Sunday

8
Sunday, May 9, 2010 http://brainstormthoughts147.blogspot.my/2010/05/esei- contoh-gejala-penyalahgunaan-dadah.html Gejala Penyalahgunaan Dadah GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH oleh: NATHANAEL L.Y.S. Menurut petikan kenyataan media pada 27 Mac 2006, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah menyuarakan kebimbangan akan barah sosial dadah yang membahan dalam kalangan generasi pemimpin akal sari negara ekoran peningkatan jumlah penagih dadah di Malaysia. Hal ini dikeruhkan lagi apabila Laporan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Soraya Selamat menyatakan bahawa 10 peratus atau sejuta belia di negara ini terlibat dalam gejala penagihan dadah. Sementelahan itu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) jumlah penagih dadah bagi tempoh 1988 hingga 2005 ialah 289,763 orang. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja atau pelajar merupakan msalah yang kompleks. Hal ini demikian kerana kebejatan ini bukan sahaja melibatkan pihak remaja atau keluarga tetapi juga mengancam pengwujudan modal insan tanah air yang berketerampilan dan berwibawa. Ramai yang berbicara tentang isu penyalahgunaan dadah, namun pernahkah kita bertanya kepada diri kita masing-masing apakah yang dimaksudkan dengan dadah? Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Bertitik tolak daripada itu, seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut akibat ketagihan dadah. Seseorang penagih akan sanggup menggadaikan maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis dan melacurkan diri.Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang dapat memberi kesan seperti yang dinyatakan sebelum ini. Oleh hal yang demikian, tidak keterlaluan jika tembakau, keretek,dan arak turut dirangkumi kategori ‘dadah’. Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama. Dadah dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu Opiat, Kanabis, Halusinogen(Marijuana dan LSD), Stimulan(Amphetamine, kokain, nikotin, dan kafein) dan Depresen. Penyalahgunaan dadah dapat diinterpretasikan sebagai penggunaan dadah bukan untuk tujuan perubatan, sama ada dengan cara makan, menyuntik atau menghisap.

description

free

Transcript of Sunday

Page 1: Sunday

Sunday, May 9, 2010

http://brainstormthoughts147.blogspot.my/2010/05/esei-contoh-gejala-penyalahgunaan-dadah.html

Gejala Penyalahgunaan Dadah GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH oleh: NATHANAEL L.Y.S.

Menurut petikan kenyataan media pada 27 Mac 2006, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah menyuarakan kebimbangan akan barah sosial dadah yang membahan dalam kalangan generasi pemimpin akal sari negara ekoran peningkatan jumlah penagih dadah di Malaysia. Hal ini dikeruhkan lagi apabila Laporan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Soraya Selamat menyatakan bahawa 10 peratus atau sejuta belia di negara ini terlibat dalam gejala penagihan dadah. Sementelahan itu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) jumlah penagih dadah bagi tempoh 1988 hingga 2005 ialah 289,763 orang. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja atau pelajar merupakan msalah yang kompleks. Hal ini demikian kerana kebejatan ini bukan sahaja melibatkan pihak remaja atau keluarga tetapi juga mengancam pengwujudan modal insan tanah air yang berketerampilan dan berwibawa.

Ramai yang berbicara tentang isu penyalahgunaan dadah, namun pernahkah kita bertanya kepada diri kita masing-masing apakah yang dimaksudkan dengan dadah? Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Bertitik tolak daripada itu, seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut akibat ketagihan dadah. Seseorang penagih akan sanggup menggadaikan maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis dan melacurkan diri.Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang dapat memberi kesan seperti yang dinyatakan sebelum ini. Oleh hal yang demikian, tidak keterlaluan jika tembakau, keretek,dan arak turut dirangkumi kategori ‘dadah’. Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama. Dadah dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu Opiat, Kanabis, Halusinogen(Marijuana dan LSD), Stimulan(Amphetamine, kokain, nikotin, dan kafein) dan Depresen. Penyalahgunaan dadah dapat diinterpretasikan sebagai penggunaan dadah bukan untuk tujuan perubatan, sama ada dengan cara makan, menyuntik atau menghisap.

Penagihan dadah bukanlah satu perkara yang baharu dalam konteks kehidupan pada hari ini. Di Malaysia sahaja bilangan penagih dadah semakin bertambah saban tahun. Senario yang lebih membimbangkan ialah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah merupakan strata masyarakat yang paling kerap terjebak dalam aktiviti mungkar ini. Menurut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja, rata-rata 5% daripada 32808 penagih dadah yang dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13-20 tahun. Manakala berdasarkan laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, dianggarkan 200 juta atau 5 peratus daripada penduduk dunia (1 daripada 200 orang) mengambil dadah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan bagi setiap penagih yang dikesan ada empat orang lagi yang gagal dikesan atau tidak dilaporkan.

