projek pembangunan seperti sekolah, hospital dan jalan raya. Sebab itulah adanya tekanan ke atas pengurusan kewangan kerajaan. Kerajaan mengalami defisit sejak 1998 atas beberapa sebab. Antaranya peranan kerajaan yang ketara dalam pembangunan negara serta kesediaan kerajaan mengatasi kemelesetan ekonomi dengan menampung jumlah permintaan agregat. Kedudukan defisit dijangka berterusan dalam tempoh sederhana. Langkah kerajaan mengurangkan subsidi adalah satu tindakan sukar kerana dalam jangka pendek, ia boleh menjejaskan pendapatan sebenar rakyat jelata, meningkatkan kos taraf hidup dan menghakis tahap untung sektor korporat serta akhir sekali mungkin menjejaskan persaingan badan-badan perniagaan. Tindakan ini mungkin mendapat tentangan rakyat. Ia juga memerlukan penyesuaian oleh semua pihak dengan merombak struktur perbelanjaan dan gaya hidup bagi mengatasi kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan jika subsidi ditarik balik.

Page 4: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Misalnya ketika petrol dinaikkan dulu, lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam (LRT) dan mengurangkan perjalanan yang tidak penting. Penarikan atau pengurangan subsidi akan memantapkan asas pelaburan dan perbelanjaan kerana orang ramai akan membuat sesuatu keputusan berasaskan harga yang lebih tepat dan benar. Namun begitu, kita masih perlukan subsidi dan subsidi itu hendaklah berasaskan keperluan asasi yang mendesak seperti makanan, pendidikan asas dan kesihatan. Subsidi juga seharusnya diberikan kepada golongan kurang berkemampuan. Jika subsidi itu bertujuan membantu industri yang baru bermula (infant industry) maka satu analisis cost-benefit perlu diadakan terlebih dulu. Kita perlu mempunyai suatu dasar subsidi. Pertama, apakah sektor atau kegiatan yang perlu diberikan subsidi? Kedua, siapakah golongan sasaran yang layak menerima subsidi manakala yang lain perlu membayar harga pasaran? Ketiga, subsidi perlu satu jangka masa seperti jika kita hendak membantu industri yang baru ditubuhkan (infant industry). Akhirnya, kajian impak dan cost benefit perlu dipastikan ke atas setiap subsidi utama. Satu mekanisme juga perlu diwujudkan supaya mereka yang tidak layak, tidak harus menerima subsidi berkenaan. Sebagai contoh, mengapa ramai warga asing membeli harga petrol di negara ini? Begitu juga kos kesihatan, mereka yang tidak layak dan berpendapatan tinggi perlu dikenakan caj yang jauh melebihi RM1 untuk berjumpa doktor di hospital awam. Berdasarkan perbincangan di atas, pihak kerajaan terpaksa mengambil tindakan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat. Akhir sekali, dasar subsidi perlu diselaraskan dengan dasar mengukuhkan kewangan sektor awam. Pada masa yang sama, sumber hasil yang baru perlu ditetapkan dan kegiatan-kegiatan awam yang boleh dilaksanakan oleh sektor swasta, diswastakan. Dalam hal terakhir ini, mungkin kerajaan tidak perlu memberi pinjaman perumahan dan kenderaan kepada kakitangannya kerana aktiviti ini boleh dilaksanakan oleh bank swasta, tetapi sebaliknya, hanya memberi subsidi antara perbezaan kadar faedah.

Page 5: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Dalam melaksanakan perubahan di atas, kerajaan memerlukan kesungguhan supaya satu budaya baru yang kurang bergantung kepada subsidi diwujudkan dikalangan masyarakat. Penulis ialah pakar ekonomi dan kini Pengerusi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) [email protected]

Sumber : www.malaysianbar.org.my/.../penstrukturan_semula_pemberian_subsidi.html Tarikh Akses : 26 Ogos 2011

Page 6: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

ISU HARGA MINYAK DAN TENAGA

Harga runcit petrol dan diesel turun 15 sen seliter lagi berkuat kuasa pada 17 November, 2008, manakala harga siling beras Super Tempatan (ST) lima peratus serta 10 peratus hancur dikurangkan antara 20 dan 30 sen sekilogram, mulai kelmarin.

Penurunan harga bahan api itu adalah yang kelima sejak Ogos lalu, manakala pengurangan harga siling beras pula yang pertama dilakukan sejak harga barangan makanan berkenaan dikawal kerajaan Mei lalu

Dalam kenyataannya semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mengambil keputusan mengurangkan lagi harga runcit petrol dan diesel sejajar dengan penurunan harga minyak dunia yang berterusan.

Beliau berkata, kerajaan turut berharap peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang supaya rakyat mendapat manfaat sepenuhnya berikutan penurunan terbaru harga bahan api itu.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, dalam kenyataannya mengumumkan harga siling baru beras ST lima peratus diturunkan daripada RM2.80 kepada RM2.60 sekilogram, manakala ST 10 peratus hancur dikurangkan kepada RM2.40 sekilogram berbanding RM2.70 sekilogram sebelum ini.

Beliau berkata, penurunan harga itu diwartakan kelmarin dan berdasarkan pemantauan kementerian, pengusaha pasar raya sudah pun menurunkan harga beras berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, masih ada beberapa kedai runcit yang menjual beras itu pada harga lama.

Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) 1992 terhadap peruncit yang menjual beras berkenaan melebihi harga siling itu.

Harga beras ST5 dan ST10 mula dikawal pada Mei lalu berikutan kenaikan harga beras di pasaran dunia. Sebelum itu, kerajaan hanya mengawal harga beras ST15 sejak 1998.

Sumber: Berita Harian

Pengguna Mesti Kreatif Hadapi Krisis Minyak

Sudah banyak keluhan dan kegusaran yang kita dengar berikutan isu harga minyak yang terus mencatatkan rekod tertinggi saban hari. Para individu, syarikat-syarikat dan pihak kerajaan di seluruh dunia semakin waspada dengan senario kenaikan sekarang.

Rakyat Malaysia meskipun cemas dengan berita kenaikan harga minyak, tetapi masih mendapat subsidi yang sedikit sebanyak menjadikan pengguna di negara ini tidak begitu terdedah secara langsung dengan keadaan pasaran minyak semasa.

Page 7: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Berpeluang tinggal di Australia dan menggunakan kereta di sini, kesan kenaikan harga minyak dunia sangat dirasai. Keadaan di Australia agak berbeza kerana stesen petrol di sini meletakkan harga minyak mengikut perubahan harga pasaran.

Lebih memeritkan, pembelian minyak juga dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ini menjadikan para pemandu di sini lebih merasakan bahana krisis sekarang. Berikutan harga minyak di Australia yang berubah mengikut harga semasa, para pengguna di sini responsif dengan perkembangan yang berlaku.

Apa yang menarik, dalam keadaan krisis yang memuncak, manusia menjadi semakin kreatif. Pelbagai kaedah dicari sebagai alternatif untuk mengurangkan beban kenaikan kos bahan bakar.

Antaranya, terdapat pengguna yang menggunakan minyak masak sayuran yang dikitar semula sebagai bahan api kenderaan. Perkara ini semakin popular dan semakin banyak kajian sedang dijalankan bagi mempertingkatkan kadar efisiensi pembakaran.

Ada juga yang menaiki kuda sebagai kenderaan. Kuda sukar diperolehi di Malaysia, tetapi alternatif basikal boleh diambil kira. Kedua-dua kaedah ini selain tidak memerlukan minyak, membolehkan kita beriadah di samping mesra alam. Rasanya, penggunaan motosikal adalah lebih popular bagi kebanyakan kita di Malaysia.

Jika rakyat Malaysia memilih alternatif bermotosikal sebagai langkah berjimat, sayugia diingatkan agar para penunggang motosikal lebih berhati-hati. Seperti kita sedia maklum, korban di jalan raya di Malaysia kebanyakannya melibatkan mereka yang bermotosikal.

Selain itu, terdapat juga ura-ura penerbangan tambang murah JetStar akan memperlahankan kelajuan kapal terbangnya bagi mengurangkan penggunaan tenaga. Dengan ini pihak syarikat dikatakan tidak perlu menaikkan tambang tiket di mana jika ini dibuat, tiadalah maknanya istilah penerbangan tambang murah lagi.

Jika harga minyak dunia terus melonjak, diramalkan kerajaan Malaysia akan terpaksa memindahkan sedikit beban kenaikan ke atas para pengguna. Pasti pengguna di Malaysia kecewa kerana kita punya syarikat minyak nasional yang pada hemat ramai, jika wang hasil minyak cermat diurus, manfaat kepada ramai wajar sama-sama kita rasai.

Para pengguna perlu mengambil langkah awal sebelum harga minyak mencecah AS$200 setong. Jika anda selama ini berulang berpuluh-puluh kilometer dari tempat kerja, mungkin mencari rumah yang dekat dengan pejabat perlu difikirkan. Kebergantungan terhadap pengangkutan awam juga akan semakin meningkat dalam keadaan harga minyak yang tinggi. Di sini, tahap kecekapan sistem pengangkutan awam di Malaysia perlu direformasikan.

Cadangan mewujudkan bas ekspres rakyat juga adalah sesuatu yang baik. Yang kurang enaknya, jurang kaya dan miskin mungkin semakin ketara. Mungkin kita akan kembali seperti dulu, boleh memilih menaiki bas berhawa dingin atau bas tidak berhawa dingin (boleh dibuka tingkapnya).

Alternatif lain ialah dengan berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Mungkin para majikan juga perlu dirayu untuk menaikkan elaun perjalanan.

Page 8: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Melihat dari sudut positif, kesempatan krisis minyak kali ini juga sejajar dengan kegawatan peningkatan suhu dunia. Semakin kita berusaha mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil, semakin kuranglah kesan negatifnya kepada alam sekitar.

- MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD, University of Tasmania, Australia

Meniti Arus : Rakyat Kena Belajar Sesuaikan Diri

Bersama Rahman Sulaiman

KERAJAAN memutuskan tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel sehingga hujung tahun ini, walaupun harga minyak mentah dunia dijangka terus melonjak.

Keputusan itu yang dicapai dalam mesyuarat Kabinet menunjukkan anjakan yang cukup ketara daripada keputusan awal yang dibuat minggu lalu apabila Kabinet menetapkan untuk menyemak semula harga kedua-dua bahan bakar itu setiap bulan untuk diselaraskan dengan harga di pasaran antarabangsa.

Sekiranya keputusan itu tidak diubah, pengguna di negara ini sudah pasti terpaksa membayar harga yang lebih tinggi daripada sekarang - RM2.70 seliter untuk petrol dan RM2.58 seliter untuk diesel , selepas langkah pengstrukturan semula subsidi diumumkan, 4 Jun lalu.

Berdasarkan kepada pola pergerakan harga minyak mentah dunia sekarang yang nampaknya sentiasa menunjukkan trend menaik, maka sudah pasti rakyat akan terpaksa membayar harga runcit petrol dan diesel yang meningkat setiap bulan sekiranya keputusan awal itu tidak dipinda.

Oleh itu, keputusan terkini kerajaan itu bukan saja tepat, tetapi melegakan banyak pihak, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu. Secara langsung ia memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap kesusahan dihadapi rakyat, terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang bukan saja terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat akibat kenaikan harga bahan bakar dan tenaga, tetapi juga penambahan kos makanan dan perkhidmatan yang menyusul.

Seperti dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika mengumumkan keputusan terkini kerajaan, beliau sedar bahawa rakyat sedang berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi.

Minggu lalu, harga bahan itu di pasaran antarabangsa mencecah paras tertinggi dalam sejarah, iaitu AS$139 setong sebelum berlegar sekitar AS$130 sekarang. Jika paras harga ini diambil kira, harga runcit yang patut dikenakan untuk petrol bulan depan ialah RM3.15 seliter selepas ditolak subsidi kerajaan sebanyak 30 sen, bukan RM2.70 seperti sekarang. Jika ini dilakukan, tentulah rakyat akan lebih menderita.

Sebaliknya, setakat ini kerajaan sudah pun mengumumkan pelbagai insentif dan pakej bantuan untuk mengurangkan beban rakyat akibat penstrukturan semula skim subsidi yang tidak dapat dielakkan.

Semuanya gara-gara kenaikan harga minyak dunia yang di luar kawalan kerajaan.

Antara langkah yang diumumkan ialah meluaskan jaringan keselamatan sosial dengan menambah kuantum dan golongan yang layak menerima bantuan kebajikan, melaksanakan

Page 9: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

langkah penjimatan kos dalam sektor awam, membayar rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian yang mempunyai kapasiti enjin 2,000 cc dan ke bawah dan membayar gaji kakitangan awam dua kali sebulan.

Lebih banyak langkah mengurangkan kesan kenaikan harga minyak akan diumumkan bagi membendung tekanan inflasi. Ini semua, sedikit sebanyak sudah pasti akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan. Oleh itu, seperti dijelaskan Perdana Menteri, kerajaan terpaksa mencari kaedah lain untuk menanggung perbelanjaan yang bertambah itu.

Ketika langkah pengstrukturan semula subsidi itu diumumkan minggu lalu, kerajaan menganggarkan dapat membuat penjimatan kira-kira RM13.7 bilion. Sebahagian besar daripada penjimatan itu akan dipulangkan semula kepada rakyat menerusi peningkatan stok penimbal bagi makanan, memperkasakan pengeluaran pertanian serta pelbagai subsidi makanan.

Jumlah penjimatan sebenar tidaklah seberapa selepas diambil kira jumlah yang dipulangkan semula kepada rakyat.

Dengan pelbagai pakej bantuan baru yang diperkenalkan dan ditambah pula dengan subsidi minyak yang melepasi 30 sen seliter seperti yang diputuskan sebelum ini dan terus melonjak setiap hari, jumlah penjimatan sebenar yang akan diperoleh sudah pasti lebih kecil.

Apa pun, satu perkara yang perlu disedari semua pihak ialah hakikat bahawa masalah dihadapi dunia sekarang berhubung harga minyak dan makanan sudah mencapai tahap krisis. Semua negara, termasuk Malaysia tidak mampu mengelakkan diri daripada kesan krisis itu.

Oleh itu, apa saja bentuk tekanan, ugutan atau bantahan sebagai reaksi terhadap krisis itu tidak akan membantu mengubah keadaan. Sebaliknya, mengambil apa juga tindakan positif untuk menyesuaikan diri dengan realiti yang wujud adalah lebih produktif dan menguntungkan.

Satu-satunya reaksi yang sering diamalkan sesetengah pihak di negara ini setiap kali menghadapi kenaikan harga minyak ialah dengan menuding jari kepada Petronas, kononnya syarikat minyak negara itu tidak telus dan menyembunyikan keuntungan sebenarnya, walaupun semua orang tahu laporan kewangan Petronas boleh disemak di mana-mana, termasuk di Perpustakaan Parlimen.

Seperti yang sudah berulang kali dijelaskan, Petronas sudah berbuat lebih daripada sepatutnya sama ada dari segi sumbangannya kepada kerajaan atau dalam memenuhi tanggungjawab sosialnya.

Sebagai contoh, sejak penubuhannya pada 1974, Petronas meraih keuntungan terkumpul sebanyak RM570 bilion dan daripada jumlah itu, RM335 bilion dikembalikan kepada kerajaan, manakala RM178.9 bilion lagi dilaburkan semula.

Tahun lalu saja, syarikat itu meraih keuntungan RM86.8 bilion. Daripada jumlah itu, RM52.3 bilion dikembalikan kepada kerajaan, RM7.8 bilion bagi bayaran kepentingan minoriti dan cukai asing, sementara baki sebanyak RM26.7 bilion dilaburkan semula.

Sumbangan yang diberikan kepada kerajaan itu mewakili kira-kira 35.4 peratus daripada jumlah pendapatan Kerajaan Persekutuan tahun lalu.

Page 10: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Jika semua 35.4 peratus atau sebahagian besar daripada peratusan pendapatan kerajaan itu dibelanjakan untuk subsidi seperti yang dicadangkan sesetengah pihak, apa lagi yang tinggal untuk kerajaan.

Dari mana lagi kerajaan harus mendapatkan sumber kewangan untuk menampung defisit fiskal yang begitu besar selain daripada berhutang yang tentunya membebankan generasi akan datang?

Intipati

Berdasarkan pola pergerakan harga minyak mentah dunia yang sentiasa menunjukkan trend menaik, sudah pasti rakyat terpaksa membayar harga runcit petrol dan diesel yang meningkat setiap bulan sekiranya keputusan awal tidak dipinda.

Pelbagai insentif dan pakej bantuan diperkenalkan bagi mengurangkan beban rakyat akibat penstrukturan semula skim subsidi yang tidak dapat dielakkan.

Kerajaan menganggarkan dapat membuat penjimatan kira-kira RM13.7 bilion ketika langkah pengstrukturan semula subsidi itu diumumkan minggu lalu.

Apa saja bentuk tekanan, ugutan atau bantahan sebagai reaksi terhadap krisis minyak tidak membantu mengubah keadaan.

Satu-satunya reaksi sering diamalkan sesetengah pihak setiap kali menghadapi kenaikan harga minyak ialah dengan menuding jari kepada Petronas.

Datuk Rahman Sulaiman, bekas Ketua Pengarang Bernama, adalah Pengarah di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Semua Pihak Perlu Berkorban Demi Keselesaan Hidup

PENGUMUMAN kerajaan mengenai harga baru petrol dan diesel berkuat kuasa tengah malam tadi adalah sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api. Inilah antara usaha kerajaan untuk mengurangkan pembiayaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun.

Jika subsidi yang besar itu dapat dikurangkan bermakna, wang tersebut dapat diagih untuk disalur kepada projek pembangunan untuk rakyat.

Memandangkan kenaikan harga minyak global yang mendadak naik sejak tahun lalu, adalah wajar satu formula mengurangkan subsidi minyak dilakukan sekarang. Harga minyak bukan lagi naik setakat AS$70 setong pada tahun 2006 dahulu tetapi kini pernah melepasi AS$137 setong baru- baru ini.

Walaupun Perdana Menteri mengumumkan harga baru bahan api, tetapi hakikatnya kerajaan masih berusaha memastikan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat dapat diringankan terutama golongan berpendapatan rendah.

Walaupun harga minyak diapungkan mengikut harga pasaran global sekarang, tetapi ia masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini.

Page 11: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Malah bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju 'memulangkan' wang subsidi dalam bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai, mereka mendapat pengurangan cukai jalan mengikut kadar tertentu berkuat kuasa 1 Jun 2008.

Begitu juga untuk mengurangkan bebanan kos kenaikan diesel bagi syarikat pengangkutan yang diluluskan, syarikat pengangkutan vesel dan nelayan, kerajaan bermurah hati membayar dalam bentuk tunai atau insentif.

Selepas pengumuman Perdana Menteri semalam, sudah tentu rakyat mengharapkan para peniaga tidak menjadikan alasan kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Semua pihak harus berkorban sedikit demi kebahagiaan bersama. Masalah harga barangan tidak mungkin selesai jika setiap kali berlaku kenaikan harga minyak perlu diikuti peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

Peniaga harus juga menunjukkan tanggungjawab moral dan sosialnya kepada rakyat negara ini.

Kita wajar sedar bahawa selama ini rakyat sama ada pekerja swasta atau awam, peniaga atau petani berjaya mencapai mutu hidup seperti sekarang adalah hasil nikmat daripada kewujudan subsidi minyak.

Oleh itu, penarikan balik subsidi minyak hari ini harus menyedarkan rakyat bahawa mereka perlu berkorban dan mengubah tabiat berbelanja.

Urusan mengubah tabiat berbelanja ini berkait rapat dengan berjimat cermat dalam semua bentuk perbelanjaan bagi membolehkan hasil penjimatan ini digunakan untuk menampung harga minyak yang tidak disubsidikan lagi.

Rakyat digesa mengubah tabiat berbelanja supaya kita dapat mengekalkan mutu hidup walaupun harga minyak terus meningkat.

Berganding Bahu Hadapi Krisis Harga Minyak Global

MENGUMUMKAN keputusan untuk tidak lagi menaikkan harga petrol dan diesel pada tahun ini semestinya bukan satu tugas yang mudah di pihak kerajaan.

Apatah lagi dalam keadaan semua orang tahu bahawa harga minyak di pasaran dunia akan terus melonjak dan dijangka berada pada paras yang tinggi menjelang akhir tahun ini.

Ini bermakna dalam tempoh enam bulan dari sekarang, waima tinggi mana sekali pun harga minyak global, Malaysia akan mengekalkan harga di paras yang diputuskan pada 4 Jun lalu.

Page 12: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Berikutan keputusan itu, kerajaan semestinya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan setiap kali harga minyak di pasaran dunia meningkat pada bulan-bulan mendatang.

Hakikatnya kerajaan terpaksa berhadapan dengan dilema serta kesukaran untuk mengimbangi kenaikan harga minyak di pasaran dunia dengan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Menanggung subsidi terlalu besar sehingga mengakibatkan kemerosotan rizab negara semata-mata untuk memastikan harga minyak kekal rendah pasti memberi kesan kepada ekonomi.

Mengurangkan subsidi dengan menaikkan harga petrol serta diesel pula mengundang kemarahan rakyat kerana rantaian kesannya yang bukan sedikit.

Sebab itu kerajaan mengumumkan pembayaran rebat kenderaan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5 bilion bagi mengurangkan beban rakyat.

Begitu juga dengan langkah-langkah lain yang menjurus kepada penjimatan perbelanjaan kerajaan di sektor awam supaya ia dapat disalurkan pula bagi projek berkepentingan rakyat.

Itu pun nampaknya masih belum dapat meredakan kegusaran rakyat kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berlaku secara terang-terangan.

Justeru keputusan kerajaan untuk menjadikan kenaikan harga petrol 78 sen seliter dan diesel RM1 seliter sebagai episod terakhir bagi tahun ini harus dihargai oleh rakyat.

Bahawa keputusan untuk 'menggalas' beban perbelanjaan tambahan yang pastinya bukan sedikit sehingga akhir tahun ini amat signifikan dan besar ertinya kepada negara.

Ia juga menuntut kekuatan di pihak kerajaan untuk mengumumkan keputusan yang amat besar termasuk dari sudut kesannya kepada ekonomi negara selepas RM5 bilion diperuntukkan untuk membayar rebat kenderaan.

Justeru peranan rakyat baik di peringkat atasan mahu pun bawahan ialah melengkapkan 'pengorbanan' kerajaan dengan membuang segala tabiat lama yang menjurus kepada pembaziran.

Tidak ada gunanya jika kerajaan berhabisan dalam usaha mengurangkan beban pengguna tetapi penerimaan di pihak rakyat hanyalah dalam bentuk bantahan serta demonstrasi.

Rakyat dan kerajaan mesti berganding bahu menghadapi krisis ekonomi yang muncul dalam bentuk peningkatan harga minyak global yang sudah pasti tidak akan ada penyusutannya.

Isu Minyak Dan Tenaga

Kerajaan bertindak melakukan penstrukturan semula pakej subsidi bagi petrol dan diesel berikutan kenaikan harga bahan api tersebut di pasaran dunia. Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa 5 Jun 2008. Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sebelum ini. Manakala harga diesel naik sebanyak RM1.00 seliter kepada RM2.58 seliter daripada harga asal iaitu RM1.58 seliter.

Page 13: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Pengenalan

Harga bahan api petrol dan diesel telah ditetapkan sebanyak RM2.70 seliter bagi petrol dan RM2.58 seliter bagi diesel, berkuat kuasa 5 Jun 2008. Harga tersebut meningkat sebanyak 78 sen seliter bagi bahan api petrol dan RM1 setiap liter bagi diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel di negara ini berikutan harga minyak mentah dunia mencecah AS$ 125 setong.

Bantuan Subsidi Kerajaan

Berikutan peningkatan harga bahan api mencecah 40 peratus berbanding harganya sebelum ini, kerajaan prihatin dan mengambil kira nasib rakyat dengan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api.

Walau bagaimanapun, pada hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai sebaik sahaja mereka memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing.

Bayaran Rebat Tunai

Bayaran rebat tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009 yang akan diberikan dalam bentuk kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bayaran itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan melalui 686 rangkaian Pos Malaysia di negara ini.

Rebat Tunai Kepada Pemilik Kenderaan

Bayaran sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga RM2,500cc.

Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc.

Kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan bantuan khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54.

Tarif Elektrik Baru Untuk Semenanjung

Page 14: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Perdana Menteri turut mengumumkan tarif elektrik baru untuk Semenanjung Malaysia. Ia membabitkan peningkatan berkuat kuasa 1 Julai 2008, sebanyak:-

• 26 peratus untuk pengguna komersial dan industri,

• 18 peratus untuk peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta perusahaan

kampung yang menggunakan tidak melebihi 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan.

Bagaimanapun, struktur tarif elektrik baru itu tidak membabitkan isi rumah yang menggunakan 200 kWj ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.

Agihan Subsidi Kerajaan

Walaupun, pakej penstrukturan semula subsidi itu telah menjimatkan peruntukkan subsidi kerajaan sebanyak 13.7 billion, kerajaan masih lagi terpaksa menanggung peningkatan subsidi petroleum dan makanan sebanyak RM42.6 billion.

Peruntukkan subsidi daripada penjimatan penstrukturan semula tersebut sebenarnya akan disalurkan semula bagi kepentingan rakyat dengan agihan kepada pelbagai subsidi seperti berikut:-

• Subsidi dasar jaminan bekalan makanan negara (RM 4 billion);

• Subsidi minyak masak (RM1.5 bilion);

• Subsidi pembelian beras import (RM400 juta);

• Subsidi tepung (RM200 juta);

• Subsidi roti (RM100 juta);

• Subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion).

Tujuan Penstrukturan Semula Harga Petrol dan Diesel

Kos petrol dan komoditi di peringkat global, sudah mengalami kenaikan yang drastik.

Subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil.

Penstrukturan baru subsidi itu adalah pendekatan terbaik bagi menangani masalah yang dihadapi negara berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia.

Nasihat Kerajaan kepada Rakyat

Rakyat perlu mengamalkan cara hidup yang mengutamakan penjimatan dan mengurangkan pembaziran bagi mengelakkan situasi buruk yang mungkin dihadapi.

Page 15: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Kita perlu menerima hakikat bahawa apa yang dilakukan kerajaan bukan hanya untuk faedah kesemua 27 juta rakyatnya tetapi juga mengambil kira kepentingan generasi akan datang. Penarikan subsidi minyak tidak dilakukan secara 'melulu' tetapi turut mengambil kira golongan yang berpendapatan rendah.

Tanggungjawab Rakyat Untuk Memulakan Langkah Penjimatan

• Pengguna di negara ini terpaksa mengkaji semula pola perbelanjaan bagi

menyesuaikannya dengan kenaikan kos sara hidup termasuk membuat perancangan semula

kewangan dan gaya hidup.

• Melakukan langkah jimat-cermat dalam kehidupan. Jika terdapat kawasan di halaman

rumah, mulalah bercucuk tanam. Ini dapat menjimatkan kos membeli sayur-sayuran.

• Bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat seperti pangsapuri, mereka boleh

bercucuk tanam di dalam pasu atau mengikut kaedah penanaman hidroponik.

• Bagi mengurangkan kos pengangkutan, beralihlah kepada pelbagai jenis pengangkutan

awam yang ada untuk ke tempat kerja atau destinasi-destinasi lain.

• Amalkan berkongsi kenderaan. Gunakan kenderaan yang lebih kecil kemampuan

enjinnya (cc). Kenderaan kecil menggunakan minyak yang kurang berbanding kenderaan

berkuasa tinggi dan besar.

• Kos perbelanjaan di rumah juga perlu dikurangkan. Langkah berjimat-cermat boleh

dilakukan terhadap kos utiliti seperti bil elektrik, telefon dan air. Perbelanjaan telefon di rumah

atau telefon bimbit dengan mengurangkan panggilan yang tidak perlu.

• Jika perlu gunakan khidmat pesanan ringkas (sms) kerana kadarnya lebih rendah.

Hentikan langganan perkhidmatan telefon bimbit seperti nada dering, permainan, maklumat

tertentu dan sebagainya.

PENGUMUMAN kerajaan mengenai harga baru petrol dan diesel berkuat kuasa tengah malam tadi adalah sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api. Inilah antara usaha kerajaan untuk mengurangkan pembiayaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun.

Jika subsidi yang besar itu dapat dikurangkan bermakna, wang tersebut dapat diagih untuk disalur kepada projek pembangunan untuk rakyat.

Memandangkan kenaikan harga minyak global yang mendadak naik sejak tahun lalu, adalah wajar satu formula mengurangkan subsidi minyak dilakukan sekarang. Harga minyak bukan lagi naik setakat AS$70 setong pada tahun 2006 dahulu tetapi kini pernah melepasi AS$137 setong baru- baru ini.

Page 16: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Walaupun Perdana Menteri mengumumkan harga baru bahan api, tetapi hakikatnya kerajaan masih berusaha memastikan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat dapat diringankan terutama golongan berpendapatan rendah.

Walaupun harga minyak diapungkan mengikut harga pasaran global sekarang, tetapi ia masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini.

Malah bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju 'memulangkan' wang subsidi dalam bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai, mereka mendapat pengurangan cukai jalan mengikut kadar tertentu berkuat kuasa 1 Jun 2008.

Begitu juga untuk mengurangkan bebanan kos kenaikan diesel bagi syarikat pengangkutan yang diluluskan, syarikat pengangkutan vesel dan nelayan, kerajaan bermurah hati membayar dalam bentuk tunai atau insentif.

Selepas pengumuman Perdana Menteri semalam, sudah tentu rakyat mengharapkan para peniaga tidak menjadikan alasan kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Semua pihak harus berkorban sedikit demi kebahagiaan bersama. Masalah harga barangan tidak mungkin selesai jika setiap kali berlaku kenaikan harga minyak perlu diikuti peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

Peniaga harus juga menunjukkan tanggungjawab moral dan sosialnya kepada rakyat negara ini.

Kita wajar sedar bahawa selama ini rakyat sama ada pekerja swasta atau awam, peniaga atau petani berjaya mencapai mutu hidup seperti sekarang adalah hasil nikmat daripada kewujudan subsidi minyak.

Oleh itu, penarikan balik subsidi minyak hari ini harus menyedarkan rakyat bahawa mereka perlu berkorban dan mengubah tabiat berbelanja.

Urusan mengubah tabiat berbelanja ini berkait rapat dengan berjimat cermat dalam semua bentuk perbelanjaan bagi membolehkan hasil penjimatan ini digunakan untuk menampung harga minyak yang tidak disubsidikan lagi.

Rakyat digesa mengubah tabiat berbelanja supaya kita dapat mengekalkan mutu hidup walaupun harga minyak terus meningkat.

Berganding Bahu Hadapi Krisis Harga Minyak Global

MENGUMUMKAN keputusan untuk tidak lagi menaikkan harga petrol dan diesel pada tahun ini semestinya bukan satu tugas yang mudah di pihak kerajaan.

Page 17: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Apatah lagi dalam keadaan semua orang tahu bahawa harga minyak di pasaran dunia akan terus melonjak dan dijangka berada pada paras yang tinggi menjelang akhir tahun ini.

Ini bermakna dalam tempoh enam bulan dari sekarang, waima tinggi mana sekali pun harga minyak global, Malaysia akan mengekalkan harga di paras yang diputuskan pada 4 Jun lalu.

Berikutan keputusan itu, kerajaan semestinya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan setiap kali harga minyak di pasaran dunia meningkat pada bulan-bulan mendatang.

Hakikatnya kerajaan terpaksa berhadapan dengan dilema serta kesukaran untuk mengimbangi kenaikan harga minyak di pasaran dunia dengan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Menanggung subsidi terlalu besar sehingga mengakibatkan kemerosotan rizab negara semata-mata untuk memastikan harga minyak kekal rendah pasti memberi kesan kepada ekonomi.

Mengurangkan subsidi dengan menaikkan harga petrol serta diesel pula mengundang kemarahan rakyat kerana rantaian kesannya yang bukan sedikit.

Sebab itu kerajaan mengumumkan pembayaran rebat kenderaan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5 bilion bagi mengurangkan beban rakyat.

Begitu juga dengan langkah-langkah lain yang menjurus kepada penjimatan perbelanjaan kerajaan di sektor awam supaya ia dapat disalurkan pula bagi projek berkepentingan rakyat.

Itu pun nampaknya masih belum dapat meredakan kegusaran rakyat kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berlaku secara terang-terangan.

Justeru keputusan kerajaan untuk menjadikan kenaikan harga petrol 78 sen seliter dan diesel RM1 seliter sebagai episod terakhir bagi tahun ini harus dihargai oleh rakyat.

Bahawa keputusan untuk 'menggalas' beban perbelanjaan tambahan yang pastinya bukan sedikit sehingga akhir tahun ini amat signifikan dan besar ertinya kepada negara.

Ia juga menuntut kekuatan di pihak kerajaan untuk mengumumkan keputusan yang amat besar termasuk dari sudut kesannya kepada ekonomi negara selepas RM5 bilion diperuntukkan untuk membayar rebat kenderaan.

Justeru peranan rakyat baik di peringkat atasan mahu pun bawahan ialah melengkapkan 'pengorbanan' kerajaan dengan membuang segala tabiat lama yang menjurus kepada pembaziran.

Tidak ada gunanya jika kerajaan berhabisan dalam usaha mengurangkan beban pengguna tetapi penerimaan di pihak rakyat hanyalah dalam bentuk bantahan serta demonstrasi.

Rakyat dan kerajaan mesti berganding bahu menghadapi krisis ekonomi yang muncul dalam bentuk peningkatan harga minyak global yang sudah pasti tidak akan ada penyusutannya.

Isu Minyak Dan Tenaga

Kerajaan bertindak melakukan penstrukturan semula pakej subsidi bagi petrol dan diesel berikutan kenaikan harga bahan api tersebut di pasaran dunia. Harga petrol di negara ini

Page 18: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa 5 Jun 2008. Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sebelum ini. Manakala harga diesel naik sebanyak RM1.00 seliter kepada RM2.58 seliter daripada harga asal iaitu RM1.58 seliter.

Pengenalan

Harga bahan api petrol dan diesel telah ditetapkan sebanyak RM2.70 seliter bagi petrol dan RM2.58 seliter bagi diesel, berkuat kuasa 5 Jun 2008. Harga tersebut meningkat sebanyak 78 sen seliter bagi bahan api petrol dan RM1 setiap liter bagi diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel di negara ini berikutan harga minyak mentah dunia mencecah AS$ 125 setong.

Bantuan Subsidi Kerajaan

Berikutan peningkatan harga bahan api mencecah 40 peratus berbanding harganya sebelum ini, kerajaan prihatin dan mengambil kira nasib rakyat dengan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api.

Walau bagaimanapun, pada hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai sebaik sahaja mereka memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing.

Bayaran Rebat Tunai

Bayaran rebat tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009 yang akan diberikan dalam bentuk kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bayaran itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan melalui 686 rangkaian Pos Malaysia di negara ini.

Rebat Tunai Kepada Pemilik Kenderaan

Bayaran sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga RM2,500cc.

Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc.

Kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan

Page 19: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

bantuan khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54.

Tarif Elektrik Baru Untuk Semenanjung

Perdana Menteri turut mengumumkan tarif elektrik baru untuk Semenanjung Malaysia. Ia membabitkan peningkatan berkuat kuasa 1 Julai 2008, sebanyak:-

• 26 peratus untuk pengguna komersial dan industri,

• 18 peratus untuk peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta perusahaan

kampung yang menggunakan tidak melebihi 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan.

Bagaimanapun, struktur tarif elektrik baru itu tidak membabitkan isi rumah yang menggunakan 200 kWj ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.

Agihan Subsidi Kerajaan

Walaupun, pakej penstrukturan semula subsidi itu telah menjimatkan peruntukkan subsidi kerajaan sebanyak 13.7 billion, kerajaan masih lagi terpaksa menanggung peningkatan subsidi petroleum dan makanan sebanyak RM42.6 billion.

Peruntukkan subsidi daripada penjimatan penstrukturan semula tersebut sebenarnya akan disalurkan semula bagi kepentingan rakyat dengan agihan kepada pelbagai subsidi seperti berikut:-

• Subsidi dasar jaminan bekalan makanan negara (RM 4 billion);

• Subsidi minyak masak (RM1.5 bilion);

• Subsidi pembelian beras import (RM400 juta);

• Subsidi tepung (RM200 juta);

• Subsidi roti (RM100 juta);

• Subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion).

Tujuan Penstrukturan Semula Harga Petrol dan Diesel

Kos petrol dan komoditi di peringkat global, sudah mengalami kenaikan yang drastik.

Subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil.

Penstrukturan baru subsidi itu adalah pendekatan terbaik bagi menangani masalah yang dihadapi negara berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia.

Page 20: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Nasihat Kerajaan kepada Rakyat

Rakyat perlu mengamalkan cara hidup yang mengutamakan penjimatan dan mengurangkan pembaziran bagi mengelakkan situasi buruk yang mungkin dihadapi.

Kita perlu menerima hakikat bahawa apa yang dilakukan kerajaan bukan hanya untuk faedah kesemua 27 juta rakyatnya tetapi juga mengambil kira kepentingan generasi akan datang. Penarikan subsidi minyak tidak dilakukan secara 'melulu' tetapi turut mengambil kira golongan yang berpendapatan rendah.

Tanggungjawab Rakyat Untuk Memulakan Langkah Penjimatan

• Pengguna di negara ini terpaksa mengkaji semula pola perbelanjaan bagi

menyesuaikannya dengan kenaikan kos sara hidup termasuk membuat perancangan semula

kewangan dan gaya hidup.

• Melakukan langkah jimat-cermat dalam kehidupan. Jika terdapat kawasan di halaman

rumah, mulalah bercucuk tanam. Ini dapat menjimatkan kos membeli sayur-sayuran.

• Bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat seperti pangsapuri, mereka boleh

bercucuk tanam di dalam pasu atau mengikut kaedah penanaman hidroponik.

• Bagi mengurangkan kos pengangkutan, beralihlah kepada pelbagai jenis pengangkutan

awam yang ada untuk ke tempat kerja atau destinasi-destinasi lain.

• Amalkan berkongsi kenderaan. Gunakan kenderaan yang lebih kecil kemampuan

enjinnya (cc). Kenderaan kecil menggunakan minyak yang kurang berbanding kenderaan

berkuasa tinggi dan besar.

• Kos perbelanjaan di rumah juga perlu dikurangkan. Langkah berjimat-cermat boleh

dilakukan terhadap kos utiliti seperti bil elektrik, telefon dan air. Perbelanjaan telefon di rumah

atau telefon bimbit dengan mengurangkan panggilan yang tidak perlu.

• Jika perlu gunakan khidmat pesanan ringkas (sms) kerana kadarnya lebih rendah.

Hentikan langganan perkhidmatan telefon bimbit seperti nada dering, permainan, maklumat

tertentu dan sebagainya.

Sumber : pmr.penerangan.gov.my/.../1397-isu-harga-minyak-dan-tenaga.html Tarikh Akses : 26 Ogos 2011

Page 21: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Rancangan Malaysia Kedua Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.[1]

RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

ISI KANDUNGAN

• 1 Latar belakang • 2 Penstrukturan semula ekonomi • 3 Pengindustrian • 4 Perlombongan • 5 Pertanian • 6 Kesihatan • 7 Pendidikan • 8 Pengangkutan • 9 Warisan • 10 Lihat juga • 11 Nota • 12 Rujukan

LATAR BELAKANG

Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing.[2]

Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.

Namun, RMP dlihat telah gagal menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi ini.[2] Dasar-dasarnya juga menghasilkan ketidakpuasan hati masyarakat bukan Melayu yang rata-ratanya

Page 22: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

menyokong parti-parti pembangkang, yang lebih menyenangi pengurangan atau pemansuhan tindakan afirmatif bagi golongan Bumiputera, sewaktu pilihan raya umum 1969.

