Surah al alaq

31
SURAH AL-ALAQ OLEH: ATIKAH BINTI ISMAIL NURUL AFWAH BINTI SALLEH NURUL HANISAH BINTI HARUN NAZATUL ADANI BINTI NOOR ZAILAN NURUL HUSNA BINTI HASSAN NUDIN

description

Pendidikan Al-Quran sekolah rendah

Transcript of Surah al alaq

Page 1: Surah al alaq

SURAH AL-ALAQ

OLEH:ATIKAH BINTI ISMAIL

NURUL AFWAH BINTI SALLEHNURUL HANISAH BINTI HARUN

NAZATUL ADANI BINTI NOOR ZAILANNURUL HUSNA BINTI HASSAN NUDIN

Page 2: Surah al alaq

PENGENALAN

• Surah ini adalah surah Makkiyah.• Mengandungi 19 ayat.• Dinamakan surah al-Alaq, surah Iqra’ atau al-Qalam.• Surah ini menyentuh tentang beberapa perkara iaitu :

o Bermulanya penurunan wahyu Allah kepada nabi yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad.

o Manusia mudah mengingkari dan menderhakai Allah akibat dipengaruhi oleh wang dan kekuasaan.

o Kisah Abu Jahal yang telah menghalang Rasulullah daripada menunaikan solat.

Page 3: Surah al alaq

• Surah yang pertama sekali diturunkan kepada Rasulullah S.A.W.

• Bahagian pertama surah ini diturunkan pada peringkat awal penurunan Al- Quran sementara bagi ayat yang lain pula turun selepas dakwah mula berkembang dan penentangan Quraisy terhadap dakwah semakin meningkat.

Page 4: Surah al alaq

ASBABUN NUZUL

• Nabi Muhammad pergi ke gua Hira’ dan beribadah di tempat itu selama beberapa malam.

• Pada suatu hari, baginda didatangi oleh malaikat Jibrail yang berkata kepada baginda: “Bacalah”. Baginda menjawab: “Aku tidak pandai membaca.”

• Lalu malaikat itu datang memeluk baginda sehingga membuat baginda penat kemudian ia melepaskan baginda sambil berkata: “Bacalah.”

• Baginda menjawab “Aku tidak pandai membaca.” Lalu ia memeluk baginda kali yang kedua sehingga membuat baginda penat.

Page 5: Surah al alaq

• Kemudian malaikat Jibrail melepaskan baginda sambil berkata “Bacalah.”

• Baginda menjawab “Aku tidak tahu membaca.”• Malaikat Jibrail memeluk baginda untuk kali

yang ketiga maka turunlah ayat 1- 5. • Kemudian, baginda pulang ke rumah dalam

keadaan menggigil lalu meminta Saidatina Khadijah menyelimutkan baginda.

Page 6: Surah al alaq

• Baginda menceritakan peristiwa tersebut kepada Saidatina Khadijah dan Saidatina Khadijah menenangkan baginda.

• Setelah itu, Saidatina Khadijah membawa baginda berjumpa dengan Warakah bin Naufal iaitu sepupu kepada Saidatina Khadijah bagi sebelah bapa.

• Baginda menceritakan peristiwa tersebut kepada Warakah bin Naufal lalu beliau berkata kepada baginda bahawa “ Itulah Malaikat yang diturunkan kepada Nabi Musa Alaihissalam”.

Page 7: Surah al alaq

• Warakah berkata lagi kepada baginda “ Aku berangan- angan kembali muda belia, aku berangan- angan semoga aku masih hidup sewaktu engkau diusir keluar oleh kaum engkau. “

• Lalu baginda bertanya kepada Warakah “ Apakah mereka akan mengusirku keluar?”.

• Jawab Warakah “ Ya, tiada siapa pun yang datang membawa apa yang dibawa engkau melainkan ia akan dimusuhi. Jika aku sempat dengan masamu, aku akan memberi sepenuh pertolongan kepadamu. “

• Tidak lama kemudian Warakah pun meninggal dunia.

Page 8: Surah al alaq

KEISTIMEWAAN

• Surah yang pertama sekali diturunkan kepada Rasulullah S.A.W.

• Bahagian pertama surah ini diturunkan pada peringkat awal penurunan Al- Quran sementara bagi ayat yang lain pula turun selepas dakwah mula berkembang dan penentangan Quraisy terhadap dakwah semakin meningkat.

Page 9: Surah al alaq

HURAIAN DARI SEGI BAHASA

• Penggunaan kalimah ar-Rabb,bukannya bismilah yang biasa. Ini adalah untuk menunjukkan surah ini betul-betul diturunkan kepada Rasulullah dan Allah sebagai pencipta baginda dan menjaga kepentingan baginda.