Page 2: Sunday

Jikalah ini benar, hal ini bermakna bahawa jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia realitinya mampu mencecah sejuta orang berbanding dengan hanya 250,000 yang dilaporkan baru-baru ini. Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia mendapati bahawa majoriti penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda antara 19-39 tahun.

Apa yang membimbangkan ialah golongan remaja yang terdiri daripada pelajar sekolah turut terlibat dengan kegiatan ini. Ini pastinya merupakan satu kerugian kepada negara kerana remaja merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.

Siapakah remaja?

Memahami diri remaja adalah penting bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan mereka cenderung untuk terlibat dalam gejala penyalahgunaan dadah. Ini kerana faktor fiil individu itu sendiri serta faktor perkembangannya mempengaruhi tingkahlaku yang dilakukan olehnya.Perkataan remaja ataupun adolescene berasal dari perkataan Latin iaitu “adolscere” yang bermaksud “membesar menjadi matang”. Menurut Kamus Dewan (Edisi ketiga), remaja merupakan seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Dari segi perspektif Islam pula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak dengan dewasa.Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan antaranya, ada yang mentakrifkan zaman remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, suatu konsep yang abstrak, suatu fenomena sosiobudaya atau suatu perubahan paradigma sikap remaja dalam kehidupannya.

Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1940), zaman remaja ialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan (storm and stress). Ini kerana pada peringkat ini remaja mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat. Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam perkembangan mereka dan apakah kesan-kesan disebaliknya. De Brun (1990) pula, mendefinisikan remaja sebagai tempoh pertumbuhan antara masa kanak-kanak dengan masa dewasa yang pada umurnya bermula pada usia 12 atau 13 tahun dan berakhir pada usia awal dua puluhan. Ketika seseorang merentasi zaman remaja, berlakulah proses perkembangan yang mencakupi perubahan-perubahan yang berhubung dengan perkembangan psikoseksual dan merupakan proses pembentukan orientasi seseorang insan. Berpandukan definisi remaja yang telah diberikan, secara keseluruhannya dapat kita konklusikan bahawa remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa yang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada peringkat ini berlakunya perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan tanggungjawab dan peranan. Oleh itu, dalam proses mengimbangi perubahan-perubahan drastik ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalam mencari identiti diri. Oleh itu, berlakulah ketegangan jiwa dan tekanan emosi dalam diri remaja. Jika diteliti secara mendalam, zaman remaja sebenarnya merupakan suatu proses dan bukannya satu jangka masa kerana pada tahap ini akan berlakunya proses mencari pedoman dan panduan dalam bahrul hayat yang seringkali dilanda badai kehidupan.Siapakah yang harus dijadikan kambing hitam dalam konteks penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja? Lantaran itu, kemelut penagihan dadah yang kini menjadi isu global haruslah dielidik hingga ke akar umbinya. Faktor perdana yang menyebabkan tercetusnya masalah sosial ini ialh institusi keluarga yang rapuh dan goyah. Sesungguhnya, institusi keluarga merupakansatu ubit kecil dalam masyarakat yang memainkan peranan yang penting untuk bertindak dan menjaga kebajikan anggotanya. Ibu bapa, jika dipandang dari

Page 3: Sunday

segi objektif, telah dikurniakan tugas selaku agen sosialisasi mahajan yang bertanggungjawab mendidik dan memberikan panduan hidup kepada remaja yang masih terkial-kial menentukan orientasi kehidupan dalam dunia remaja yang penuh ranjau. Walaubagaimanapun , dalam era globalisasi sekarang, manusia berlumba-lumba mencari kekayaan materialistik. Manusia lebih bersikap individualistik seperti nukilan peribahasa , ‘bagai enau dalam beluklar melepaskan pucuk masing-masing.’ Akibat terlalu taksub kepada kebendaan, maka ikatan kekeluargaan semakin renggang dan longgar. Hal ini demikian kerana bagi ibu bapa yang bekerja, mereka lebih gemar mengejar kepingan kertas biru merah berbanding membina sahsiah dan mencorak akhlak anak-anak muda. Jika penilaian terperinci dibuat, remaja yang terbabit dalam gejala penagihan adah kebanyakannya berasal daripada keluarga yang ketandusan kemesraan sesama anggotanya.

Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar di dalam pelajaran. Hal ini demikian kerana ibu bapalah yang sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran. Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku remaja. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang mempunyai hubungan ukhuwah yang utuh memberi kesan ke atas pembentukan fiil dan pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi. Disiplin yang berterusan dan hubungan yang baik antara ibu bapa dengan remaja meningkatkan motivasi kejayaan di dalam pelajaran.Dalam kajian ke atas 408 orang kanak-kanak, pengkaji mendapati keadaan di rumah adalah lebih cepat dikaitkan dengan kemajuan sekolah daripada kecerdasan. Sungguhpun begitu, kedua-duanya mempunyai hubungan signifikan . Dengan ini jelaslah betapa penting dan besarnya peranan ibu bapa dalam membentuk, mendidik dan mengasuh anak-anak. Dengan kata lain, keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan remaja khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti.Ibu bapa khususnya,adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Hakikat ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden. Oleh itu, ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku remaja menyebabkan berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja tersebut.Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Sebagai contohnya, ibu bapa yang mengamalkan cara gaya asuhan yang bersifat autokratik dipercayai menyebabkan lahirnya personaliti yang terlalu agresif, memberontak ataupun sebaliknya iaitu melahirkan individu pesimis. Remaja yang bersifat agresif dan memberontak kebiasaannya lebih gemar menghabiskan masanya di luar rumah kerana berasa terkongkong berada di dalam rumah. Maka, disini bermulalah pengaruh-pengaruh luar yang negatif seperti pengaruh kawan-kawan yang devian, rasa ingin kebebasan seterusnya menyebabkan punca berjinak-jinak dengan najis dadah.

Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan salah salah satu keperluan termilik dan kasih sayang. Menurut ahli psikologi Rusia terkenal,Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan emosi yang melibatkan tingkah laku agresif dan anti-sosial.Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibu bapanya bercerai mempunyai EQ(emotional quotient) yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti permusuhan, kezaliman dan tiada kasih sayang. Krisis keluarga seperti

Page 4: Sunday

penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja kehilangan obor panduan hidup. Maka, lahirlah remaja yang tidak sihat jiwanya seterusnya menyumbang kepada pelbagai gejala negatif termasuklah penagihan dadah.

Mustahillah ajaran agama dan didikan moral dapat disampaikan kepada anak-anak muda sekiranya unit keluarga, unit paling asas suatu komuniti, hancur akibat pergaduhan dan perang dingin sesama ahli keluarga dan ibu bapa. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah ounca alain yang mempengaruhi perlakuan terpesong ini? Adakah generasi hari ini sudah kehilangan pertimbangan akal dan tidak lagi berupaya berfikir secara rasional? Salah satu faktor yang dapat dikaitkan dengan kenyataan ini ialah kurangnya didikan agama dan moral dalam kalangan remaja. Sesungguhnya asas keagamaan yang kukuh perlu dipupuk dalam diri remaja kerana agama merupakan benteng dan pedoman dalam menempuh segala cabaran kehidupan. Namun, pada zaman muasir ini, pendidikan agama dan nilai-nilai murni kurang diterapkan kepada remaja. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup terumbang-ambing tanpa sebarang pegangan hidup di dunia ini. Mereka ibarat kemudi hilang nakhoda tatkala kekurangan didikan agama dan mereka bakal karam dalam laut kehidupan. Tanpa perisai agama yang kukuh dan teguh, remaja mudah menjadi hamba dadah dan tidak suka akan batasan yang telah ditetapkan oleh agama.

Pada diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya. Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tdak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan memenuhi peraturan, begitulah sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama.Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep persepsi diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata masyarakat sekelilingnya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Sebaliknya sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktiviti yang negatif.Ini disebabkan remaja senantiasa ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa-apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal daripada keluarga yang bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja turut melakukan perkara yang sama supaya diterima oleh kumpulannya seperti meniru dalam peperiksaan, merokok dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran. Paling teruk lagi ialah pengaruh rakan sebaya ini akan mengaruh remaja terlibat dengan najis dadah. Ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa rakan sebaya bagai gergaji dua mata yang dapat membina atau memusnahkan akhlak seseorang remaja. Selain itu, senario ini tidak ubah seperti lidah pendeta Parsi yang pernah mengungkapkan, ‘sesiapa yang berkawan dengan si penjual minyak wangi, maka haruman akan terkena pada dirinya, sesiapa yang berkawan dengan si tukang besi maka percikan api akan terkena dirinya jua.’