Sebuah perarakan kemenangan dianjurkan pada 12 Mei oleh penyokong-penyokong pembangkang yang membawa kepada perhimpunan balas pada keesokan harinya oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti utama di dalam gabungan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu. Namun begitu, perhimpunan itu berubah menjadi rusuhan yang berlangsung selama dua hari. Sumber-sumber rasmi meletakkan jumlah kematian sekitar 200 orang. Ada pihak-pihak lain yang memberikan anggaran yang lebih besar manakala beribu-ribu yang lainnya (kebanyakan daripadanya ialah orang-orang Cina) kehilangan tempat tinggal.

Perintah darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk bagi memerintah Malaysia sehingga tahun 1971, apabila Parlimen bersidang semula.[3]

Semasa berkuasa, MAGERAN melaksanakan DEB dengan tujuan utama membasmi kemiskinan di samping menyingkirkan "pengenalan kaum mengikut peranan ekonomi" melalui sebuah "ekonomi yang pesat berkembang". Selain itu, DEB mensasarkan pegangan ekonomi bumiputera sehingga 30% di dalam jangkamasa 20 tahun.[3] Malah sebuah Rangka Rancangan Jangka Panjang dibentuk dengan tujuan yang sama seperti DEB. Kedua-duanya disusun supaya tamat pada tahun 1990, manakala RMK2 diluluskan oleh Parlimen dengan tujuan kedua-dua polisi ini.[2]

PENSTRUKTURAN SEMULA EKONOMI

RMK2 meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran utama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu terutamanya di dalam bidang pengeluaran dan pelombongan.[2] Bagi mengelak daripada menyekat pegangan ekonomi kaum Cina, rancangan ini memfokuskan perkembangan ekonomi yang lebih besar, supaya pada masa yang sama pegangan ekonomi kedua-dua kumpulan — Melayu dan bukan Melayu — dapat dikembangkan berdasarkan nilai mutlak selain meninggikan pegangan Melayu dalam nilai relatif.[2]

Sejumlah M$7.36 bilion telah diperuntukkan untuk RMK2. Walaupun peruntukan ini lebih rendah berbanding RMP (M$10.5 bilion), rancangan ini berhasrat mencapai pengurangan kemiskinan yang lebih besar dan mempertingkat penglibatan orang-orang Melayu di dalam sektor swasta dengan mengenakan beberapa kekangan terhadap syarikat-syarikat persendirian yang akan menerima manfaat daripada guna tenaga dan pegangan ekonomi orang-orang Melayu.[1]

Ketika rancangan ini diumumkan, golongan bukan Melayu memiliki, menurut kata seorang pengulas, "monopoli secara langsung terhadap guna tenaga perusahaan dan perdagangan persendirian", dan bertumpu di kawasan-kawasan bandar. Tetapi, kepentingan-kepentingan asing mengawal hampir kesemua perusahaan-perusahaan moden termasuk sektor perkilangan, perbankan, kewangan, getah dan timah. Orang-orang Melayu sebahagian besarnya terlibat di dalam pekerjaan luar bandar seperti menanam padi, menangkap ikan, mengerjakan ladang-ladang getah atau kelapa sawit secara kecil-kecilan dan sebagainya. Mereka langsung tidak terlibat di dalam pekerjaan golongan kolar putih seperti perkeranian dan hanya di perkhidmatan awam sahaja — dimana 80% daripada pekerjaan di sektor ini dijamin untuk bumiputera — mereka menduduki jawatan-jawatan atasan.

Page 23: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Kebanyakan ahli bagi sesetengah kerjaya seperti perubatan dan guaman terdiri daripada bukan Melayu. Malangnya, dasar kerajaan, seperti yang digariskan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, tampak mengekang penglibatan orang-orang Melayu di dalam sekor swasta kerana memberi mereka keutamaan di sektor awam. Pengangguran di kalangan semua kaum juga amat berleluasa, kebanyakannya diakibatkan kekurangan pendidikan, dengan 70% daripada 275,000 penganggur berdaftar pada tahun 1970 berumur sekitar 15 hingga 25 tahun. Semua inilah yang dijadikan sasaran kerajaan untuk diubah melalui perlaksanaan DEB dan RMK2.[2]

Agensi-agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan bagi memenuhi sasaran kerajaan di dalam RMK2:

• Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) - berfungsi untuk menentukan harga padi yang berpatutan supaya petani dapat menambah hasil pengeluaran mereka.

• Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) - berperanan memaju industri perikanan dan menggalakkan nelayan menggunakan teknologi moden.

• Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - ditugaskan memberi bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil getah.

Agensi kerajaan lain seperti FELDA meneruskan usaha dalam pembukaan tanah dan penempatan baru di negeri Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah. Projek-projek pengairan juga telah dilaksanakan seperti di Sungai Muda, Kedah, Sungai Kemubu, Kelantan dan di Sungai Kinabatangan, Sabah.

PENGINDUSTRIAN

Beberapa agensi kerajaan yang ditubuhkan sebelum pelancaran RMK2 telah meningkatkan penglibatan mereka di dalam ekonomi negara sepanjang perlaksanaan rancangan ini. Agensi-agensi terbabit termasuklah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Beberapa lagi agensi pula ditubuhkan semasa RMK2 seperti Perbadanan Nasional (PERNAS), Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan juga Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).[2]

PERNAS ditubuhkan bagi membeli perniagaan-perniagaan dan menyertai syarikat kerjasama dengan sektor swasta selain membangunkan industri-industri perintis yang akan dipegang sehingga golongan Melayu memiliki modal yang mencukupi bagi mengambil alihnya kelak. Sehingga akhir perlaksanaan RMK2, PERNAS memiliki lapan syarikat dengan pegangan 100% yang terlibat di dalam bidang insurans, perdagangan, pembinaan, hartanah, kejuruteraan, sekuriti dan perlombongan. Syarikat kerjasama juga ditubuhkan dengan pihak swasta bagi membangunkan perusahaan perlombongan, pengkontenaan, pelancongan dan perundingan.[2]

Parlimen turut meluluskan Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (Akta 156) sewaktu RMK2 yang memerlukan kesemua syarikat pengeluaran baru dengan M$100,000 atau 25 atau lebih pekerja diberi lesen oleh Menteri Perdagangan dan Industri. Bagi mendapatkan lesen tersebut setiap syarikat perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh kementerian itu, yang boleh berubah-ubah. Pengeluar-pengeluar berketurunan Cina amat tidak senang dengan pengenalan akta baru ini kerana mereka telah beroperasi sebelum ini dengan kawalan yang minimum dari kerajaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan menyatakan bahawa akta tersebut tidak dirancang untuk mendatangkan masalah bagi sesetengah kumpulan dan meneruskan perlaksanaannya.

Page 24: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Menurut akta ini, syarikat-syarikat swasta dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu syarikat-syarikat yang diluluskan selepas 1 Januari 1972, syarikat-syarikat yang diluluskan sebelum itu dan syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa lesen. Kesemua syarikat yang tertakluk di bawah akta tersebut dimestikan menghantar satu rancangan atau cadangan kepada kementerian bagi mencapai sasaran jangka panjang pemilikan syarikat sebanyak 30% bagi orang-orang Melayu dan selebihya bagi bukan Melayu. Cadangan yang diterima kemudiannya dipilih menjadi garis panduan bagi menjalankan kegiatan syarikat.[2]

Sehingga RMK2, sektor perusahaan hanya bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia. Rancangan baru ini seterusnya membentuk kawasan perindustrian di pantai timur bagi mengekang masalah perpindahan penduduk dari desa ke bandar. Pantai timur sebenarnya kurang membangun berbanding kawasan pantai barat.

Menjelang 1975, kegiatan pengeluaran membentuk sebanyak 16% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia, iaitu kurang satu peratus daripada sasaran RMK2. Sektor ini berkembang dengan perlahan pada tahun 1975 akibat kelembapan ekonomi sejagat pada tahun itu. Hal ini berbeza dengan pertumbuhan 15% yang dicapai pada tahun 1974 yang melebihi sasaran sebanyak 12.5% setahun seperti yang dicadangkan oleh RMK2. Makanan, keluaran-keluaran kayu dan kimia membentuk majoriti sektor perusahaan ini. Pertumbuhan ketara sektor pengeluaran sepanjang tempoh ini telah dikaitkan dengan usaha-usaha kerajaan menubuhkan kawasan perdagangan bebas. Pada tahun 1974, kawasan-kawasan tersebut telah diumumkan di negeri-negeri Pulau Pinang, Selangor dan Melaka. Perusahaan yang terdapat di kawasan-kawasan ini kebanyakannya berasasakan elektronik, keluaran getah dan tekstil.[2]

Pada awal RMK2, sektor swasta menggaji kebanyakannya pekerja dari golongan berketurunan Cina. Tetapi, mereka tidak memiliki pegangan hak milik sebenar di dalam perusahaan moden.

Page 25: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

PERLOMBONGAN

Sehingga lewat 1970-an, Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dengan membekalkan sekitar 40% kepada negara-negara bukan komunis di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, simpanan bijih timah semakin berkurangan. Sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK negara ini pula diramalkan jatuh sehingga 13% sepanjang RMK2 kerana berkurangnya simpanan bijih timah dan besi. Tetapi, bauksit dan tembaga terus menyumbang kepada sektor ini di awal 1970-an. Penglibatan kaum Melayu di dalam perlombongan adalah sangat berkurangan dan sekitar 70% daripada sektor ini masih dikawal oleh orang-orang asing.[4] Ini merupakan warisan zaman penjajahan British.

Banyak syarikat British, yang tiba pada kurun ke-19 untuk mengeksploit sumber dan hasil galian asli Malaysia masih belum beredar. Penglibatan masyarakat Melayu di sektor ini diburukkan lagi dengan kecenderungan pihak British pada kurun ke-19 membawa masuk buruh-buruh Cina yang murah dan hampir kesemua pekerja di lombong hingga lewat 1970-an ialah orang-orang Cina.[5]

Petroleum dan minyak mentah mula menyumbang dengan ketara ke dalam ekonomi Malaysia pada dekad 1970-an ketika pelantar dan loji penapis minyak yang baru dibina. Menjelang 1975, jumlah pengeluaran minyak mentah dicatat sekitar 90,000 tong sehari (14,000 m³/h) dan kesemuanya oleh syarikat minyak Shell. Pada tahun 1974, hak eksklusif untuk memiliki, mengkaji dan mengeksploitasi petroleum di Malaysia diberikan kepada syarikat milik kerajaan iaitu PETRONAS. Tahun berikutnya, Petronas dianugerahkan hak tunggal ke atas pemasaran dan pengagihan kesemua keluaran petroleum dan peruntukan untuk mengawal syarikat-syarikat lain tanpa memiliki kepentingan hak milik di dalamnya tetapi melalui terbitan pegangan-pegangan pengurusan kepada Petronas.[6]

Jumlah orang-orang Melayu yang terlibat di dalam sektor perlombongan meningkat bermula pada tahun 1970 ketika kerajaan melaksanakan dasar-dasar merombak sistem ekonomi negara. Semasa RMK2 dimulakan, kurang daripada 200,000 orang-orang Melayu diambil bekerja di dalam industri perlombongan. Menjelang tahun 1990, jumlah itu mencecah sehingga sejuta orang melebihi jumlah yang disasarkan pada asalnya.[7]

Lesen-lesen melombong diperuntukkan khas kepada orang-orang Melayu sebagai usaha menambah pegangan mereka di dalam industri ini.[8] Kerajaan tampak berusaha keras meninggikan pegangan Bumiputera itu dengan memiliknegarakan beberapa syarikat perlombongan yang pernah dimiliki orang-orang asing. Menjelang 1989, perbadanan milik kerajaan mengawal sekitar 60% keseluruhan industri perlombongan.[9] Kerajaan juga dibantu oleh faktor pengeluaran petroleum yang kemudiannya melebihi galian lain. Oleh kerana Petronas merupakan syarikat milik kerajaan, ia juga dianggap sebagai perusahaan Bumiputera. Namun, amalan kerajaan ini telah dikritik dengan hujah bahawa syarikat-syarikat milik kerajaan adalah kepunyaan semua orang dan bukan hanya Bumiputera.

PERTANIAN

RMK2 meneruskan usaha-usaha di bawah rancangan lima tahun sebelum itu seperti Rancangan Lima Tahun Pertama Malaya. Walaupun perbelanjaan bagi pembangunan lain telah meningkat mencecah M$1 juta, dana untuk pembangunan luar bandar juga ditambah. RMK2 menumpukan kepada usaha mempelbagaikan tanaman di Malaysia. Rancangan Buku Hijau dilancarkan pada tahun 1974 dengan tujuan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import makanan dengan menggalakkan petani-petani menanam sayur-sayuran sepeti kacang

Page 26: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

panjang, cili dsb. dan menternak haiwan. Keperluan aktiviti pertanian lain seperti baja, benih dan racun perosak pula diberi subsidi.

Penanaman dwimusim padi digalakkan supaya pesawah boleh menuai padi dua kali setahun sekaligus meningkatkan pengeluaran mereka.[10][11][12] Lembaga Pertubuhan Peladang ditubuhkan pada tahun 1973 bagi menyelaras kerjasama dalam sektor perladangan di antara persatuan-persatuan peladang dan agensi-agensi kerajaan.[13]

Pertumbuhan sektor peladang-peladang kecil dipandang penting dalam membuka peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar. Oleh itu, beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah meluaskan saiz program pembangunan mereka. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah ditugaskan mempelbagaikan ladang-ladang pekebun kecil. Malah RISDA sendiri telah menetapkan satu sasaran untuk membangunkan kawasan sejumlah 150,000 ekar (610 km²) sewaktu RMK2.

Dasar utama seterusnya ialah rancangan mempelbagaikan sektor perladangan dengan penanaman kelapa sawit. Ekonomi Malaysia sebelumnya terlalu bergantung kepada getah. Pada waktu puncaknya, Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) mengeluarkan hampir separuh daripada keperluan getah sedunia. Walau bagaimanapun, Zaman Meleset sekitar 1930-an telah menyebabkan harga getah jatuh merudum dan secara langsung memberi kesan mendalam terhadap ekonomi negara ini. Maka, kerajaan berhasrat untuk mengelak daripada insiden sama berulang kembali dengan mempelbagaikan sektor perladangan. Sungguhpun begitu, RISDA dilihat telah melampaui batas kemampuannya dalam percubaan mengambil semula tanah secara tergesa-gesa dan kemudiannya dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit. Menjelang penghujung RMK2, hanya 40,000 ekar (160 km²) sahaja telah dibangunkan dengan separuh daripadanya ialah ladang kelapa sawit.[14][15]

Dasar kemajuan tanah dan penempatan semula yang dijalankan oleh kerajaan, walau bagaimanapun, telah gagal untuk memberi kesan positif terhadap masalah kemiskinan di luar bandar. Kerajaan hanya berjaya menempatkan semula sejumlah 40,000 orang meskipun dianggarkan sejumlah 535,000 keluarga yang terlibat di dalam usaha tani hidup di bawah paras kemiskinan. Akibat kelemahan program itu, orang yang mendapat faedah daripada rancangan ini tidak selalunya datang daripada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Sesetengah pihak juga mengatakan bahawa proses rumit penempatan semula dan pembangunan kawasan baru diberi penekanan lebih berbanding meningkatkan daya pengeluaran ladang-ladang dan kebun-kebun sedia ada. Hal ini seterusnya dirumitkan oleh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan kawalan ke atas hal ehwal tanah kepada kerajaan negeri sekaligus memerlukan kerajaan persekutuan berunding dengan setiap kerajaan negeri satu-persatu. Keluarga bukan Melayu di kawasan luar bandar juga tidak menerima faedah ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi peruntukan khas sebahagian kawasan sebagai tanah simpanan bagi orang-orang Melayu dan ini menghalang kerajaan menerima masuk golongan bukan Melayu ke dalam program ini.[16]

Page 27: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Pengusaha-pengusaha sawah padi digalakkan menuai padi dua kali setahun. Untuk tujuan itu, kerajaan membantu dengan menggalakkan penggunaan teknologi jentera.

Walaupun RMK2 telah memodenkan negeri-negeri jelapang padi seperti Kedah dan Perlis (seperti menggantikan kerbau dengan jentera membajak), bukan semua pengusaha kecil menerima manfaat teknologi ini. Di dalam sektor pertanian korporat, orang-orang Melayu hanya memiliki pegangan sekitar 0.3% berbanding 70.8% yang dimiliki oleh kepentingan asing. Berbeza pula keadaanya di dalam sektor bukan korporat yang menyaksikan orang-orang Melayu mengawal sekitar 47.1%. Disebabkan kekurangan modal, kebanyakan pengusaha-pengusaha Melayu masih terlibat di dalam kegiatan berdaya rendah apabila RMK2 tamat.[17]

KESIHATAN

RMK2 meneruskan inisiatif sebelum ini dalam meningkatkan nilai pemakanan melalui beberapa program. Program terbabit termasuklah galakan menanam makanan berkhasiat, panduan pemakanan dan perancangan hidangan, selain peruntukan makanan bagi kumpulan-kumpulan yang kekurangan zat makanan. Sungguhpun begitu, rancangan ini dirumitkan dengan kekurangan kakitangan perubatan.[18]

Walaupun perancangan keluarga ditetapkan sebagai sasaran negara pada tahun 1964, usaha-usaha menggalakkannya dihambat oleh pengabaian kerajaan. Kebanyakan berita kejayaan yang dicapai oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara berlaku sewaktu Rancangan Malaysia Pertama (RMP) dari tahun 1966 - 1970. RMK2 berhasrat menambah 600,000 pengguna baru kaedah perancangan keluarga tetapi kemudahan dan kakitangan tidak diendahkan.[19] Yang ironiknya, pada tahun 1984, Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad secara efektif meninggalkan polisi perancangan keluarga dengan melancarkan Dasar Kependudukan Negara yang mensasarkan jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2100 mencapai 70 juta orang.

PENDIDIKAN

Walaupun pendidikan di Malaysia hampir dipinggirkan sewaktu RMK2 yang memihak kepada rancangan penstrukturan sosio-ekonomi, beberapa usaha penting dijalankan sepanjang tempoh ini.[20] Pada tahun 1970, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dijadikan bahasa perantaraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi, menggantikan bahasa Inggeris. Peperiksaan kebangsaan yang sebelum ini berpandukan peperiksaan di Britain digantikan dengan peperiksaan tempatan dan banyak buku teks dalam bahasa Melayu diterbitkan. Menjelang tamatnya tempoh rancangan ini, hampir

Page 28: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

kesemua sekolah aliran bahasa Inggeris telah diubahsuai untuk mengajar kurikulum berasaskan bahasa Melayu.[21]

Pada tahun 1973, Pusat Perkembangan Kurikulum ditubuhkan. Misi utamanya ialah menyelaras projek merombak kurikulum yang sebelum ini dikendalikan oleh beberapa jabatan kerajaan. Pusat ini juga bertindak merombak kurikulam sains dan matematik selain memulakan usaha baru meneliti kurikulum sains-sains kemasyarakatan.[22]

RMK2 juga berharap untuk meningkatkan peluang pengajian dan latihan dalam bidang vokasional dan teknikal. Walaupun ada beberapa percubaan, kemajuan dalam usaha memperbaiki kurikulum hanyalah sedikit sahaja. Hal ini berlaku kerana penumpuan lebih diberikan terhada usaha memberikan peluang pendidikan umum yang langsung tidak membuka ruang untuk latihan vokasioal dan teknikal. Namun begitu, beberapa sekolah teknik dan vokasional telah didirikan sepanjang tempoh RMK2, tujuh daripadanya disiapkan pada tahun 1975. Adalah diharapkan usaha ini dapat mengurangkan masalah pengangguran terutamanya di kalangan belia.[23]

PENGANGKUTAN

RMK2 bercita-cita memodenkan jaringan kereta api di Malaysia yang dianggap oleh kerajaan sebagai penting bagi usaha-usaha pembangunan dan juga sektor perusahaan. Semua kereta api diubahsuai bagi menggunakan bahan bakar yang lebih efisyen, iaitu diesel dan kerajaan meninggikan peruntukan bagi penyenggaraan dan pemodenan prasarana kereta api ini. Penekanan diberikan khususnya terhadap usaha-usaha menaiktaraf gerabak sedia ada, laluan dan landasan kereta api serta kemudahan baik pulih.[24]

Perkhidmatan udara juga dikembangkan di bawah rancangan ini yang memberi peruntukan membeli peralatan kawalan pelbagai cuaca dan trafik malam selain latihan bagi kakitangan teknikal. RMK2 turut menyaksikan Penerbangan Malaysia-Singapura dipisahkan menjadi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Penerbangan Singapura (SIA).[25]

Sewaktu RMK2 juga pengkontenaan diperkenalkan di Malaysia bagi mempertingkat perkhidmatan pengangkutan. Rancangan ini menuntut penubuhan sebuah syarikat logistik kebangsaan bagi mengendalikan pengangkutan darat. Maka, pada bulan Ogos 1971, syarikat Kontena Nasional Berhad telah ditubuhkan. Pada bulan Disember tahun yang sama pula, M. V. Benavon menjadi kapal kontena pertama yang berlabuh di Malaysia, iaitu di Terminal Utara Pelabuhan Klang di Selangor.[26]

Ketika RMK2 terdapat dua buah pelabuhan di Malaysia. iaitu satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Klang. Rancangan ini menggariskan usaha menubuhkan dua buah pelabuhan baru di Semenanjung Malaysia. Tempat yang dipilih ialah Johor Bahru di Johor dan Kuantan di Pahang. Dua objektif utama projek pembinaan ini ialah untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap pengangkutan laut dan membawa pembangunan kepada negeri-negeri yang kurang membangun. Pelabuhan Johor siap dibina pada tahun 1977, manakala Pelabuhan Kuantan mula beroperasi pada tahun 1984.[27]

WARISAN

Pada penghujung RMK2 kadar kemiskinan mencatatkan pengurangan daripada 49% kepada 43%. Kadar pengangguran pula berkurangan sebanyak 0.1% kepada 7.4%. Peningkatan ketara bagi penglibatan Bumiputera di dalam sektor swasta juga dicatatkan. Peratusan Bumiputera

Page 29: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

yang diambil bekerja di dalam sektor pengeluaran bertambah daripada 29% kepada 33%, sektor perdagangan pula mencatatkan peningkatan 24% kepada 34%. Pegangan hak milik Bumiputera pula berlipat ganda daripada 3% kepada 7.8%. Sungguhpun begitu, rekod ini masih belum dianggap sebagai membanggakan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi kemajuan itu berlaku disebabkan pegangan syarikat perusahaan kerajaan.[28]

Walaupun rancangan ini pada awalnya mensasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 12.5% setahun, hanya purata 11% berjaya dicatatkan. Pertumbuhan itu sangat tidak sekata. Pada tahun 1973 KDNK tumbuh sebanyak 27% manakala pada tahun 1975 pula ia hanya berkembang sebanya 3% berikutan kemelesetan ekonomi dunia pada masa itu.[29] Meskipun kerajaan berusaha menangani pengangguran dengan mencipta 600,000 pekerjaan baru sewaktu RMK2, jumlah penganggur sebenarnya semakin meningkat di antara tahun 1970 dan 1975. Pada tahun 1970, terdapat 275,000 penganggur manakala pada tahun 1975 pula sebanyak 324,000 orang direkodkan.[30]

RMK2 juga terpaksa menghadapi masalah yang tidak dijangkakan, iaitu inflasi. Di antara tahun 1972 dan 1975, indeks harga pengguna (IHP) meningkat di luar jangkaan sebanyak 40%. Kadar purata inflasi pula sekitar 18% pada tahun 1974 tetapi menurun kepada 7% pada tahun 1975.[31] Permasalahan baru seperti ini dipertimbang oleh kerajaan semasa merancang Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3).

Sektor perladangan dipelbagaikan melalui galakan kerajaan kepada pekebun-pekebun kecil menggantikan getah dengan kelapa sawit.

Satu lagi kesan mendalam RMK2 ialah usaha-usaha mempelbagaikan tanaman. Di sebalik kegagalan RISDA memenuhi sasarannya, industri kelapa sawit di Malaysia terus berkembang. Menjelang tahun 1998, kelapa sawit merupakan penyumbang kedua terbesar kepada KDNK Malaysia, di belakang keluaran elektronik.

Keseluruhannya, RMK2 lebih berjaya berbanding dengan rancangan-rancangan sebelumya dalam menangani ketaksamarataan dari segi ekonomi. Namun begitu, penekanan lebih bagi meningkatkan kedudukan orang-orang Melayu telah membimbangkan golongan bukan Melayu. Apabila RMK3 pula dilancarkan, kerajaan telah mengurangkan penekanan ini sebaliknya memberi tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi lebih rancak yang akan memberi manfaat kepada semua pihak.[2]

Page 30: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Sumber : http://www. ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kedua Tarikh Akses : 26 Ogos 2011

Page 31: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Pengagihan Penjimatan Pakej Penstrukturan Semula Subsidi

Dalam tahun hadapan ini, kenaikan berterusan harga minyak dan komoditi

dunia akan meningkatkan beban Kerajaan. Dalam hal ini, subsidi yang

berkaitan dengan produk petroleum dan makanan akan meningkat sebanyak

RM 42.6 bilion, di mana subsidi berkaitan petroleum akan meningkat

sebanyak RM 37.8 bilion manakala subsidi berkaitan makanan akan

meningkat sebanyak RM 4.8 bilion.

Penjimatan penstrukturan subsidi dan hasil levi yang dikenakan ke atas

IPP dan POP

RM billion

Penjimatan penstrukturan subsidi dan hasillevi 13.7

Beban tambahan Kerajaan Persekutuan/Petronas* 28.9

Peningkatan Subsidi 42.6

Nota

1) Anggaran di atas berdasarkan harga minyak mentah WTI pada tahap USD

125 setong dan RM 3,500 untuk setiap tan minyak kelapa sawit mentah

(CPO)

2) *: Walaupun penstrukturan semula subsidi dan windfall profit levi

dilaksanakan, Kerajaan Persekutuan masih menanggung sebahagian

besar beban akibat kenaikan berterusan harga minyak dan komoditi dunia

1

Page 32: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Peningkatan hasil Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 13.7 bilion ini

akan diguna dan diagihkan untuk tujuan berikut:

Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara

Subsidi minyak masak

Subsidi pembelian beras import bagi

Penyeragaman harga beras di Sabah dan Sarawak

Subsidi tepung

Subsidi roti

Sumbangan kepada subsidi petrol, diesel dan gas

Jumlah

2

RM bilion

4.0

1.5

0.4

0.2

0.1

7.5

13.7

Page 33: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

DITERBITKAN OLEH:Jabatan Penerangan Malaysia R004 (B.M) Jun 2008

Laman Web: HYPERLINK • http://www.penerangan.gov.my • Email: [email protected]

PENSTRUKTURAN SEMULA SUBSIDIPRODUK PETROLEUM DAN PENGURANGAN

DISKAUN GAS KEPADA SEKTORELEKTRIK DAN INDUSTRI

COVER BUKU PENSTRUKTURAN 6/20/08, 6:40 PM1

Page 34: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Penjelasan MengenaiPenstrukturan Semula Subsidi

Produk Petroleum dan PenguranganDiskaun Gas Kepada Sektor

Elektrik dan Industri

UNIT PERANCANG EKONOMIJABATAN PERDANA MENTERI

www.epu.gov.my

17 Jun 2008

Page 35: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIAmendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalanganseluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmurannegara akan dinikmati bersama

secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadaptradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai-bagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akanmenggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai

cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Page 36: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula SubsidiProduk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas

Kepada Sektor Elektrik dan Industri

1. Mengapa berlakunya kenaikan harga minyak mentah dunia?

• Faktor Spekulasi (pembelian minyak masa hadapan - futurestrading):

• Kebimbangan pengurangan stok petroleum Amerika Syarikat

• Kebimbangan tindakan terhadap Iran dalam isu nuklear

• Faktor Fundamental :

• Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu dibeberapa negara OPEC seperti Iran, Iraq dan Nigeria yangmenjejaskan pengeluaran minyak mentah

• Permintaan minyak mentah dunia yang tinggi (85.9 juta tongsehari pada tahun 2007), terutama daripada China dan India,berbanding dengan bekalan (84.9 juta tong sehari) yangmengakibatkan lonjakan harga minyak mentah dunia

• Pelaburan bagi penemuan baru yang lembab (aktivitieksplorasi hingga penghasilan memakan masa 3 hingga 10tahun dan melibatkan kos yang tinggi)

• Harga minyak mentah jenis Tapis (minyak mentah keluaranMalaysia) turut meningkat daripada purata ASD41.48 setong padatahun 2004 kepada ASD78.30 pada tahun 2007. Pada bulan Jun2008 harga purata terus meningkat kepada ASD137.33 setong.

1Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 37: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

CARTA 1Harga Purata Minyak Dunia Yang Terus Meningkat ...

2. Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyakkita perlu naik?

• Malaysia mengeluarkan minyak jenis Tapis. Namun, minyaktersebut tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi(kandungan sulfur yang rendah, kurang 0.5%) serta hargalebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. Olehitu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganyalebih rendah untuk kegunaan tempatan. Dengan ini Malaysiamendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yanglebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.

• Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia dan di luarkawalan Malaysia. Walaupun OPEC memainkan perananpenting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak duniatetapi ia tidak mampu mempengaruhi harga pasaran minyaksepenuhnya disebabkan faktor-faktor lain seperti permintaanluar jangka, cuaca dan geopolitik.

Sumber : Bloomberg

ASD setong

20

40

60

80

100

120

2003 2004 2005 2006 2007 2008*

Tapis WTIHarga TertinggiTapis : ASD142.98 (09/06/2008)WTI : ASD138.54 (06/06/2008)

* Sehingga 17 Jun 2008

30.09 30.84

41.48 41.60

57.77 56.67

69.3365.80

78.3072.28

115.58110.62

2Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 38: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

• Dari segi produk petroleum tempatan (petrol, diesel dan gasmasak), PETRONAS hanya membekalkan 42 peratusdaripada pasaran runcit produk petroleum. Bakinyadibekalkan oleh syarikat asing seperti Shell, Exxon-Mobil,BHP dan Chevron. Jika harga runcit produk petroleumhendak dikekal rendah, Kerajaan terpaksa menanggungkeseluruhan subsidi minyak dan adalah tidak bijak Kerajaanberbuat demikian. Jika PETRONAS pula dikehendakimenanggung keseluruhan subsidi tersebut, bermaknaPETRONAS juga terpaksa menanggung subsidi yangsepatutnya dibayar oleh Shell, Exxon-Mobil, BHP danChevron. Ini kerana Kerajaan tidak boleh memaksa syarikatminyak asing untuk menanggung subsidi tersebut kerana iabukan milik Kerajaan.

3. Negara pengeluar minyak lain boleh menawarkan hargaminyak runcit rendah, kenapa Malaysia tidak?

• Harga jualan minyak runcit adalah bergantung kepada kosmengeluarkan minyak. Harga runcit petrol di negara TimurTengah adalah lebih murah kerana kos mengeluar minyakmentah adalah ASD14.31 setong*. Kos mengeluarkanminyak ini bergantung kepada lokasi telaga minyak sesebuahnegara iaitu jikalau telaga minyak terletak di daratan, kosnyaakan jauh lebih murah seperti di negara Timur Tengahberbanding telaga minyak yang terletak beratus batu ditengah lautan seperti di Amerika Syarikat sebanyakASD69.75 setong*.

• Di samping itu, negara pengeluar yang mempunyai rizabminyak banyak mampu menampung keperluan negaranyasehingga berpuluh malah beratus tahun. Sebaliknya negarapengeluar yang memiliki rizab yang rendah akan kehabisanminyaknya dalam tempoh yang singkat.

3Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

* Dalam tempoh 2004-06

Page 39: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

• Oleh itu, kebanyakan negara pengeluar yang memiliki rizabyang rendah seperti Malaysia terpaksa menetapkan hargaminyak runcit yang tinggi selaras dengan harga minyak duniasemasa. Penetapan harga minyak runcit yang tinggi ini adalahbagi mengawal penggunaan minyak agar boleh digunakanbeberapa generasi seterusnya.

• Negara pengeluar minyak utama dunia yang memiliki rizabyang banyak (melebihi 42 tahun tempoh rizab) sepertiVenezuela, Nigeria, Iran dan Arab Saudi mengenakan hargaminyak runcit kurang daripada RM0.50 seliter. Manakalanegara-negara pengeluar minyak lain yang memiliki rizabsedikit (kurang daripada 22 tahun tempoh rizab) terpaksamengenakan harga minyak runcit yang tinggi mencecahRM8.81 seliter.

• Di samping itu, walaupun India dan Brazil memiliki tempohrizab yang hampir sama dengan Malaysia, namun hargaminyak runcit mereka lebih tinggi berbanding Malaysia. (Silalihat Carta 2) Ini menunjukkan harga minyak runcit di Malaysiamasih rendah berbanding beberapa negara pengeluar minyaklain.

• Malaysia juga adalah pengeluar minyak kecil di dunia ini iaituhanya mengeluarkan tidak sampai 1% daripada keluaranminyak dunia. (Sila lihat Carta 3) Oleh itu, Malaysiasememangnya tidak mampu mempengaruhi harga minyakdunia serta menanggungnya pada harga semasa yang tinggi.

4Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 40: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

CARTA 2Negara Pengeluar Minyak Yang Mempunyai Rizab Banyak

Mengenakan Harga Minyak Runcit Yang Rendah

Sumber : German Technical Cooperation (GTZ), Energy Information

Administration, USA dan pelbagai sumber

98

42

97

84

116

49

103

10 12 1222

1711

2219

7 10 8

0.16 0.32 0. 35 0.390.68

0. 71 1.19

1.99 2.092.38

2.70

3.37 3. 45

4.37

5.11

7. 27

7.91

8.81

0.0

2.0

4.0

6.0

8.0

10. 0

12. 0

14. 00

50

100

150

200

250

300

Rizab (bilion tong)

RM seliter (pada bulan Mei/Jun ‘08) Pengeluaran (juta tong sehari)

Tempoh Rizab (tahun)

Vene

zuel

aNig

eria

Iran

Arab

Saudi

Kuwai

tQ

atar

UAEM

exico

Indo

nesia

China

Mal

aysia

Rusia

Amer

ika S

yarik

atIn

dia

Brazil

Unite

d Kin

gdom

Norway

Denm

ark

RM

Sel

iter

/ Pen

gelu

aran

(ju

ta to

ng s

ehar

i)

Riz

ab (

billi

on to

ng)

/ Tem

poh

Riz

ab (

tahu

n)

5Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 41: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

CA

RTA

3P

enge

luar

an M

inya

k D

i Mal

aysi

a K

uran

g 1%

Dar

ipad

a K

elua

ran

Min

yak

Dun

ia

Sum

ber:

Ene

rgy

Info

rmat

ion

Adm

inis

trat

ion,

US

A (

Janu

ari 2

008)

Riz

ab(t

ong)

Riz

ab(t

ahun

)

179

bilio

n

~ 1

82 T

ahun

21 b

ilion

~ 1

1 Ta

hun

11.7

bili

on

~ 1

0 Ta

hun

87 b

ilion

~ 9

8 Ta

hun

41.5

bili

on

~ 6

3 Ta

hun

36.2

bili

on

~ 4

2 Ta

hun

60 b

ilion

~ 1

7 Ta

hun

115

bilio

n

~ 1

01 T

ahun

138.

4 bi

lion

~ 9

7 Ta

hun

266.

8 bi

lion

~ 8

4 Ta

hun

104

bilio

n

~ 1

16 T

ahun

97.8

bili

on

~ 1

03 T

ahun

5.4

bilio

n

~ 2

2 Ta

hun

4.4

bilio

n

~ 1

2 Ta

hun

Ma

lay

sia

Ind

on

es

ia

Ka

na

da

US

AM

ex

ico

Ve

ne

zu

ela

Lib

ya

Ne

ge

ria

Ru

sia

Ira

qIr

an

Ku

wa

itU

AE

Ara

bS

au

di

2.7

ju

ta t

on

gs

eh

ari

4.9

ju

ta t

on

gs

eh

ari

3.2

ju

ta t

on

gs

eh

ari

2.4

ju

ta t

on

gs

eh

ari

2.3

ju

ta t

on

gs

eh

ari

8.8

ju

ta t

on

gs

eh

ari

2.5

ju

ta t

on

gs

eh

ari

1.1

ju

ta t

on

gs

eh

ari

0.7

ju

ta t

on

gs

eh

ari

3.9

ju

ta t

on

gs

eh

ari

2.5

ju

ta t

on

gs

eh

ari

9.5

ju

ta t

on

g s

eh

ari

3.7

ju

ta t

on

g s

eh

ari

1.8

ju

ta t

on

gs

eh

ari

6Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 42: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

CARTA 4Harga Runcit RON97, Subsidi Serta Pengecualian Cukai

Dan Harga Sebenar Pada Jun 2008

Sumber : Kementerian Kewangan

4. Bagaimanakah Kerajaan memastikan harga produk petroleumlebih rendah daripada negara jiran?

• Kerajaan memastikan harga produk petroleum (petrol, dieseldan gas masak) rendah dengan memberi subsidi danpengecualian cukai jualan kepada pengguna.

• Harga sebenar produk petroleum berbanding harga runcitadalah seperti di Carta 4, 5 dan 6.

7Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 43: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

CARTA 5Harga Runcit Diesel, Subsidi Serta Pengecualian

Cukai Dan Harga Sebenar Pada Jun 2008

Sumber : Kementerian Kewangan

8Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 44: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

CARTA 6Harga Runcit Gas Memasak, Subsidi Dan

Harga Sebenar Pada Jun 2008

Sumber : Kementerian Kewangan

• Dengan adanya subsidi, harga runcit bagi satu tong gasseberat 12 kilogram adalah RM21.00 sedangkan hargasebenar ialah RM43.40. Jadi bagi setiap tong gas 12kg,Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM22.40.

9Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 45: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

10Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

5. Kenapa Kerajaan perlu berhemat dalam pemberian subsidibagi produk petroleum?

• Ini adalah kerana jumlah tanggungan subsidi Kerajaansemakin besar iaitu dijangka RM26.7 bilion pada tahun2008 dan meningkat lebih tinggi kepada RM31.6 bilion padatahun 2009 jika subsidi harga minyak runcit tidak dikurangkan.Namun, jika harga minyak mentah dunia terus meningkatmelebihi ASD140 setong, tanggungan Kerajaan juga akanturut meningkat. (Sila lihat Carta 7).

CARTA 7Jumlah Subsidi Produk Petroleum Yang Terus Meningkat Akan

Membebankan Kedudukan Kewangan Kerajaan...

* Jumlah subsidi dengan penstrukturan semula subsidi yang diumumkan pada 4 Jun 2008termasuk kos bayaran tunai kepada pemilik kenderaan persendirian dan kenaikan subsidifleetcard kepada sektor pengangkutan

* Anggaran bagi Jun hingga Disember 2008 dan tahun 2009 adalah berdasarkan hargaminyak Tapis kekal pada paras semasa iaitu dalam lingkungan ASD140 setong

Sumber : Kementerian Kewangan

RM bilion 32

28

24

20

16

12

8

4

baru 4 Jun 2008

41.48

- - - - 26.3 28.0

4.8 8.2 7.3 8.8 26.7 31.6

`04 `05 `06 `07 `08 `09

57.77 69.33 78.30 128.01 140.0

Jumlah masih meningkat tetapi lebih rendah selepas pengumuman harga

Jumlah terus meningkat sekiranya harga lama dikekalkan

Harga Minyak Tapis(ASD setong)

Jumlah subsidi sekiranya harga tidak dinaikkan (RM bil)

Jumlah subsidi harga baru5 Jun 2008 (RM bil)

Page 46: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

• Pada masa ini, harga minyak dunia semasa telah meningkathampir 2 kali ganda berbanding tahun 2007 yangmenyebabkan Kerajaan terpaksa menanggung subsidisebanyak RM26.7 bilion. Jikalau Kerajaan tidak melakukanapa-apa seperti mengurangkan subsidi, maka duit yang adaakan dibelanjakan untuk subsidi minyak dan oleh itu tidakcukup untuk diberi subsidi dan bantuan kepada sektor lainseperti padi, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

• Pemberian subsidi dan pengecualian cukai jualan akanmeningkatkan perbelanjaan mengurus Kerajaan danseterusnya memburukkan keadaan defisit akaun Kerajaan.Ini akan menyebabkan Kerajaan terpaksa terus berhutangbagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkattersebut.Sekiranya keadaan ini berterusan, beban hutangakan terus ditanggung oleh generasi akan datang.