Page 10: Surah al alaq

TAFSIR AYAT

Page 11: Surah al alaq

AYAT 1TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Dengan kekuasaan Allah, Tuhan yang mencipta engkau dan dengan kehendak-Nya, maka jadilah engkau orang dapat membaca. Dia telah menjadikan kamu tahu daripada tidak tahu kerana Nabi Muhammad dahulunya tidak dapat membaca dan menulis.

Ayat ini dimulakan dengan menyatakan secara umum salah satu dari sifat-sifat Allah iaitu sifat mencipta dan memulakan penciptaan. Kemudian ia dinyatakan secara khusus iaitu tentang penciptaan dan asal kejadian manusia.

Inilah perintah Allah S.W.T. yang pertama memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. supaya mengutamakan aspek pembelajaran, khususnya membaca dan menulis ilmu pengetahuan.

Ini kerana pembelajaran merupakan simbol dan lambang Islam itu sendiri.

Page 12: Surah al alaq

AYAT 2TAFSIR AL MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Tuhan yang mencipta manusia, iaiu makhluk yang paling mulia di kalangan makhluk-Nya daripada segumpal darah. Dialah yang memberi kekuasaan kepada manusia untuk menguasai apa yang ada dibumi. Dialah yang menjadikan manusia dapat memimpin dunia dengan ilmunya.

Yakni, dari titik beku yang melekat di dalam rahim, iaitu dari asal mulanya ia sangat kecil, kemudian dengan limpah kemurahan-Nya dan dengan qudrat kuasa-Nya, Allah mengangkat segumpal darah itu kepada darjat manusia yang boleh memahami dan belaj

Pada zaman moden ini, pengkaji-pengkaji bersependapat tentang kejadian bayi dengan mengatakan bahawa apabila air mani atau sel lelaki itu melekat pada air mani (sel) dalam rahim wanita dalam keadaan tergantung sebelum ia menjadi seketul darah dan sebagainya.

Page 13: Surah al alaq

AYAT 3TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Laksanakanlah membaca yang Aku perintahkan itu! Perintah membaca ini diulang-ulang, kerana membaca hanya dapat dicapai oleh seseorang dengan mengulang-ulang dan dibiasakan. Kemudian Allah menghilangkan kesukaran yang dihadapi Rasulullah ketika berhadapan dengan Jibrail Lalu Allah berfirman: Tuhanmu Maha pemurah terhadap setiap orang yang mengharapkan pemberianNya.

Ayat ini menjelaskan hakikat mengajar iaitu bagaimana Allah mengajar manusia dengan pena kerana ia merupakan alat mengajar yang paling luas dan mendalam kesannya dalam kehidupan manusia. Pada masa itu, hakikat peranan pena belum lagi jelas seperti yang kita ketahui dalam kehidupan manusia pada hari ini.

Ayat ini bermaksud, “Dialah yang mengajar manusia menulis dengan pensel dan mengajar mereka beberapa ilmu yang tidak diketahui oleh mereka sebelum ini.

Dia jualah yang telah mengajar ilmu yang tidak ternilai banyaknya kepadamu wahai Muhammad tanpa perantaraan, walaupun pada asalnya kamu seorang yang ummi; kamu tidak pernah belajar membaca dan menulis daripada guru tertentu.

Page 14: Surah al alaq

AYAT 4TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Tuhan yang maha pemurah itu juga menjadikan “qalam” sebagai alat yang dapat memberi kefahaman sesama manusia meskipun berjauhan, sebagaimana memahamkan mereka dengan perantaraan lisan. Tuhan menyifatkan sendiri penciptaan manusia terbentuk daripada segumpal darah serta mengajarnya pendengan perantaraan “qalam”. Semua ini bertujuan menerangkan keadaan yang sebenar.

Tetapi Allah amat mengetahui nilai pena, kerana itulah Ia menyebutnya pada detik pertama kemunculan agama yang terakhir bagi umat manusia dan pada surah yang pertama dari surah-surah dalam al-Quran. Namun begitu, Rasulullah sendiri yang membawa surah ini ialah seorang yang ummi (tidak pandai menulis).

Page 15: Surah al alaq

AYAT 5TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Tuhan yang mengeluarkan perintahNya agar Rasulullah membaca adalah Tuhan yang mengajar kepada manusia seluruh ilmu yang dapat digunakan untuk mencapai kesenangan. Ayat ini menerangkan keutamaan membaca, menulis, dan kepentingan ilmu pengetahuan.Sesungguhnya tanpa “qalam”, ilmu pengetahuan tidak akan terpelihara.