Faktor lain yang membawa kepada berlakunya penagihan dadah adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru kerana mereka mempunyai semangat enkuiri yang membara dalam diri mereka. Setiap perkara yang

Page 5: Sunday

dilarang, itulah yang ingin diterokai mereka. Remaja sekarang lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut dengan gaya, cara hidup lain daripada yang lain. Ini dapat dibuktikan daripada kenyataan akhbar Utusan Malaysia (30 September 2002) menyatakan, sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya gejala penyalahgunan dadah dalam kalangan remaja. Ini jelas membuktikan sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima. Memang tidak dapat dinafikan bahawa naluri manusia memang cenderung ke rah mencari sesuatu yang luar biasa, sesuatu yang baharu dan di luar kelaziman. Sememangnya, perkara sedemikian hanya mengundang keruntuhan akhlak remaja sendiri.Masalah jenayah seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap ingin tahu yang tidak kena pada tempatnya. Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, “Masalah dadah yang merupakan masalah utama, masih merupakan ancaman besar negara”. Petikan akhbar ini jelas membuktikan betapa seriusnya masalah dadah yang majoriti penagihnya terdiri daripada golongan remaja.Selain itu, remaja sering dilabelkan sebagai ‘moody’ kerana sekiranya remaja gagal menangani gangguan emosi yang melanda, maka ia membawa pada masalah remaja seperti penyalahgunaan dadah, delinkuensi dan kecenderungan hendak membunuh diri. Menurut penterjemah buku berjudul Psikologi Pendidikan iaitu Noran Fauziah Yaakub, beliau menyatakan sebab utama berlakunya delinkuensi adalah perasaan kekecewaan. Keadaan ini menunjukkan remaja yang mengalami tekanan dalam diri cenderung melakukan masalah. Mereka tidak dapat mengawal emosi dan kematangan fikiran lantas mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam pelbagai perkara negatif seperti menghisap dadah.

Menurut Dr. Syed Hasan Ahmad menyatakan, “Apabila remaja membuat andaian bahawa ibu bapa cuai dalam tanggungjawab mereka dan berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam keluarga terbabit, remaja itu akan berasa marah, kecewa dan memendam perasaan.” Keadaan ini membawa pada perilaku yang tidak baik seperti vandalisme, lepak, dan penyalahgunaan dadah kerana mereka ingin mengelak daripada berada di rumah. Andaian yang dibuat oleh remaja ini memjejaskan hubungan antara ahli keluarga dan sekiranya tidak diatasi pasti semakin seriuslah masalah remaja. Begitu juga dengan apa yang diperkatakan oleh pakar motivasi iaitu Rubiah Hamzah iaitu sikap marah dan tidak puas hati dapat memberi kesan negatif dan positif. Kesan negatif adalah apabila seorang itu mengambil sikap berdiam diri serta memendam rasa tanpa mahu meluahkan atau menceritakan masalah yang membelenggu diri kepada orang lain.

Penyalahgunan dadah juga mudah berkembang melalui pengaruh hedonisme atau hiburan yang melampau. Muzik yang berirama keras seperti Black Metal, Punk, Rock, SkinHead dan lain-lain lagi sering dikaitkan dengan dadah. Senikatanya banyak yang membawa maksud kepada dadah, seks bebas, arak, dan jenayah. Golongan artis pula kebelakangan ini, semakin ramai ditangkap kerana dadah. Amat memalukan apabila kerajaan mengiktiraf mereka dengan pelbagai anugerah, dalam masa yang sama mereka mencemarkan nama baik mereka dan industri ini dengan dadah.

Dalam keluh kesah, perasaan yang mencengkam kalbu, mahu tidak mahu, remaja akan terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang akan mengheret mereka ke dalam lembah kedurjanaan, iaitu penagihan dadah. Bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Peribahasa tersebut bertepatan dengan situasi ini. Masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja sememangnya berpunca daripada remaja itu sendiri. Kita semua sedia maklum bahawa remaja masih mentah dan tidak tahu membezakan yang mana satu intan dan yang mana satu kaca. Mereka sedang mencari identiti diri dalam kehidupan dan tidak mempunyai hala tuju yang tetap. Maka, mereka mudah terpengaruh dengan gejala-gejala sosial seperti penagihan dadah. Tambahan itu, sikap remaja yang ingin tahu dan suka mencuba sesuatu yang baru telah menyebabkan mereka mula terjebak dalam perbuatan yang tidak bermoral ini. Mereka tidak berfikir dengan rasional tentang akibat tindakan mereka - lumrahnya, mereka terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Maka, jelaslah bahawa