6. Siapakah yang sepatutnya mendapat manfaat subsidi produkpetroleum?

• Mereka yang sepatutnya mendapat manfaat subsidi produkpetroleum ialah pengguna kenderaan persendirian, isi rumah,pengangkutan awam termasuk bot penumpang dan nelayan.

• Tujuan Kerajaan memberi subsidi minyak adalah untukmengurangkan beban rakyat golongan berpendapatanrendah dan sederhana. Sebaliknya, subsidi lebih banyakdinikmati oleh golongan kaya yang menggunakan kenderaanmewah berbanding dengan golongan sasar yang hanyamenggunakan kereta berkuasa kecil dan motosikal.

11Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 47: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

12Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

• Harga runcit produk petroleum dalam negeri jauh lebih rendahberbanding harga runcit di negara jiran. Ini menggalakkankegiatan penyeludupan ke luar negara yang bererti rakyatasing dapat menikmati subsidi tersebut. Dengan kata lain,wang rakyat Malaysia digunakan untuk faedah rakyat negarajiran dan penyeludup.

• Subsidi produk petroleum hanya diberikan kepada penggunakenderaan persendirian dan isi rumah serta sektor tertentuseperti sektor pertanian dan pengangkutan awam termasukbot penumpang. Walau bagaimanapun, berlakupenyelewengan penjualan produk petroleum bersubsiditersebut kepada sektor perindustrian dan ini menguntungkanpihak tidak sepatutnya menikmati subsidi berkenaan.

• Jumlah penjualan diesel bersubsidi tidak setimpal denganjumlah pendaratan ikan seperti di Carta 8. Ini menunjukkanwujudnya penyelewengan penjualan diesel untuk nelayankepada pihak lain.

Page 48: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

13Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

CARTA 8Peningkatan Penjualan Diesel Yang Tidak Setimpal

Dengan Jumlah Pendaratan Ikan ...

Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal

Pengguna dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

Page 49: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

7. Adakah Kerajaan memberi subsidi produk petroleumtambahan kepada sektor-sektor tertentu?

• Ya, selain daripada subsidi produk petroleum yang telahdisebutkan, Kerajaan juga memberi beberapa subsiditambahan kepada sektor terpilih. Ini untuk mengurangkanbeban rakyat, terutama mereka berpendapatan rendah dansederhana serta memastikan harga barangan danperkhidmatan tidak meningkat dengan mendadak.

• Subsidi tambahan turut diberi kepada pengusaha kenderaanawam dan perdagangan di bawah Sistem Kawalan DieselBersubsidi atau sistem fleetcard. Sebanyak 84 peratuspengangkutan awam dan pengangkutan barangan penggunaatau lebih 275,900 kenderaan layak menikmati harga dieselbersubsidi pada harga RM1.43 seliter. Harga ini tetapdikekalkan walaupun harga runcit semasa telah dinaikkankepada RM2.58 seliter untuk pengguna lain.

• Bas sekolah, bas ekspres, bas mini, kereta sewa dan teksilayak menggunakan kemudahan fleetcard ini di 3,121 stesenminyak di seluruh negara. Surat kelulusan dikeluarkan olehKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna.

• Kerajaan juga melaksanakan Sistem e-Diesel Nelayan bagisektor perikanan. Melalui sistem ini Kerajaan telahmenetapkan diesel bersubsidi pada harga RM1.43 seliterkepada kira-kira 18,000 nelayan di seluruh negara.

• Selain itu, seramai 15,000 nelayan pesisir pantai yangmenggunakan bot dengan enjin sangkut petrol dan berdaftardengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) jugamenikmati petrol bersubsidi pada harga RM1.43 seliter.

14Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 50: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

• Bayaran insentif sebanyak RM0.10 turut diberikan bagi setiapkilogram tangkapan ikan bagi pemilik yang mendaratkan ikandi Malaysia.

• Diesel bersubsidi juga diberikan kepada pengusaha botpenumpang di pedalaman Sabah dan Sarawak pada hargaRM1.43 seliter.

• Bayaran insentif RM0.10 seliter bagi bot penumpang sungaiberdasarkan kuota yang diluluskan.

• Petrol bersubsidi kepada perkhidmatan bot panjang padakadar RM1.92 seliter.

8. Apakah sumbangan PETRONAS kepada negara?

• PETRONAS adalah sebuah syarikat ditubuhkan olehKerajaan pada tahun 1974, bertujuan untuk membangunkansumber minyak dan gas negara.

• Kini, PETRONAS telah berkembang untuk menjadi sebuahsyarikat minyak dan gas yang tersenarai dalam FortuneGlobal 500, iaitu tergolong sebagai salah satu syarikatterbesar dunia. PETRONAS mempunyai empat anak syarikatyang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan beroperasi dilebih 33 buah negara. Ini menjadikan PETRONAS sebagaisebuah syarikat minyak dan gas multinasional.

• Terdapat banyak sumbangan besar PETRONAS kepadanegara, di antaranya :

• Sejak ditubuhkan, PETRONAS telah menyumbangkepada Kerajaan dalam bentuk cukai, dividen danroyalti sebanyak RM335.7 bilion. Jumlah ini merupakan

15Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 51: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

58.9% daripada keuntungan PETRONAS berjumlahRM570 bilion.

• PETRONAS menyumbang sebanyak RM100 jutasetahun ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negarasemenjak 1987 dan wang ini tidak akan dikeluarkansehingga sumber minyak negara habis. Ini supaya hasilminyak boleh juga dinikmati oleh generasi akan datangmeskipun sumber minyak telah tiada.

• Dalam sektor pendidikan, PETRONAS telahmenubuhkan Universiti Teknologi Petronas dan InstitutTeknologi Petroleum bagi menyediakan peluangpengajian di peringkat tertiari. PETRONAS juga turutmemberikan biasiswa kepada pelajar berkelayakan disekolah menengah dan di universiti tempatan dan luarnegara.

• Petrosains di KLCC yang dimiliki dan dikendali olehPETRONAS adalah bagi mendedah dan meningkatkanminat para pelajar dan generasi muda terhadap ilmusains dan teknologi. Pendedahan ini diharap menjadilangkah pertama ke arah mendalami ilmu tersebut danseterusnya melahirkan ahli sains dan teknologi tempatanyang berwibawa.

• Pembinaan KLCC merupakan mercu tanda utamapembangunan negara manakala Taman Rekreasi KLCCdisediakan secara percuma untuk kegunaan semuagolongan masyarakat.

• PETRONAS melalui anak syarikatnya PutrajayaHoldings Sdn. Bhd. sebagai pemaju Putrajaya telahmenyumbang kepada pembangunan Pusat PentadbiranKerajaan Persekutuan di Putrajaya. Di samping itu,

16Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 52: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

PETRONAS berperanan sebagai agensi penerajuKoridor Ekonomi Wilayah Timur.

• Dalam sektor pelancongan, PETRONAS telahmenganjurkan sukan elit Formula 1 di Malaysia sebagaisalah satu strategi penjenamaan Malaysia di peringkatantarabangsa dan sebagai satu usaha untukmenggalakkan pelancongan di dalam negara. Disamping itu, PETRONAS melibatkan diri dalam teknologipembangunan enjin automatif bagi Formula 1 dankegunaan komersil.

• Selain itu, PETRONAS juga memberi subsidi gas kepadasektor tenaga dan sektor bukan tenaga berjumlahRM78.0 bilion bagi tempoh Mei 1997 hingga Mac 2008.Harga gas yang ditetapkan kepada sektor tenagasebelum 1 Julai 2008 hanyalah RM6.40 setiap MillionBritish thermal unit (MMBtu) sahaja sedangkan hargagas berasaskan harga komersial ialah sebanyakRM40.53 setiap MMBtu. Pada tahun kewangan 2007,PETRONAS telah membelanjakan sebanyak RM15.6bilion untuk membekalkan gas bersubsidi kepada sektortenaga dan bukan tenaga.

9. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani inflasi?

• Subsidi sementara ke atas beberapa barangan makanan -tepung, minyak masak

• Harga kawalan ke atas 11 barangan (8 barangan sejak Mei 2008)

• Kontrak perladangan kepada pasaraya besar

• Mengurangkan cukai jalan bagi motosikal dan kereta

17Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 53: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

• Dasar Jaminan Makanan - untuk meningkatkan pengeluarandan produktiviti sektor makanan pertanian

• Meningkatkan stok penimbal

• Sawah padi baru di Sabah dan Sarawak

• Memulihkan sawah terbiar

• Mengekalkan harga gas masak bersubsidi pada hargaRM1.75/kg

• Mengekalkan harga diesel dan NGV bersubsidi kepadapengusaha pengangkutan awam pada RM1.43/liter &RM0.635/liter

• Penyusunan semula subsidi minyak dan gas bagimemanfaatkan golongan miskin dan yang memerlukan -seperti diumumkan pada 4 Jun 2008 ~ PenjimatanRM13.7 bilion (Dasar Jaminan Makanan - RM4.0 bilion;subsidi untuk petrol, diesel dan gas - RM7.5 bilion; minyakmasak - RM1.5 bilion; beras import - RM400 juta; tepung -RM200 juta; roti - RM100 juta)

• Rebat tunai RM625 bagi kereta persendirian 2,000 cc danke bawah, jip dan pick-up 2,500 cc dan ke bawah mulai 14Jun 2008

• Rebat tunai RM150 bagi motosikal persendirian berkapasitienjin sehingga 250 cc mulai 14 Jun 2008

• Mengekalkan tarif elektrik yang sedia ada bagi isirumah yangmenggunakan 200 kwh dan ke bawah (59% daripadaisirumah di Semenanjung - bil RM43.65 sebulan)

18Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 54: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

• Bayaran tunai RM200 sebulan kepada pemilik dan awak-awak yang memiliki bot

• Meningkatkan penguatkuasaan ke atas kawalan harga danbekalan barangan yang dikawal

10. Apakah langkah Kerajaan dalam meningkatkan jaringankeselamatan sosial rakyat?

• Bantuan kepada golongan yang miskin dan memerlukan :

• Bantuan kanak-kanak RM100 sebulan seorang, RM450sebulan sekeluarga

• Bantuan orang tua RM300 sebulan

• Elaun pekerja orang kurang upaya (OKU) RM300sebulan sebagai galakan kepada OKU bekerja

• Bantuan penjagaan OKU / pesakit kronik RM300 sebulan

• Bantuan bencana RM5,000 (maksimum)

• Bantuan latihan belia / aperantis RM200 sebulan

• Bantuan alat tiruan / alat sokongan dengan kadarsebenar

• Bantuan anak pelihara RM200 sebulan seorang, RM500sebulan satu keluarga

• Program Perumahan Rakyat (PPR) disewa kepada golonganberpendapatan rendah, terutamanya setinggan (33,102 unittelah disewa)

19Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 55: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

• Program PPR untuk dijual / dimiliki

• Program meningkatkan kualiti hidup Masyarakat Orang Aslidan golongan minoriti di Sabah dan Sarawak

• Pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapatkeputusan 9A atau lebih dalam SPM 2007 di universiti dalamnegara

• Pemberian mikro kredit melalui peluasan skop dan operasiAmanah Ikhtiar Malaysia ke kawasan bandar dan luar bandar(kemudahan kredit antara RM3,000 - RM20,000)

• Tabung bantuan segera ditubuhkan bagi mengagihkanbantuan serta merta kepada kes terdesak

• Kadar kelayakan bantuan dinaikkan daripada RM400 sebulankepada RM700 sebulan (kadar bantuan maksimum adalahRM840 sebulan bagi isirumah 7 orang)

• Meningkatkan sistem pangkalan data penerima bantuankebajikan e-Kasih

11. Ke manakah Kerajaan belanjakan hasil pendapatan daripadaminyak?

• Kerajaan telah membelanjakan hasil pendapatan minyakkepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Pelbagaisubsidi dan bantuan telah diberikan dalam pelbagai sektordan golongan. Sebahagian besar daripada perbelanjaansubsidi kepada rakyat adalah untuk subsidi produk petroleum.Golongan yang turut diberi bantuan seperti orang miskin,orang Asli, OKU dan sebagainya. Pelbagai projekpembangunan mesra rakyat telah ditekankan terutama bagigolongan luar bandar dan memerlukan seperti di Jadual 1.

20Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 56: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

• Bantuan-bantuan lain adalah dalam bentuk perkhidmatanyang diberikan oleh Kerajaan dengan harga bayaranminimum atau percuma. Di antaranya adalah rawatanperubatan di klinik dan hospital Kerajaan, pendidikan disekolah rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggiawam, biasiswa dan pinjaman pelajaran.

• Di samping itu, bermula tahun 2008, pendidikan awam telahdiberikan secara percuma. Yuran peperiksaan PMR, SPM,STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia serta yuran sekolahmenengah dan rendah telah dimansuhkan. Skim PinjamanBuku Teks juga telah diperluaskan meliputi semua pelajar.

21Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 57: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

JADUAL 1Hasil Dan Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan,

2005-2007 (RM bilion)

2005 2006 2007Hasil Kerajaan Persekutuan 106.3 123.5 139.9- Minyak 31.0 45.5 51.1(Cukai Pendapatan Petroleum, Royalti,Dividen PETRONAS & Duti Eksport)- Bukan Minyak 75.3 78.0 88.8Perbelanjaan Mengurus 97.7 107.7 123.1- Bantuan Kepada Rakyat 12.5 12.1 15.0

o Subsidi Produk Petroleum* 8.2 7.3 8.8o Subsidi Padi 0.6 0.8 0.9o Subsidi Faedah Imbuhan Tabung 0.6 0.5 0.9o Pendidikan 2.7 3.1 3.9

• Program Makanan Tambahan/ 0.7 1.0 1.2Bantuan Asrama Sekolah

• Skim Pinjaman Buku Teks 0.1 0.1 0.2• Bayaran Baucar Tuisyen 0.2 0.2 0.2• Program Susu Sekolah 0.02 0.02 0.2• Biasiswa/Dermasiswa & Bantuan 1.7 1.7 2.3

Pelajarano Pengangkutan 0.2 0.2 0.3o Bantuan Orang Asli 0.01 0.01 0.02o Sosial 0.2 0.2 0.3

22Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

(... jadual bersambung di muka surat 23)

Page 58: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

*Tidak termasuk kehilangan hasil

Sumber : Kementerian Kewangan

23Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

2005 2006 2007 - Keperluan Mentadbir Negara 85.2 95.6 108.1

(Emolumen, Perkhidmatan & Bekalan,Pemberian kepada Kerajaan Negeri,Pencen, Pembelian Aset, BayaranKhidmat Hutang dan Lain-lain)Perbelanjaan Pembangunan 30.5 35.8 40.6- Ekonomi 15.0 17.4 20.1

• Pertanian & Pembangunan Luar Bandar 2.5 4.0 3.8• Pengangkutan 7.7 7.8 8.5• Perhubungan 0.1 0.01 0.1• Kemudahan Awam 1.5 2.2 2.4• Lain-lain 3.2 3.4 5.3

- Sosial 7.5 9.5 12.9• Pelajaran & Latihan 3.7 5.3 6.3• Kesihatan & Kependudukan 1.2 1.3 1.5• Perumahan 1.1 1.3 2.9• Pembangunan Kampung & Masyarakat 1.2 0.3 1.9• Lain-lain 0.3 1.3 0.3

- Keselamatan 4.8 4.8 5.7- Pentadbiran Am 3.3 4.1 1.9

Page 59: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

12. Kenapa Kerajaan mengurangkan diskaun harga gas kepadasektor elektrik dan industri?

• Keperluan untuk mengurangkan paras subsidi yang semakintinggi akibat kenaikan harga bahan api dunia.

• Keperluan untuk menstruktur semula harga bekalan gassupaya mencerminkan harga pasaran dengan tujuan untukmeningkatkan kecekapan penggunaan sumber tenaga dandaya saing serta meminimumkan pembaziran.

• Kepentingan untuk meminimumkan herotan pasaran.

• Kepentingan untuk memperkukuhkan jaminan bekalantenaga untuk memenuhi keperluan tenaga pada masahadapan.

• Keperluan untuk mengurangkan tekanan ke atas sumbertenaga tempatan yang semakin menyusut.

• Kepentingan untuk mengawal kedudukan fiskal Kerajaan.

13. Siapakah yang dikenakan pengurangan diskaun harga gasbermula 1 Julai 2008?

• Pengurangan diskaun harga gas PETRONAS kepada sektorelektrik sebanyak 5% setiap tahun bermula 70% daripadaharga pasaran pada tahun pertama pelaksanaan kepada65% pada tahun ke-2 dan mencapai harga pasaran padatahun ke-15 seperti di Jadual 2. Dengan ini, harga gaskepada sektor elektrik dijangka meningkat daripada RM6.40/MMBtu kepada RM14.31/MMBtu pada tahun pertamapelaksanaan seperti di Jadual 3.

24Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 60: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

• Pengurangan diskaun harga gas PETRONAS kepada sektorindustri sebanyak 5% setiap tahun bermula 50% daripadaharga pasaran pada tahun pertama pelaksanaan kepada45% pada tahun ke-2 dan mencapai harga pasaran padatahun ke-11. Dengan ini:

• harga gas kepada Gas Malaysia Sdn. Bhd. dijangkameningkat daripada RM9.40/MMBtu kepada RM24.54/MMBtu pada tahun pertama pelaksanaan.

• harga gas kepada sektor industri yang penggunaan gasmelebihi 2 juta kaki padu sehari (mmscfd) dijangkameningkat daripada RM11.32/MMBtu kepada RM32.56/MMBtu pada tahun pertama pelaksanaan.

• Tarif purata elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangkameningkat sebanyak 24% daripada 26.2 sen/kWj kepada32.5 sen/kWj pada tahun pertama pelaksanaan.

JADUAL 2Pengurangan Diskaun Harga Gas Secara Berperingkat Bagi

Sektor Elektrik & Industri di Semenanjung Malaysia

* Pengurangan diskaun 5% setiap tahun berasaskan harga pasaran

1 3 5 7 9 11 13 15

0%

1 3 5 7 9 11 13 151 3 5 7 9 11 13 15

Pengurangan Diskaun Harga Gas*

Sektor Elektrik 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10%

Sektor Industri (> 2 mmscfd )

50% 40% 30% 20% 10% 0% 0% 0%

Gas Malaysia Sdn.Bhd.(< 2 mmscfd )

50% 40% 30% 20% 10% 0% 0% 0%

Tahun 3 5 7 9 11 13 15

25Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 61: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

JADUAL 3Anggaran Harga Gas Pada Tahun Pertama

Harga yang ditunjukkan adalah indikatif berdasarkan harga Medium

Fuel Oil (MFO)

14. Siapakah yang diberi sokongan tarif elektrik?

• Golongan berpendapatan rendah:

• pengguna domestik yang tidak melebihi 200 kWj/bulan(59.1% daripada pengguna domestik 5.56 juta).

• tiada kenaikan tarif elektrik.

• Peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil:

• pengguna komersil low voltage yang tidak melebihi 200kWj/bulan (429,000 pengusaha).

• kadar kenaikan lebih rendah 18% berbanding penggunakomersil lain 26%.

Tahun

Asas

Tahun

1

Sektor Elektrik RM/MMBtu 6.40 14.31

Sektor Industri

(>2 mmcfd) RM/MMBtu 11.32 32.56

Gas Malaysia Sdn. Bhd.

(<2 mmcfd) RM/MMBtu 9.40 24.54

26Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 62: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

• Perusahaan kampung, seperti kerepek & keropok:

• pengguna industri low voltage yang tidak melebihi 200kWj/bulan (3,600 pengusaha).

• kadar kenaikan lebih rendah 18% berbanding penggunaindustri lain 26%.

15. Adakah terdapat gas yang dikecualikan dengan pengurangandiskaun?

• Gas memasak bagi sektor domestik dan komersil yang kiniditetapkan pada RM1.75/kg bagi seluruh negara.

• Gas asli untuk kenderaan (NGV).

16. Adakah penstrukturan semula subsidi minyak danpengurangan diskaun harga gas akan membebankan rakyatdan meningkatkan kos kepada industri?

• Dalam jangka pendek, penstrukturan semula subsidi minyakdan pengurangan diskaun harga gas akan memberi kesankepada paras harga di mana kadar inflasi dijangka meningkatkepada antara 5 hingga 6 peratus setahun. Kos pengeluaranjuga turut meningkat. Walau bagaimanapun, dalam jangkasederhana, harga kembali stabil dan kadar inflasi kembalikepada tren normal antara 2 hingga 3 peratus setahun.

• Dalam situasi peningkatan harga yang tinggi ini, rakyat harusmembuat penyesuaian melalui :

• merancang perbelanjaan secara berhemat

27Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 63: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

• berjimat cermat dan berbelanja hanya jika perlu

• membuat perbandingan harga sebelum membeli

• membeli di kedai harga patut yang menawarkan hargalebih rendah

• membeli barang pengganti yang lebih murah

• merancang perjalanan serta mengurangkan makan di luarrumah

• Bagi sektor industri pula, peningkatan kos pengeluaran iniakan membuka ruang kepada industri membuatpenyelarasan termasuk mencari jalan supaya dapatberoperasi secara lebih cekap melalui penggunaan teknologiterkini yang menggunakan tenaga yang rendah,meningkatkan produktiviti, lebih berinovasi dan mengelakpembaziran.

• Hasil dari tindakan ini, dalam jangka panjang, industri akanmenjadi lebih kompetitif dan mampu bersaing di peringkatglobal tanpa perlu bantuan subsidi seperti di negara lain.Sebagai contoh, industri di Thailand tidak menerima subsidinamun mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Inimembuktikan bahawa tanpa subsidi, industri menjadi lebihmampu untuk bersaing dan menjadikannya lebih cekapdalam operasi pengeluaran.

28Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 64: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

RUMUSAN

• Kerajaan amat prihatin kepada masalah berkaitan kebajikandan taraf hidup rakyat. Sehubungan ini, Kerajaan sentiasaberusaha bagi memastikan perbelanjaan hidup rakyat tidakterjejas berikutan dengan kenaikan harga produk petroleumdan barang-barang perlu di Malaysia.

• Namun begitu, jumlah subsidi dan bantuan kepada rakyatperlu dihadkan pada tahap yang munasabah agarperbelanjaan Kerajaan dapat dimanfaatkan secara lebih adildan digunakan untuk pelbagai tujuan produktif demi kebaikanrakyat secara keseluruhan. Perbelanjaan yang terlalu tinggike atas subsidi akan menjejaskan keperluan untukperbelanjaan pembangunan ke arah meningkatkan tarafhidup rakyat dan negara.

• Subsidi dan bantuan lain yang diberikan oleh Kerajaan adalahuntuk meringankan beban kewangan rakyat. Pada masayang sama, rakyat sendiri perlu mengurus perbelanjaanmereka dengan bijak selaras dengan kemampuan masing-masing.

Unit Perancang EkonomiJabatan Perdana Menteri

17 Jun 2008www.epu.gov.my

29Penjelasan Mengenai Penstrukturan Semula Subsidi Produk Petroleum dan Pengurangan Diskaun Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

Page 65: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Diterbitkan olehJabatan Penerangan Malaysia

Kementerian PeneranganJUN 2008

Laman Web: http://www.penerangan.gov.mye-mail: [email protected]

Reka Bentuk Kulit dan Reka Letak olehCreative Energy Enterprise

Kuala Lumpur

Page 66: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

ARKIB : 25/11/2010

Pemberian dibatal jika nelayan seleweng

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bertindak tegas membatalkan pemberian diesel subsidi kepada mana-mana nelayan yang didapati terlibat menyelewengkan bahan bakar itu.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, lesen pengusaha stesen minyak yang membekalkan diesel subsidi kepada nelayan juga akan dibatalkan dan stesen mereka diarahkan ditutup sekiranya dikesan melakukan perbuatan itu.

"Ini adalah antara tindakan pentadbiran yang kita lakukan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kerana kita tidak ada kuasa untuk menahan atau menangkap pihak yang terbabit dalam kes penyelewengan ini.

"Sehubungan itu, kita amat mengalu-alukan tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang menahan mereka yang terlibat dalam kes penyelewengan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas penahanan 19 individu oleh SPRM kerana disyaki terlibat melakukan penyelewengan diesel subsidi dalam operasi yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, Noh berkata, kajian bagi menstruktur semula pemberian subsidi bahan bakar kepada para nelayan kini sudah berada di peringkat akhir sebelum ia dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi.

Beliau berkata, penstrukturan semula pemberian subsidi itu akan dapat mengelak berlakunya penyelewengan terhadap diesel subsidi pada masa depan.

"Perbincangan dengan persatuan nelayan dan pelbagai pihak lain sedang diadakan bagi mendapatkan maklum balas mengenai penstrukturan semula mekanisme subsidi itu," katanya.

Kerajaan melaksanakan pemberian diesel subsidi mulai 1 Januari 2006 dengan memperkenalkan penggunaan kad pintar kepada nelayan bagi tujuan pembelian diesel subsidi dengan harga RM1.00 seliter.

Ketika ini, pengagihan diesel dilakukan menerusi LKIM kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Persatuan Nelayan Negeri dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

Noh berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk membolehkan kos pengangkutan bagi subsidi diesel di bahagian darat iaitu dari stesen minyak ke depot nelayan ditanggung oleh stesen minyak itu sendiri.

Katanya, penstrukturan semula itu bukan sahaja melibatkan aspek pemberian diesel subsidi tetapi juga dalam pemberian bantuan lain kepada golongan tersebut.

Page 67: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

03/06/2008

Minyak naik Ogos? - Berikutan penstrukturan semula harga subsidi petrol, diesel

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 2 Jun – Harga petrol dan diesel mungkin naik Ogos ini apabila Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi melakukan penstrukturan semula skim subsidi bahan bakar itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kenaikan harga petrol dan diesel tersebut tidak akan menjejaskan pengguna berpendapatan rendah yang akan terus menikmati skim subsidi baru.

“Ia akan berlaku... harga minyak akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini hari ini.

Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini.

Menurut Shahrir, skim subsidi baru bahan api yang akan dikuatkuasakan Ogos ini bukan berdasarkan kepada jumlah penggunaan sebaliknya lebih berasaskan kepada keperluan pengguna.

“Sekarang ini, tiada sekatan terhadap pemberian subsidi minyak. Walau banyak manapun kita beli diesel atau petrol, kita akan dapat subsidi.

“Kalau kita guna 200 liter sebulan pun kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli, kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi, jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita.

“Kerajaan mahu mewujudkan satu sistem baru yang tidak menjurus kepada masalah dan sepatutnya ia (subsidi) adalah untuk golongan yang amat memerlukan,” katanya.

Shahrir berkata, beberapa cadangan mengenai mekanisme skim subsidi baru petrol dan diesel sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan bentuk mekanisme tersebut.

“Kita akan menggunakan tempoh dua bulan ini untuk melakukan kajian terperinci bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api," katanya.

Mengenai sekatan penjualan petrol dan diesel di stesen-stesen minyak di sempadan negara, Shahrir menjelaskan, pelaksanaannya adalah sebagai langkah sementara bagi menangani kebocoran pemberian subsidi minyak kepada rakyat negara ini.

Page 68: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Mulai hari ini, kerajaan menguatkuasakan larangan ke atas rakyat asing membeli bahan bakar di stesen-stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand manakala bagi sempadan Malaysia-Singapura pula ia akan dimulakan pada 9 Jun ini.

Langkah itu diambil ekoran keputusan mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Pelaksanaan langkah itu membabitkan semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand membabitkan negeri Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan.

Shahrir memberitahu, larangan tersebut bagaimanapun mengecualikan para penunggang motosikal.

“Sudah ada laporan mengenai beberapa perniagaan tempatan yang terjejas akibat larangan itu tetapi kita tetap terpaksa melaksanakannya demi kebaikan semua pihak.

“Kerajaan terpaksa menanggung jumlah subsidi sebanyak RM56 bilion pada tahun ini untuk minyak sahaja dan langkah sekatan ini akan dapat mengurangkan penyaluran subsidi kepada mereka yang tidak berkaitan," katanya.

Harga minyak di pasaran dunia terus meningkat sehingga mencecah lebih AS$135 setong dua minggu lalu tetapi kini stabil di paras AS$128.

Di Indonesia, harga petrol dan diesel telah dinaikkan sehingga 30 peratus manakala kerajaan India bercadang menaikkan harga bahan api itu sehingga 22 peratus daripada harga sekarang.

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2004&y=2008&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Page 69: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

ARKIB : 10/11/2007

Sistem subsidi dihalusi

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Kerajaan akan memperhalusi cadangan untuk menstruktur semula sistem subsidi bagi memastikan bantuan itu diberikan kepada golongan yang benar-benar layak menikmatinya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sehubungan itu kerajaan sedang mengkaji pendekatan terbaik bagi membolehkan subsidi diberikan pada tahap yang difikirkan sesuai kepada golongan sasar terbabit.

‘‘Apa yang penting ialah supaya subsidi diberikan kepada golongan berpendapatan rendah yang benar-benar memerlukannya. Kalau beri subsidi kepada semua orang tak berapa kenalah,’’ katanya pada sidang akhbar di akhir Perhimpunan Agung UMNO 2007 di sini hari ini.

Presiden UMNO itu sedar langkah penstrukturan semula sistem subsidi mungkin akan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan rakyat, namun ia terpaksa dilakukan.

‘‘Saya fikir rakyat Malaysia sangat munasabah. Mereka akan faham... kita kena berlaku adil kerana untuk melaksanakan kadar yang sama bagi yang berpendapatan rendah dengan golongan yang terlalu kaya adalah tidak adil,’’ jelas beliau.

Terdahulu dalam ucapan penggulungannya pada perhimpunan UMNO kali ke-58 itu, Abdullah berkata, kerajaan sedar pemberian subsidi kepada rakyat tidak boleh dihentikan sepenuhnya.

‘‘Kalau begitu, kita akan jadi seperti pengebom berani mati... tetapi kalau berani mati kerana bunuh diri itu bodoh. Kita tahu kita tidak boleh nafikan subsidi langsung... tetapi yang penting subsidi harus disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

‘‘Saya yakin yang lain (golongan berkemampuan) mampu bayar... naik sikit pun masih boleh bayar, tapi kalau kita samakan, harga petrol antara yang kaya dan miskin saya rasa itu tidak adil, saya tidak mahu begitu,” katanya.

Abdullah berkata, ketika ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM80 bilion untuk pemberian pelbagai subsidi meliputi minyak dan gas sebanyak RM35 bilion dan lima lagi komoditi membabitkan peruntukan RM40 bilion.

Jumlah itu katanya, menyamai peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk sektor pembangunan.

Semalam, Pemuda UMNO mendesak kerajaan merombak sistem pemberian pelbagai subsidi yang menyaksikan kerajaan menanggung perbelanjaan RM35 bilion setahun dan turut pula menguntungkan golongan kaya.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pemberian subsidi yang meliputi komoditi seperti petrol, gas, pertanian, air dan elektrik pada masa ini amat tidak adil kerana turut dinikmati oleh golongan kaya yang tidak memerlukannya.

Page 70: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Beliau menyarankan mekanisme baru dicari supaya pemberian subsidi menjadi lebih adil dan disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak.

Mengulas lanjut isu itu pada sidang akhbar, Abdullah percaya penstrukturan sistem subsidi itu boleh dilakukan berdasarkan mekanisme yang diguna pakai oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

‘‘Bagi TNB, ada kadar yang berlainan, jika guna sikit... mereka bayar sikit, kita tidak samakan. (Keadaan ini) tidak bagi petrol dan gas kerana semua bayar (pada kadar) sama,’’ jelas beliau.

Ditanya mengenai risiko penstrukturan semula sistem subsidi itu yang mungkin mewujudkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak, Abdullah berkata, ia tidak dapat dielakkan kerana tidak semua yang akan gembira atau bersetuju dengan apa yang kerajaan lakukan.

www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt...sec.

Page 71: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

DALAM NEGERI ARKIB : 05/03/2010

'Tindakan tepat ketika ekonomi tidak menentu'

KUALA LUMPUR 4 Mac - Tindakan kerajaan membatalkan subsidi minyak berperingkat-peringkat dan mengekalkannya pada harga sedia ada, disifatkan sebagai langkah terbaik dalam menangani keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Pensyarah ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Amir Hussin Baharuddin berkata, keputusan kerajaan itu sangat dialu-alukan selain tepat pada masanya.

Namun begitu, kata beliau, pemberian subsidi tersebut perlu diberi keutamaan kepada rakyat tempatan kerana ia disediakan untuk warganegara Malaysia.

''Kita tidak menghalang orang luar untuk membeli minyak tetapi perlu disertakan dengan beberapa syarat.

''Contohnya jika mereka datang ke sini untuk melancong, kita benarkan mereka beli minyak dengan harga biasa tetapi jika datang kerana mahu membeli dan menjual semula di negara mereka, itu perlu dihalang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan sistem subsidi petrol sedia ada akan dikekalkan.

Sebelum ini, kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem harga berperingkat bagi petrol pada 1 Mei serentak dengan pemansuhan pemberian subsidi petrol kepada warga asing.

Kini harga bagi minyak RON 95 bersubsidi ialah RM1.80 seliter dan RM2.05 seliter bagi RON 97, manakala diesel dijual pada harga RM1.70 seliter.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA), Prof. Dr. Jariah Masud berkata, keputusan kerajaan untuk membatalkan pelaksanaan penstrukturan semula sistem subsidi minyak merupakan satu langkah yang baik untuk pengguna di negara ini.

"Saya mengalu-alukan keputusan yang diambil oleh kerajaan itu.

"Bagaimanapun, saya berharap ia diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukannya sahaja selepas ini bagi memastikan tidak ada lagi penyalahgunaan berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abd. Rahman berkata, maklumat yang tepat dan mencukupi mengenai pemberian subsidi itu perlu diberikan kepada pengguna dari semasa ke semasa.

Page 72: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Tambahnya, kerajaan juga perlu memastikan bahawa sistem pengangkutan awam yang terdapat di negara ini benar-benar cekap dan efisien sekiranya berhasrat untuk menghapuskan terus subsidi minyak yang diberikan kepada pengguna selepas ini.

''Subsidi minyak pastinya tidak akan diberikan kepada pengguna untuk selama-lamanya,'' ujarnya.

Monday, May 23, 2011

PENSTRUKTURAN SUBSIDI TIDAK ABAIKAN KEPENTINGAN RAKYAT

1. BAGAIMNAKAH REKOD PRESTASI EKONOMI MALAYSIA PADA TAHUN LEPAS? Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 7.2 % bagi tahun 2010 dan pencapaian ini adalah mencecah sasaran yang ditetapkan. Pelaburan Asing Dalam Negeri (FDI ) juga telah meningkat empat kali ganda iaitu RM 4.2 bilion kepada RM 27 bilion pada tahun 2010. Kejayaan ini adalah jelas membuktikan kebijaksanaan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengurus ekonomi negara selaku perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia. · Ramai penganalisis politik dan ekonomi berpendapat bahawa latarbelakang pendidikan dan pengalaman politik Najib banyak membantu Najib mengurus ekonomi negara dengan hemah. · Najib Tun Razak adalah anak lelaki sulung kepada Tun Abdul Razak Dato' Hussein, bekas perdana menteri yang kedua. Beliau mengikuti pendidikan tinggi dalam bidang ekonomi di universiti dan menjawat pelbagai jawatan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri , Menteri dalam kerajaan semasa beliau masih muda lagi. · Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan yang didukung oleh pelan transformasi. · Pelan Transformasi meliputi sektor kerajaan, ekonomi dan sosial-politik untuk menyegarkan kembali kecemerlangan Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi malah menjamin mencapai matlamat Wawasan 2020 serta negara berpendapatan tinggi. · Pelan Transformasi Kerajaan dan Ekonomi pula sudah mula berhasil dan rakyat sudah mula menikmati hasil pendekatan NKRA, GTP dan ETP. · Rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan etnik, wilayah dan golongan , dijangka akan menikmati hasil pendekatan pembangunan ekonomi yang diusahakan oleh Najib Tun Razak secara adil . 2. ADAKAH BENAR DAKWAAN HARGA BARANG KIAN NAIK KERANA KERAJAAN TIDAK CEKAP?

Page 73: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Dakwaan setengah-tengah pihak bahawa kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak kurang mengambil langkah-langkah untuk mengawal kenaikan harga barangan keperluan rakyat adalah tidak benar malah satu pembohongan besar untuk mengelirukan rakyat. · Rakyat perlu menyedari bahawa kenaikan harga barangan ketika ini adalah satu fenomena global.

· Secara umumnya, harga barangan adalah ditentukan oleh faktor permintaan (demand) dan penawaran(supply).

· Sekiranya permintaan terhadap sesuatu barangan meningkat ,maka harga barangan tertentu itu akan turut meningkat.

· Apabila penawaran (supply) barangan tertentu berkurangan dalam pasaran, maka harga barangan itu juga turut naik dalam pasaran.· Sekiranya kos pengeluaran meningkat akibat peningkatan dalam kos faktor-faktor pengeluaran, seperti sumber manusia atau jumlah pekerja, gaji, kos barangan asas,pengangkutan dan sebagainya, maka kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan dalam pasaran bebas.

3. PERMINTAAN DAN PENAWARAN YANG TIDAK SETIMBAL UNTUK KOMODITI ASAS DALAM PASARAN DUNIA? Harga barangan kian naik dalam pasaran dunia pada ketika ini kerana permintaan untuk barangan tersebut kini kian meningkat. Faktor-faktor yang menyumbangkan kepada peningkatan permintaan adalah seperti berikut: · Peningatan jumlah penduduk di dunia, · Kemampuan kuasa membeli oleh bilangan besar penduduk (India dan Cina) di dunia · Kejatuhan regim komunis di beberapa negara menyebabkan negara-negara tersebut mula amalkan sistem ekonomi kapitalis (free market). · Kekurangan bekalan komoditi pertanian akibat cuaca buruk dan bencana alam. · Bencana alam yang melanda dunia hari ini seperti cuaca buruk di Eropah, banjir di Cina dan

Asia, · Kekurangan hasil pertanian akibat perubahan dalam iklim dan pergolakan politik yang tidak tertentu hala, terutamanya di negara-negara Timur Tengah dan negara-negara pengeluar minyak, · Suasana politik yang tidak stabil di negara-negara yang mengeluar komodoti utama yang menjadi bahan asas untuk barangan keperluan asas harian, · Kekurangan komodoti utama dalam pasaran menyebabkan peningkatan permintaan. Apabila permintaan meningkat terhadap sesuatu komoditi tertentu, maka harga barangan yang dibuat daripada komoditi tersebut turut naik. · Jadi, peningkatan permintaan dan kekurangan bekalan yang setimpal dikatakan menyebabkan kenaikan harga barangan.

Page 74: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

4. BAGAIMANA KERAJAAN MENGATASI KENAIKAN HARGA BARANG-BARANG KEPERLUAN ASAS DIMALAYSIA? Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada impot barang-barang makanan, seperti gula, tepung gandum, beras, minyak masak dan lain-lain, tidak berdiam lam mencari ikthiar untuk elakkan kenaikan mendadak harga barangan keperluan harian. Kerajaan Malaysia prihatin terhadap kebajikan rakyat, terutamanya golongan pendapatan rendah. Kerajaan mengambil daya usaha untuk mempastikan rakyat mendapat bekalan barang-barang keperluan asas seperti berikut dengan harga yang berpatutan atau mampu beli dengan pembiayaan subsidi. Kerajaan sediakan peruntukan sebagai subsidi untuk pelbagai barang-barang keperluan rakyat terutamanya barang-barang keperluan asas seperti berikut: · Gula, · Tepung gandum, · Minyak masak, · Gas, · Petrol, · Diesel, · Beras 5. APAKAH BENAR KERAJAAN MENYEDIAKAN PERUNTUKAN YANG MENCUKUPI UNTUK SUBSIDI? Kerajaan telah membelanjakan RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk barangan keperluan asas bagi tahun 2010. Jumlah ini dijangka akan mencecah RM 20.6 bilion pada tahun 2011. Subsidi RM 10.32 bilion yang disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan harga barangan keperluan asas adalah seperti berikut: · Subsidi RM 789 juta untuk gula, · Subsidi RM 89 juta untuk tepung gandum, · Subsidi RM 813 juta untuk minyak masak, · Subsidi RM 486 juta untuk beras, · Subsidi RM 3.13 bilion untuk petrol (RON 95), · Subsidi RM 3.5 bilion untuk diesel, · Subsidi RM 1.43 bilion untuk LPG gas.I Melalui pendekatan subsidi, kerajaan menanggung sebahagian kos harga barangan keperluan supaya harga barangan tersebut dalam pasaran tempatan dikurangkan agar golongan pendapatan rendah mampu beli: · Kerajaan belanja 30 sen bagi setiap kilo gula,

Page 75: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

· Kerajaan belanja 45 sen setiap kilo tepung gandum, · Kerajaan belanja RM 1.00 bagi setiap kilo minyak masak, · Kerajaan belanja RM 4.00 setiap bag beras berat 6 kilo, · Kerajaan belanja 43 sen setiap liter petrol RON 95, · Kerajaan belanja RM 27.02 sen bagi setong LPG gas. 6. APAKAH IMPAK PENDEKATAN PEMBERIAN SUBSIDI KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA? · Kerajaan menggunakan pendekatan subsidi untuk MENGURANG DAN MENSTABILKAN HARAGA BARANGAN KEPERLUAN ASAS dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Tetapi, kerajaan juga sedar bahawa penyediaan berbilion-bilion ringgit sebagai subsidi untuk satu waktu jangka panjang akan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara yang seharusnya bertumbuh dengan bebas dan segar malah menjejaskan pembangunan projek-projek sosial -ekonomi negara yang mampu meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut pakar-pakar ekonomi, amalan pendekatan membelanjakan peruntukan berbilion-bilion untuk subsidi semata-mata untuk mengurangkan harga barang-barang adalah pendekatan kurang bijak dalam satu sistem ekonomi yang baik dan diamik. · Pendekatan subsidi dijangka akan menghalang kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembangunan bidang-bidang ekonomi dan sosial. · Malaysia yang bercita-cita untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi perlu menggalakan tumbuhan sistem ekonomi yang bebas, bernas dan dinamik. · Pemberian subsidi yang berlebih-lebihan semata-mata untuk menjadi kerajaan popular akan mendatangkan kemudaratan kepada negara dan rakyat pada waktu jangka panjang. · Menyedari hakikat ini, Najib Tun Razak telah umum dan mengariskan beberapa langkah untuk menstruktur semula pendekatan subsidi pada masa akan datang. · Menstruktur semula pendekatan subsidi sudah pasti akan memberi impak kepada harga barang-barang keperluan asas dalam pasaran tempatan.

· Penstrukturan semula subsidi untuk gula harus disokong oleh rakyat kerana pengunaaan gula dikalangan rakyat Malaysia kini kian meningkat dan bilangan penyakit yang berkaitan dengan kelebihan penggunaan gula dalam makanan juga didapati semakin meningkat.

· Rakyat didorong menggurangkan penggunaan gula dan kerajaan pula dapat menjimatkan RM 111.6 juta dengan pendekatan penstrukutaran subsidi bagi gula. Penjimatan ini dapat digunakan untuk menjayakan projek-projek NKRA yang mendatangkan faedah kepada semua golongan masyarakat.

Page 76: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

· Pakar-pakar ekonomi yang tersohor berpendapat pendekatan subsidi akan melemahkan dorongan untuk meningkatkan pengeluaran malah inovasi dalam kaedah pengeluaran dalam negeri. · Peningkatan pengeluaran pula dijangka akan mengurangkan harga barangan secara tersendiri kerana kelebihan barang-barang keperluan dalam pasaran. · Rakyat perlu yakin bahawa kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak yang mendukung prinsip RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN tidak akan membelakangkan kepentingan rakyat terutamanya golongan pendapatan rendah dalam soal menghadapi kenaikan harga barang-barang keperluan asas.

Posted by M.Perry at 11:29 AM

http://free2talk2me.blogspot.com/2011/05/penstrukturan-subsidi-tidak-abaikan.html

Penstrukturan semula pemberian subsidi — Sulaiman Mahbob

June 06, 2010

6 JUN — Isu subsidi sudah menjadi satu isu dasar yang penting. Subsidi ialah satu instrumen fiskal untuk membantu sektor tertentu misalnya, kumpulan termiskin atau industri yang memerlukan sokongan pada peringkat awal.

Sebenarnya banyak negara memberi subsidi kepada masyarakatnya.

Misalnya negara Barat memberi banyak subsidi kepada sektor pertanian untuk memastikan pendapatan petani terjamin, manakala harga barang makanan tidak begitu tinggi.

Malah, isu subsidi bahan pertanian adalah satu isu pertelingkahan antara negara maju dan negara membangun ketika perundingan pelbagai hala di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Dalam pengurusan kewangan kerajaan, subsidi adalah satu perkara penting dan dianggarkan hampir 20 peratus daripada jumlah perbelanjaan pengurus.

Antara komponen subsidi ialah sokongan kepada pengeluaran beras negara, galakan cukai untuk industri, subsidi tenaga, potongan cukai jualan, bantuan kepada kerajaan tempatan dan kerajaan negeri, serta bantuan secara langsung seperti biasiswa, caj rendah untuk rawatan di hospital awam, dan bantuan kewangan untuk keluarga miskin.

Subsidi juga berbentuk kawalan ke atas harga seperti caj untuk perbelanjaan kesihatan dan pendidikan. Dalam erti kata lain, mereka yang menggunakan kemudahan ini tidak membayar harga pasaran. Misalnya, kos tuisyen di universiti awam tempatan lebih rendah berbanding kos tuisyen di sektor swasta.

Page 77: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Begitu juga caj RM1 untuk berjumpa doktor di hospital awam termasuk ubat-ubatan asas. Bandingkan pula dengan caj di hospital swasta yang berjumlah antara RM35 hingga RM50 hanya untuk berjumpa doktor.

Jumlah subsidi dijangka bertambah berikutan pertambahan penduduk dan kegiatan ekonomi di negara ini. Di samping itu, ada rakyat asing di negara ini yang turut menggunakan kemudahan awam seperti sekolah dan hospital.

Harus diingat, bahan api, khususnya petrol yang digunakan oleh kenderaan mengandungi banyak unsur subsidi kerana harga yang ditetapkan jauh di bawah paras harga antarabangsa. Masalah ini menjadi ketara kerana wujud ketirisan apabila pemilik kereta asing dari Singapura dan Thailand yang turut membeli petrol dan diesel di negara ini.

Kini amalan subsidi menjadi satu budaya di Malaysia dan isu ini sukar dirungkai kerana rakyat kita mengambil kira subsidi dalam perkiraan perbelanjaan tetap mereka.

Terdapat juga tekanan ke atas sumber hasil kerajaan kerana dasar untuk mengurangkan kadar cukai secara langsung. Selain itu, ketidaksediaan masyarakat menerima cukai barangan dan perkhidmatan (GST) begitu lama menyukarkan usaha meningkatkan hasil.

Rakyat gemar jika kadar cukai dikurangkan, namun mereka meminta ditambah subsidi, sambil meminta lebih banyak projek pembangunan seperti sekolah, hospital dan jalan raya. Sebab itulah adanya tekanan ke atas pengurusan kewangan kerajaan.

Kerajaan mengalami defisit sejak 1998 atas beberapa sebab. Antaranya peranan kerajaan yang ketara dalam pembangunan negara serta kesediaan kerajaan mengatasi kemelesetan ekonomi dengan menampung jumlah permintaan agregat. Kedudukan defisit dijangka berterusan dalam tempoh sederhana.

Langkah kerajaan mengurangkan subsidi adalah satu tindakan sukar kerana dalam jangka pendek, ia boleh menjejaskan pendapatan sebenar rakyat jelata, meningkatkan kos taraf hidup dan menghakis tahap untung sektor korporat serta akhir sekali mungkin menjejaskan persaingan badan-badan perniagaan.

Tindakan ini mungkin mendapat tentangan rakyat. Ia juga memerlukan penyesuaian oleh semua pihak dengan merombak struktur perbelanjaan dan gaya hidup bagi mengatasi kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan jika subsidi ditarik balik.

Misalnya ketika petrol dinaikkan dulu, lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam (LRT) dan mengurangkan perjalanan yang tidak penting.

Penarikan atau pengurangan subsidi akan memantapkan asas pelaburan dan perbelanjaan kerana orang ramai akan membuat sesuatu keputusan berasaskan harga yang lebih tepat dan benar.

Namun begitu, kita masih perlukan subsidi dan subsidi itu hendaklah berasaskan keperluan asasi yang mendesak seperti makanan, pendidikan asas dan kesihatan. Subsidi juga seharusnya diberikan kepada golongan kurang berkemampuan. Jika subsidi itu bertujuan membantu industri yang baru bermula (infant industry) maka satu analisis cost-benefit perlu diadakan terlebih dulu.

Page 78: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Kita perlu mempunyai suatu dasar subsidi. Pertama, apakah sektor atau kegiatan yang perlu diberikan subsidi? Kedua, siapakah golongan sasaran yang layak menerima subsidi manakala yang lain perlu membayar harga pasaran?

Ketiga, subsidi perlu satu jangka masa seperti jika kita hendak membantu industri yang baru ditubuhkan (infant industry). Akhirnya, kajian impak dan cost benefit perlu dipastikan ke atas setiap subsidi utama.

Satu mekanisme juga perlu diwujudkan supaya mereka yang tidak layak, tidak harus menerima subsidi berkenaan. Sebagai contoh, mengapa ramai warga asing membeli harga petrol di negara ini? Begitu juga kos kesihatan, mereka yang tidak layak dan berpendapatan tinggi perlu dikenakan caj yang jauh melebihi RM1 untuk berjumpa doktor di hospital awam.

Berdasarkan perbincangan di atas, pihak kerajaan terpaksa mengambil tindakan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat.

Akhir sekali, dasar subsidi perlu diselaraskan dengan dasar mengukuhkan kewangan sektor awam. Pada masa yang sama, sumber hasil yang baru perlu ditetapkan dan kegiatan-kegiatan awam yang boleh dilaksanakan oleh sektor swasta, diswastakan.

Dalam hal terakhir ini, mungkin kerajaan tidak perlu memberi pinjaman perumahan dan kenderaan kepada kakitangannya kerana aktiviti ini boleh dilaksanakan oleh bank swasta, tetapi sebaliknya, hanya memberi subsidi antara perbezaan kadar faedah.

Dalam melaksanakan perubahan di atas, kerajaan memerlukan kesungguhan supaya satu budaya baru yang kurang bergantung kepada subsidi diwujudkan dikalangan masyarakat. — Berita Minggu

* Tan Sri Sulaiman Mahbob ialah pakar ekonomi dan kini Pengerusi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) [email protected]

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/penstrukturan-semula-pemberian-subsidi-sulaiman-mahbob/

Page 79: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

2 I Jumaat 5 Mac 2070BH PlUH ]A 5 (emel)

enstr kturan subsidi petrol

sl I~o/o':1.

ebatal

P UTRAJAYA: Kerajaanemalam mengumum­

kan pelaksanaan pen·trukturan ub idi petrole­

um dibatalkan elepas me­nerima pandangan danmaklum bala daripada pel·bagai pihak.

Menteri Perdagangan Da­lam egeri, Koperasi dan Ke­penggunaan, Datuk Seri Is­mail Sabri Yaakob, berkataberikutan itu kerajaan me­wujudkan Makmal Rasiona­Lisasi Subsidi bagi mengkajimekanisme terbaik menge­nai pelaksanaan penyaluranub idi. merangkumi bahan

petroleum, makanan dan in·frastruktur lain.

Katanya, ha il kajian mak­mal yang diketuai Menteri diJabatan Perdana Menteri.

Kerajaan ambil kira pandan~ r*rat kaii mekanisme terbaik: Ismail Sabrie:,\\(m s ':).) !:> ~ ':ll:)\~

Oleh Azrina Ahzan DatukSeri IdrisJala itu akan Mengikut perancangan dia ada dan tiada arahan un-bhn.,.,@bhonon.<em.my digunakan oleh kerajaan da· awal, kim itu bakal dilak- tuk menaikkan harga mi·

lam menentukan dasar pem· sanakan mulai 1 Mei ini dan nyak," katanya.berian subsidi negara pada kadar harga minyak adalah Mengulas kebimbanganmasa depan. mengikut kapasiti enjin. rna· mengenai warga asing yang

'Keputusan ini dibuat se- nakala warga asing perlu boleh membeli minyak padalepa kita mengkaji semua membayar harga minyak me· kadar yang rcndah sepertipandangan dan ia menunjuk- ngikut kadar pasaran serna· yang dinikmati rakyat tern-kan kerajaan adalah terbuka sa. patan, beliau berkata. perka·serta bersedia mendengar Ketika ini, harga sema a ra itu sedang dalam kajianpandangan rakyat. petrol RO 95 ialah RM1.80 Makmal Rasionalisasi Sub i·

"Lagipun, kerajaan tidak seIHer manakala RON9? di.mahu melaksanakan sesuatu dan diesel masing·ma ing Bagaimanapun. katanya.yang boleh membebankan dijual RM2.05 serta RMl.?O kerajaan masih menguatku·rakyat,jadi selepas mengam· Ismail Sabri Yaakob seliter. asakan larangan pembelianbil kira pandangan rakyat ki· Mengenai harga minyak, petrol dan diesel melebihi 20ta ber edia untuk tidak me- Datuk Tan Lian Hoe. I mail Sabri berkata, setakat liter di kawasan dalam ling·neru kan skim itu. Cadangan pelaksanaan ini tiada kenaikan akan di· kungan 50 kilometer dari

"Oleh itu, mekani me e- item ubsidi baru itu di- umumkan walaupun ketika sempadan negara kepadadia ada berhubung harga mi· umumkan Perdana Mente- ini kerajaan menanggung kenderaan asing.'nyak adalah kekal." katanya ri, Datuk Seri Najib Razak ko sub idi petrol kira-kira Beliau berkata, pemillkpada sidang media khas me· ketika membentangkan Ba· RM3.4 bilion manakala ub- kenderaan asing juga tidakngenai penstrukturan emu- jet 2010, pada Oktober lalu, sidi die el pula kira-kira dibenar melintasi keluarla subsidi petroleum di pe- bagi memastikan manfaat· RM1.9 billon. sempadan negara dengan mi·jabatnya di sini, semalam. nya dinikmati kumpulan "Sehingga hari ini, harga nyak melebihi 20 liter dalam

Hadir sama, timbalannya, sasaran. minyak kekal pada kadar se- tangki.

Page 80: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Penstrukturan SemulaSubsidi Petrol

dan Diesel

Agihan BantuanLebih Adil Untuk

Golongon BerpendopotanRendah Dan Sederhana

RM 13.7 bi\ionPeningkatan lIasiiIlerajaan

PengorbananHari IniUntuk KesejahteraanGenerasi Akan Datang

Page 81: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

~5lIluIIa ""Bayaran Tunai Kepada Rakyat

RM 50.00 MOlOlikallebih 250<:c5 eta hun Cukai J.lon Dikur0"9~anRM:;O.OO

RM 200.00 Kef1deraan Per>endirian lebih 2()()Onseta hun (uk.; Jdl,n Dikurdllgbn RM200.00

Harga Sebenar Harga Runcit SubsidilPengecualianCukai Jualan

Petrol RM3.29 RM2.70 RMO.59

Diesel RM3.61 RM2.S8 RM1.03

RM1.73 RMO.63 RM1.l0

Motosikal sehirogga 250((

Kellder3<Jn Pefsendirian sehin[l9d 2{)(J(kc.Tr,lk Pikap d.'m jip sehingga 2500cc

Pemilik don Pl'kerja Vesel berdJftardengan J~t>olan Perik~nan

Page 82: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Ilerkual kuasa 5 Jun 2008. har<}l diesel disel.lraskan kepada RMl.43 selilt'f.

• Perbtzaan harga lama dan NI1,l diNyar SKara runai kepada nelayan dan pemitik 'fest!:

RM200sebulan

10 sensekilogram

Pemilik dan pekefja Yesel rakyalMalaysia yang be!daltar dengdnJabatan l'efikanan Malays.ia.

8agi hasll langkapan ikan yangdidaralkanoleh pemilik veselperikanan berd;lftar, PembayarandiUlu,!;an oIeh Lemb.lga Kemajuan11<.11) Molklysia (LKIM). 10 sen

seliter

B;Jyaran InSl;f1tif bagi botpenumpang sungai.

Subsidi Tambahan Produk PetroleumSislem Kawalan Dieseillerw~idil Fleelcard kepada l'en9usah.J Kendefaan Awam.$islem e-DIf!se! Nelayan b<lgl Seklor l'eflkanan.~~ ka!:lal RM 1,43 se!'ler ullluk pengllS.lha bol penump.lng di PedalanWl Sabahdan $atawak.Pe\J01 P<lda~r RM 1.92se11ter kepilda pengusaha per1<.hodmatan bot pan}illlg.

Harga Diesel BaruRM1.43 Seliter

Page 83: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Hargil gilS di Semenllnjung Mala)".lla berkU/lt kU/lsa t Julal 2008

...... lIGTet/llp pAlla kadIr_....Harga Baru

5ektor ElektrikHarga lama

RMJ6.17

RMl1.5ll

RM43.40

RM21.00

RMSO.64

RM24.50

Sub5IdIK~r.Jlln 11.'.126.14

Subsidi KNaJlln RM1S.61

12kg Hilr9~·ebenar

Hilr9~ runclt

14 Harga sebMarkg H~r9~ runcit

Harga Baru

Harga BaruHarga Lama

Sektor IndustriHarga Lama

I

Meningkatkan Threshold Cubl hrkhldmatanBagl Pefkhldmatan Restoran 01 Luar HotelBerl<lldl kuasa 1 Mal 2008 threshold cUMi perkhidmaliln bagi~Iorilf\ di luar hotel ditif\gkatk,m d,Hipada RMSOO,OOO kepadaRM31(ltd.

Page 84: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

13~rt(uat kuas~ lJuiail008,muktur bMU takrif elektrikdiperkenalkan Oagi peng9unadomestik (rum~h).komersil

dan induslri di SemenanjungMalaysia.

Siapa Yang DiberiSokongan Tarif Elektrik?

Pen9guna domestik yangtidak melebihi 200 kWj/sebuian•Tiada Kenaikan Tarif

200 kWj j)erWma (1·100 kWj) sebulan 21.8 sen/kWj sebulan200 kWj berikut 1201·400 kWj) sebulan 34.5 sen/kWj sebulancaj minimum bulonan iolah RM3.00

500 kWj pertama 11-500 kWj) 30,0 sen/kWj sebulan100 kWj berikutnya 1501·600 kWj) 39,0 senlkWj sebulan100 kWj berikutnya 1701·800 kWj) 41,0 senlkWj sebulan100 kWj berikutnya 1801·900 kWj) 43,0 senlkWj sebulanSetiap kWj berikutnya 1901 kWj ke alas) 46,0 senlkWj sebulan(aj minimum bulanan ialah RMJ,OO

Peruneit, pekedai, pengusaha restoran kecil dan perusahaan kampung yang penggunaantidak melebihi 100 kwjlsebulan• Kadar kenaikan lebih rendah, 18% berbanding 26% bagi peng9una industri lain

I

Kerajaan menganggarkan RM13.7 bilianpenjimatan akan diperoleh daripadaPenstrukturan semula subsidi petrol, dieseldan gas sefla pendapiltan darTpada levi yangdikenakan terhadop IPP dan POP.

Penjimatan ...ke mana agihannya?

DilSor jaminan bekalan Makonan NegoraSubsidi minyak masakSubsidi pembeiian beras import bagipenyerag<lman harga beras di Sabahdon SarawakSubsidi wpungSubsidi rotiSumbangan kepada subsidi I~lrol,

diesel dan ga,

RM4,O bilionRM1.5bilion

RMO.4 bilionRMO.2 bilionRMO.1 bilion

RM7.5 bilion

Page 85: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Sumbangan Syarikat PenjanaTenaga Bebas (LPP) DanPengeluar Minyak Kelapa Sawit(POP) Ke Arah MengurangkanBeban Rakyat

al Sumbaagan ok>h Syaribt ~jana Tenaga 8ebas (lPPJdan I'eogelual Minyak Kelapa Saw,t (POP) bagimenampoog keoaikan kos bahan api umuk rnet1Jdnalenaga eleklnk dl baWilh Akta levi Keuntuogan8ef1eb,han 1998{Windfall Profillevy Act 1998}.

b) Kuanlum b<!gi levi itu adalah 30 peratlls daripadaleblhan pulangan aset pada nilai IhresiJold melebihi 9pelatus berdasarkan akaun yang diaudit.

() Berkuat kuasa 1 Julai 2008lcvi siSlcm subsidi minyak(COSS) dimansuhkon don dlgonlikan dengan l€viberikut yang dikenakan kepada pemploses:

8agi sabah dan Sarawak, 7.5 peratus bagi~tiap tan minyak mentah kelap<l sawit(CPO) yang m~ihi RM2,OOO;84tgi Semenanjung Malaysia, lS p«atusbagi setiap tan CPO yang meiebilti RM2,OOO.Walaupun COSS teiah dimansuhkan" hiilrgaminyak mawk tetap WIN leraM hisildari~a pelaksanun ill!'ll UfU ini abndigunakan unta* membiayai subsidiminy-all masak. KlMlar levi bagi POP diSilbah ... Sarilwak adala" ..... rendahkerana .._vb periu membayar cukaikepada Ke.....negeri lsebagal contoh 7.5peratus QatIl$CPO dl Sitbith dan 5 pel'.,.tulikt 1m CPO IISnwakJ.

..bM _.....,..... " 1 ' ...-.,.,...

~Ilolll_"',Y> ~.............l,...., Wol> ,""P,... i ......... """"'.",..., '1'''."''1

"' -.~<ri''''''''m''''''.''''O« CWt~... w..!Il><t

Page 86: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

SUMBER:

ELEKTRONIK

Page 87: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

ARKIB : 10/07/2011

Kadar tarif elektrik Sabah, Labuan meningkat

KOTA KINABALU 9 Julai - Tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan 15 peratus berkuatkuasa 15 Julai ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui bagaimanapun berkata, penstrukturan semula yang kali terakhir disemak sejak 25 tahun lalu itu tidak akan melibatkan orang ramai yang purata penggunaannya kurang daripada RM77 sebulan.

Menurutnya, berdasarkan tarif baru itu, ia menyaksikan peningkatan 3.75 sen per kiloWat (kWh) iaitu daripada kadar semasa 25.5 sen kepada 29.25 sen per kWh.

"Penstrukturan tarif ini diperlukan bagi mengimbangi jurang yang kian meningkat di antara kos pembekalan elektrik dengan kadar tarif sedia ada agar Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dapat terus membekalkan elektrik yang berdaya saing di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas bagi mengumumkan penstrukturan semula tarif elektrik bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di sini, hari ini.

Tambah Fah Kui, di bawah tarif baru itu 140,557 pengguna di negeri ini dan Labuan yang penggunaan bulanannya tidak melebihi RM30 akan menikmati kadar yang lebih rendah.

"Bagi penggunaan sehingga RM77 akan menerima rebat, manakala bagi pengguna yang bil elektrik bulanannya antara RM77.48 dan RM119.20 menyaksikan caj bil meningkat antara RM85.83 dan RM135.

"Pengguna yang banyak menggunakan elektrik iaitu melebihi RM250 sebulan perlu membayar sekurang-kurangnya RM307," katanya.

Fah Kui berkata, penstrukturan tarif baru itu tidak dapat dielakkan kerana subsidi minyak yang diberikan kepada SESB masih tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan bekalan elektrik iaitu 44.62 sen per kWh.

"Meskipun subsidi kerajaan 12.9 sen per kWh, SESB masih terpaksa menanggung kerugian 6.2 sen bagi setiap unit bekalan elektrik yang dijual,'' ujarnya.

Beliau berkata, melalui tarif baru itu juga caj sewa meter bagi semua pengguna akan dimansuhkan, selain daripada institusi kebajikan berdaftar, rumah ibadat, institusi pendidikan akan diberikan diskaun sebanyak 10 peratus bagi bil bulanan mereka.

Page 88: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

ARKIB : 15/04/2011

MIER: Ekonomi tumbuh 5.5% tahun depan

KUALA LUMPUR 14 April - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yakin Malaysia mampu mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.5 peratus pada 2012, meskipun diunjur berkembang pada kadar sederhana 5.2 peratus tahun ini.

Pengarah Eksekutif MIER, Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, keyakinan itu bersandarkan permintaan domestik yang kukuh selepas kerajaan melancarkan beberapa program untuk merancakkan ekonomi negara.

''Bagi 2011, pertumbuhan ekonomi agak sederhana iaitu sebanyak 5.2 peratus ekoran keadaan ekonomi global yang lemah serta kesan asas yang tinggi.

''Namun pada separuh kedua tahun ini, ia akan mengalami momentum meningkat terutama projek-projek yang diumumkan kerajaan mula memberikan kesan,'' katanya selepas menyampaikan taklimat ekonomi korporat di sini hari ini.

Tambah Zakariah, pelaburan akan disokong oleh pelaksanaan projek-projek Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Sementara itu, MIER turut mengunjurkan kadar inflasi negara akan meningkat kepada paras 3.25 peratus pada tahun ini berbanding 2.9 peratus pada masa ini.

''Kadar inflasi negara masih lagi berada pada paras terendah berbanding negara-negara di rantau ini.

''Ia disebabkan oleh peningkatan harga terutama dalam harga makanan, kos pengangkutan serta kos pinjaman,'' katanya.

Zakariah berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) juga dijangka meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus menjelang akhir tahun ini.

Dengan ekonomi mengekalkan momentum pada 2012 dan penstrukturan semula subsidi, indeks harga pengguna (IHP) bakal mencecah 3.25 peratus dan mengakibatkan kenaikan OPR kepada 3.5 peratus, jelasnya.

Sementara itu, ringgit akan terus mengukuh kepada RM3.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini ekoran aliran modal yang lebih besar.

Zakariah berkata, asas makroekonomi lebih baik akan menyaksikan ringgit berada pada paras RM2.95 berbanding dolar pada 2012.

Page 89: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

ARKIB : 25/11/2010

Pemberian dibatal jika nelayan seleweng

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bertindak tegas membatalkan pemberian diesel subsidi kepada mana-mana nelayan yang didapati terlibat menyelewengkan bahan bakar itu.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, lesen pengusaha stesen minyak yang membekalkan diesel subsidi kepada nelayan juga akan dibatalkan dan stesen mereka diarahkan ditutup sekiranya dikesan melakukan perbuatan itu.

"Ini adalah antara tindakan pentadbiran yang kita lakukan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kerana kita tidak ada kuasa untuk menahan atau menangkap pihak yang terbabit dalam kes penyelewengan ini.

"Sehubungan itu, kita amat mengalu-alukan tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang menahan mereka yang terlibat dalam kes penyelewengan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas penahanan 19 individu oleh SPRM kerana disyaki terlibat melakukan penyelewengan diesel subsidi dalam operasi yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, Noh berkata, kajian bagi menstruktur semula pemberian subsidi bahan bakar kepada para nelayan kini sudah berada di peringkat akhir sebelum ia dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi.

Beliau berkata, penstrukturan semula pemberian subsidi itu akan dapat mengelak berlakunya penyelewengan terhadap diesel subsidi pada masa depan.

"Perbincangan dengan persatuan nelayan dan pelbagai pihak lain sedang diadakan bagi mendapatkan maklum balas mengenai penstrukturan semula mekanisme subsidi itu," katanya.

Kerajaan melaksanakan pemberian diesel subsidi mulai 1 Januari 2006 dengan memperkenalkan penggunaan kad pintar kepada nelayan bagi tujuan pembelian diesel subsidi dengan harga RM1.00 seliter.

Ketika ini, pengagihan diesel dilakukan menerusi LKIM kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Persatuan Nelayan Negeri dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

Noh berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk membolehkan kos pengangkutan bagi subsidi diesel di bahagian darat iaitu dari stesen minyak ke depot nelayan ditanggung oleh stesen minyak itu sendiri.

Katanya, penstrukturan semula itu bukan sahaja melibatkan aspek pemberian diesel subsidi tetapi juga dalam pemberian bantuan lain kepada golongan tersebut.

Page 90: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

ARKIB : 22/11/2010

Penstrukturan semula subsidi nelayan elak seleweng

ALOR SETAR 21 Nov. - Kerajaan dalam proses menstruktur semula bentuk subsidi kepada para nelayan dalam usaha melonjakkan industri perikanan ke tahap yang lebih tinggi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah tersebut termasuk subsidi diesel yang didakwa mengalami masalah penyelewengan yang serius.

Beliau berkata, kementerian sedang mendapatkan maklum balas pelbagai pihak sebelum cadangan penstrukturan itu dikemukakan kepada Kabinet untuk dipertimbangkan.

"Bukan saja diesel tetapi semua bantuan lain sedang dilihat untuk ditambah baik atau dikemas kini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyerahkan pinjaman semula kepada 360 usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di negeri ini yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Noh mengulas cadangan beberapa pihak termasuk beberapa persatuan nelayan bagi mengelakkan penyelewengan diesel bersubsidi kepada nelayan seperti yang didedahkan oleh akhbar ini, Rabu lalu.

Menurut pendedahan itu, kegiatan menyeleweng sebahagian diesel bersubsidi kepada nelayan kini dikatakan berada pada tahap yang serius.

Ia dikatakan melibatkan sebahagian daripada lebih satu bilion liter diesel berkenaan yang disalurkan kepada persatuan-persatuan nelayan.

Ketirisan yang serius dalam pembekalan diesel bersubsidi tersebut menyebabkan kerajaan kehilangan berjuta-juta ringgit setiap bulan.

Noh menjelaskan, pada masa ini, para pegawai jabatan dan agensi berkaitan turun padang mendapatkan maklum balas daripada semua pihak yang terbabit dalam bidang tersebut.

"Semua pihak yang terlibat boleh memberi pandangan dan cadangan mengenai perkara ini.

"Saya difahamkan usaha itu dalam proses akhir sebelum cadangan penstrukturan itu dibentangkan kepada Kabinet," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Nelayan Laut Dalam Kelantan mencadangkan supaya kerajaan kembali kepada sistem lama pengagihan diesel subsidi.

Persatuan Nelayan Kuala Kedah pula meminta bahan bakar itu diberikan kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) untuk diagihkan kepada para nelayan.

.

Page 91: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

ARKIB : 18/07/2010

Subsidi: Kepentingan rakyat utama

IPOH 17 Julai - Kerajaan perlu mengambil langkah menyelaraskan subsidi bagi menjayakan penstrukturan semula ekonomi negara dalam usaha mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa yang sama, kerajaan tetap akan mengutamakan kepentingan rakyat iaitu dengan memastikan pelarasan yang dilakukan tidak keterlaluan.

''Walaupun pada awalnya sasaran potongan subsidi ini jauh lebih besar tetapi memikirkan kesejahteraan rakyat dan sasaran mengutamakan rakyat, Kabinet ambil keputusan mengurangkan pada kadar paling minimum," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan pembinaan bangunan tambahan Pasar Manjoi di sini hari ini.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun diminta mengulas penyelarasan subsidi bahan api dan gula yang berkuat kuasa semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengurangan subsidi lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, 10 sen sekilogram bagi gas petroleum cecair (LPG) dan 25 sen sekilogram gula.

Sementara itu, petrol RON 97 tidak lagi diberikan subsidi sebaliknya tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harganya ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Ahmad Husni berkata , beliau yakin rakyat dapat menerima dan memahami keputusan kerajaan itu kerana hasil penjimatan tersebut akan digunakan untuk pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

Dalam perkembangan sama beliau berkata, kerajaan akan memberi penerangan dari semasa ke semasa kepada rakyat berhubung pengurangan subsidi tersebut.

Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi itu membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta tahun ini.

Page 92: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

ARKIB : 17/07/2010

Pengurangan subsidi penting untuk ekonomi negara - Ahmad Husni

17/07/2010 4:03pm

IPOH 17 Julai — Pelarasan subsidi merupakan langkah yang terpaksa diambil kerajaan bagi menjayakan penstrukturan semula ekonomi negara dalam usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah.

Beliau berkata, pada masa yang sama kerajaan tetap menjaga kepentingan rakyat dengan memastikan pelarasan itu tidak keterlaluan.

"Walaupun pada awalnya sasaran potongan subsidi ini jauh lebih besar tetapi memikirkan kesejahteraan rakyat dan sasaran mengutamakan rakyat, Kabinet membuat keputusan untuk mengurangkan pada kadar paling minima,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan pembinaan bangunan tambahan Pasar Manjoi, di sini hari ini.

Ahmad Husni diminta mengulas mengenai pengurangan subsidi ke atas bahan api dan gula yang berkuat kuasa semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata, beliau yakin rakyat dapat menerima dan memahami keputusan kerajaan itu kerana hasil penjimatan tersebut akan diguna untuk melaksanakan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara dan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara. — Bernama

ARKIB : 28/10/2009

Tangani subsidi minyak dengan teliti

Oleh ROHAMI SHAFIE

ISU harga minyak sering kali membelenggu rakyat Malaysia - baik kepimpinan tertinggi negara sehinggalah kepada rakyat bawahan. Ia amat penting untuk rakyat Malaysia sehinggakan "komoditi hitam" ini terkandung dalam Bajet 2010.

Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan sistem pengurusan subsidi minyak maka subsidi minyak akan hanya diberikan kepada golongan sasaran. Inilah yang sepatutnya berlaku kerana golongan kaya juga sedang menikmati subsidi ini.

Konsep subsidi sepatutnya untuk golongan yang benar-benar memerlukan. Bukan itu sahaja, rakyat dari negara jiran juga mendapat "keuntungan" daripada subsidi ini.

Bayangkan betapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia sebagai pembayar cukai.

Sedangkan subsidi ini untuk rakyat Malaysia dan sepatutnya digunakan untuk pembangunan rakyat Malaysia.

Page 93: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Di samping itu, tujuan distruktur kembali pengagihan subsidi minyak untuk golongan yang benar-benar layak adalah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan selama ini.

Kalau kita lihat sejak minggu lepas, harga minyak dunia berlegar sekitar AS$78 hingga AS$82 setong, iaitu pada harga tertinggi selepas mengalami penurunan yang amat ketara sebelum ini.

Begitu juga, siapa yang tidak lupa harga minyak pernah berada pada harga AS$147 setong tetapi mengalami penurunan mendadak di sekitar AS$40 setong dan naik kembali pada masa sekarang.

Harga minyak yang tidak stabil dan sering turun naik berlaku akibat daripada ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa kini.

Jadi mekanisme yang bagaimanakah yang boleh mencapai objektif penstrukturan semula subsidi minyak supaya golongan yang benar-benar layak memperolehi subsidi minyak? Di atas kertas nampak mudah, tetapi daripada segi pelaksanaan, kerajaan perlu mencari formula terbaik agar ia benar-benar saksama untuk rakyat yang layak.

Siapakah golongan yang benar-benar layak? Yang pasti golongan yang berpendapatan rendah, tetapi bagaimana pula dengan golongan yang berpendapatan sederhana?

Sering kali kita terlupa ramai di antara rakyat Malaysia berpendapatan sederhana sejajar dengan pendapatan per kapita Malaysia yang sederhana. Sudah tentu, kesannya amat besar kepada golongan ini jika mereka tidak tersenarai sebagai penerima subsidi minyak.

Jadi, kerajaan boleh mengkategorikan golongan yang berpendapatan tinggi sebagai golongan yang dikenakan cukai pendapatan paling maksimum iaitu 27 peratus.

Cukai golongan ini telah dikurangkan kepada satu peratus dalam Bajet 2010, bermakna jika difikirkan fakta ini, mereka tidak sepatutnya layak memperolehi subsidi.

Tidaklah begitu sukar untuk mendapatkan maklumat bagi golongan yang makan gaji, tetapi bagaimana pula dengan golongan peniaga? Jika mekanisme pendapatan digunakan sebagai ukuran, maka sudah tentu agak sukar untuk menafsir pendapatan golongan ini berbanding golongan makan gaji.

Sekali lagi, perkara ini akan dapat diselesaikan jika golongan yang dikenakan cukai pendapatan yang paling maksimum tidak layak memperolehi manfaat subsidi minyak. Bagaimana pula dengan pengukuran yang lain seperti bilangan tanggungan?

Itu baru dari segi golongan sasaran. Bagaimana pula dengan cara melaksanakannya? Siapakah yang memastikan bahawa seseorang itu benar-benar layak untuk menerima subsidi minyak dengan hanya sekadar menunjukkan Mykad?

Lantaran itu, kerajaan perlu membuat penelitian yang amat mendalam mengenai mekanisme terbaik untuk memastikan golongan yang benar-benar layak mendapat subsidi minyak tanpa sebarang ketirisan dan penyelewengan.

Page 94: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Selain itu, ambillah iktibar apabila harga minyak yang dinaikkan pada harga tertinggi pada tahun lepas menyebabkan harga barangan lain naik mendadak.

Dalam suasana kenaikan harga minyak di pasaran dunia pada masa kini, tidak mustahil perkara ini boleh berlaku sekali lagi. Alasan mudah yang diberikan oleh golongan peniaga ialah harga minyak naik!

Akhirnya, kebaikan yang patut diperolehi oleh golongan yang diberikan subsidi minyak "hilang" begitu sahaja kerana harga barangan lain naik tinggi.

Di sinilah peranan penguat kuasa untuk memastikan ia tidak berlaku. Namun begitu, jika pelaksanaan pengurusan subsidi minyak amat berjaya, maka kerajaan seharusnya memikirkan untuk memperluaskan lagi kepada komoditi lain.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

Sumber : http://www.utusanmalaysia.com.my Tarikh Akses : 14 September 2011

Page 95: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Temubual Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Publication: BH Date of publication: Aug 6, 2011 Section heading: Supplement Page number: 002

? SETIAP tahun, 6 Ogos akan diisytiharkan sebagai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kerajaan kepada masyarakat peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani seluruh negara. Apakah yang dilaksanakan MOA untuk membantu peladang, penternak dan nelayan selama ini dan berapakah pula bilangan yang berjaya. MOA menyediakan pelbagai jenis bantuan, subsidi dan insentif bertujuan membantu peladang, penternak dan nelayan berkecimpung dalam bidang pertanian. Antara bantuan disediakan bagi sektor tanaman adalah Pembangunan Tanah Terbiar meliputi pembangunan infrastruktur ladang seperti pembersihan kawasan, jalan ladang, sistem saliran dan sistem pengairan serta insentif amalan teknologi dengan kadar maksimum sebanyak RM20,000/ha diperkenalkan. Selain itu, kita turut menyediakan Insentif Teknologi Amalan Pertanian Baik meliputi pembangunan industri buah-buahan, sayuran dan tanaman komoditi berpotensi, bunga-bungaan serta industri kopi. Bantuan diberi dalam bentuk benih berkualiti, baja, racun, sistem pengairan, mekanisasi ladang dan pengendalian lepas tuai. Kita juga memberikan Subsidi Harga Padi dengan kadar RM248.10 bagi satu tan metrik berat bersih padi yang dijadualkan di kilang berdaftar dengan BERNAS. Di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan pula, pesawah diberi baja sebatian pada kadar 240kg/hektar (12 beg @ 20kg/beg) dan baja urea pada kadar 100kg setiap hektar baja urea (5beg@ 20kg/ beg). Melalui Insentif Pengeluaran Padi pula, Kerajaan memberikan Bantuan Baja Tambahan dan Bantuan Upah Bajak kepada petani. Bagi Baja Tambahan, kadar yang diberikan ialah sebanyak RM140/ha/musim, manakala bagi Bantuan Upah Bajak pula, kadar bantuan yang diberikan oleh Kerajaan ialah sebanyak RM100/ha/musim. Lain-lain insentif yang disediakan ialah Insentif Peningkatan Hasil sebanyak RM650 bagi setiap metrik tan kenaikan hasil padi sekurang-kurangnya 1% dari musim asas serta Insentif Benih Padi Sah sebanyak RM1.03 kepada pengeluar benih padi sah bagi setiap kilogram benih padi sah yang dikeluarkan. Tidak ketinggalan Pembangunan Industri Asas Tani yang mana bantuan diberi dalam bentuk latihan kepada pengusaha dari aspek pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran, pembungkusan dan pelabelan serta kursus teknikal, termasuk cara memproses produk dan program kawalan kualiti. Manakala insentif yang disediakan di bawah Program Jaminan Bekalan Makanan (PJBM) adalah

Baja Tambahan NPK diberikan kepada petani dengan kadar RM400/ ha (3 beg @ 50kg setiap beg), Bantuan Kawalan Makhluk Perosak sebanyak RM200/ha/musim dan Bantuan Kapur sebanyak RM850/ha diberikan bagi menambah kesuburan tanah.