Page 6: Sunday

faktor remaja itu sendiri merupakan suatu punca berlakunya masalah ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa kekurangan tindakan daripada pihak sekolah juga merupakan suatu faktor berlakunya masalah penyalahgunaan dadah. Walaupun pihak sekolah banyak melancarkan kempen-kempen antidadah, jelas bahawa kempen-kempen sebegini tidak membawa kesan yang diingini. Pelajar-pelajar sekolah masih terjerumus dalam gejala-gejala sosial. Hal ini kerana pihak sekolah tidak menumpukan perhatian kepada pembinaan sahsiah pelajar; sebaliknya mereka menganjurkan ceramah-ceramah yang hanya berfungsi untuk meleter para pelajar. Hakikatnya, institusi sekolah merupakan suatu tempat untuk membantu pelajar mencari identiti diri dan mendapat panduan moral. Apabila pelajar-pelajar tidak mahu berkongsi masalah dengan guru-guru kerana takut akan akibatnya, jelaslah dilihat bahawa insititusi sekolah telah mengabaikan tanggungjawabnya untuk menjadi kemudi nakhoda kepada anak-anak muda. Pihak sekolah tidak harus memandang enteng akan kepentingan memberi didikan moral yang utuh kepada remaja, melalui teladan dan bukannya sekadar berkhutbah sahaja.Pelbagai jenis dadah dapat dibeli dengan mudah, asalkan seseorang pembeli itu mempunyai kenalan yang sepatutnya, dan wang yang mencukupi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengedaran dadah tidak terkawal. Pihak berkuasa tidak memainkan peranan mereka untuk membanteras dadah dengan sepenuhnya. Tambahan itu. sesentangah pihak mengamalkan sikap endah tak endah dan sambil lewa terhadap usaha-usaha yang telah diambil untuk menangani masalah penagihan dadah. Terdapat golongan masyarakat yang tidak akan melaporkan kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja, walaupun mereka mengenali remaja tersebut. Hal ini kerana mereka takut akan dilanda pelbagai permasalahan sekiranya melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa. Golongan ini bersikap mementingkan diri sendiri. Hasilnya, remaja dapat bertindak sesuka hati dan membeli dadah dengan mudah kerana mereka tahu bahawa tiada orang yang akan mempedulikan tindakan mereka itu. Tuntasnya, kelalaian pihak berkuasa dan sesetengah anggota masyarakat telah menyebabkan generasi muda zaman ini terlibat dalam gejala yang memudaratkan ini.

Dalam pada itu, kesan daripada inflasi, pengangguran serta taraf hidup yang tidak seimbang boleh membiakkan lagi gajala penyalahgunaan dadah. Laporan menyatakan seramai 80,000 graduan masih belum dapat pekerjaan. Pada masa yang sama harga minyak dan barangan pula semakin bertambah. Jurang pendapatan antara yang bergaji sederhana dan rendah dengan yang berpendapatan tinggi pula amat ketara. Ini memberikan tekanan yang hebat kepada rakyat dan membuka ruang masyarakat terjerumus kepada gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah. Oleh itu, DPPWP menuntut kerajan supaya mengkaji balik kesan kenaikan harga minyak terhadap rakyat serta membuka peluang lebih banyak peluang graduan menceburi bidang pekerjaan.

Kesimpulannya, tidak dapat kita nafikan bahawa dadah telah menjadi duri dalam daging masyarakat dan harus diperangi sehingga ke akar umbi. Dadah memang sudah dibuktikan sebagai pemusnah bangsa dan penghancur tamadun; dadah menjadi musuh seluruh kaum Adam yang hanya memudaratkan umat manusia baik dari segi badaniah mahupun dari segi mental dan pembentukkan sahsiah yang utuh. Sudah sekian lama kita berdebat dan bertegang leher tentang isu dadah namun kita harus sedar bahawa dadah bukannya isu yang hanya dapat diselesaikan dengan bicara lidah, sebaliknya merupakan kebejatan yang hanya dapat dibanteras dan dibasmi menerusi tindakan undang-undang serta kerjasama antara rakyat jelata dengan pihak kerajaan dan polis.Oleh hal yanhg demikian, marilah kita berganding bahu dan bersinergi untuk memerangi dadah sehingga ke akar umbi.