1  

Page 96: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

? Apa pula insentif disediakan bagi sektor perikanan. Untuk sektor perikanan, Kementerian menyediakan Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan pada harga RM1.25 seliter kepada nelayan yang menggunakan vesel berjentera dalam dan Subsidi petrol pada harga RM1.25 seliter kepada nelayan yang menggunakan jentera sangkut. Mulai Jun 2011, vesel Zon C2 menerima harga subsidi RM1.80 sementara nelayan vesel Zon A, B, C kekal dengan harga RM1.25 MOA juga memberikan Insentif Hasil Tangkapan pada kadar 10 sen kepada nelayan bagi setiap kilogram ikan yang didaratkan dan diisytiharkan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Mulai 1 Jun 2011, kadar RM0.20 diberikan kepada nelayan vesel C2 bagi setiap kg ikan yang didaratkan dan diisytiharkan. Kategori ikan yang layak dibayar insentif adalah ikan untuk dimakan dan untuk diproses. Manakala kategori ikan yang tidak layak dibayar insentif adalah ikan baja, kerang-kerangan, ikan ternakan dan ikan air tawar yang ditangkap di sungai dan tasik. Had Maksimum bayaran insentif tangkapan ikan (RMper bulan) adalah seperti berikut carta di bawah: ? Adakah kerajaan turut menyediakan Elaun Sara Hidup Nelayan Ya, kita menyediakan pemberian tunai berjumlah RM200 sebulan kepada pemegang lesen dan pekerja vesel warganegara Malaysia. Apakah lagi insentif yang sediakan bagi membantu golongan peladang, penternak dan nelayan. MOA juga menyediakan bantuan infrastruktur asas, input ternakan, peralatan mudah alih, perkhidmatan pengembangan, khidmat nasihat, latihan sangkut, lawatan sambil belajar, seminar/bengkel, penerangan dan promosi diberikan kepada penternak/pengusaha akuakultur. Ia diadakan menerusi saluran Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur seperti Pembangunan Zon Industri Akuakultur dan Projek Impak Tinggi, Penstrukturan Semula dan Pembangunan Komuniti Akuakultur, Percubaan dan Demonstrasi, Program Inkubator, Projek Khas (Projek D'Raja, MoA Inc., Projek Khas Parlimen, Projek Kecil Kawasan parlimen, MPPP, Projek PPRT dan lain-lain projek yang diputuskan Kerajaan), Bantuan Bencana, Pembangunan Usahawan Siswazah (Akuakultur)/Synergy Farming dan Pelepasan Umum Manakala bagi sektor ternakan pula, antara bantuan yang disediakan adalah Program Pembangunan Usahawan Asas Tani, iaitu memberikan bantuan dalam bentuk geran peralatan seperti mesin pemprosesan, khidmat nasihat, menaik taraf premis pemprosesan sedia ada, bimbingan latihan dan khidmat teknikal.

Selain itu, usahawan juga digalakkan menyertai pameran dan promosi produk IAT sama ada di dalam atau luar negara bagi tujuan market access. Pada 2010, seramai 131 daripada 217 orang usahawan industri asas tani berasaskan ternakan berjaya meningkatkan pendapatan mereka. Manakala seramai 146 daripada 217 orang usahawan berjaya meningkatkan pendapatan mereka bagi tempoh Januari hingga Jun 2011.

2  

Page 97: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Kita juga mengadakan Program Pembasmian Kemiskinan yang bertujuan membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan RM200 sebulan sekeluarga dengan pemberian bantuan input ternakan, makanan ternakan, khidmat nasihat serta peralatan bagi pembinaan kandang dan reban. Turut diadakan Program Pengukuhan Industri Unggas (PPIU) bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti daging ayam dan telur dengan memberi bantuan peralatan seperti set inkubator, mesin pembancuh makanan, pagar dan infrastruktur. Manakala Program TRUST pula bertujuan meningkatkan pengeluaran dan kualiti daging lembu dan kambing dengan memberi pinjaman induk dan pejantan dengan bayaran balik dalam tempoh 7 tahun sama ada menggunakan tunai atau ternakan betina. Program lain yang dijalankan ialah Pembangunan Modal Insan melalui kursus selama tiga hari dan Program Ladang Satelit bertujuan meningkatkan pengeluaran dan kualiti daging lembu dengan penyediaan ladang dan kandang fidlot untuk pengusaha yang boleh terus memulakan projek. ? Datuk Seri, berapa bilangan yang berjaya dibantu. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, Projek Pembangunan Tanah Terbiar yang dibangunkan adalah seluas 8,107.7 hektar membabitkan 6,852 peserta. Bagi 2011, seluas 394.53 hektar kawasan tanah terbiar dibangunkan dan membabitkan 346 peserta. Sementara itu, bagi pemberian Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan, mengikut rekod Jabatan Perikanan Malaysia, bilangan vesel perikanan laut dalam (Zon C2) yang terbabit dalam penstrukturan semula subsidi sehingga kini adalah sebanyak 1,502 vesel yang terdiri dari 853 vesel yang menggunakan perkakasan pukat tunda, 551 vesel menggunakan pukat jerut (termasuk 11 vesel stick held deep net di Sarawak), 93 rawai dan 5 bubu. Nilai kadar subsidi yang ditampung oleh kerajaan ialah sebanyak RM147.25 juta sebulan atau 1.767 bilion setahun. Bagi Insentif Hasil Tangkapan pula, nelayan (Pemilik Vesel) menerima Insentif Tangkapan Ikan yang diisytiharkan sebanyak RM0.10 sen sekilogram ikan. Purata Insentif Tangkapan Ikan yang dibayar pada setiap bulan ialah sebanyak RM4.79 juta atau RM57.48 juta setahun membabitkan 24,544 vessel perikanan. Mengenai Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur, berdasarkan pemantauan, setiap pengusaha aktif menjalankan projek dan mencapai

sasaran yang sudah ditetapkan. Pada 2010, seramai 72 orang pengusaha terbabit dengan pendapatan berjumlah RM6,717,862, manakala seramai 44 orang pengusaha terbabit sehingga Jun 2011 dengan pendapatan RM1,387,020. Sementara itu, Program Pembangunan Usahawan Asas Tani Berasaskan ternakan membabitkan bantuan dalam bentuk input ternakan, mesin pemprosesan, khidmat nasihat, menaik taraf premis pemprosesan sedia ada, bimbingan latihan dan khidmat teknikal.

3  

Page 98: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Selain itu, usahawan juga digalakkan menyertai pameran dan promosi produk IAT sama ada di dalam atau luar negara bagi tujuan market access. Pada 2010, seramai 131 daripada 217 orang usahawan industri asas tani berasaskan ternakan berjaya meningkatkan pendapatan. Manakala seramai 146 daripada 217 orang usahawan berjaya meningkatkan pendapatan mereka bagi tempoh Januari hingga Jun 2011. Program Pembasmian Kemiskinan menunjukkan hasil menggalakkan apabila seramai 605 keluarga yang terdiri daripada keluarga miskin tegar dan miskin dibantu membabitkan 200 keluarga pada 2009 dan 405 keluarga pada 2010. ? Apakah yang sedang dirancang dan akan dilaksanakan Kementerian bagi meningkatkan usaha membantu peladang, penternak dan nelayan. MOA sentiasa merancang strategi untuk membantu peladang, penternak dan nelayan. Berikutan itu, kita merangka Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 iaitu kesinambungan kepada Dasar Pertanian Negara Ketiga 1998-2010 (DPN3). Ia bertujuan meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan serta menjamin bekalan makanan. Dasar ini juga menggariskan 7 hala tuju strategik untuk meningkatkan daya saing di sepanjang rantaian nilai di samping meningkatkan pengeluaran secara mampan. ? Apakah strategi yang dirancang untuk mencapai hala tuju strategik DAN ini Datuk Seri. Antara strateginya ialah memperkenalkan Program Home Garden Produce sebagai aktiviti sampingan untuk komuniti desa dan pembangunan program akan dirangka secara bersepadu di sepanjang rantaian nilai yang membabitkan aktiviti seperti penyediaan benih dan pemasaran. Agensi seperti Jabatan Pertanian. Lembaga Pertubuhan Peladang dan FAMA akan terbabit secara bersepadu bagi setiap kawasan yang dikenal pasti untuk membangunkan tanaman. Pada masa ini, pekebun kecil menyumbang kepada 80% pengeluaran makanan. Tanah milik pekebun kecil akan terus dibangunkan sebagai home garden yang moden dan disusun semula di bawah penjenamaan home garden produce untuk memenuhi keperluan permintaan pengguna seperti produk buah-buahan dan sayur-sayuran organik, herba dan rempah ratus serta cendawan. Strategi ini boleh dilaksanakan melalui pengwujudan rantaian perniagaan baru di mana komuniti di kawasan bandar menyokong pengeluaran home garden produce komuniti desa. Di samping itu, penjenamaan home garden produce akan membuka peluang untuk produk ini dijual di pelbagai saluran pasaran seperti Outlet Peruncitan Khusus (Dedicated Retail Outlet), pasar raya sama ada dalam atau luar negeri. Dalam hubungan ini GLCs, Pertubuhan Peladang, Persatuan Nelayan dan koperasi akan digalakkan sebagai peneraju serta menetapkan jenis dan piawaian pengeluaran. ? Adakah MOA menyediakan insentif untuk memperluas Penggunaan Teknologi Terkini dan Mekanisasi. Bagi menggalakkan penggunaan teknologi dan mekanisasi dalam industri agromakanan, insentif dalam bentuk pengecualian cukai import dan pinjaman mudah akan disediakan bagi membolehkan perolehan peralatan pada harga yang mampu dibeli oleh pengusaha tani. Program latihan dan pendedahan kepada teknologi terkini termasuk inkubator akan dipergiatkan bagi meningkatkan kesedaran dan penggunaan teknologi.

4  

Page 99: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Sektor swasta dan koperasi juga akan digalakkan untuk menyewakan peralatan dan menyediakan perkhidmatan teknologi pertanian bagi memperluas penggunaan teknologi dan mekanisasi terutama di kalangan usahawan tani yang tiada kemampuan dari segi kewangan atau kemahiran dalam penggunaan teknologi terbabit. ? Bagaimana pula aspek pembiayaan dan bantuan kewangan. Bagi merancakkan pelaburan swasta dalam aktiviti pertanian, pinjaman mudah yang mencukupi akan disediakan dan akses kepada pembiayaan dipermudah terutama dalam industri pertanian bernilai tinggi. Dalam hubungan ini, dana untuk aktiviti pertanian bernilai tinggi dengan kadar faedah dan syarat pinjaman yang menarik akan disediakan oleh kerajaan melalui Agrobank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Pihak swasta, GLC, pertubuhan peladang dan persatuan nelayan akan digalakkan untuk menubuhkan konsortium atau syarikat peneraju bagi menjamin pasaran bagi hasil dan produk pertanian keluaran pengusaha pertanian berskala kecil. Bagi membolehkan pengusaha tani melaksanakan aktiviti pengeluaran pengusaha tani secara berterusan dengan modal pusingan yang mencukupi, Skim Jaminan Belian Balik (Guaranteed Buy Back Scheme) akan dilaksanakan oleh pasar raya yang terbabit dengan kerjasama syarikat peneraju dan institusi kewangan seperti Agrobank. Dalam hubungan ini, Agrobank akan melaksana Skim Pemfaktoran (Factoring Scheme) untuk memberi kemudahan kredit jangka pendek dengan membeli invois sebelum bayaran diterima daripada pasar raya supaya pengusaha dapat terus beroperasi untuk membekalkan pengeluaran. Dana pusingan bagi tujuan ini akan disediakan oleh Kerajaan melalui Agrobank. Skim jaminan kredit sedia ada di bawah Credit Guarantee Corporation (CGC) juga akan diperluas dan insurans pertanian disediakan bagi mewujudkan perkongsian risiko lebih baik dalam aktiviti pertanian.

Inisiatif akan diambil untuk memperkukuh peranan EKS berasaskan pertanian, termasuk membangunkan EKS yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan. Pakej sokongan dan insentif akan disediakan dan disesuaikan mengikut tahap pembangunan enterprise seperti latihan inkubator, pembiayaan, penjenamaan produk dan pemasaran berdasarkan tahap perniagaan usahawan tani. ? Apakah pesanan Datuk Seri Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan pada tahun ini. Adalah diharapkan pengiktirafan ini, peladang, penternak dan nelayan dapat berasakan keprihatinan kerajaan ke atas usaha dan jerih payah mereka dalam pelbagai aktiviti demi mengeluarkan bahan makanan dan pertanian untuk kegunaan negara kita khasnya. Dengan pengiktirafan ini, saya berharap dapat mendorong peladang, penternak dan nelayan untuk berusaha lebih gigih, berwawasan dan melipatgandakan usaha memajukan sektor pertanian dan industri asas tani dalam negara.

5  

Page 100: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Tarif baru elektrik (HL) Publication: BH Date of publication: May 31, 2011 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Johari Ibrahim; Norfatimah Ahmad; Sazarina Shahrim

PUTRAJAYA: Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada kepada 33.54 sen/kwj, berkuatkuasa esok. Ia dilakukan selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70/MMBtu. Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang. Daripada jumlah pengguna domestik itu, 900,000 adalah golongan berpendapatan rendah, manakala 200,000 lagi miskin tegar. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, ketika mengumumkannya, juga berkata pengguna yang dijangka terbabit dengan kenaikan, iaitu yang menggunakan elektrik antara 301 hingga 1000 kwj sebulan hanya berjumlah 1.39 juta atau 23.5 peratus. Mereka akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan antara tujuh sen hingga RM30.30 atau 0.1 peratus hingga 10 peratus. "Bagaimanapun, kerajaan akan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011. "Bantuan ini membabitkan kos RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung," katanya pada sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, di sini semalam. Fah Kui juga menjelaskan pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200kw j sebulan akan mengalami kadar kenaikan maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan. "Pengusaha industri memproses makanan kecil-kecilan yang menggunakan elektrik kurang 200kwj sebulan juga mengalami kenaikan yang sama, tetapi hanya RM4 sebulan," katanya. Menjawab soalan, beliau menolak andaian bahawa semakan tarif akan menguntungkan Stesen Tenaga Bebas (IPP) dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Selain itu, katanya, kerajaan tidak memberikan subsidi kepada syarikat IPP seperti didakwa sesetengah pihak sebaliknya ia adalah jumlah hasil yang dilepaskan oleh PETRONAS untuk menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat.

6  

Page 101: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Mengenai kemungkinan semakan tarif akan melonjakkan kadar inflasi, Fah Kui berkata kajian mendapati ia hanya akan meningkat 0.27 peratus kadar inflasi. "Kenaikan kadar inflasi itu dianggap minimum kerana kurang daripada satu peratus," katanya. Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan menetapkan sebanyak satu peratus daripada kutipan bil elektrik bulanan yang melebihi 300 kwj disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Diperbaharui bagi menampung kos tinggi penjanaan elektrik menggunakan tenaga boleh diperbaharui oleh pemaju bebas atau individu. FAKTA Pakej Penstrukturan Tarif Elektrik * Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi Penyimpan Tenaga Thermal (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kwj * Mengurangkan kadar tunggu sedia caj yang dikenakan ke atas pepasangan penjanaan bersama daripada RM25/kwj sebulan kepada RM12/kwj sebulan untuk pengguna voltan tinggi dan RM14/kwj sebulan untuk pengguna voltan sederhana * Potongan 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya kerajaan * Syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembetungan diletakkan di bawah kategori tariff

industri * Mengekalkan Tarif Khas Pertanian yang diperkenalkan pada 2006

7  

Page 102: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Dasar Koperasi Negara mantapkan sektor koperasi

Publication: BH Date of publication: Jan 21, 2011 Section heading: Supplement Page number: 001 Byline / Author: Oleh Minarni Mat Saad

SEKTOR koperasi adalah sektor ketiga selepas awam dan swasta yang menyumbang kepada pembangunan negara. Melalui Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 yang dilancarkan tahun lalu, sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka meningkat dari satu peratus kepada 10 peratus menjelang 2020. Di Malaysia, gerakan koperasi menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah koperasi mencecah 8,146 sehingga 21 Disember 2010 dan keanggotaan dianggarkan 7.6 juta ahli. Namun keupayaannya belum dieksploit sepenuhnya bagi mencapai taraf entiti yang berlandaskan keusahawanan dan mampu menceburi pelbagai jenis perniagaan. Justeru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang diberi tanggungjawab memajukan sektor koperasi negara telah dan akan melaksanakan pelbagai pendekatan serta program ke arah meningkatkan daya saing dan memantapkan entiti koperasi seiring dengan sasaran yang ditetapkan oleh DKN. Melalui DKN, lima bidang yang dikenal pasti berpotensi tinggi akan dibangunkan secara giat dalam tempoh 10 tahun mendatang ialah: * Perkhidmatan kewangan. * Perladangan, pertanian dan industri asas tani. * Pelancongan. * Penjagaan diri dan kesihatan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, DKN dirumus seiring dengan aspirasi Model Baru Ekonomi dan Pelan Transformasi Ekonomi yang turut memberi fokus kepada sektor perkhidmatan, diyakini mampu memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi Untuk itu, katanya, usaha akan ditumpukan ke arah pencapaian matlamat menjadikan sektor perkhidmatan sebagai nadi penggerak utama pembangunan koperasi negara; menyumbang sebanyak 70 peratus kepada perolehan keseluruhan. Beliau berkata, kerajaan amat menggalakkan masyarakat menubuhkan koperasi kerana banyak faedah dapat diperoleh melalui kegiatan berkoperasi. 1Komuniti 1Koperasi (1K1K) KPDNKK melaksanakan satu pendekatan baru untuk meningkatkan daya saing koperasi melalui program 1Komuniti 1Koperasi (1K1K) yang diharap dapat memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai koperasi dan faedah yang akan diperoleh melaluinya.

8  

Page 103: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Pendekatan 1K1K ini diilhamkan oleh Ismail Sabri yang bertujuan menyemarakkan minat masyarakat setempat untuk menubuhkan koperasi dan menggalakkan masyarakat bersatu di bawah satu entiti yang dikenali sebagai koperasi. "Di bawah bumbung koperasi, masyarakat disaran berganding bahu serta saling membantu bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti yang dijalankan. 1K1K membabitkan penyertaan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, fahaman politik selaras dengan konsep 1Malaysia," kata Ismail Sabri. Melalui pendekatan ini, anggota masyarakat secara empowerment of the people terbabit secara langsung dalam meningkatkan kualiti hidup mereka dengan menubuhkan koperasi bagi menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan konsep kejiranan atau masyarakat masing-masing. Di kawasan bandar, penekanan kempen 1K1K ditumpukan kepada golongan masyarakat yang tinggal di kawasan taman perumahan, pangsapuri, kariah masjid/surau dan persatuan masyarakat setempat. Bagi golongan terbabit, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menggalakkan penubuhan koperasi seperti Koperasi Komuniti, Koperasi Kariah Masjid dan Koperasi Kejiranan, sekali gus membolehkan masyarakat setempat bersatu padu menambah pendapatan. Sebagai contoh, koperasi berkenaan boleh menjalankan aktiviti perniagaan runcit, taska, tadika, kelas tuisyen, perkhidmatan kawalan keselamatan, penyelenggaraan bangunan, perkhidmatan dobi, pengangkutan bas sekolah, pengurusan rumah dan bilik sewa, perkhidmatan katering dan sewa khemah, pengurusan jenazah, salun dan penjagaan diri. Sementara di kawasan luar bandar, SKM mendapati masyarakat setempat mempunyai sumber yang banyak, namun tahap penggunaannya agak minimum. Contohnya, masyarakat luar bandar mempunyai tanah yang luas tetapi terbiar dan tidak diusahakan. Masyarakat di luar bandar lazimnya terdiri di kalangan petani, penoreh getah dan pemotong buah kelapa sawit. Selalunya, masa yang diperuntukkan bagi aktiviti berkenaan hanya separuh hari saja, sekali gus menunjukkan sumber tenaga tidak digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan ekonomi mereka. Justeru, di sinilah tanggungjawab dan peranan koperasi boleh dimanfaatkan. Umpamanya melalui penubuhan sesebuah koperasi tertentu, masyarakat setempat dapat bergabung memajukan tanah terbiar bagi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dalam bentuk skala besar atau secara berkelompok seperti mengusahakan tanaman cili, cendawan dan membabitkan penyertaan di bidang pertanian yang lain. Secara tidak langsung, masyarakat luar bandar dapat menambah pendapatan, di samping memastikan penggunaan sumber secara optimum. Koperasi bantu tingkat ekonomi rakyat, negara Dalam pada itu SKM sentiasa menggalakkan penubuhan koperasi di kalangan masyarakat kerana kekuatan koperasi mampu diperoleh daripada hasil gabungan sumber modal (kewangan/aset), tenaga dan masa anggota koperasi berkenaan. Malah, anggota koperasi dilihat menjalankan dua fungsi sekali gus iaitu sebagai tuan punya (pemilik) dan juga pengguna atau pelanggan yang melanggan perkhidmatan atau produk yang

9  

Page 104: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

ditawarkan oleh koperasi terbabit. Matlamat SKM juga adalah untuk melahir dan memajukan seberapa banyak koperasi di negara sebagai entiti yang berupaya membantu diri sendiri (anggota koperasi), di samping menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Ismail Sabri berkata, koperasi juga dilihat berperanan dalam membantu kerajaan menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi. Melalui pendekatan 1K1K, diharap kemiskinan dan kepayahan hidup golongan masyarakat tertentu, khususnya di luar bandar dapat dikurangkan menerusi aktiviti dan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, program 1K1K mampu meningkatkan ekonomi rakyat melalui aktiviti yang terancang dan sumber setempat, seterusnya meningkatkan pendapatan perkapita penduduk untuk menyaingi ekonomi global. Tubuh konsortium koperasi Dalam usaha memantapkan sektor koperasi, Ismail Sabri juga mencadangkan penubuhan konsortium koperasi dengan menggabungkan beberapa koperasi kecil di seluruh negara adalah antara usaha untuk mengukuhkan peranan dan kedudukan koperasi. Katanya, melalui penggabungan itu akan mewujudkan entiti baru koperasi yang lebih berdaya saing, di samping mengukuhkan entiti sedia ada. Melalui cadangan ini, koperasi bakal mendapat banyak manfaat dan disarankan mewujudkan gabungan anak syarikat di bawah kelolaan satu koperasi khususnya dalam bidang pertanian, perladangan, koperasi kredit, pemborongan dan peruncitan. Beliau berkata, gabungan yang dicadangkan hanya membabitkan aktiviti dengan terus mengekalkan entiti masing-masing supaya koperasi di Malaysia mampu dan berjaya seperti koperasi di luar negara. Penggabungan itu juga akan meningkatkan produktiviti, kepelbagaian perkhidmatan dan menjana ekonomi negara. Buat permulaan, 17 koperasi yang terbabit dalam industri ternakan di Perlis sudah digabungkan. Beliau berkata, koperasi mampu menjadi penggerak sosioekonomi yang boleh membantu rakyat lebih-lebih lagi ketika penstrukturan semula subsidi dilakukan baru-baru ini. "Koperasi ditubuhkan dalam komuniti, rakyat akan dapat menjalankan aktiviti dan membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Pada masa sama,koperasi membawa konsep perpaduan, ukhuwah dan keterbukaan masyarakat yang merentasi politik, adat resam dan agama," ujar beliau. Koperasi penuhikeperluan ahli Berpayung di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, koperasi akan mempunyai peranan lebih besar dalam menyokong usaha kerajaan membantu rakyat mendapat bekalan barangan keperluan secara berterusan, pada harga kawalan yang ditetapkan.

10  

Page 105: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Sehubungan itu, koperasi berkemampuan digalakkan untuk menjadi pemborong barangan keperluan dan bekerjasama dengan beberapa koperasi peruncit secara berkelompok dalam pengedaran barangan keperluan kepada anggota masing-masing serta masyarakat setempat. Kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya satu koperasi pemborong diwujudkan di setiap kawasan Parlimen. Ismail Sabri berkata, bagi tujuan memudahkan anggota koperasi mendapatkan bekalan atau meluaskan saluran pasaran produk keluaran mereka, pasar raya milik koperasi diwujudkan di setiap negeri. Selain itu, katanya, kekuatan tradisi gerakan koperasi di negara ini akan terus diperkukuhkan. Imej dan keupayaan koperasi kredit sedia ada akan dimantapkan setanding dengan institusi kewangan lain melalui aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sepenuhnya dalam operasi harian koperasi terbabit serta pengubahsuaian kaunter khidmat pelanggan kepada yang lebih mencerminkan imej korporat. Di samping itu, katanya, satu lagi cabang khidmat kewangan iaitu pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu akan dikembangkan secara agresif bagi memanfaatkan sentimen semasa yang mengarah kepada sistem muamalat berlandaskan syariah. Promosi Ar-Rahnu melalui sistem francais sedang diperhebatkan dengan sokongan Bank Rakyat. "Mencontohi jejak kejayaan Bank Rakyat dalam sektor perbankan, sekurang-kurangnya tiga lagi bank koperasi seumpamanya akan ditubuhkan dengan setiap bank menumpukan perkhidmatannya kepada kelompok tertentu koperasi mengikut fungsi dan kumpulan sasar," katanya. Ismail Sabri juga menyarankan agar koperasi bijak menggunakan pendekatan yang inovatif dan kreatif dalam menghadapi perubahan semasa termasuk perkembangan ICT serta pengaruh luaran seperti globalisasi serta liberalisasi. Galak penubuhan koperasi sekolah Dalam masa sama, sekolah digalakkan memupuk budaya keusahawanan kepada pelajar dengan memberi pendedahan teknik perniagaan termasuk pengurusan kewangan, kaedah pemasaran, pembangunan produk dan usaha sama rakan kongsi dalam memastikan keuntungan sesuatu perniagaan. Pendedahan secara praktikal itu bukan saja memberi pelajar pengalaman mengusahakan perniagaan mereka sendiri, tetapi memberi kefahaman asas ekonomi dan kepenggunaan. Ismail Sabri berkata, ciri keusahawanan amat penting dipupuk dalam diri pelajar kerana ia pendekatan asas dalam menjayakan hasrat kerajaan melonjakkan ekonomi negara pada masa depan. Selaras dengan sasaran menjadikan rakyat negara ini berpendapatan tinggi pada masa depan, ilmu keusahawanan adalah aspek penting yang perlu dipupuk kepada generasi muda sejak dari bangku sekolah lagi. "Peranan koperasi yang sudah lama wujud di setiap sekolah, perlu dikembangkan supaya tidak

11  

Page 106: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

menjadi penjana pendapatan kepada sekolah saja, sebaliknya berfungsi sebagai institusi pendidikan keusahawanan," katanya.

Headline: Sistem grid bantu atasi krisis kekurangan air

Publication: BH Date of publication: Nov 2, 2010 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Ratinawati Rasidi

KRISIS kekurangan bekalan air dapat diatasi jika satu penstrukturan bekalan air mentah secara terancang dapat diwujudkan. Sistem saluran paip yang menghubungkan semua negeri di seluruh negara mungkin menjadi salah satu jalan penyelesaian. Dengan kaedah ini air mentah dapat disalurkan ke setiap negeri jika berlaku kecemasan atau kemarau panjang. Menjelang 2020, permintaan air dijangka meningkat kepada 7,423 juta liter padu, manakala pengairan pertanian pula memerlukan 6,517 juta liter padu dan jumlah keseluruhan meningkat kepada 13,940 juta liter padu setahun. Melihat kepada jumlah ini, satu sistem bersepadu diperlukan untuk menyelenggara bekalan air mentah negara. Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) pernah mengemukakan cadangan awal tahun ini untuk menangani krisis air. Ia boleh ditangani jika menggunakan teknologi dengan berkesan. Kaedah dikenali sebagai sistem grid dapat membantu pengurusan air secara berkesan ke seluruh Semenanjung. Namun, sebelum memulakan kerja penyambungan sistem paip menjadi satu sistem 'Grid Air Nasional', terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan semula dan memerlukan kajian menyeluruh. Ahli Majlis Perkhidmatan Air Kebangsaan (SPAN), Prof Datuk Dr Zaini Ujang berpandangan sebelum sistem ini dilaksanakan terdapat beberapa perkara perlu dilakukan. Antaranya penyerahan pentadbiran air daripada kerajaan negeri kepada Persekutuan. Beliau berkata, perkara ini belum dilaksanakan secara menyeluruh. Setelah berlakunya semua pemindahan, barulah sistem ini boleh dilaksanakan. Kedua, tarif air perlu diseragamkan, bil air menjadi satu merangkumi sistem kumbahan. Perkara ini dilakukan negara maju seperti England dan Singapura. Zaini yang juga Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yakin cara terbaik menyelesaikan kemelut air di negara ini adalah dengan kembali kepada semangat perancangan asal SPAN kerana ia telah mengambil kira pelbagai perkara sehingga perlembagaan diubah untuk memberi laluan kepada penubuhan agensi itu dan demi memastikan sumber air negara diurus secara teratur. Apa yang pasti, krisis air tidak berakhir jika semua negeri masih mengurus sendiri bekalan. Pengurusan bersifat kenegerian diamalkan bertahun-tahun lamanya menjadi punca kegagalan pengurusan cekap sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Contoh, apa yang berlaku di

12  

Page 107: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Selangor. Pertukaran tampuk pemerintahan menyebabkan perancangan awal sukar dilaksanakan. Masalah ini menjadi punca sistem penyaluran seperti sistem Grid juga tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, syarikat operator berlainan dan berbeza di setiap negeri pasti menyukarkan penentuan tarif antara negeri. Kata sepakat perlu dicari bagi memudahkan urusan menentukan satu tarif nasional dan ini bakal memudahkan pengguna. Zaini berkata, kita memerlukan sistem tadbir urus dan kemudahan perkhidmatan air yang terancang, dilaksana, dikawal selia dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa tanpa dihalang oleh isu lapuk seperti pertindihan kuasa, kelewatan kerana kerenah pelbagai tahap dalam rantaian sistem birokrasi semasa proses meluluskan sesuatu cadangan dan kekurangan peruntukan. Oleh yang demikian, risiko pasaran air sangat berkait rapat dengan bil. Oleh kerana pengendali bekalan yang bertanggungjawab mengutip bayaran daripada pengguna, mereka perlu memastikan satu sistem kutipan bersepadu yang mampu menurunkan risiko pasaran. Antaranya sistem bil teratur yang membolehkan operator memantau pengguna yang membayar atau gagal melaksanakan bayaran bil air. Pemotongan segera bekalan juga boleh dilakukan seandainya pengguna gagal melangsaikan tunggakan dalam tempoh ditetapkan. Menyediakan satu program komprehensif untuk mengurangkan Air Tidak Terhasil (NRW) membabitkan kos yang tinggi. Antaranya penukaran sistem saluran paip lama kepada paip baru yang lebih bermutu tinggi. Mutu paip yang baik amat penting bagi mengurangkan jumlah NRW. Dalam pada itu, Zaini turut mencadangkan agar setiap rumah di negara ini menyediakan tangki air untuk menadah air hujan. Air ini boleh digunakan untuk mencuci pakaian, mekereta, mencuci longkang dan menyiram bunga. Kaedah ini secara tidak langsung membantu penggunaan air secara berhemah. Kerajaan mensasarkan agar setiap individu hanya menggunakan 165 liter air sehari. Terdapat beberapa langkah dapat dilakukan pengguna dalam memastikan mereka tidak melakukan pembaziran dan ini sekali gus membantu kerajaan mengurangkan belanja pengurusan dan subsidi. Setakat ini, rakyat Malaysia secara purata menggunakan 300 liter air sehari. Antara sedar atau tidak banyak tindak tanduk pengguna yang menjurus kepada pembaziran antaranya membuka air ketika menyapu sabun di badan, memberus gigi, pancuran tandas, pencucian kain dengan menggunakan mesin, mencuci pinggan mangkuk, mencuci makanan, lantai, kereta dan sebagainya. Berdasarkan risalah panduan penjimatan air Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), aktiviti mandi boleh menjimatkan 60 liter air jika menutup air ketika menyapu sabun di badan. Sementara itu, sebanyak 44.5 liter air pula dapat dijimatkan ketika memberus gigi. Pancuran tandas juga menyumbang kepada banyak pembaziran air. Langkah bijak adalah dengan menggunakan tangki dwi-pancuran. Pancuran pendek digunakan ketika membuang air kecil dan pancuran penuh untuk membuang air besar. Langkah ini dapat membantu menjimatkan 4.5 liter air. Membasuh kain dengan menggunakan bekas air terutama untuk cucian tangan dapat

13  

Page 108: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

menjimatkan 200 liter air berbanding menggunakan air paip hujan (shower). Membasuh menggunakan besen (sekali basuh dengan dua kali bilas) hanya menggunakan 40 liter air. Sementara itu, mencuci pakaian dengan mesin basuh digalakkan jika muatan penuh. Cucian penuh dapat menjimatkan sehingga 130 liter air sehari. Langkah sama juga diamalkan ketika mencuci pinggan mangkuk. Menadah air dalam sinki penuh menjimatkan 155 liter air. Mencuci makanan juga boleh menggunakan kaedah sama. Tadahan air dalam satu sinki penuh dapat menjimatkan 48 liter air berbanding 60 liter jika mengalirkan air selama lima minit. Mengemop lantai pula mampu menjimatkan 182 liter air sehari. Mencuci kereta pula hanya memerlukan dua baldi air berbanding menggunakan hos air. Penjimatan sebanyak 382 liter air dapat dilakukan berbanding 400 liter jika menggunakan hos air. Apa yang penting adalah kesedaran pengguna untuk mengamalkan kaedah ini dalam kehidupan seharian.

Headline: Bajet 2011 strategi menyeluruh jayakan transformasi negara Publication: BH Date of publication: Oct 16, 2010 Section heading: Main Section Page number: 022

BAJET 2011 membabitkan peruntukan RM212 bilion yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, semalam boleh disifatkan menyeluruh dengan mengambil kira kepentingan semua golongan rakyat dan latar belakang sosioekonomi. Belanjawan kali ini amat penting kepada negara dan rakyat kerana selain bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), ia juga menjadi penentu kejayaan menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi. Bajet ke-53 pasca merdeka itu menggariskan empat pelan strategi dan perancangan pelbagai projek utama. Bajet bertemakan 'Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi' itu memberi tumpuan kepada Mendaya Kembali Pelaburan Swasta; Membangunkan Modal Insan; Mensejahterakan Hidup Rakyat dan Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam. Ia adalah permulaan komitmen penting dan langkah pertama kerajaan dalam menempatkan negara di ambang status negara maju. Di bawah strategi pertama, kerajaan mengenal pasti 20 aspek membabitkan pelbagai bidang termasuk industri, tenaga kerja, pertanian, kewangan, modal, pembangunan wilayah, penyelidikan dan pembangunan serta teknologi. Seiring dengan penekanan kepada program transformasi ekonomi, kerajaan tidak mengabaikan aspek alam sekitar apabila turut menyediakan insentif memajukan teknologi hijau bagi mengurangkan pelepasan karbon atau gas rumah hijau demi kesejahteraan rakyat. Namun semua perancangan itu tidak mampu dilaksanakan jika negara miskin modal insan. Justeru, strategi kedua digarap membabitkan 10 aspek dengan peruntukan RM29.3 bilion kepada Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan modal insan. Kementerian Pengajian Tinggi pula mendapat RM10.2 bilion, manakala Kementerian Sumber Manusia sebanyak RM627 juta bagi tujuan pendidikan dan latihan yang perlu disusun semula, malah diperkukuhkan. Modal insan adalah aset penting negara selain sumber semula jadi. Justeru, membentuk modal insan berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan, selain kreatif dan inovatif mesti dilakukan seawal pendidikan prasekolah. Langkah penjimatan hasil penstrukturan semula subsidi, termasuk membabitkan bahan bakar petrol dan gas pada Jun lalu, kini mula memperlihatkan kesannya apabila kerajaan

14  

Page 109: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

memperuntukkan RM1.2 bilion untuk melaksanakan pelbagai program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan tahun depan. Perkara itu terkandung dalam strategi ketiga membabitkan 12 aspek, selain soal membela golongan kurang bernasib baik, warga emas, meningkatkan pemilikan rumah rakyat berpendapatan rendah, memperbaiki taraf hidup luar bandar serta meringankan beban hidup rakyat. Selain itu, tiga aspek terangkum dalam strategi keempat iaitu memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam. Kita yakin bajet kali ini mampu melonjak program transformasi negara menerusi pelbagai projek mega di bawah RMKe-10, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Program transformasi dan hala tuju baru ekonomi negara adalah tumpuan utama yang akan diperkukuhkan yang mana semuanya bertujuan memakmur dan mensejahterakan rakyat. Kita percaya program transformasi negara akan dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi aspek ekonomi, sosial dan politik.

Headline: Bajet rakyat (HL)

Publication: BH Date of publication: Oct 15, 2010 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Kamarulzaidi Kamis; Norfatimah Ahmad

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menjelaskan Bajet 2011 yang akan dibentangkannya petang ini, mengambil kira pandangan rakyat kerana sebahagian besar intipatinya adalah cadangan dan pandangan orang ramai. Sambil menyifatkannya sebagai `bajet oleh rakyat', Perdana Menteri berkata, perkara berkaitan pekerjaan terutama pelaksanaan gaji minimum, cukai dan subsidi, kualiti dan kos pendidikan serta menaikkan taraf perkhidmatan internet dan jalur lebar adalah antara topik yang dibangkitkan. "Ada juga permintaan untuk peningkatan insentif kepada mereka yang kurang bernasib baik, kawalan ke atas harga barangan pengguna, peningkatan pembangunan di kawasan pedalaman bagi menarik peluang komersial kepada golongan muda, insentif untuk pembangunan teknologi hijau, peningkatan peruntukan untuk keselamatan negara dan program mengatasi pendatang tanpa izin," katanya. Dalam laman blognya, semalam, Najib berkata, lebih 1,000 pandangan untuk Bajet 2011 diperoleh dalam tempoh kurang dua minggu menerusi laman blognya. "Matlamat bajet ini adalah untuk menetapkan rentak mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Saya sendiri membaca semua pandangan ini dan mengemukakan sebahagian besar daripadanya kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian lanjut dan kemungkinan menggabungkannya dalam bajet atau program kerajaan yang lain. "Malah, pejabat saya dan saya sendiri mengkaji pandangan ini dan merancang untuk meneliti dengan lebih mendalam cadangan yang berdaya maju untuk dilaksanakan, tanpa mengira sama ada dimasukkan ke dalam Belanjawan atau pun tidak," katanya.

15  

Page 110: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Sementara itu, ahli ekonomi menjangka selain terus memberi tumpuan terhadap kesejahteraan rakyat, Bajet 2011 juga akan menggariskan strategi transformasi ekonomi negara dan memastikan pertumbuhan terus kukuh pada kadar lebih enam peratus tahun depan bagi menghadapi risiko kelembapan ekonomi global. Susulan itu, bajet berkenaan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan permintaan domestik, yang antara lain membabitkan pelaksanaan projek berimpak tinggi yang memberi kesan gandaan kepada ekonomi. Ahli ekonomi OCBC Bank, Gundy Cahyadi, berkata antara projek yang dijangka bakal disegerakan termasuk projek sistem transit pantas (MRT) di bawah Greater KL yang dianggar bernilai RM50 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. "Kami menjangka kerajaan akan memulakan projek itu dari 2011, walaupun belum dapat dipastikan jumlahnya akan dibentangkan dalam cadangan Bajet 2011," katanya. Seorang ahli ekonomi yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan kerajaan akan memberi bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya sagu hati RM1,000 kepada kakitangan awam. Pengarah Eksekutif PWC Malaysia, Farah Rosley, pula menjangka kerajaan akan memansuhkan duti setem atau potongan cukai bagi faedah pembelian rumah pertama bagi meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat dan pada masa sama merangsang sektor pembinaan. Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, tumpuan juga akan diberi dalam sektor kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan dan keselamatan. Seorang penganalisis berkata, antara lain kerajaan dijangka mengumumkan penstrukturan semula perjanjian konsesi tol PLUS Expresway Bhd pada bajet kali ini yang mungkin menyaksikan kadar tol di beberapa laluan dikurangkan. Kaunter pengendali konsesi lebuh raya itu digantung urus niaganya di Bursa Malaysia semalam dan hari ini Turut dijangka diumumkan adalah liberalisasi seterusnya dalam beberapa subsektor perkhidmatan, antaranya borong dan runcit; telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan. Mengenai subsidi, mereka berpendapat kerajaan tidak akan mengumumkan sebarang pembatalan subsidi dalam Bajet 2011. Cukai rokok dan tembakau serta minuman keras pula dijangka dinaikkan.

16  

Page 111: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Kos belanja kerja haji akan dikaji

Publication: BM Date of publication: Oct 3, 2010 Section heading: Main Section Page number: 010

YAN: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan melakukan satu kajian menyeluruh mengenai kos pengangkutan dan penginapan di Makkah, pada masa terdekat ini sebelum menaikkan tambang baru yang bakal dikenakan ke atas bakal jemaah haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata, ini penting bagi memastikan kenaikan itu relevan dan tidak membebankan bakal haji berkenaan. "Tambang menunaikan haji bagi musim depan dijangka naik berikutan peningkatan kos perbelanjaan termasuk penginapan dan pengangkutan di Makkah. "Sehubungan itu, kajian itu akan dilakukan sebelum melakukan penstrukturan semula kadar tambang berkenaan. Namun, saya ingin tegaskan bahawa kos tambang haji jemaah Malaysia paling rendah berbanding Thailand, Brunei, dan Filipina. "Kita perlu mengambil kira semua kos berkenaan kerana semua hotel berdekatan dengan Masjidil Haram sudah diruntuhkan Kerajaan Arab Saudi bagi membangunkan kawasan baru yang boleh menampung lebih tiga juta jemaah," katanya selepas Majlis Aidilfitri dan Penyampaian Sumbangan kepada Golongan Asnaf di daerah Yan, di sini, semalam. Jamil Khir berkata, Tabung Haji akan melihat kenaikan itu secara positif bagi mengimbangkan kepentingan jemaah haji dan pendeposit Tabung Haji. "Jika harga lama dikekalkan, Tabung Haji terpaksa memberi subsidi sebanyak RM3,060 bagi setiap jemaah...saya berpendapat jika berlaku kenaikan sekali pun, pasti bakal jemaah dapat memahaminya," katanya.

17  

Page 112: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Program 1K1K mampu tingkat ekonomi rakyat Publication: BH Date of publication: Aug 3, 2010 Section heading: Sentral Page number: 007

SABAK BERNAM: Program 1Komuniti 1Koperasi (1K1K) mampu meningkatkan ekonomi rakyat melalui aktiviti yang terancang dan sumber setempat, seterusnya meningkatkan pendapatan perkapita penduduk untuk menyaingi ekonomi global. Pengerusi Majlis Pembangunan Koperasi Parlimen (MPKP) Sungai Besar, Noriah Kasnon, berkata koperasi mampu menjadi penggerak sosioekonomi yang boleh membantu rakyat lebih-lebih lagi ketika penstrukturan semula subsidi dilakukan baru-baru ini. "Kini 24 peratus daripada rakyat Malaysia membabitkan diri dalam aktiviti dengan 6,084 koperasi yang ada. "Di Sabak Bernam, contohnya mempunyai banyak homestay dan dari situ kita boleh mewujudkan koperasi melalui pengusaha dan produk homestay," katanya pada Karnival 1K1K sempena Hari Koperasi Negara, Peringkat Negeri Selangor, di sini, baru-baru ini. Program itu adalah anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Selangor bersama Koperasi Peng usaha Jentera dan Pertanian Sabak Bernam Berhad, Gerakan Belia 4B Negeri Selangor dan Majlis Belia Selangor (MBS). Noriah berkata, sebanyak 5.7 peratus rakyat adalah terdiri daripada golongan miskin, manakala 1.2 peratus miskin tegar dan mereka akan dapat meraih saham melalui koperasi yang ditubuhkan dalam komuniti masing-masing. Katanya, melalui koperasi ditubuhkan dalam komuniti, rakyat akan dapat menjalankan aktiviti dan membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Pada masa sama, katanya, koperasi membawa konsep perpaduan, ukhuwah dan keterbukaan masyarakat yang merentasi politik, adat resam dan agama. "Jangan membina jurang perbezaan dalam koperasi. Tolak ketepi perbezaan bangsa, agama dan ideologi politik dalam kita mewujudkan rakyat Malaysia yang harmoni. "Masing-masing perlu memahami adat resam, agama dan sebagainya di antara satu sama lain serta jangan mengambil sesuatu perkara itu begitu serius sehingga tidak bertegur sapa," katanya. Noriah berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dapat menyalurkan peruntukan kepada MPKP bagi menganjurkan pelbagai program koperasi bersama masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) setempat. Beliau berkata, MPKP dapat dijadikan platform untuk pemimpin turun padang bertemu rakyat melalui program kemasyarakatan yang menjadi ejen perpaduan.

18  

Page 113: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Kemelut kurang gula serlah pelbagai isu Publication: BH Date of publication: Jun 21, 2010 Section heading: Main Section Page number: 017 Byline / Author: Oleh Jamhariah Jaafar

JANGAN mempolitikkan isu gula kerana di sebalik kemelut kekurangan barang kawalan ini, ada isu lebih besar masih belum dileraikan - penjualan gula di pasaran gelap. Tindakan tegas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama MCA, menyerlahkan lebih banyak kerenah birokrasi dan kemelut yang berlaku sehingga ada mengugut untuk memboikot menjual gula ada hikmahnya. Tetapi apa yang penting keputusan Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob, tidak tunduk kepada tekanan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian yang memberi faedah lebih besar kepada peruncit, wajar diberi perhatian. "Apa yang berlaku banyak hikmahnya. Campur tangan MCA mempercepatkan penstrukturan semula pemberian lesen kepada peruncit, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi dialami peniaga kecil selama ini. "Saya tidak nampak tekanan tetapi peluang untuk membetulkan struktur pelesenan yang akan melegakan peruncit, terutama permohonan tiga lesen sekali gus dalam satu borang, berbanding terpaksa memohon lesen secara berasingan selama ini. "Ini lebih baik kerana peruncit akhirnya sedar bahawa hanya dua lesen untuk peruncit datang dari kementerian ini, enam lagi lesen yang perlu mereka miliki, adalah daripada pihak berkuasa tempatan," kata Ismail Sabri. Ketika rakyat melihat isu gula ini menjadi kemelut politik antara UMNO dan MCA, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, campur tangan sehingga Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia membuat keputusan untuk memboikot penjualan gula, semangat setiakawan Barisan Nasional (BN) berjaya meleraikan isu. Dalam pertemuan persatuan itu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri dan Chua sendiri baru-baru ini, mereka bukan saja tidak jadi memboikot tetapi mendapati urusan memohon lesen daripada KPDNKK dipermudahkan. "Tidak timbul isu perkauman dalam hal ini. Saya sedar persepsi rakyat terhadap kami kerana ada yang mendakwa kami tunduk dengan tekanan daripada peruncit Cina. "Saya sebenarnya berterima kasih kepada Dr Chua kerana campur tangannya membuka peluang untuk KPDNKK menangani isu ini lebih pantas dan akhirnya semua peruncit mendapat manfaat jauh lebih besar," kata Ismail. Selepas KPDNKK meluluskan hanya satu borang untuk peruncit mendapat tiga lesen menjual barangan kawalan - gula, tepung, minyak dan LPG - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diuruskan Datuk Chor Chee Heung, wajar mengambil tindakan sama.

19  

Page 114: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Di bawah kementerian terbabit, peruncit perlu mendapat sekurang-kurangnya enam lesen, antaranya lesen berniaga dan papan tanda. "Di bawah KPDNKK, peruncit sekarang hanya perlu memaparkan di kedai masing-masing satu sijil dari kementerian ini yang mengandungi semua lesen diperlukan, bukan lagi dua atau tiga lesen berasingan," jelas Ismail Sabri. Hakikatnya, isu kekurangan gula menjangkau kemelut jauh lebih serius kerana ia membabitkan pasaran gelap dan penjualan kepada industri, bergantung kepada kuota yang tidak pernah diadakan kajian semula sejak 2008. Pasaran gelap dipercayai dikuasai pemborong, malah turut membabitkan peruncit disebabkan pihak industri yang mahu terus membeli gula pada harga subsidi, menggunakan pemborong serta peruncit untuk menjadi pembekal utama mereka sekarang. Mengambil kira pertumbuhan keseluruhan industri yang mengguna gula sebagai bahan utama, kuota yang diperuntukkan pada 2008 sudah pasti tidak lagi mencukupi. Ini belum lagi melihat kepada pertumbuhan industri kecil dan sederhana yang meningkat sejak dua tahun lalu, berbanding bekalan gula yang terhad kepada pasaran industri. Kerajaan kini melihat kepada gambaran lebih besar terutama harga gula, subsidi yang diselewengkan, pasaran gelap oleh pemborong dan peruncit, kajian semula terhadap kuota kepada industri, malah kesan pengambilan gula berlebihan di kalangan rakyat sehingga mencetus obesiti. "Semua isu ini adalah serius. Kita selesaikan isu gula ini satu persatu. Ketika ini kita akan memastikan bekalan gula mencukupi ke seluruh negara dan peruncit tidak lagi merungut," katanya.

20  

Page 115: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Subsidi masih diperlukan golongan sasar Publication: BM Date of publication: Jun 13, 2010 Section heading: Main Section Page number: 029 Byline / Author: Oleh Ahmad Zaki Ismail

KERAJAAN nampaknya cenderung secara bersungguh-sungguh sama ada untuk menarik atau menstruktur semula kemudahan subsidi yang sudah dilaksanakan sejak puluhan tahun sebelum ini. Banyak justifikasi yang diberi bagi menghalalkan tindakan berkenaan. Malah, sudah diwujudkan satu makmal khusus bagi menilai kemudahan itu yang dikenali sebagai Makmal Rasionalisasi Subsidi. Tujuan makmal berkenaan diwujudkan adalah bagi mengkaji mekanisme terbaik mengenai pelaksanaan penyaluran subsidi, merangkumi bahan petroleum, makanan dan infrastruktur lain. Hasil kajian itu akan digunakan oleh kerajaan dalam menentukan dasar pemberian subsidi negara pada masa depan. Makmal berkenaan diletak di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala. Bagaimanapun, perlu diingatkan, membuat analisis, kita perlu membezakan antara subsidi, hadiah, bantuan dan ihsan seperti ia diagihkan kerana persekitaran ekonomi, sosio dan politik negara ini adalah sama sekali berbeza dengan negara maju. Malah tradisi ini sudah menjadi tunjang kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama. Pentadbiran era 1Malaysia juga sudah memulakan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Persoalan pokok di sini adakah usaha menstruktur, mengurang atau menarik subsidi itu benar-benar menepati slogan berkenaan. Itu adalah perspektif politik sebelum kupasan kepada fasa selanjutnya mengenai impak ekonomi dan kemampuan rakyat menyerap akibat daripada tindakan berkenaan. Kita juga jangan lupa di negara maju subsidi masih dipraktikkan. Malah lebih buruk lagi kerana subsidi di sana adalah pada perkara yang tidak produktif dan hanya berbentuk kebajikan. Ini sama sekali berbeza dengan apa dipraktikkan Malaysia yang nampaknya sudah jauh ke depan daripada mereka. Di negara kita hampir semua jenis subsidi adalah terhadap perkara yang produktif. Sebagai contoh subsidi dalam bidang pelajaran adalah bagi meningkatkan kualiti pendidikan, tahap kemahiran rakyat supaya mampu bersaing pada peringkat lokal dan global tanpa mengira latar belakang keluarga, keturunan dan agama. Ia memberikan peluang bersaing secara sama rata kepada setiap warga negaranya. Subsidi dalam sektor agro bagi meningkatkan produktiviti supaya negara dapat bersaing bagi mengekalkan bekalan serta kualiti komoditinya dan mengurangkan kebergantungan keperluan asas makanan agar tidak terlalu mengharapkan kepada bahan diimport. Subsidi lain dalam sektor pembuatan, bahan pengeluaran dan petroleum adalah bertujuan mengawal harga barangan keperluan supaya mampu dibeli rakyat dan tidak meningkatkan

21  

Page 116: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

kadar inflasi supaya mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat seluruhnya. Walaupun jumlah subsidi negara kini sudah meningkat kepada 15.3 peratus lebih tinggi daripada jumlah perbelanjaan kerajaan berbanding pada tahun sebelumnya, jumlah itu mampu membantu golongan sasarannya, malah pada masa sama berupaya membantu menjana ekonomi negara. Masalah utama dihadapi ketika ini ialah proses pengagihan subsidi itu sendiri tidak menggunakan mekanisme yang berstruktur sehingga memungkinkan berlaku kebocoran atau ketidakcekapan. Ia dibuktikan dengan jelas oleh media yang sering melaporkan pelbagai tangkapan berlaku sama ada terhadap penyeludup, penyalahgunaan permit, malah spekulator yang menyimpan stok untuk tujuan dijual sama ada dengan harga yang lebih tinggi atau menunggu harga dinaikkan. Perbuatan berkenaan amat tidak bermoral sehingga inisiatif kerajaan dalam membantu warganya tidak mencapai golongan sasaran. Oleh kerana itu, banyak pemimpin negara termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi turut menyarankan sama ada subsidi ini ditarik, dikurangkan atau distruktur semula. Malah, ada yang memberikan idea yang lebih ekstrem supaya semua subsidi berkenaan dimansuhkan terus dan kononnya kerajaan dapat menjimatkan berbilion wang untuk digunakan bagi aktiviti lain yang mendatangkan lebih manfaat kepada rakyat. Idea berkenaan turut diberi perhatian serius oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang meneliti keperluan subsidi petroleum. Bagaimanapun, pada 4 Mac lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bercadang membatalkan pelaksanaan penstrukturan subsidi petroleum selepas menerima pandangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak. Pelbagai pendapat diberikan ketika ini sama ada mempunyai justifikasi tidak tepat dan tidak kurang pula yang hanya menggunakan emosi dan teori. Tanpa menggunakan sumber yang mempunyai kredibiliti serta hanya bersandarkan teori dangkal serta sokongan statistik yang dipungut secara rambang sudah tentu keputusan besar yang bakal diambil oleh kerajaan akan mengundang risiko tinggi, malah mungkin bakal mengundang malapetaka jika tidak diuruskan dengan berhemah. Sumber analisis yang dijadikan kajian untuk makmal yang ditubuhkan itu juga sepatutnya perlu melalui satu proses yang teliti kerana kalau dapatan yang dirumus tidak memberikan keputusan tepat ia akan menghasilkan tindakan yang tidak tepat juga. Kajian berbentuk ilmiah menggunakan angka tunjuk yang silap juga sudah tentu memberikan gambaran yang khilaf yang mana akhirnya niat baik kerajaan akan dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab. Tentu kita tidak mahu melihat impak yang dahsyat berlaku dalam tempoh terdekat ini. Paling malang, pengumpulan maklumat dan tindak balas diperoleh daripada kumpulan sasar yang salah dan penyertaan orang salah dalam kumpulan berkenaan juga melahirkan keputusan yang salah. Oleh itu, kita mendapat kesimpulan yang pramatang hingga ke tahap menyamakan ekonomi negara akan menjadi seperti Greece yang akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun dari sekarang sekiranya dasar subsidi yang ada diteruskan.

22  

Page 117: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Kumpulan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang produktif, pemikir politik yang polemik nampaknya tidak diberikan wadah dalam menyatakan pendapat mereka. Malah budaya intelektual seakan-akan hanya bertumpu kepada sekumpulan ahli fikir dan teknokrat tukang angguk yang rapat hubungan dengan ahli politik dan pentadbir semata-mata. Ini bukan perkembangan baik dalam mencanai wacana yang begitu besar impaknya, malah menjadi penentu kesinambungan kerajaan yang ada sekarang. Percayalah, legasi lebih 50 tahun ini mungkin sudah tiba pada penghujungnya meskipun banyak retorik dijual sebagai bumbu penyedap mata dan halwa telinga. Sekiranya kepercayaan rakyat terhadap kemampuan pemimpin dan parti pemerintah menjaga kebajikan mereka terhakis sedikit saja lagi dengan permainan menarik subsidi yang terlebih jual itu, maka tentu kekhuatiran sejarawan dan budayawan negara ini bakal menjadi kenyataan. Apakah nilai beberapa bilion itu terlalu besar untuk dikongsikan dengan seluruh rakyat jelata tanpa mengira kasta, bangsa dan agama jika dibandingkan dengan pelaksanaan projek mega bermotifkan ekonomi yang tentunya menelan belanja berkali ganda dengan angka berkenaan? Pemikir ekonomi tidak perlu terlalu taksub kepada angka tunjuk konvensional semata-mata. Ini kerana pendapatan perkapita sebenarnya bukan sesuatu yang boleh dibandingkan dengan kuasa beli pengguna yang semakin merudum. * Penulis adalah Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Headline: Hala tuju baru RMKe-10 (HL) Publication: BH Date of publication: Jun 10, 2010 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Kamarulzaidi Kamis

KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) yang akan dibentangkan Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, hari ini, dijangka menggunakan pendekatan berbeza dengan fokus diberi kepada program bukan fizikal bagi mengukuhkan modal insan selaras hala tuju baru kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Dalam rancangan pembangunan ekonomi lima tahun sebelum ini, peruntukkan lebih tertumpu kepada pembinaan projek infrastruktur fizikal. Misalnya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) yang berakhir tahun ini, 78 peratus daripada peruntukan berjumlah RM230 bilion disalurkan kepada pembangunan infrastruktur dan 22 peratus untuk program bukan fizikal. Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn Bhd, Nazarry Rosli, berkata pelan ekonomi 2011 hingga 2015 itu, dijangka menyediakan peruntukan besar untuk program bukan fizikal, seperti latihan kepakaran, peningkatan kemahiran, penyelidikan dan modal teroka, manakala pembinaan infrastruktur dikurangkan. "Kami menjangka jumlah peruntukkan perbelanjaan sektor awam RMKe-10 adalah hampir sama dengan RMK-9, tetapi kemungkinan perbezaan kali ini adalah penumpuannya kepada program pembangunan bukan fizikal seperti pemodenan sistem pendidikan, peruntukan latihan

23  

Page 118: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

serta peningkatan kepakaran. "Ini bagi menyokong hasrat kerajaan menerusi Model Baru Ekonomi (MBE) untuk menjadi negara berpendapatan tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti menjelang 2020," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Nazarry berkata, Malaysia berjaya meraih kejayaan cemerlang dalam tiga dekad lalu, tetapi sejak selepas Krisis Kewangan 1997 pertumbuhan ekonomi negara menjadi perlahan hingga menyebabkan negara tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana dan memerlukan perubahan radikal untuk melonjak kembali. Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, pula berkata RMKe-10 adalah sebahagian daripada MBE, iaitu inisiatif transformasi ekonomi jangka panjang. "Oleh itu, RMKe-10 dijangka memperincikan strategi yang dicadangkan dalam MBE, iaitu untuk menjadikan Malaysia negara maju," katanya. Beliau berkata, untuk mencapai negara pendapatan tinggi, sasaran pertumbuhan ekonomi untuk tempoh lima tahun akan datang perlu diraih pada kadar enam hingga tujuh peratus setahun bagi membolehkan pendapatan rakyat ditingkatkan kepada antara AS$15,000 hingga AS$17,000 setahun menjelang 2020 berbanding antara AS$7,000 hingga AS$8,000 sekarang. Mahani berkata, RMKe-10 juga dijangka menggariskan strategi menjana dan menarik pelaburan tempatan dan langsung asing (FDI). "Susulan itu, strategi penswastaan syarikat milik kerajaan, meningkatkan nilai tanah dan aset milik kerajaan serta pengurangan ekuiti dalam syarikat berkaitan kerajaan akan dibentangkan," katanya. Beliau yang juga ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), berkata RMKe-10 dijangka turut memperincikan kaedah untuk meningkatkan produktiviti dan kepakaran khususnya dalam menggalakkan inovasi dan kreativiti. Selain itu, katanya, pelan induk berkenaan akan menggariskan kaedah untuk mengurangkan defisit kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang. "Pengurangan perbelanjaan kerajaan menerusi penstrukturan semula subsidi adalah sesuatu yang dinantikan, iaitu sama ada ia akan dibuat secara drastik atau berperingkat," katanya. Bagaimanapun, katanya, kerajaan dijangka mencadangkan langkah yang mampu menaikkan kuasa beli rakyat bagi menampung kenaikan harga barang ekoran penstrukturan subsidi. Ketua Penganalisis Inter-Pacific Securities, Anthony Dass, pula berkata dari sudut peruntukkan perbelanjaan pembangunan, kerajaan dijangka menyalurkan sehingga RM220 bilion dalam RMKe-10. "Daripada jumlah itu, 45 peratus dijangka disalurkan untuk membangunkan projek dalam pelbagai sektor ekonomi; 38 peratus (sektor sosial); 11 peratus (keselamatan) dan baki 6.0 peratus untuk pentadbiran awam.

24  

Page 119: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

"Saya juga menjangka projek pembangunan bernilai antara RM30 bilion hingga RM40 bilion akan dilaksana sepanjang 2011-2015 di bawah inisiatif pembiayaan swasta (PFI)," katanya.

Headline: Penstrukturan semula subsidi sesuai dilaksana sekarang

Publication: BH Date of publication: Jun 8, 2010 Section heading: Main Section Page number: 020

PENSTRUKTURAN semula subsidi sesuai dilaksanakan dalam tempoh satu hingga dua tahun ini, iaitu ketika kedudukan ekonomi negara berada dalam keadaan mantap dan nilai ringgit kukuh, kata Standard Chartered Plc. Ketua Penganalisis Rantau Asia Tenggaranya, Tai Hui, langkah itu bagaimanapun perlu dilaksanakan secara berperingkat dan berhati-hati supaya tidak memberi kesan buruk kepada rakyat. "Secara umumnya, bagi Malaysia, saya berpendapat peluang untuk mengurangkan subsidi adalah dalam tempoh satu hingga dua tahun ini, iaitu ketika ekonomi dalam fasa lonjakan. "Pengurangan subsidi wajar dilaksanakan ketika ekonomi mengalami pertumbuhan tinggi dan pendapatan rakyatnya meningkat kerana kesannya akan kurang dirasai rakyat," katanya pada sidang media selepas seminar penyelidikan ekonomi dan pasaran global kumpulan itu di Kuala Lumpur, semalam. Tai berkata, turut perlu dipertimbangkan adalah kedudukan aliran harga bahan api global. "Pengurangan subsidi juga wajar dilaksanakan ketika harga bahan api global khususnya minyak mentah berada dalam arah aliran menurun, justeru, menjadikan pelaksanaannya dan kesannya kepada rakyat minimum. "Bagaimanapun, umumnya, tarikh sesuai bagi pemotongan subsidi itu perlu selaras dengan apa juga dasar atau perubahan yang akan diumumkan kerajaan di bawah Rancangan Malaysian Ke-10 (RMK-10) Khamis ini," katanya. Menerusi rancangan pembangunan ekonomi lima tahun itu, Tai menjangkakan berlaku perubahan dasar yang akan meningkatkan hubungan perdagangan dan kerjasama dengan negara ekonomi baru muncul yang sedang berkembang pesat seperti China dan India serta mewujudkan persekitaran lebih mesra pelaburan. Mengenai kedudukan hutang Malaysia, Tai berkata, nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara masih rendah dan tidak membimbangkan. "Nisbah hutang kepada KDNK adalah petunjuk utama keadaan 'kesihatan' sesebuah negara. Sebahagian besar negara Asia termasuk Malaysia memiliki nisbah hutang kepada KDNK yang rendah iaitu kurang daripada 60 peratus.

25  

Page 120: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

"Nilai itu adalah jauh lebih rendah berbanding negara Eropah yang menjangkau lebih 100 peratus daripada KDNK," katanya. Menurut Tai, implikasi daripada kedudukan itu adalah ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan menghadapi sebarang krisis ekonomi jika berlaku pada masa akan datang sama ada di Eropah atau Amerika Syarikat. Kerajaan Malaysia juga, katanya, berada dalam kedudukan terbaik untuk melaksanakan rangsangan fiskal seterusnya jika ekonomi global meleset sekali lagi.

Headline: Penstrukturan semula pemberian subsidi Publication: BM Date of publication: Jun 6, 2010 Section heading: Main Section Page number: 030 Byline / Author: Oleh Sulaiman Mahbob

ISU subsidi sudah menjadi satu isu dasar yang penting. Subsidi ialah satu instrumen fiskal untuk membantu sektor tertentu misalnya, kumpulan termiskin atau industri yang memerlukan sokongan pada peringkat awal. Sebenarnya banyak negara memberi subsidi kepada masyarakatnya. Misalnya negara Barat memberi banyak subsidi kepada sektor pertanian untuk memastikan pendapatan petani terjamin, manakala harga barang makanan tidak begitu tinggi. Malah, isu subsidi bahan pertanian adalah satu isu pertelingkahan antara negara maju dan negara membangun ketika perundingan pelbagai hala di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Dalam pengurusan kewangan kerajaan, subsidi adalah satu perkara penting dan dianggarkan hampir 20 peratus daripada jumlah perbelanjaan pengurus. Antara komponen subsidi ialah sokongan kepada pengeluaran beras negara, galakan cukai untuk industri, subsidi tenaga, potongan cukai jualan, bantuan kepada kerajaan tempatan dan kerajaan negeri, serta bantuan secara langsung seperti biasiswa, caj rendah untuk rawatan di hospital awam, dan bantuan kewangan untuk keluarga miskin. Subsidi juga berbentuk kawalan ke atas harga seperti caj untuk perbelanjaan kesihatan dan pendidikan. Dalam erti kata lain, mereka yang menggunakan kemudahan ini tidak membayar harga pasaran. Misalnya, kos tuisyen di universiti awam tempatan lebih rendah berbanding kos tuisyen di sektor swasta. Begitu juga caj RM1 untuk berjumpa doktor di hospital awam termasuk ubat-ubatan asas. Bandingkan pula dengan caj di hospital swasta yang berjumlah antara RM35 hingga RM50 hanya untuk berjumpa doktor. Jumlah subsidi dijangka bertambah berikutan pertambahan penduduk dan kegiatan ekonomi di negara ini. Di samping itu, ada rakyat asing di negara ini yang turut menggunakan kemudahan awam seperti sekolah dan hospital. Harus diingat, bahan api, khususnya petrol yang digunakan oleh kenderaan mengandungi banyak unsur subsidi kerana harga yang ditetapkan jauh di bawah paras harga antarabangsa.

26  

Page 121: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Masalah ini menjadi ketara kerana wujud ketirisan apabila pemilik kereta asing dari Singapura dan Thailand yang turut membeli petrol dan diesel di negara ini. Kini amalan subsidi menjadi satu budaya di Malaysia dan isu ini sukar dirungkai kerana rakyat kita mengambil kira subsidi dalam perkiraan perbelanjaan tetap mereka. Terdapat juga tekanan ke atas sumber hasil kerajaan kerana dasar untuk mengurangkan kadar cukai secara langsung. Selain itu, ketidaksediaan masyarakat menerima cukai barangan dan perkhidmatan (GST) begitu lama menyukarkan usaha meningkatkan hasil. Rakyat gemar jika kadar cukai dikurangkan, namun mereka meminta ditambah subsidi, sambil meminta lebih banyak projek pembangunan seperti sekolah, hospital dan jalan raya. Sebab itulah adanya tekanan ke atas pengurusan kewangan kerajaan. Kerajaan mengalami defisit sejak 1998 atas beberapa sebab. Antaranya peranan kerajaan yang ketara dalam pembangunan negara serta kesediaan kerajaan mengatasi kemelesetan ekonomi dengan menampung jumlah permintaan agregat. Kedudukan defisit dijangka berterusan dalam tempoh sederhana. Langkah kerajaan mengurangkan subsidi adalah satu tindakan sukar kerana dalam jangka pendek, ia boleh menjejaskan pendapatan sebenar rakyat jelata, meningkatkan kos taraf hidup dan menghakis tahap untung sektor korporat serta akhir sekali mungkin menjejaskan persaingan badan-badan perniagaan. Tindakan ini mungkin mendapat tentangan rakyat. Ia juga memerlukan penyesuaian oleh semua pihak dengan merombak struktur perbelanjaan dan gaya hidup bagi mengatasi kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan jika subsidi ditarik balik. Misalnya ketika petrol dinaikkan dulu, lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam (LRT) dan mengurangkan perjalanan yang tidak penting. Penarikan atau pengurangan subsidi akan memantapkan asas pelaburan dan perbelanjaan kerana orang ramai akan membuat sesuatu keputusan berasaskan harga yang lebih tepat dan benar. Namun begitu, kita masih perlukan subsidi dan subsidi itu hendaklah berasaskan keperluan asasi yang mendesak seperti makanan, pendidikan asas dan kesihatan. Subsidi juga seharusnya diberikan kepada golongan kurang berkemampuan. Jika subsidi itu bertujuan membantu industri yang baru bermula (infant industry) maka satu analisis cost-benefit perlu diadakan terlebih dulu. Kita perlu mempunyai suatu dasar subsidi. Pertama, apakah sektor atau kegiatan yang perlu diberikan subsidi? Kedua, siapakah golongan sasaran yang layak menerima subsidi manakala yang lain perlu membayar harga pasaran? Ketiga, subsidi perlu satu jangka masa seperti jika kita hendak membantu industri yang baru ditubuhkan (infant industry). Akhirnya, kajian impak dan cost benefit perlu dipastikan ke atas setiap subsidi utama. Satu mekanisme juga perlu diwujudkan supaya mereka yang tidak layak, tidak harus menerima subsidi berkenaan. Sebagai contoh, mengapa ramai warga asing membeli harga petrol di

27  

Page 122: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

negara ini? Begitu juga kos kesihatan, mereka yang tidak layak dan berpendapatan tinggi perlu dikenakan caj yang jauh melebihi RM1 untuk berjumpa doktor di hospital awam. Berdasarkan perbincangan di atas, pihak kerajaan terpaksa mengambil tindakan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat. Akhir sekali, dasar subsidi perlu diselaraskan dengan dasar mengukuhkan kewangan sektor awam. Pada masa yang sama, sumber hasil yang baru perlu ditetapkan dan kegiatan-kegiatan awam yang boleh dilaksanakan oleh sektor swasta, diswastakan. Dalam hal terakhir ini, mungkin kerajaan tidak perlu memberi pinjaman perumahan dan kenderaan kepada kakitangannya kerana aktiviti ini boleh dilaksanakan oleh bank swasta, tetapi sebaliknya, hanya memberi subsidi antara perbezaan kadar faedah. Dalam melaksanakan perubahan di atas, kerajaan memerlukan kesungguhan supaya satu budaya baru yang kurang bergantung kepada subsidi diwujudkan dikalangan masyarakat. * Penulis ialah pakar ekonomi dan kini Pengerusi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) [email protected]

Headline: Negara muflis andaian pesimis

Publication: BM Date of publication: Jun 6, 2010 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Mahani Zainal Abidin

KEBELAKANGAN ini, soal subsidi meletup dan menjadi isu panas apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) mengunjurkan Malaysia boleh menjadi muflis jika subsidi diteruskan pada kadar sedia ada. Subsidi RM74 billion pada 2009 jika tidak dikurangkan akan menyebabkan hutang negara naik pada kadar 12 peratus setahun dan jumlahnya mencecah 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019. Dalam erti kata lain, negara akan menanggung hutang RM1,158 bilion dan defisit kerajaan akan melebihi 10 peratus setahun. Sebagai perbandingan, hutang negara pada 2009 ialah RM577 bilion atau 54 peratus daripada KDNK, manakala defisit kerajaan 5.4 peratus. Tidak hairanlah kenapa unjuran ini menimbulkan kecelaruan dan tanda tanya di kalangan rakyat. Bagaimanakah kita boleh menjadi muflis dalam masa sembilan tahun, sedangkan Malaysia disasarkan menjadi negara maju pada 2020? Selama ini pun, Malaysia diiktiraf sebagai negara contoh kepada negara membangun yang lain. Ada pihak yang menjadikan Greece kayu perbandingan apabila negara itu tidak dapat membayar balik bon kerajaannya dan Kesatuan Eropah dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) terpaksa menyelamatkannya dengan menyediakan bantuan kewangan sebesar AS$1 trilion. Perbandingan antara Malaysia dan Greece tidak begitu sesuai kerana keadaan ekonomi

28  

Page 123: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Greece memang meruncing. Pada 2009 defisit kerajaan Greece ialah 13.6 peratus daripada KDNK, sebaliknya di Malaysia pula defisitnya 5.4 peratus. Begitu juga hutang Greece sebanyak 113 peratus daripada KDNK jauh lebih besar daripada hutang Malaysia pada kadar 53 peratus. Insya-Allah, Malaysia tidak akan dilanda kesempitan sama kerana negara mempunyai keupayaan ekonomi yang membolehkannya berdaya saing dan bertindak balas kepada perkembangan ekonomi dunia. Di samping kadar hutang negara pada peringkat sederhana, Malaysia mempunyai lebihan dagangan antarabangsa sejak 1998 lagi dan kini lebihan 17 peratus daripada KDNK. Simpanan antarabangsa pula sebanyak AS$103 bilion. Ini semua memberi keupayaan penting untuk Malaysia membayar tuntutan daripada pihak luar kerana sebahagian besar hutang negara dipinjam daripada punca dalam negeri dan hanya sebahagian kecil dari luar. Selain itu, kadar tukaran ringgit boleh berubah supaya eksport boleh terus berdaya saing. Ini berbeza dengan Greece yang kadar mata wangnya tetap dan tidak fleksibel menyebabkan eksportnya kurang kompetitif dan tidak dapat menghasilkan lebihan tukaran asing. Sebagai bukti kepercayaan mengenai kemantapan ekonomi, jualan bon Kerajaan Malaysia baru-baru ini mendapat sambutan amat baik daripada masyarakat pelaburan antarabangsa. Sebelum kita melatah, perlu diperincikan dan diteliti komponen subsidi itu supaya kita mengenal pasti mana yang membazir. Subsidi sebenarnya bermakna bantuan kewangan kerajaan supaya sesuatu barang atau perkhidmatan dapat dibeli atau digunakan golongan miskin dan berpendapatan rendah pada harga lebih rendah daripada harga pasaran. Oleh itu, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan (RM42.4 bilion atau 56.7 peratus daripada jumlah subsidi) bukan sebenarnya subsidi penuh kerana ini adalah perkhidmatan sosial, keperluan asas dan pelaburan jangka panjang yang mesti disediakan oleh kerajaan. Memang ada elemen subsidi dalam pendidikan dan perkhidmatan kesihatan tetapi peratusannya kecil saja (contohnya yuran rendah untuk pelajar asing). Justeru, subsidi sebenar mungkin lebih kecil daripada apa yang dinyatakan. Selain isu pembaziran, salah sasaran dan economic distortion persoalan subsidi ini patut dilihat daripada kaca mata peratusannya kepada KDNK. Jika KDNK dan pendapatan kerajaan meningkat lebih pantas daripada kenaikan subsidi, maka peratusan subsidi kepada KDNK dan defisit kerajaan akan menjadi kecil dan justeru, masih boleh ditanggung. Unjuran PEMANDU mengenai tanggungan subsidi yang akan menjadikan defisit kerajaan lebih 10 peratus bersandarkan andaian ekonomi negara tumbuh pada kadar tiga peratus setahun. Ini andaian yang sangat pesimis. Dari 2000 hingga 2009, tempoh pertumbuhan ekonomi Malaysia dianggap tidak rancak, kita sudah berkembang pada kadar 5.5 peratus setahun. Tambahan lagi, kerajaan sekarang menyasarkan kadar pertumbuhan 6.5 peratus setahun bagi jangka masa 2010 hingga 2020 dengan pelbagai inisiatif menarik pelaburan dan menyuburkan keusahawanan, yang mana andaian kadar pertumbuhan tiga peratus tidak realistik, kecualilah jika ekonomi dunia meleset teruk. Namun, kita tidak patut mengambil sikap sambil lewa mengenai subsidi. 'Kejutan' baru-baru ini mesti dilihat sebagai wake-up call atau peringatan yang kita juga perlu mengurangkan subsidi. Sudah tiba masa subsidi distruktur dan disusun semula keutamaannya supaya masyarakat

29  

Page 124: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Malaysia yang sepatutnya dibantu menerima bantuan, dan yang sepatutnya membayar harga pasaran, berbuat demikian. Dana yang dijimatkan daripada pengurangan subsidi boleh disalurkan untuk perbelanjaan pembangunan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Pemberian subsidi yang meluas tanpa mengira siapa penerimanya, tidak tepat dan berpanjangan akan berakhir dengan pembaziran. Untuk mencapai pembangunan mantap dan mapan, wang negara mesti digunakan dengan cara berkesan, cekap dan memberi hasil terbaik. Dengan cara ini, ekonomi akan berkembang, produktiviti meningkat dan rakyat boleh meraih pendapatan yang lebih tinggi. Ramai rakyat mengakui subsidi perlu distruktur tetapi ia mestilah mengambil kira kepentingan kumpulan berpendapatan rendah dan yang tidak berkemampuan. Kebimbangan sering didengari mengenai rakyat yang akan terpaksa mengikat perut dan kurang kemampuan berbelanja jika subsidi dikurangkan. Keperitan ini boleh lega kalau subsidi dikurangkan secara berperingkat dan kumpulan sasar dikenal pasti dengan tepat. Penstrukturan subsidi mesti juga disertai pengurangan pembaziran dalam sektor awam dan pengurangan subsidi untuk sektor swasta. * Penulis ialah Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara

Headline: Risau subsidi pendidikan dikurang

Publication: BH Date of publication: Jun 2, 2010 Section heading: Main Section Page number: 028 Byline / Author: Oleh Mohd Nazri Noh

SAYA merujuk laporan akhbar ini semalam bertajuk Kenyataan Saifuddin diperbetul. Saranan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, supaya kerajaan tidak mengurangkan subsidi pendidikan tidak seharusnya dianggap kurang tepat dan mengelirukan. Malah, kenyataan itu dibuat lantaran kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan pemberian subsidi pendidikan bakal terjejas berikutan inisiatif kerajaan untuk menstruktur semula pemberian kadar subsidi negara. Umum mengetahui bahawa antara cadangan yang dibuat oleh Unit Pencapaian, Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) sewaktu Hari Terbuka Makmal Subsidi pada 27 Mei lalu antaranya: * Penstrukturan pinjaman Tabung Perbadanan Pendidikan Tinggi (PTPTN) mengikut pendapatan ibu bapa pelajar; * Menaikkan yuran pengajian mengikut bidang di IPT, kursus kritikal sebanyak RM800 dan kursus bukan kritikal sebanyak RM300;

30  

Page 125: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

* Menarik balik subsidi pendidikan kepada pelajar asing. Saifuddin juga percaya ramai yang lega dengan jaminan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kelmarin bahawa tiada pemotongan subsidi pendidikan akan dikenakan terhadap mahasiswa tempatan di institusi pengajian tinggi (IPT). MOHD NAZRI NOH, Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Headline: Jangan gopoh! Publication: HM Date of publication: May 31, 2010 Section heading: Main Section Page number: 019

KERAJAAN cenderung sama ada untuk menarik atau menstruktur semula subsidi yang dilaksanakan sejak puluhan tahun. Banyak justifikasi diberi bagi tindakan berkenaan, malah Makmal Rasionalisasi Subsidi diwujudkan bagi menilai kemudahan berkenaan Tujuan makmal diwujudkan untuk mengkaji mekanisme terbaik pelaksanaan penyaluran subsidi, merangkumi bahan petroleum, makanan dan infrastruktur lain. Hasil kajian akan digunakan kerajaan dalam menentukan dasar pemberian subsidi negara pada masa depan. Bagaimanapun, dalam membuat analisis, kita perlu membezakan subsidi, hadiah, bantuan dan ihsan sebagaimana ia diagihkan keranan persekitaran ekonomi, sosio dan politik kita sama sekali berbeza dengan negara maju, malah tradisi ini sudah menjadi tunjang pentadbiran Barisan Nasional. Pentadbiran era 1Malaysia juga sudah memulakan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Adakah usaha menstruktur, mengurang atau menarik subsidi menepati slogan itu? Kita jangan lupa, di negara maju juga subsidi dipraktikkan. Malah lebih buruk lagi kerana subsidi di sana adalah pada perkara tidak produktif dan berbentuk kebajikan. Di negara kita hampir semua subsidi untuk perkara produktif. Contoh, subsidi dalam bidang pelajaran adalah bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan tahap kemahiran rakyat supaya mampu bersaing di peringkat tempatan dan global tanpa mengira latar belakang keluarga, keturunan dan agama. Manakala subsidi dalam sektor pertanian bagi meningkatkan produktiviti supaya negara dapat bersaing dalam mengekalkan komoditinya dan keperluan asas makanan agar tidak terlalu bergantung kepada bahan import. Subsidi lain dalam sektor pembuatan, bahan pengeluaran dan petroleum bertujuan mengawal harga barangan keperluan supaya mampu dibeli rakyat dan tidak meningkatkan inflasi agar memberikan kesejahteraan kepada rakyat seluruhnya.

31  

Page 126: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Sebagai maklumat, jumlah subsidi negara kini sudah meningkat kepada RM24.5 bilion tahun lalu, iaitu 15.3 peratus lebih tinggi daripada jumlah perbelanjaan kerajaan berbanding RM10.1 bilion pada 2006. Dengan jumlah ini sepatutnya ia sudah mampu bukan saja membantu golongan sasarannya malah berupaya membantu menjana ekonomi negara. Bagaimanapun, dalam pengagihan subsidi ini berlaku kebocoran seperti penyeludupan dan penyalahgunaan. Perbuatan itu amat tidak bermoral sehingga inisiatif kerajaan tidak sampai kepada golongan sasaran hingga ada yang memberikan idea supaya semua subsidi dimansuhkan dan kerajaan dapat menjimatkan RM24.5 bilion. Idea itu turut diberi perhatian amat serius Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang meneliti keperluan subsidi petroleum. Bagaimanapun, pada 4 Mac lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kerajaan bercadang membatalkan penstrukturan subsidi petroleum selepas menerima maklum balas pelbagai pihak. Sebelum terlewat, hentikan tindakan gopoh dan tidak perlu slogan hebat cuma buktikan dengan tindakan lebih prihatin. DR AHMAD ZAKI ISMAIL, Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Headline: Forum khas rasionalisasi subsidi 27 Mei Publication: BH Date of publication: May 22, 2010 Section heading: Main Section Page number: 002

PUTRAJAYA: Makmal Rasionalisasi Subsidi buat kali pertama akan berkongsi dapatannya berhubung langkah rasionalisasi subsidi, dengan orang ramai serta pihak berkepentingan pada satu forum khas yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang mengetuai makmal berkenaan akan memberi taklimat pada awal forum berkenaan mengenai cadangan rasionalisasi subsidi berkenaan sebelum ia dibuka untuk maklum balas orang ramai, pakar atau kapten industri yang hadir. Setiausaha Akhbar Idris, Barbara Jabu, berkata Kabinet sudah dimaklumkan mengenai cadangan makmal berkenaan dan pada peringkat kedua ia akan dibentangkan kepada orang ramai serta pihak berkepentingan pada forum berkenaan untuk mendapatkan maklum balas awam. "Hasil daripada maklum balas awam itu akan dirumuskan bersama dapatan makmal sebelum dibentangkan semula kepada Kabinet untuk pertimbangan," katanya. Beliau berkata forum berkenaan terbuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk memberikan pandangan dengan mengisi borang yang disediakan.

32  

Page 127: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Katanya, Idris dijangka mengemukakan pelbagai topik berhubung rasionalisasi subsidi berkenaan yang dirumuskan oleh makmal berkenaan pada forum itu, termasuk isu subsidi pelbagai barang seperti makanan, pertanian, kesihatan dan minyak. "Orang awam juga boleh memberi pandangan menerusi laman web www.pemandu.gov.my dan kita juga akan mendapatkan maklum balas menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya. Jumlah subsidi negara meningkat kepada RM24.5 bilion pada tahun lalu, 15.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan berbanding RM10.1 bilion pada 2006. Pada 4 Mac lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kerajaan membatalkan pelaksanaan penstrukturan subsidi petroleum selepas menerima pandangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak. Kerajaan mewujudkan Makmal Rasionalisasi Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik mengenai pelaksanaan penyaluran subsidi, merangkumi bahan petroleum, makanan dan infrastruktur lain. Hasil kajian itu akan digunakan oleh kerajaan dalam menentukan dasar pemberian subsidi negara pada masa depan. Makmal berkenaan adalah di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri yang diketuai Idris.

Headline: Posmen bergaji baru mulai Julai

Publication: HM Date of publication: Apr 7, 2010 Section heading: Main Section Page number: 014

KUALA LUMPUR: Penyusunan semula tangga gaji dan elaun hampir 2,000 posmen dan kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain berkuatkuasa Julai ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata, penyusunan semula mendapat persetujuan kerajaan itu diumumkan Pos Malaysia Bhd selepas urusan pentadbiran dan penstrukturan semula selesai. "Seperti yang diketahui umum gaji pokok posmen sekarang RM610 sebagai permulaan dan RM710 untuk kerani pos itu boleh dikatakan sebagai di bawah paras kemiskinan. "Dengan dasar menyemak semula gaji ini dan beberapa elaun pokok dapat dianggap posmen serta kerani pos sejajar pendapatan mereka dengan yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu di Istana Budaya di sini, semalam. Rais berkata, penstrukturan itu disokong kenaikan harga setem serta kos penghantaran surat dan bungkusan ke luar negara dan di dalam negara berkuatkuasa Julai ini. "Sejak 1992 tidak ada kenaikan berhubung setem dan penghantaran barang melalui pos. Harga setem termurah dalam dunia menyebabkan Pos Malaysia menanggung RM32 juta dalam

33  

Page 128: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

bentuk subsidi kepada pihak luar apabila surat dihantar ke luar negara atau masuk ke negara kita," katanya. Beliau berkata kenaikan harga setem tidak membebankan pengguna.

Headline: Ekonomi Malaysia mampu terus catat pertumbuhan Publication: BH Date of publication: Mar 25, 2010 Section heading: Main Section Page number: 030

EKONOMI Malaysia bersedia untuk terus berkembang, disokong permintaan dalam negeri yang bertambah kukuh dan persekitaran luar yang semakin baik, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjurkan berkembang antara 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini. Bank Negara Malaysia berkata, KDNK Malaysia menguncup 1.7 peratus tahun lalu berikutan kemelesetan ekonomi dunia, yang dianggap sebagai 'kemerosotan terburuk dalam sejarah moden'. Ekonomi negara susut 6.2 peratus pada suku pertama tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, menjadikannya penguncupan pertama dalam KDNK sebenar sejak suku ketiga 2001. Bank pusat berkata, ekonomi Malaysia kembali mencatatkan momentum pertumbuhan pada suku keempat 2009, berkembang sebanyak 4.5 peratus dengan pengukuhan permintaan dalam negeri dan luar menyumbang kepada pertumbuhan. Katanya, kestabilan ekonomi dalam negeri pada suku kedua dan pemulihan seterusnya pada separuh kedua tahun lalu adalah hasil pakej rangsangan fiskal, dasar monetari yang agresif dan langkah komprehensif bagi memastikan akses kepada pembiayaan yang berterusan. Di samping perbelanjaan awam yang lebih tinggi, langkah dasar juga, katanya, membantu memulihkan sentimen sektor swasta, yang bersama-sama dengan keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik, menyebabkan pengembangan penggunaan swasta pada separuh kedua tahun lalu, katanya. "Tanda bahawa aktiviti pelaburan swasta mula stabil semakin jelas menjelang akhir tahun 2009. Selain itu permintaan luar negeri menjadi pemangkin pertumbuhan selanjutnya apabila ekonomi global, terutama ekonomi serantau, beransur-ansur pulih," jelas Bank Negara. Bank pusat berkata, dengan sektor awam akan kekal menyokong, pertumbuhan dijangka didorong oleh aktiviti sektor swasta yang lebih besar dan permintaan luar yang kukuh daripada negara serantau. Asas ekonomi makro yang kukuh, kedudukan kewangan sektor swasta yang baik dan sistem kewangan yang teguh, katanya akan menyokong kepada pemulihan yang dipacu sektor swasta, manakala persekitaran monetari yang menyokong, termasuk akses berterusan kepada pembiayaan kompetitif akan kekal untuk mengukuhkan pemulihan dalam aktiviti sektor swasta. Sementara itu, bank pusat berkata, inflasi dijangka meningkat dengan sederhana pada purata

34  

Page 129: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

antara dua hingga 2.5 peratus tahun ini. Unjuran itu, katanya, dibuat selepas mengambil kira keadaan ekonomi yang bertambah baik dan penyelarasan yang mungkin dibuat oleh kerajaan terhadap harga ditadbir dan juga penstrukturan semula subsidi. "Jika tiada semakan harga selanjutnya dan perkembangan luaran yang mempengaruhi inflasi, inflasi di Malaysia akan terus terkawal," katanya sambil menambah prospek permintaan yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global dan serantau telah bertambah baik.

Headline: Malaysia mungkin terbit semula bon kedaulatan Publication: BH Date of publication: Mar 24, 2010 Section heading: Main Section Page number: 021 Byline / Author: Oleh Kamarulzaidi Kamis

MALAYSIA mungkin kembali ke pasaran bon antarabangsa selepas kali terakhir berbuat demikian pada 2002, bertujuan mengukur penarafan kreditnya, sekali gus membantu menetapkan kos pinjaman syarikat tempatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan ketika ini sedang menimbang secara serius keperluan menerbitkan bon kedaulatannya di pasaran antara-bangsa bagi membolehkan penarafan kredit negara ini dinilai, justeru, memudahkan kadar faedah pinjaman syarikat tempatan sama di peringkat domestik dan antarabangsa ditetapkan berdasarkan pulangan bon berkenaan. "Jika kita memutuskan menerbitkan bon kedaulatan itu, ia bukan bermakna Malaysia memerlukan dana untuk membiayai projek pembangunannya kerana tunai di pasaran dalam negara adalah mencukupi tetapi ia adalah atas permintaan dan keperluan pasaran. "Berdasarkan maklum balas pengurus dana global, Malaysia akan diberikan penarafan amat positif jika ia menerbitkan bon global dan adalah sesuatu yang menggembirakan apabila mendapat tahu tentang penerimaan pasaran mengenai perkara itu. Mereka kata ia baik untuk Malaysia," katanya. Najib berkata demikian pada sidang media selepas majlis dialog makan tengah hari dengan lebih 100 pengurus dana dan pelabur institusi global di Persidangan Pelaburan Asia 2010 (AIC) di Hong Kong semalam. Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamad. Pada Julai 2002 Malaysia menerbitkan bon Islam berasaskan mata wang asing bernilai AS$600 juta (RM1.99 bilion), juga bertujuan menetapkan penanda aras bagi bagi penerbitan bon syarikat tempatan. Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan, dalam memutuskan penerbitan bon kedaulatan itu, beberapa faktor lain juga akan diambil kira seperti kos dan turun naik kadar pertukaran. Beliau juga berkata, buat masa ini, kerajaan belum melantik mana-mana bank pelaburan

35  

Page 130: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

antarabangsa bagi terbitan bon kedaulatan itu. Sementara itu, Najib berkata, beliau yakin defisit perbelanjaan kerajaan akan dapat diturunkan kepada 5.6 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada 7.4 peratus tahun lalu, iaitu tertinggi dalam tempoh 22 tahun susulan pertambahan perbelanjaan pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah RM67 bilion. "Kami sedang memantau secara terperinci dari segi pengurangan perbelanjaan fiskal dan dari segi pendapatan kerajaan pula, sejak akhir-akhir ini ia sudah kembali meningkat. Itu adalah petanda baik," katanya. Mengenai penurunan defisit menerusi penjimatan subsidi, Najib berkata, ia adalah antara langkah yang sedang dikaji. "Penstrukturan subsidi adalah sesuatu yang sedang dinilai, bagaimanapun, ia memerlukan kajian secara terperinci dengan sokongan rakyat," katanya.

Headline: Harga lantai petrol, diesel Publication: HM Date of publication: Nov 19, 2008 Section heading: Main Section Page number: 20 Byline / Author: Oleh Efindi Badarudin

KUALA LUMPUR: Harga lantai bagi petrol dan diesel akan diperkenalkan kerajaan bertujuan menetapkan had minumum harga bahan bakar itu berikutan penurunan harga pasaran minyak mentah global. Bagaimanapun harga lantai itu dijangka lebih murah dan kadarnya di bawah paras harga sebelum penstrukturan semula bahan api pada Jun lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar), berkata bagaimanapun kerajaan masih mempunyai dua pilihan sama ada mahu menetapkan harga lantai atau melakukan pelarasan harga bahan api itu seperti dilaksanakan pada masa ini. Menurutnya, sebelum ini kerajaan melakukan penstrukturan semula harga bahan api itu pada Jun lalu dengan menetapkan harga siling untuk bahan berkenaan. "Pada masa ini harganya sudah turun jadi kita perlu untuk menetapkan harga lantai supaya semua pihak termasuk syarikat pengeluar, pengusaha dan orang ramai mendapat keuntungan," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, semalam. Shahrir berkata, sehubungan itu Majlis Ekonomi Negara yang dijangka bermesyuarat tidak lama lagi akan membincangkan mengenai perkara itu. "Perbincangan itu perlu kerana ia mengambil kira pelbagai aspek untuk menentukan dasar kerajaan," katanya. Beliau berkata, penetapan harga lantai perlu kerana ia membabitkan impilikasi kewangan

36  

Page 131: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

pendapatan negara bagi memastikan jumlah subsidi dapat dikurangkan untuk disalurkan kepada perbelanjaan lain bagi kemudahan awam. "Tahun ini kerajaan sudah belanja kira-kira RM15.5 bilion untuk tampung subsidi petroleum yang dibayar kepada syarikat minyak supaya rakyat tidak menghadapi kesusahan ketika kenaikan harga berkenaan," katanya. (END)

Headline: Petrol turun 10 sen

Publication: HM Date of publication: Dec 3, 2008 Section heading: Main Section Page number: 13 Byline / Author: Oleh Kamarulzaman Pid

PUTRAJAYA: Bermula hari ini, harga runcit petrol diturunkan 10 sen menjadikan harganya RM1.90 seliter dengan harga baru itu lebih rendah berbanding sebelum penstrukturan semula subsidi minyak pada Jun lalu iaitu RM1.92 seliter. Penurunan kali keenam sejak Ogos lalu menjadikan harga petrol RON97 kini RM1.90 seliter, RON92 pula RM1.80 seliter, manakala diesel juga RM1.80 seliter selepas diturunkan sebanyak 10 sen seliter. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata kerajaan mengambil keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan rakyat menikmatinya berikutan penurunan ketara harga minyak mentah dunia. "Oleh kerana harga minyak dunia sudah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya," katanya. Sebelum kerajaan mengumumkan penstrukturan semula harga minyak pada 4 Jun dan berkuat kuasa sehari kemudian, harga petrol ialah RM1.92 seliter, manakala diesel pula RM1.58 seliter. Bermula 5 Jun lalu, harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.70 seliter dan petrol RON92 kepada RM2.62, manakala diesel dinaikkan RM1 kepada RM2.58 seliter. Bagaimanapun, berikutan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak buat pertama kali pada 23 Ogos lalu sebanyak 15 sen seliter bagi petrol RON97 dan 22 sen petrol RON92 (RM2.55 dan RM2.40 seliter), manakala harga diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter. Pada 25 September lalu, kerajaan mengumumkan penurunan kali kedua iaitu sebanyak 10 sen menjadikan harga petrol RON97 ialah RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40). Penurunan kali ketiga dibuat pada 15 Oktober lalu dengan harga petrol RON97 dikurangkan 15

37  

Page 132: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

sen seliter kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter kepada RM2.20, manakala diesel 20 sen seliter (RM2.20). Harga minyak diturunkan kali keempat iaitu sebanyak 15 sen seliter pada 1 November lalu, menjadikan harga petrol RON97 ialah RM2.15 seliter, RON92 pula RM2.05 seliter manakala diesel RM2.05 seliter. Pada 18 November lalu, kerajaan sekali lagi menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen menjadikan harga petrol RON97 kini RM2 seliter, RON92 pula RM1.90 seliter, manakala diesel RM1.90 seliter. (END)

Headline: Turun lagi Publication: HM Date of publication: Dec 15, 2008 Section heading: Main Section Page number: 23 Byline / Author: Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

GEORGETOWN: "Harga runcit petrol dan diesel di negara ini dijangka turun lagi dalam masa terdekat selaras dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran global," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad. Beliau berkata, ketika ini ada ruang untuk menurunkan harga itu dan kerajaan sering mengadakan semakan terhadap harga bahan api itu pada awal atau pertengahan bulan sebelum membuat sebarang pengumuman. Katanya, penurunan harga kedua-dua bahan bakar itu buat kali ketujuh akan diketahui dalam tempoh terdekat tetapi jumlah penurunannya masih belum diketahui. Kali terakhir harga runcit minyak diturunkan pada 3 Disember lalu iaitu sebanyak 10 sen membabitkan petrol dan diesel iaitu petrol RON97 adalah RM1.90 seliter, manakala RON92 dan diesel pula RM1.80 seliter. "Penurunan harga runcit minyak sudah dibuat kali keenam sejak harga bahan api itu dinaikkan berikutan penyusunan semula subsidi minyak pada 5 Jun lalu," katanya selepas melancarkan `Kempen Penurunan Harga' di Pasaraya Sunshine Square di Bayan Baru di sini, semalam. Shahril berkata, berdasarkan formula penyelarasan harga bahan api selepas penstrukturan semula subsidi minyak 5 Jun lalu, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan pada setiap awal bulan. (END)

38  

Page 133: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Kurang lagi 15 sen Publication: HM Date of publication: Sep 5, 2008 Section heading: Main Section Page number: 34 Byline / Author: Oleh Kamarulzaman Pid

PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel mungkin diturunkan sebanyak 15 sen lagi awal bulan depan ketika masyarakat Islam di negara ini sedang sibuk membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata langkah itu boleh dilaksanakan sekiranya harga minyak mentah dunia berada pada paras AS$109 setong. "Sekarang harga minyak AS$109 setong dan ia turun dan naik. "Tapi kalau kekal pada AS$109 setong hingga akhir tahun ini, sudah tentu saya gembira untuk menurunkan harganya sebanyak 15 sen, kurang daripada harga sekarang," katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di sini, semalam. Sebelum itu, Abdullah yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2008. Hadir sama, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Setiausaha Perbendaharan, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah. Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70 sen seliter manakala diesel dinaikkan sebanyak RM1 iaitu daripada RM1.58 seliter kepada RM2.58 seliter. Bagaimanapun, berikutan penurunan harga minyak mentah dunia pada 22 Ogos lalu, kerajaan membuat keputusan menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing sebanyak 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter manakala harga diesel pula turun sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa keesokan harinya. Sebelum ini, kerajaan memutuskan harga runcit petrol akan diselaraskan pada 1 hari bulan setiap bulan, berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia dan penetapan subsidi 30 sen seliter. Bagaimanapun, formula pelarasan itu hanya dilaksanakan jika harga pasaran bulanan minyak mentah dunia susut di bawah paras AS125 setong iaitu kadar ketika penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan kerajaan, 4 Jun lalu. Jika harga minyak diturunkan kepada 15 sen awal bulan depan, ia adalah penurunan sebanyak 30 sen berbanding kenaikan sebanyak 78 sen bagi petrol dan RM1 bagi diesel yang diumumkan Jun lalu. Mengenai kemungkinan penurunan harga minyak buat kali kedua itu, Perdana Menteri berkata, beliau perlu mengambil langkah terbaik untuk ditawarkan kepada rakyat bagi mengurangkan beban yang ditanggung akibat kenaikan harga minyak sebelum ini.

39  

Page 134: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

"Jika harga minyak mentah dunia terus menunjukkan penurunan yang stabil, kita akan memberi sesuatu yang terbaik kepada rakyat. "Saya perlu menawarkan sesuatu yang terbaik kepada rakyat," katanya. (END)

Headline: Honda sedia penuhi permintaan Publication: HM Date of publication: Sep 1, 2008 Section heading: Main Section Page number: 30 Byline / Author: Oleh Mohd Husni Mohd Noor

PENGELUAR dan pengimport kereta berteknologi hibrid tempatan kini boleh menarik nafas lega berikutan keputusan kerajaan mengecualikan duti import serta eksais kenderaan berkenaan sekali gus membuka mata pengguna untuk beralih kepada kenderaan itu. Ini diperkukuh dengan kekuatan teknologi hibrid itu sendiri yang menjimatkan pengunaan bahan api dan secara tidak langsung memberi inspirasi kepada pengeluar kereta terkemuka, Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda) menjadikannya sebagai keutamaan jualannya di pasaran tempatan. Ikuti temubual wartawan Bisnes Metro, MOHD HUSNI MOHD NOOR dengan Pengarah Urusannya, Atsushi Fujimoto (gambar) mengenai rancangannya memperluaskan pasaran kenderaan itu selain memperkukuh kedudukannya sebagai pengeluar kereta bukan nasional di negara ini. BAGAIMANA saudara melihat keputusan kerajaan mengecualikan duti import dan eksais kenderaan hibrid dan faedahnya kepada syarikat ? Cadangan itu dilihat mampu merangsang industri automotif dan menggalakkan pengggunaan kenderaan mesra alam itu dan kami yakin ia akan menggalakkan lebih ramai rakyat di negara ini memilih kenderaan berkenaan sekali gus menjadikan Honda Civic Hybrid yang dipasarkan syarikat kini lebih mampu dimiliki. Kami peneraju dan satu-satunya pengeluar kereta yang menawarkan kenderaan hibrid di negara ini menerusi Honda Civic Hybrid, malah kami sudah bersedia memenuhi peningkatan jualan serta perkhidmatan selepas jualan. Desakan mempromosikan teknologi enjin berkuasa hibrid berlaku di seluruh dunia berikutan pengguna semakin sedar mengenai penjimatan harga minyak dan tidak terlalu bergantung kepada bahan api. Kami akan mengumumkan harga baru model hibrid Civic keluarannya dalam masa terdekat ini. SECARA keseluruhan, apakah strategi pemasaran syarikat tahun ini termasuk memperkukuh kedudukan di pasaran automotif tempatan? Kami mensasarkan untuk mencapai sasaran jualan antara 33,000 hingga 35,000 unit bagi semua rangkaian kenderaan keluaran Honda berbanding 22,479 unit yang dicatatkan pada

40  

Page 135: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

tahun lalu. Walaupun semua syarikat automotif tempatan berdepan dengan trend ekonomi yang semakin menurun, namun kami percaya sasaran itu dapat dicapai memandangkan pengguna kini lebih cenderung memiliki kenderaan yang menjimatkan bahan api dan mempunyai kelebihan tersendiri dari segi teknologi. Malah, kami sudah memasarkan 16,769 unit kenderaan pelbagai model bagi separuh pertama tahun ini. Seperti yang berlaku setiap tahun, empat model kenderaan yang dipasang dalam negara (CKD) iaitu Honda City, Civic, CRV dan Accord menyumbang jualan terbesar kepada syarikat. APAKAH sasaran penguasaan pasaran syarikat tahun ini? Kami menjangka penguasaan pasaran kenderaan penumpang di negara ini akan meningkat 0.5 peratus kepada 6.5 peratus menjelang akhir tahun ini berikutan prestasi jualannya yang menggalakkan. Walupun prestasi jualan kenderaan di negara ini akan menurun pada separuh kedua tahun ini berikutan suasana industri automotif yang berdepan keadaan mencabar, kami yakin mampu mencapai sasaran itu didorong prestasi memberangsangkan dalam separuh pertama tahun ini. APAKAH langkah Honda Malaysia untuk terus menguasai pasaran automotif tempatan terutama bagi segmen pengeluar bukan nasional? Berdasarkan Laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang dikeluarkan baru-baru ini, jenama Honda berada di kedudukan tempat kedua selepas Toyota bagi kategori kenderaan Jepun dari aspek jualan kenderaan bagi separuh tahun pertama 2008. Dengan langkah penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, kami melihat trend pengguna kini sudah beralih kepada kenderaan yang menjimatkan minyak sekali gus memberi kelebihan kepada kami. Kami percaya jenama Honda di negara ini akan terus kukuh sebagai pengeluar kenderaan utama bukan nasional di pasaran tempatan. LANGKAH disediakan syarikat untuk menyokong perkhidmatan lepas jualan? Bagi memudahkan pengguna mendapatkan kemudahan pusat servis, jualan dan alat ganti (3S), kami mewujudkan 51 pusat 3S dan akan menambah empat pusat baru menjelang akhir tahun ini. Empat pusat 3S itu akan dibuka di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. (END)

41  

Page 136: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Petrol ikut harga pasaran Publication: HM Date of publication: Aug 2, 2008 Section heading: Main Section Page number: 25

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa 1 September, harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan dan subsidi akan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad dalam satu kenyataannya, di sini, petang semalam, berkata harga runcit petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan. "Kerajaan juga memberi jaminan harga runcit petrol tidak akan melebihi RM2.70 seliter tahun ini," katanya. Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan penstrukturan semula subsidi minyak dan ketika itu, harga pasaran minyak mentah RM403.75 (US$125) setong. Pada paras itu, subsidi petrol 30 sen seliter. Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol akan diselaraskan dari semasa ke semasa dengan menetapkan subsidi petrol pada tahap 30 sen seliter. (END)

Headline: Tetap bayar Publication: HM Date of publication: Aug 22, 2008 Section heading: Main Section Page number: 38 Byline / Author: Oleh Efindi Badarudin

REBAT tunai kepada pemilik kenderaan persendirian sehingga 31 Mac tahun depan yang diberikan kerajaan akan tetap dikekalkan pembayarannya walaupun harga minyak diturunkan. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha berkata, harga minyak pada masa ini mencatatkan penurunan dan kerajaan akan menstruktur semula harga bahan bakar itu pada 1 September ini. Menurutnya, kemungkinan besar harga bahan bakar itu akan diturunkan ketika penstrukturan semula dan harga di stesen minyak juga akan diturunkan. "Tetapi kerajaan akan terus mengekalkan janji untuk bayar rebat kepada pengguna," katanya ketika menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. Kong berkata, kerajaan memilih Pos Malaysia Berhad (PMB) untuk membuat pembayaran rebat tunai di bawah penstrukturan semula subsidi petrol dan diesel kerana aktiviti pengurusan

42  

Page 137: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

bayaran bukanlah perkara baru kepada PMB sebagai salah satu agen pungutan bagi pembayaran bil setempat, cukai tanah, transaksi pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan sebagainya. Beliau berkata, selain itu PMB juga mempunyai 686 cawangan di seluruh negara serta dilengkapi sistem dalam talian dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. "PMB juga menjadi pilihan utama orang ramai untuk memperbaharui cukai jalan di mana 60 peratus daripada aktitiviti itu diuruskan PMB," katanya. Katanya, kerajaan juga mengambil kira faktor keupayaan PMB untuk melayani tuntutan pemilik kenderaan yang membaharui cukai jalan pada bulan April hingga Mei lalu iaitu sebelum pembayaran rebat tunai diperkenalkan. "Kerajaan yakin PMB dapat melaksanakan tugas pembayaran rebat tunai dengan lancar dan kita juga masih berbincang mengenai caj atau bayaran komisen," katanya. Pada Jun lalu, kerajaan mengumumkan pemberian rebat tunai RM625 kepada pemilik kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000 cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500 cc manakala RM150 diberikan kepada pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250 cc. (END)

Headline: Memperkasa usahawan Publication: HM Date of publication: Jul 15, 2008 Section heading: Main Section Page number: 27 Byline / Author: Oleh Noor Azam Abd Aziz

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan mewujudkan semula Unit Penyertaan Bumiputera yang dimansuhkan sebelum ini bagi membantu memperkasakan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata usaha berkenaan bukan bermaksud kerajaan memberikan subsidi, tetapi tertumpu kepada usaha membantu usahawan Bumiputera berdepan kesan penstrukturan semula subsidi bahan api dan harga bahan mentah untuk mengelakkan 'gulung tikar'. Menurutnya, dengan adanya unit berkenaan ia akan membuka lebih banyak peluang dan sokongan kepada Bumiputera dalam bidang berkaitan supaya mereka tidak terus tercicir dan tertekan dengan keadaan ekonomi semasa. "Sebelum ini kementerian mempunyai Unit Penyertaan Bumiputera ketika kita membuat Dasar Ekonomi Baru dan ia kini tiada lagi. "Perkembangan itu seolah-olah tiada fokus bagi membantu usahawan Bumiputera sedangkan sektor perdagangan antarabangsa dan perindustrian sektor penting, dalam soal dasar kita mahu lebih ramai usahawan Bumiputera terbabit dengan lebih efektif," katanya.

43  

Page 138: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) ke-25, di Kuala Lumpur, semalam. Muhyiddin berkata perjumpaan berkenaan memberi peluang kepada wakil DPMMKL menyuarakan masalah berkaitan usahawan Bumiputera serta mencari jalan bagaimana kerajaan dan Miti serta agensinya boleh tekanan selepas penstrukturan semula harga minyak dan kos bahan mentah. "DPMMKL turut meminta pihak kementerian memberi bantuan mempercepatkan proses pinjaman bagi perusahaan kecil dan sederhana. "Ini bukan perkara baru dan saya beri jaminan kita akan berikan perhatian pinjaman," katanya. Ketika ditanya sama ada beliau bercadang membawa idea penubuhan unit itu ke Kabinet, Muhyiddin berkata ia tidak perlu kerana diwujudkan hanya di kementerian untuk membantu dan memudahkan usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan mereka. "Saya tidak rasa ia perlu dibawa ke Kabinet," katanya. Beliau berkata berkata unit itu bakal diwujudkan dibawah struktur baru dalam menyusunkan kembali strategi semasa yang relevan. (END)

Headline: Rakyat menunggu `buah tangan' kerajaan Publication: HM Date of publication: Aug 28, 2008 Section heading: Main Section Page number: 14 Byline / Author: Oleh Noor Azam Abd Aziz

PEMBENTANGAN Bajet 2009 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok memerlukan episod baru dalam pendekatan kerajaan menguruskan kekayaan negara supaya lebih telus, berhemah, mapan dan mesra rakyat dalam menghadapi cabaran semasa. Pemerhati berpendapat kerajaan berdepan cabaran hebat untuk merangka Bajet 2009 kerana terpaksa berdepan suasana politik, kenaikan harga minyak global, kenaikan kos taraf hidup, kenaikan kos makanan dan kadar inflasi. Justeru, tidak hairan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini, membayangkan kerajaan akan mengumumkan berita gembira dalam bentuk `buah tangan' untuk dinikmati rakyat menerusi Bajet 2009. Menurutnya, kerajaan memahami kesusahan rakyat berikutan penstrukturan semula subsidi minyak dan tekanan yang dihadapi kini. Fokus rakyat kini tertumpu kepada usaha kerajaan membantu golongan bawahan serta pertengahan untuk berdepan suasana sukar akibat kenaikan harga bahan bakar itu. Walaupun terdapat pelbagai pemberian insentif percukaian bakal diumumkan, ada beberapa

44  

Page 139: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

fokus penting yang dijangka akan diberi perhatian kerajaan dalam pembentangan bajet kali ini. Ia termasuk menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah, usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam, pendidikan, insentif kepada kakitangan awam dan pembangunan modal insan dalam industri perniagaan. Walaupun kerajaan mengambil langkah awal dengan mengumumkan penurunan harga minyak selepas penyemakan semula baru-baru ini, ia masih belum mencukupi untuk meringankan beban ditanggung rakyat bawahan. Menerusi Bajet 2009, kerajaan dijangka mengumumkan bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah, terutama masyarakat luar bandar untuk membantu meringankan beban mereka berikutan penstrukturan semula subsidi minyak. Perdana Menteri sebelum ini menyatakan kesediaan kerajaan untuk mengumumkan bantuan dalam Bajet 2009 membabitkan ramai golongan berpendapatan rendah dari segi kewangan kerana prihatin bahawa kedudukan mereka pada masa ini sebagai susah. Begitu juga halnya dalam isu pengangkutan awam di negara ini. Walaupun tanggal 31 Ogos depan kita akan menyambut kemerdekaan ke-51, mutu sistem pengangkutan masih perlu dipertingkatkan supaya tidak terus menjadi beban berterusan kepada rakyat. Hakikat berkenaan diakui Abdullah yang merasai sendiri peritnya menggunakan pengangkutan awam, khususnya sistem pengangkutan rel awam di ibu negara. Dengan melihat sendiri kesesakan pada waktu puncak ketika dalam perjalanan dari Serdang ke Masjid Jamek dengan menaiki tren komuter dan LRT, beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan disediakan serta mahu tindakan segera diambil untuk memperbaikinya. Jadual waktu perkhidmatan yang tidak sistematik, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan yang tidak meluas sebahagian daripada episod hitam sistem pengangkutan awam yang tiada penghujungnya. Pandangan yang sama dilontarkan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) yang mahu masalah pengangkutan awam, khususnya di bandar yang sering menjadi rungutan masyarakat, diperbaiki dan ditingkatkan segera berikutan pengangkutan utama bagi masyarakat berpendapatan rendah. Ketua Eksekutifnya, Mohd Yusof Abd Rahman, berkata selain sistem pengangkutan, perkara utama lain yang perlu diberi perhatian kerajaan ialah usaha membantu masyarakat mengimbangi kenaikan kos supaya taraf hidup mereka tidak terjejas. Fomca turut mencadangkan kepada kerajaan menaikkan had minimum dikenakan cukai pendapatan individu daripada RM2,500 kepada sehingga RM3,500 serta mengurangkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja. Selain bajet yang dijangka mengambil kira kepentingan rakyat, Cuepacs yang mewakili hampir 1.2 juta anggota sektor awam menaruh keyakinan kerajaan akan mengumumkan bayaran bonus atau insentif kepada kakitangannya.

45  

Page 140: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Presidennya, Omar Osman, berkata kesatuan itu tidak berniat menekan atau mendesak kerajaan dalam hal itu, tetapi percaya pembayaran bonus dapat membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah. "Cuepacs amat berharap kerajaan akan mengumumkan pembayaran bonus atau insentif kepada anggota sektor awam ketika membentangkan belanjawan," katanya. Tahun lalu, kerajaan menolak tuntutan Cuepacs untuk pemberian honorarium sebanyak RM2,000 kepada setiap kakitangan kerajaan bagi menggantikan bonus berikutan kenaikan gaji sektor awam antara 7.5 dan 35 peratus. Satu lagi aspek pelengkap yang dijangka bakal diberikan perhatian dalam pembentangan Bajet 2009 ialah kepentingan sosial dan pertumbuhan ekonomi negara, terutama membabitkan pengilang serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata sektor industri dan kerajaan perlu bekerjasama erat bagi membina mekanisma sesuai dengan bertukar maklumat supaya kualiti modal insan industri terus dipertingkatkan. Beliau menjangkakan kerajaan akan memberi lebih insentif kepada sektor industri untuk memberi peningkatan dari segi kewangan, latihan dan teknologi supaya mampu bertahan dalam situasi ekonomi semasa. "Ia bukan saja menerusi saluran sedia sedia ada, tetapi menerusi pembiayaan secara cepat dan terus. Kami menjangkakan akan melihat faktor ini untuk memastikan sektor industri tempatan terus bertahan," katanya. Menurutnya, peningkatan kualiti modal insan penting demi kemakmuran negara, khususnya berkaitan aspek sosial dan ekonomi. Bajet 2009 juga dijangka menyentuh kadar pencukaian individu berikutan harapan banyak pihak yang mengharapkan cukai pendapatan dikaji semula. Serentak itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan Pusat Operasi Talian Khas Bajet 2009. Tujuan pusat operasi talian khas bajet itu bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat dan penerangan lanjut terhadap isu percukaian selepas ucapan bajet perdana menteri. Walaupun banyak lagi insentif lain yang diharapkan rakyat dalam pembentangan Bajet 2009, penumpuan kepada beberapa isu berbangkit dijangka mampu mengubat hati rakyat pelbagai peringkat dalam menghadapi cabaran semasa. Ia juga diharap akan terus memenuhi keperluan pelbagai lapisan rakyat bagi memastikan ekonomi dan politik negara terus stabil dalam menghadapi cabaran global yang semakin sengit. (END)

46  

Page 141: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Hadapi risiko gulung tikar Publication: HM Date of publication: Jul 7, 2008 Section heading: Main Section Page number: 23 Byline / Author: Oleh Hayati Ibrahim

PUTRAJAYA: Segelintir usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) berdepan risiko `gulung tikar' akibat tidak mampu menampung peningkatan kos bahan mentah berikutan penstrukturan semula subsidi minyak baru-baru ini. Perkara itu diakui sendiri seorang usahawan IKS yang menjalankan perusahaan kebab di Johor Bahru, Zurawan Surip yang mendakwa usahawan IKS yang baru memulakan perniagaan menerima kesan paling ketara sehingga terpaksa menutup operasi masing-masing. Zurawan yang juga Pengarah Urusan Malinja Food Industries Sdn Bhd (Malinja Food), berkata beberapa rakannya yang baru memulakan perniagaan dalam tempoh dua hingga tiga tahun tidak dapat bertahan dengan kenaikan harga barang mentah. "Kebanyakan mereka usahawan yang masih bertatih dan belum mempunyai asas kukuh menyebabkan sukar mendapat pulangan bagi menampung kos operasi syarikat. "Sehubungan itu, kerajaan perlu berbuat sesuatu bagi membantu IKS yang sengsara akibat kenaikan harga minyak dan bahan mentah," katanya. Zurawan berkata, walaupun lebih lima tahun bertapak dalam perniagaan kebab, syarikatnya menerima tempias kerana permintaan pelanggan terhadap produknya semakin berkurangan. "Ia memberi kesan besar kepada IKS. Margin yang kami peroleh tidak mampu menampung kos pengeluaran. "Bayangkan, harga daging dan 16 rempah yang kami gunakan untuk memerap daging naik mendadak, sedangkan kami masih menjual pada harga lama menyebabkan kami terpaksa menyerap kos pengeluaran dan menanggung kerugian," katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan Perusahaan Sepang Maju Sdn Bhd, Zamri Jamaludin, berkata perniagaan kerepek yang diusahakannya sejak 1986 mengalami kemerosotan dari segi jualan dan keuntungan. "Keuntungan turun antara 15 hingga 20 peratus dalam tempoh dua bulan menyebabkan kami terpaksa mencari inisiatif lain bagi menampung kemerosotan itu," katanya. (END)

47  

Page 142: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Kontraktor minta tambah bahan binaan Publication: HM Date of publication: Jul 7, 2008 Section heading: Main Section Page number: 21

KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia meminta kerajaan menambahkan senarai bahan binaan dalam `Variation of Price' (VOP) supaya tidak terhad kepada 16 bahan saja berikutan harga bahan binaan yang semakin meningkat kebelakangan ini berikutan penstrukturan semula subsidi minyak. Presidennya, Senator Datuk Roslan Awang Chik, berkata kenaikan harga bahan binaan yang mendadak menjadi masalah utama kepada kontraktor tidak mampu meneruskan projek dijalankan. "Enam belas bahan yang tersenarai seperti besi, simen, batu dan keluli hanya membabitkan 35 ke 40 peratus saja kos binaan dan selebihnya ialah bahan yang tidak ada dalam VOP," katanya ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Menteri Kerjaraya bersama kontraktor yang melaksanakan projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), di sini, kelmarin. Sementara itu, Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata satu jawatankuasa akan dibentuk bagi membincangkan masalah yang dialami kontraktor dalam menyiapkan projek. (END)

Headline: Struktur subsidi langkah berani Publication: HM Date of publication: Jul 17, 2008 Section heading: Main Section Page number: 17

PENSTRUKTURAN semula subsidi minyak kepada rakyat yang dilaksanakan kerajaan adalah satu langkah berani dan lebih penting daripada menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen yang akhirnya berbalik kepada asal iaitu memberi faedah kepada orang kaya. Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008, Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) berkata pilihan menstruktur semula subsidi minyak itu ialah yang terbaik berbanding menambah subsidi menurunkan harga minyak. "Apa maksudnya menstruktur semula subsidi minyak, yang pertama ialah memastikan orang berhak saja mendapat faedah, supaya memberi subsidi kepada perkara yang lebih penting seperti makanan atau memastikan ekonomi kita kembali kepada landasan yang betul. "Inilah bagi saya yang penting, bukan nak tambah lagi RM5 bilion ataupun nak turunkan harga minyak 50 sen yang sebenarnya balik kepada asal iaitu orang kaya dapat faedah juga," katanya. Sebelum itu, Dr Mohd Puad membangkitkan isu pertambahan perbelanjaan RM15 bilion bagi

48  

Page 143: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

menangani kenaikan harga minyak. (END)

Headline: Subsidi baru petrol Publication: HM Date of publication: Jun 3, 2008 Section heading: Main Section Page number: 16 Byline / Author: Oleh Efindi Badarudin

KUALA LUMPUR: "Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai subsidi baru petroleum esok," kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam. Menurutnya, Jawatankuasa Menangani Inflasi yang dipengerusikan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi memuktamadkan pelbagai cadangan untuk pertimbangan akhir oleh Kabinet. Katanya, sebaik pengumuman itu keputusan mengenainya akan berkuat kuasa serta-merta bagi mengelak sebarang spekulasi. "Kerajaan perlu kaji semula subsidi bahan api bagi memastikan ia terbaik untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini, semalam. Abdullah sebelum itu diminta mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad mengenai harga bahan api yang dijangka dinaikkan Ogos ini. "Beliau (Shahrir) berkata mungkin, tetapi keputusan muktamad mengenai perkara yang berkaitan dengan subsidi (bahan api), akan diumumkan Rabu ini," katanya. Shahrir dilaporkan berkata, kenaikan harga bahan api selari dengan penstrukturan mekanisme baru skim subsidi bahan api yang kini dinikmati pengguna. Beliau dilaporkan sebagai berkata, sudah ada beberapa cadangan dan mekanisme yang sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan dan ia akan diputuskan berdasarkan kaedah terbaik. Walaupun harga bahan api akan meningkat, Shahrir berkata subsidi petrol akan terus dinikmati oleh rakyat berdasarkan keperluan dan bukan penggunaan. Sementara itu Perdana Menteri berkata, kerajaan semalam mengumumkan pelaksanaan tiga langkah segera termasuk memansuhkan harga siling di pasaran tempatan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan simen dalam negara. "Langkah ini dibuat kerana kerajaan menerima banyak aduan mengenai masalah gangguan bekalan simen yang ditetapkan pada harga siling," katanya. Sehubungan itu katanya, kerajaan juga mengumumkan langkah-langkah berikut, berkuatkuasa

49  

Page 144: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

5 Jun ini, pengimport simen hanya perlu membayar duti import pada kadar 10 peratus sahaja dan pengimport simen di Sabah dan Sarawak akan dikecualikan daripada memperoleh lesen import. Beliau berkata, jenis simen yang terbabit dalam langkah di atas ialah HS 2523 29 900 (simen portland biasa) dan HS 2523 90 000 (simen hidraulik). "Usaha liberalisasi simen itu dibuat selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan pembangunan negara berjalan lancar, selain memastikan pasaran bagi simen lebih telus dan efisien" katanya. (END)

Headline: Petrol RM2.70, diesel RM2.58 Publication: HM Date of publication: Jun 5, 2008 Section heading: Main Section Page number: 04 Byline / Author: Oleh Kamarulzaman Pid

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa jam 12 tengah malam tadi, harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen iaitu kenaikan tertinggi dalam sejarah negara. Ini menjadikan harga baru bahan api itu RM2.70 seliter berbanding RM1.92 seliter sebelum ini. Harga baru diesel pula ialah RM2.58 seliter, meningkat RM1 berbanding harga lama RM1.58 sen seliter. Kali terakhir diesel dan petrol dinaikkan pada 28 Februari 2006 yang membabitkan kenaikan 30 sen seliter bagi kedua-dua bahan api itu. Bagaimanapun, harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 bagi petrol dan RM4.33 bagi diesel di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan. Kenaikan harga petrol dan diesel itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, petang semalam. Dalam usaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana terhadap kenaikan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian, termasuk motosikal. "Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) manakala trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan. "Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan," katanya. Menjelaskan mengenai pembayaran tunai itu, Abdullah berkata, ia akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor (cukai

50  

Page 145: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

jalan) yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. "Bayaran tunai itu akan diberikan secara kiriman wang di Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008," katanya. Beliau berkata, bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori itu, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan bayaran cukai jalan yang berkuat kuasa 1 Jun lalu. "Bagi pemilik kenderaan petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan RM200 manakala pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2," katanya. Itu satu daripada langkah yang diluluskan Kabinet menerusi pakej penstrukturan semula subsidi bahan api yang turut merangkumi mekanisme untuk melindungi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Langkah seterusnya, Abdullah berkata, Kabinet juga bersetuju menyelaraskan subsidi diesel untuk syarikat pengangkutan yang diluluskan, syarikat pengangkutan vesel dan nelayan. "Pada masa ini, operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel iaitu RM1 seliter bagi nelayan dan RM1.20 seliter bagi pemilik diesel. "Kabinet hari ini (semalam) bersetuju menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 seliter berkuatkuasa esok (hari ini), dengan penyelarasan harga itu tidak akan menjejaskan syarikat pengangkutan di bawah sistem `fleet card' yang akan terus menikmati subsidi petrol dan diesel pada harga ini," katanya. Berikutan itu, beliau berkata, Kabinet bersetuju membayar sebahagian daripada perbezaan harga lama dan baru itu secara tunai kepada nelayan dan pemilik vesel. "Kerajaan akan membayar secara tunai sebanyak RM200 setiap bulan kepada pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan di pusat perikanan dalam negara. "Kabinet juga memutuskan pengusaha bot penumpang sungai juga akan diberi bayaran tunai 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," katanya. Selain itu, mulai 1 Julai depan, Perdana Menteri berkata, harga gas yang dibekalkan Petronas di Semenanjung akan diubah iaitu bagi sektor elektrik, harganya akan dinaikkan daripada RM6.40 setiap mmBtu kepada RM14.31 setiap mmBtu. Abdullah turut mengumumkan satu struktur tarif baru elektrik akan berkuatkuasa pada 1 Julai depan. Ia akan diguna pakai semua pengguna domestik (rumah), komersial dan industri di Semenanjung Malaysia, manakala satu struktur tarif baru bagi Sabah dan Sarawak akan diumumkan selepas ini. "Struktur tarif baru ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan 200 Kilowatt Jam

51  

Page 146: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

(kWj) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60 dan ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung akan membayar kadar sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama. "Pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus, tetapi bagi peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil, mereka hanya akan mengalami kenaikan 18 peratus jika menggunakan tidak melebihi 200 kWj setiap bulan," katanya. Beliau berkata, Kabinet juga bersetuju memansuhkan levi sistem subsidi minyak masak (COSS) sedia ada berkuatkuasa 1 Julai depan dan bagi menggantikannya Kabinet akan melaksanakan peruntukan mengikut Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas Pengeluar Minyak Kelapa Sawit. "Walaupun COSS dimansuhkan, harga minyak masak tetap sama kerana hasil daripada pelaksanaan levi baru itu akan digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak," katanya. Selain harga minyak masak yang tidak akan dinaikkan iaiatu RM1.75 setiap satu kilogram, harga Gas Asli bagi Kenderaan (NGV) iaitu 63.5 sen seliter juga dikekalkan. Bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan bayaran cukai perkhidmatan restoran yang terletak di luar hotel, kerajaan bersetuju perolehan jualan tahunan (threshold) restoran seperti itu dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM3 juta. Perdana Menteri berkata, kerajaan menganggarkan RM13.7 bilion akan diperolehi daripada penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan POP. Ia akan digunakan untuk Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara iaitu RM4 bilion, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import bagi penyeragaman harga beras di Sabah dan Sarawak (RM0.4 bilion), subsidi tepung (RM0.2 bilion), subsidi roti (0.1 bilion) dan sumbangan kepada subsidi petrol, diesel dan gas iaitu RM7.5 bilion. (END)

52  

Page 147: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Larangan ditarik balik

Publication: HM Date of publication: Jun 5, 2008 Section heading: Main Section Page number: 05 Byline / Author: Oleh Kamarulzaman Pid

PUTRAJAYA: Larangan menjual minyak bersubsidi kepada kenderaan asing di sempadan yang dijalankan sejak 2 Jun lalu ditarik balik selaras dengan pengumuman kenaikan petrol dan diesel oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata berikutan langkah itu, pemilik kenderaan asing bebas membeli bahan api itu di mana-mana stesen minyak di seluruh negara. "Berikutan pengumuman harga baru bahan api berkenaan, kerajaan dengan ini menarik balik larangan menjual minyak bersubsidi kepada kenderaan asing berkuat kuasa sekarang. "Ini juga bermakna, kita tidak perlu sangat kawalan penguatkuasaan dari segi subsidi minyak kerana harga bahan api di negara ini tidak jauh beza dengan negara jiran," katanya ketika ditemui selepas pengumuman pakej penstrukturan semula subsidi bahan api oleh Perdana Menteri, di sini, semalam. Shahrir berkata, kenaikan harga bahan api itu juga tidak akan menyebabkan harga barangan keperluan dan pengangkutan awam turut meningkat berikutan langkah kerajaan menyalurkan subsidi bahan api itu bagi menangani masalah berkenaan. "Kita sudah bergerak selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan tiga mekanisme harga diesel subsidi iaitu RM1 bagi setiap liter kepada nelayan, pengusaha pengangkutan awam (RM1.43) dan RM1.20 untuk pengusaha pengangkutan air. "Ini bermakna mereka tiada sebab untuk menaikkan harga barangan atau perkhidmatan pengangkutan awam kerana kita masih mengekalkan subsidi bagi sektor yang kritikal dan membabitkan kepentingan umum," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan dalam usaha memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan terhadap kenaikan itu. "Selain terus memantau pemberian subsidi minyak, kementerian akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan pemberian subsidi bahan makanan dan sebarang kenaikan harga barang. "Kita menjangkakan tidak akan timbul masalah pembayaran subsidi sebanyak RM625 dan RM150 kerana ia dibayar terus kepada pengguna setiap tahun," katanya. Shahrir juga berkata, kerajaan mengkaji untuk menghapuskan cukai import kenderaan seperti kebanyakan negara di Asia Tenggara selaras dengan pengenalan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta). "Saya rasa sudah tiba masanya kita menukar sistem kita kepada pasaran yang lebih terbuka.

53  

Page 148: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

"Kita tidak boleh sentiasa mengamalkan dasar melindungi ekonomi negara, terutama pengeluar kereta tempatan," katanya. (END)

Headline: Boleh tuntut bayaran di semua pejabat pos Publication: HM Date of publication: Jun 5, 2008 Section heading: Main Section Page number: 06

PUTRAJAYA: Pemilik kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2000cc dan pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc yang sudah memperbaharui cukai jalan sejak 1 April lalu, boleh menuntut bayaran tunai RM625 dan RM150 di semua pejabat pos di seluruh negara. Ini berikutan langkah kerajaan menetapkan bayaran tunai itu layak diperoleh kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April lalu hingga 31 Mac depan. Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata kerajaan yakin tidak berdepan masalah untuk menjelaskan bayaran tunai itu kepada pemilik kenderaan dan motosikal kategori berkenaan berikutan pihak yang diberi tanggungjawab itu sudah bersedia melaksanakannya. "Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kenderaan dan motosikal menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia untuk memperbaharui lesen kenderaan masing-masing, manakala Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula mempunyai pangkalan data lengkap untuk membolehkan kerajaan melaksanakan sistem pembayaran ini. "Berikutan itu, kami yakin bayaran tunai ini boleh dilaksanakan mulai 1 Julai depan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri sidang media pengumuman pakej penstrukturan semula subsidi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sini, semalam. Mengenai sama ada kenaikan harga bahan api itu akan mengurangkan minat kemasukan pelabur asing ke negara ini, Nor Mohamed berkata, ia sebenarnya akan menggalakkan lebih ramai pelabur datang ke sini. "Ia sebenarnya akan memberi galakan kepada pelabur asing untuk melabur di negara ini kerana ia akan menjadikan ekonomi kita lebih efisien. "Lagipun, kami sudah meningkat sistem penyampaian sedia ada seperti memendekkan tempoh memproses lesen selain persekitaran ekonomi yang mesra pelabur," katanya. Beliau menambah, kerajaan juga yakin sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lima hingga enam peratus tahun ini dapat dicapai biarpun wujud kebimbangan kenaikan petrol dan diesel itu akan memberi masalah. "Melalui pendekatan yang kami laksanakan, kami akan berjaya mengekalkan KDNK sebanyak lima hingga enam peratus berikutan jangkaan akan berlaku lonjakan ekonomi selepas ini," katanya. (END)

54  

Page 149: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Headline: Kekalkan daya saing hadapi harga minyak Publication: HM Date of publication: Jun 5, 2008 Section heading: Main Section Page number: 14 Byline / Author: Oleh Kamarulzaman Pid

APABILA kerajaan mengumumkan akan menstruktur semula harga minyak akibat kenaikan di pasaran dunia, rakyat menanti dengan penuh debaran. Penantian itu berakhir petang semalam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel iaitu sebanyak 78 sen bagi petrol dan RM1 bagi diesel berkuat kuasa tengah malam tadi pada sidang media di pejabatnya, di Putrajaya. Kenaikan itu menjadikan harga petrol kini RM2.70 seliter dan diesel RM2.58 seliter. Berikut wawancara wartawan dengan Abdullah selepas mengumumkan pengstrukturan semula harga minyak pada sidang media itu yang dihadiri kira-kira 50 wartawan tempatan dan asing mewakili media cetak dan elektronik. WARTAWAN: Datuk Seri, mengapa ambil masa yang lama sebelum membuat pengumuman mengenai kenaikan harga minyak ini? ABDULLAH: Kita harus memikirkan banyak perkara. Tak boleh cuai, kena buat keputusan bijak. Kabinet pagi tadi bermesyuarat selama empat jam sebelum mencapai keputusan ini. Sebelum ini pun, Kabinet sudah berbincang setiap minggu sejak hampir dua bulan lalu bagi membuat ketetapan mengenai perkara ini. WARTAWAN: Boleh Datuk Seri terangkan mengenai subsidi yang dibayar kerajaan apabila memutuskan kenaikan ini? ABDULLAH: Apabila membuat keputusan mengenai kenaikan ini, kita berpegang pada prinsip iaitu mengikut kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kita beri diskaun 30 sen setiap liter iaitu pengguna sebenarnya membayar kurang daripada harga sebenar. Sebagai contoh, jika harga minyak itu RM3 seliter, mereka sebenarnya hanya membayar sebanyak RM2.70 seliter, manakala baki 30 sen itu ditanggung kerajaan. Jika berlaku peningkatan atau pengurangan harga minyak di pasaran antarabangsa, kita akan buat penstrukturan semula tetapi dalam masa sama, pengguna tetap menikmati potongan harga sebanyak 30 sen itu. Itu prinsip yang kita pegang dan kita akan membuat penstrukturan semula harga minyak ini setiap bulan. Bagaimanapun, subsidi sebanyak 30 sen itu bukan diperoleh terus oleh pengguna, sebaliknya mereka boleh menuntutnya apabila membuat atau membaharui cukai jalan iaitu sebanyak RM625 setahun bagi pemilik kenderaan berkapasiti hingga 2000cc dan pemilik trak pikap dan

55  

Page 150: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

jip berkapasiti 2500cc, manakala pemilik motosikal berkapasiti hingga 150cc pula sebanyak RM150 setahun. WARTAWAN: Apa harapan Datuk Seri mengenai penerimaan rakyat terhadap kenaikan ini? ABDULLAH: Adalah amat perlu rakyat fahami sebab-sebab, kaedah dan prinsip yang kita gunakan apabila membuat keputusan ini. WARTAWAN: Mungkin akan berlaku kenaikan harga barangan selepas ini? ABDULLAH: Kita harap tak akan berlaku kenaikan harga barang yang sudah ditetapkan (barangan kawalan). Barangan yang sudah ditetapkan harga tak boleh dinaikkan. Bagaimanapun, pengguna perlu memainkan tanggungjawab mereka dengan perhatikan apa yang berlaku di kedai dan seterusnya membuat laporan jika berlaku kenaikan harga. Ini disebabkan, mungkin ada peniaga yang bertindak meletakkan tanda harga lama apabila penguat kuasa datang memeriksa dan selepas mereka balik, peniaga itu meletakkan tanda harga baru. Ini hanya pengguna yang tahu dan mereka perlu laporkan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab ini dan tak mementingkan kepentingan rakyat. WARTAWAN: Adakah akan berlaku demonstrasi akibat kenaikan harga minyak ini? ABDULLAH: Saya harap rakyat Malaysia tak akan berdemonstrasi. Ini yang kita putuskan adalah sebaik-baiknya. Kadar ini adalah yang terendah sekali di rantau Asia Tenggara selain Brunei. WARTAWAN: Bagaimana dengan saranan supaya rakyat negara ini mengubah gaya hidup mereka? ABDULLAH: Saya memaklumkan kepada mereka bahawa mereka perlu mengubah gaya hidup. Ini supaya mereka lebih peka, tidak membazir, tetapi dalam masa sama mengekalkan daya saing. Saya fikir, jika kita terus mengekalkan daya saing ini, ia akan membantu kita menghadapi masalah kenaikan harga minyak ini. WARTAWAN: Adakah langkah ini yang terbaik untuk menangani kenaikan harga minyak di pasaran dunia? ABDULLAH: Kita cuba buat yang terbaik. Ini satu perkara yang kita beri perhatian yang begitu serius. Kita tak boleh memuaskan hati semua pihak. Kerajaan juga perlukan wang untuk menampung pelbagai perbelanjaan dan kerajaan masih memberi subsidi seperti subsidi beras dan sebagainya. Subsidi masih diberikan dan biarpun harga minyak dinaikkan, kerajaan memberi subsidi

56  

Page 151: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

sebanyak 30 sen kepada pengguna dan mereka sebenarnya tak membayar 100 peratus harga minyak. WARTAWAN: Apa harapan Datuk Seri kepada rakyat bagi berdepan masalah kenaikan harga minyak ini? ABDULLAH: Saya berharap, rakyat akan mengamalkan cara hidup secara berjimat cermat. Bukan kita mahu jadi kedekut tapi elakkan pembaziran. Kita perlu kurangkan perbelanjaan kerana kita perlu mengeluarkan wang untuk membeli makanan atau perkara berhubung kait dengannya. Kita juga perlu beli petrol atau diesel untuk keluar bekerja. Tetapi, saya yakin jika rakyat sedia buat perubahan, kita tak akan hadapi satu keadaan yang teruk sangat. Dalam keadaan yang kita hadapi sekarang ini, inilah langkah terbaik yang dilakukan kerajaan iaitu menstruktur semula subsidi petrol dan diesel. (END)

Headline: Sukar bendung inflasi Publication: HM Date of publication: Jun 6, 2008 Section heading: Main Section Page number: 14 Byline / Author: Oleh Helmy Abd Rahman

MAHU tidak mahu, rakyat negara ini terpaksa menghadapi gigitan realiti apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, berkuatkuasa semalam. Ia memang tidak boleh dielakkan berikutan fenomena kenaikan mendadak harga minyak di pasaran dunia yang mencecah AS$135 (RM439) setong. Harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen, menjadikan harga baru bagi bahan api itu RM2.70 seliter berbanding RM1.92 seliter sebelum ini, manakala harga baru bagi diesel pula ialah RM2.85 seliter meningkat RM1 berbanding harga lama RM1.58 seliter. Pengumuman dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya, kelmarin. Kenaikan ini sebenarnya turut didorong faktor sumber petroleum negara yang dilaporkan semakin susut dan dijangka habis menjelang 2013 dan selepas tempoh itu, tiada lagi subsidi minyak dapat dinikmati rakyat negara ini. Bayangkan apa akan terjadi kepada negara jika tiada langkah diambil mulai sekarang untuk menjamin kestabilan ekonomi negara untuk jangka masa panjang walaupun ia dilihat sebagai langkah tidak popular.

57  

Page 152: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Pengumuman bagai 'halilintar membelah bumi' itu tentunya dirasai rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ramai mengeluh dengan kenaikan mendadak bahan api itu, lebih-lebih lagi ia dikatakan menjadi kunci kepada kenaikan harga barangan keperluan lain. Pun begitu, wajarkah kita meletakkan kesalahan di bahu kerajaan berhubung kenaikan ini? Jika melihatkan senario politik tanah air kebelakangan ini, adalah mustahil kerajaan sengaja mengambil langkah drastik itu kerana ia ibarat 'meletakkan pisau di tengkuk sendiri'. Apapun rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana masih boleh menarik nafas lega apabila kenaikan harga petrol dan diesel negara masih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Di Singapura, harga petrol mencecah sehingga RM5.20 seliter, manakala diesel RM4.22; Thailand RM3.90 (petrol) dan RM3.50 (diesel) sementara India RM4 (petrol) dan RM2.74 (diesel).

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kerajaan bersetuju memberi subsidi dalam bentuk bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian, termasuk motosikal. Menjelaskan mengenai pembayaran tunai itu, Perdana Menteri berkata, ia akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor (cukai jalan) yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009 yang akan diberikan secara kiriman wang di Pos Malaysia di seluruh negara. "Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) manakala trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan. "Untuk pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula, bayaran tunai RM150 setahun akan diberikan," katanya dalam sidang media, kelmarin. Selain itu, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan bayaran cukai jalan yang berkuat kuasa 1 Jun lalu bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori berkenaan. "Pemilik kenderaan petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan RM200 manakala pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2," katanya. Perdana Menteri berkata, kerajaan menganggarkan RM13.7 bilion akan diperoleh daripada penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan POP. Ia akan digunakan untuk Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara iaitu RM4 bilion, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import bagi penyeragaman harga beras di Sabah dan Sarawak (RM0.4 bilion), subsidi tepung (RM0.2 bilion), subsidi roti (0.1 bilion) dan sumbangan kepada subsidi petrol, diesel dan gas RM7.5 bilion.

58  

Page 153: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Namun, dalam menempuh situasi ini, rakyat tidak harus hanya bergantung pada usaha kerajaan dalam melindungi kepentingan mereka dan patut berkongsi tanggungjawab dengan cara mendisiplinkan diri dalam berbelanja. Perkara ini turut ditekankan Perdana Menteri yang menasihatkan orang ramai mengamalkan cara hidup secara berjimat cermat bagi mengelakkan pembaziran. "Kita perlu kurangkan perbelanjaan kerana kita perlu mengeluarkan wang untuk beli makanan atau perkara berhubung kait dengannya. Kita juga perlu beli petrol atau diesel untuk keluar bekerja. "Tetapi, saya yakin jika rakyat sedia buat perubahan, kita tak akan hadapi satu keadaan yang teruk sangat," katanya.

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli), Tan Sri Ramon Navaratnam berkata langkah memberi subsidi mengikut kategori tertentu patut dipuji sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk membantu rakyat. "Jika langkah menaikkan harga ini tidak diambil, ia akan menyebabkan ekonomi negara merosot, sekali gus lebih memburukkan keadaan. "Rakyat perlu melihat keputusan ini dari sudut positif. Saya sebenarnya gembira dan puas hati apabila kerajaan mengumumkan pemberian subsidi kepada rakyat berpendapatan rendah atau sederhana," katanya. Beliau bagaimanapun melahirkan kebimbangan mengenai implikasi berikutan kenaikan harga bahan api itu. "Kadar inflasi negara dijangka meningkat dengan kenaikan ini. Keadaan ini sukar dibendung kerana penggunaan bahan api seperti petrol dan diesel adalah menyeluruh membabitkan semua perusahaan. "Pengguna juga mungkin terpaksa berdepan tindakan segelintir peniaga yang mengeksploitasi keadaan semasa dengan menaikkan harga barangan sesuka hati," katanya. Untuk mengatasi masalah itu, beliau mencadangkan kerajaan memperbanyakkan pemberian lesen niaga bagi mewujudkan persaingan dalam perniagaan. "Langkah ini sedikit sebanyak dapat mengawal inflasi kerana apabila wujud banyak persaingan dalam perniagaan dan tiada monopoli, orang ramai akan memilih barangan atau kedai yang menawarkan harga dan perkhidmatan terbaik. "Mahu atau tidak, pekedai tidak boleh menaikkan harga barang jualan sesuka hati," katanya. Pandangan beliau itu turut dikongsi pakar ekonomi, Dr Yeah Kim Leng yang menjangkakan peningkatan kos hidup rakyat negara ini. "Kemungkinan untuk berlaku inflasi memang tinggi. Oleh itu, orang ramai perlu mengubah dan mendisiplinkan gaya hidup dengan tidak sewenang-wenang berbelanja. "Orang ramai juga perlu mencari jalan untuk menambah pendapatan dan tidak hanya

59  

Page 154: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

bergantung kepada makan gaji bagi menampung keperluan seisi keluarga," katanya. Bagi Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Prof Datuk Hamdan Adnan, kerajaan patut menambah baik kemudahan pengangkutan awam yang dijangka menjadi pilihan ramai berikutan kenaikan petrol dan diesel. "Selain itu, kerajaan perlu menggalakkan semula orang ramai berkongsi kenderaan untuk ke tempat kerja seperti yang pernah diamalkan dulu. "Mungkin juga kerajaan boleh keluarkan permit kepada golongan yang berminat untuk menggunakan kenderaan mereka menghantar jiran ke tempat kerja dengan mengenakan bayaran tertentu," katanya. Beliau turut meminta kerajaan menyediakan lebih banyak stesen gas asli bagi kenderaan (NGV) bagi membolehkan pemilik kenderaan memasang alat penggunaan bahan terbabit. Sekarang ini, katanya, stesen minyak yang menjual NGV tidak banyak hingga menyebabkan pemilik kenderaan beratur panjang. (END)

Headline: Kaji cadangan subsidi petrol RON 95 Publication: HM Date of publication: Apr 15, 2008 Section heading: Main Section Page number: 16

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak meminta kerajaan mengkaji semula cadangan pemberian subsidi petrol lebih tinggi dengan menggunakan petrol RON 95 yang berharga jauh lebih murah untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Langkah itu jika diteruskan dibimbangi mereka akan menimbulkan masalah lain yang lebih serius. Pesara, Abd Halim Abdullah, 57, dari Johor Bahru berkata, subsidi yang mungkin diberikan itu boleh menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan menyeludup keluar petrol ke mana-mana negara yang harga pasarannya lebih tinggi berbanding di negara ini. "Kerajaan perlu kaji semula rancangan penstrukturan jenis petrol kerana ia boleh menyebabkan berlaku lebih banyak kes penyeludupan. Contohnya, beberapa bulan lalu apabila ada pihak cuba menyeludup keluar diesel menggunakan bot. "Langkah ini juga mungkin menyebabkan kenderaan dari negara jiran berpusu-pusu masuk ke negara ini untuk mengisi minyak sekali gus boleh mengakibatkan berlaku kesesakan teruk sedangkan subsidi itu bertujuan membantu rakyat kita. "Jika keadaan itu berlaku, ada kemungkinan juga kita akan mengalami kekurangan bekalan petrol," katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, kerajaan perlu mengkaji untuk melakukan penstrukturan semula beberapa perkara

60  

Page 155: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

lain yang dapat meringankan beban pengguna kenderaan terutama yang berpendapatan rendah. (END)

Headline: Pelan subsidi minyak sebelum Bajet 2009

Publication: HM Date of publication: May 30, 2008 Section heading: Main Section Page number: 33

PUTRAJAYA: Pelan pembaharuan subsidi bahan api akan diumumkan sebelum pembentangan Bajet 2009, Ogos depan dengan memastikan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapat manfaat, sekali gus meringankan beban mereka. Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata pelan itu antara langkah kerajaan bagi menangani peningkatan beban tanggungan subsidi berikutan kenaikan mendadak harga minyak dunia. "Saya rasa pelan itu akan diumumkan lebih awal...sebelum pembentangan bajet pada 29 Ogos ini," katanya kepada media selepas menghadiri majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbendaharaan Malaysia di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah. Pada majlis itu, 167 pegawai dan kakitangan Perbendaharaan dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang 2007. Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan sentiasa mencari kaedah terbaik untuk menyalurkan subsidi kepada rakyat terutama dalam keadaan paras harga minyak mentah dunia yang semakin meningkat. Sehubungan itu, penstrukturan semula sistem subsidi di stesen minyak akan dilaksanakan dengan lebih adil bagi memastikan ia boleh memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ditanya sama ada keputusan kerajaan melarang kenderaan dari luar terutama dari Thailand dan Singapura membeli petrol dan diesel subsidi akan menjejaskan kemasukan pelancong asing beliau berkata: "Tidak. Ia tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong kerana mereka boleh membeli minyak di luar kawasan larangan...tiada masalah. Hanya di bandar atau pekan yang terletak di sempadan saja. "Mereka ini bukan pelancong, tetapi mereka datang dan beli petrol dan diesel kemudian menjualnya di negara asal mereka...,kemudian mereka datang lagi untuk membeli petrol dan diesel dari negara kita. "Ini tidak adil sebab subsidi ini diberikan kepada rakyat , hasil daripada duit pembayar cukai dari

61  

Page 156: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

negara ini...kenapa perlu bagi subsidi kepada penyeludup asing," katanya. (END)

Headline: Hapus ketirisan Publication: HM Date of publication: May 31, 2008 Section heading: Main Section Page number: 22 Byline / Author: Oleh Hayati Ibrahim

PUTRAJAYA: "Cakap-cakap memang banyak dan kita tidak boleh pakai berdasarkan apa yang kita dengar di hujung telinga," tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan harga minyak masak mengalami kenaikan 40 sen mulai semalam. Katanya, sehingga semalam beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga minyak masak. Sementara itu, Najib berkata penstrukturan semula subsidi minyak yang akan dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet Rabu depan akan mencerminkan sistem lebih cekap, selain menjamin keadilan kepada semua rakyat. "Menerusi penstrukturan semula ini kita dapat mengkaji semula sistem subsidi supaya lebih cekap, dalam erti kata lain kita dapat menghapuskan ketirisan dan salah guna subsidi. "Selain itu, kita harap ia dapat menegakkan prinsip kesaksamaan dan keadilan dalam pembahagian subsisi supaya mereka yang benar-benar layak dapat subsidi mendapat subsidi, mana yang mempunyai kemampuan lebih maka mereka perlu membayar lebih menghampiri harga pasaran," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Majlis Penutup Pertandingan Sukan Air Peringkat Kebangsaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 5/2008 di sini, semalam. Najib berkata, mengikut jadual asal, mesyuarat Kabinet berhubung penstrukturan semula sistem subsidi itu sepatutnya berlangsung semalam, namun ia terpaksa ditangguhkan berikutan beberapa menteri yang sepatutnya membentangkan kertas cadangan tidak hadir. "Kami jadual nak bincang hari ini (semalam), tapi oleh kerana beberapa menteri tak ada dalam mesyuarat itu pada hari ini (semalam), maka perbincangan mengenai subsidi minyak dan sebagainya, kita tangguhkan kepada mesyuarat (Kabinet) Rabu akan datang. "Ada beberapa menteri yang meminta perbincangan itu ditangguhkan kerana ada menteri yang perlu bentangkan kertas cadangan termasuk subsidi minyak masak tidak berada di sini...Itu yang kita terpaksa tangguhkan," katanya. Beliau berkata, bagi langkah baru penstrukturan semula subsidi minyak yang boleh dilaksanakan dengan segera, ia akan dilaksanakan segera, manakala yang memerlukan masa, orang ramai akan diberi notis.

62  

Page 157: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

Mengulas kemasukan semula beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke dalam Umno, Najib berkata ahli Umno perlu menerima kemasukan mereka demi kepentingan dan menguatkan parti serta kerajaan sedia ada. "Sudah tentu ada yang bersetuju...ada yang bagi pendapat kontra, tapi yang penting kita lihat bukan dari segi emosi tetapi apakah ini menguntungkan parti atau sebaliknya. "Kita mesti faham sebagai sebuah parti politik, kita mesti melihat kepada kepentingan pada keseluruhan. Memang benar satu ketika dulu mereka menentang kita dan mungkin mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati ahli parti. "Tapi sekarang, mereka sudah memberi pengakuan mereka insaf atas perbuatan selama ini dan mereka sanggup untuk balik ke pangkal jalan dan menyokong Umno sebagai wadah perjuangan pilihan mereka dan menyumbang ke arah menguatkan parti dan kerajaan sedia ada," katanya. (END)

Headline: Beri gantian tunai Publication: HM Date of publication: Apr 26, 2008 Section heading: Main Section Page number: 23 Byline / Author: Oleh Hayati Ibrahim

PUTRAJAYA: Kumpulan sasar termasuk nelayan yang menerima subsidi diesel akan diberi bantuan wang tunai bagi mengelakkan pendapatan mereka terjejas berikutan cadangan penstrukturan semula sistem subsidi bahan bakar negara yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan sedang merumus penstrukturan semula subdisi itu dengan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak. "Maknanya kalau kita buat perubahan kepada subsidi diesel, kumpulan sasar akan beri bantuan...cuma nak tentukan cara mana bantuan disampaikan kepada mereka. "Misalnya kalau kumpulan nelayan kita berikan harga diesel RM1 satu liter...kalau kita naikkan pada harga pam atau lebih tinggi daripada itu, (bermakna) setiap daripada nelayan itu diberi wang tunai supaya mereka tidak terjejas dari segi pendapatan. "Ini kerana pada masa sekarang ini berlaku kebocoran yang amat ketara akibat dijual kepada tangan orang yang tak layak dapat subsidi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara di pejabatnya di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata, Datin Seri Rosmah Mansor. Ditanya kemungkinan wang itu disalurkan melalui persatuan, Najib berkata, kerajaan sedang mencari mekanisme terbaik menyalurkan bantuan wang tunai itu.

63  

Page 158: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

"Ini yang sedang kami fikirkan, kementerian (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah diminta mengemukakan cadangan bagaimana menyalurkannya. "Kita semak dulu. Saya tak mahu mendahului keputusan...tetapi saya menggambarkan bahawa pemikiran kita sekarang ini hendak mengatasi masalah kebocoran dari segi subsidi dan pembaziran yang begitu ketara," katanya. Mengenai krisis makanan, Najib berkata, kerajaan sedang meneliti kemungkinan mengadakan perjanjian jangka panjang dengan negara pengeluar komoditi utama seperti beras supaya bekalan di negara ini mencukupi. "Apabila kita dapatmengadakan perjanjian jangka panjang, maka kita tidak perlu menyediakan stok penimbal yang besar dan boleh jimat kos. "Perjanjian jangka panjang seperti ini mungkin dalam tempoh lima tahun tetapi bergantung kepada negara pengeluar terbabit," katanya. (END)

Headline: Tiada golongan terpinggir Publication: HM Date of publication: Apr 22, 2008 Section heading: Main Section Page number: 25 Byline / Author: Oleh Kamarulzaman Pid

PUTRAJAYA: Bajet 2009 yang akan dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat pada 29 Ogos depan, akan memberi tumpuan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Bagi memastikan matlamat itu dicapai, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melaksanakan langkah pembaharuan yang proaktif dan inovatif dengan segera. Abdullah berkata, antara pembaharuan yang akan dilakukan itu ialah penstrukturan semula sistem subsidi minyak di pam supaya lebih adil dan saksama serta membawa manfaat terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. "Kerajaan akan terus prihatin dan komited untuk mengambil perhatian permasalahan yang dihadapi rakyat sama ada dari segi sosio-ekonomi mahupun kualiti hidup," katanya berucap pada sesi Konsultasi Bajet 2009 pertama di Dewan Serbaguna Kementerian Kewangan, di sini, semalam. Sesi itu disertai wakil badan korporat dan dewan perniagaan, institut kajian strategik, pertubuhan pengguna dan institusi pengajian tinggi tempatan. Bajet 2009 bertemakan "Meningkatkan Daya Tahan Bagi Pertumbuhan Mapan dan Perkonsian Kemakmuran". Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir sama sekali dalam arus pembangunan.

64  

Page 159: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

65  

"Isu mengenai pembasmian kemiskinan perlu diberi perhatian sejajar dengan hasrat kerajaan mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar dan mengurangkan kemiskinan relatif tanpa mengira kaum menjelang 2010. "Ini adalah janji kerajaan yang perlu dilaksanakan," katanya. Perdana Menteri berkata, beberapa inisiatif baru termasuk program dan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan diperkemas dan dimantapkan supaya hasil pembangunan negara akan dapat dinikmati setiap segmen masyarakat. "Dalam hal ini, Bajet 2009 akan digubal bagi menjayakan teras Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya. Beliau berkata, sektor swasta diminta memainkan peranan mereka dengan menyumbang menjayakan agenda sosioekonomi negara, termasuk pemantapan tanggungjawab korporat dan pembangunan modal insan berkualiti bagi mengukuhkan daya saing negara. (END)

Sumber : http://www.nstemedia.com.my Tarikh Akses : 25 Ogos 2011

Page 160: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

KERAJAAN MASIH KAJI PENSTRUKTURAN SEMULA SUBSIDI, KATA RAFIDAH

Date: 12-11-2007 Author: / AFH/MAZ THS KY RAFIDAH-SUBSIDIKUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz berkata kerajaan sedang mengkaji untuk menstruktur semula sistem subsidi ekoran kenaikan harga minyak dunia. "Seperti kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kita sedang mengkaji struktur subsidi -- pada peringkat rasmi dan juga teknikal," katanya di luar acara Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia 2007 dan Forum Perdagangan Antarabangsa KL 2007 di sini hari ini. "Tunggulah hingga kerajaan buat keputusan," katanya. Isu penstrukturan semula sistem subsidi itu ditimbulkan oleh beberapa anggota perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno ke-58 minggu lepas. Mereka berkata subsidi berkenaan merupakan sebahagian besar perbelanjaan kerajaan, yang boleh digunakan secara lebih bermanfaat bagi membiayai projek-projek pembangunan. Kata Rafidah kerajaan mengeluarkan subisidi harga petroleum berjumlah RM35 bilion setahun. Dalam tahun-tahun yang akan datang, subsidi itu boleh menjadi satu cabaran dan beban kepada kerajaan memandangkan harga minyak mentah yang semakin melambung, tegasnya. -- BERNAMA AFH/MAZ THS KY

Sumber : http://mylib.pnm.my Tarikh Akses : 25 Ogos 2011

Page 161: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

RUJUKAN

Page 162: SUMBER: MONOGRAF fileBerita Harian (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Sulaiman Mahbob Perancangan, penyelarasan yang betul mencorak kejayaan sistem ekonomi negara ISU subsidi sudah

RUJUKAN Baby Hatch. [Online]. Available : http://en.wikipedia.org/wiki/Baby_Hatch (15 September 2011) Nazirul Hisham Baby Hatch usaha KPJ-ISH selamatkan nyawa si kecil. Al Islam : 34-36 ; April 2011. Noritah Sulaiman Buang anak punca dan penyelesaiannya. al islam : 5-18 ; Disember 1993. OrphaCARE Baby Hatch. [Online]. Available : http://www.orphancare.org.my (29 September 2011) Nst Emedia. [Online]. Available : http://www.nstemedia.com.my (19 September 2011) Blis.Bernama. [Online]. Available : http://www.blis.bernama.com.my (20 September 2011)