Kemudian ayat ini menjelaskan bahawa Allah adalah sumber kepada ilmu pengetahuan. Manusia mengambil ilmu pengetahuan yang telah dan sedang diketahuinya serta mengetahui segala rahsia alam, kehidupan dan dirinya sendiri melalui sumber daripada Allah.

Page 16: Surah al alaq

AYAT 6TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Sesungguhnya tingkah laku manusia ini sungguh menghairankan. Ia berasa dirinya berkuasa dan kaya. Perasaan ini menyebabkan manusia mengabaikan kewajipannya, sombong terhadap TuhanNya, sentiasa menzalimi orang lain dan menganggap dirinya lebih dari semua orang.

Allah telah memberikan rezeki, kekayaan, menciptakan dan memuliakan manusia serta mengajar ilmu pengetahuan kepada mereka.Tetapi, manusia tidak bersyukur apabila diberikan nikmat harta kerana mereka tidak mengenal punca nikmat yang menjadikan mereka kaya-raya.

Ayat ini merupakan amaran keras kepada setiap insan yang bersikap sombong lagi angkuh.

Mufassir menyatakan ayat ini hingga akhir surah diturunkan dengan membicarakan perihal Abu Jahal, beberapa lama sesudah turunnya ayat- ayat permulaan surah ini. Ini kerana Abu Jahal bersikap angkuh kerana memiliki wang yang banyak di samping sikapnya yang keterlaluan menunjukkan permusuhannya dengan Rasulullah s.a.w.

Page 17: Surah al alaq

AYAT 7TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Mereka bertindak dengan melampau dan sombong, sedangkan mereka sepatutnya mengenal Allah dan bersyukur kepada-Nya.

TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Mereka bertindak dengan melampau dan sombong, sedangkan mereka sepatutnya mengenal Allah dan bersyukur kepada-Nya.

Page 18: Surah al alaq

AYAT 8TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Tempat kembali itu hanya kepada Tuhanmu. Dialah penguasa urusanmu dan apa sahaja yang jadi milikmu. Segala-gala tingkah lakumu di dunia akan ternyata setelah dunia ini engkau tinggalkan. Ketika itu, keadaan dirimu begitu hina dan perhitungan amalan akan dilaksanakan tanpa terkecuali mahupun besar.

Ayat ini menunjukkan ancaman kepada manusia yang sombong dan takbur serta tidak bersyukur kepada Allah. Iaitu, ayat ini mengemukakan dasar pengembalian kepada Allah dalam segala perkara, urusan, niat dan tindakan. Hal ini kerana, hanya kepada Allah jua tempat kembali segala-galanya kerana dari Allah manusia bermula dan kepada Allah mereka berakhir.

Page 19: Surah al alaq

AYAT 9TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Terangkan kepadaku perihal orang yang dungu itu! Sungguh keadaanya sangat menghairankan. Kesombongan, keingkaran dan penentangannya yang keterlaluan sehingga berani melarang hamba Allah mendirikan sembahyang dan memaksa orang lain patuh kepada dirinya. Sedangkan dia bukanlah pencipta dan pemberi rezeki!

Ayat ini menyuruh kita memberikan pandangan terhadap orang yang telah diganggu dan dihalang dari mengerjakan solatnya sedangkan dia seorang yang memperjuangkan hidayat Allah dan menyuruh manusia bertakwa serta apakah patut dia diganggu sedangkan dia membawa petunjuk dari Allah.

Mufassir sepakat mengatakan bahawa yang dimaksudkan sebagai hamba yang mendirikan solat itu ialah Nabi Muhammad s.a.w. dan orang menghalang baginda ialah Abu Jahal yang terkutuk itu yang telah berkata, “ Kalau aku melihat Muhammad mendirikan solat, aku akan mencekik lehernya”.

Page 20: Surah al alaq

AYAT 10TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Abu al-Su’ud menyatakan bahawa ayat ini menggambarkan betapa kejinya sikap seseorang yang melarang seseorang yang lain daripada mendirikan solat.

Sikap seperti ini adalah amat ganjil dan tidak wajar.

Page 21: Surah al alaq

AYAT 11TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Bukankah lebih baik baginya mencari petunjuk dan menunjukkan orang lain kepada perbuatan yang baik dan kebajikan semua itu adalah amalan Nabi Muhammad di mana ada kalanya untuk kebaikan dirinya sendiri seperti sembanhyang, puasa dan sebagainya dan ada kalanya untuk kebaikan orang lain seperti menyuruh bertakwa dan mengajak beribadah.

Ayat ini bermaksud, “Apakah keburukannya sehingga kamu sanggup menengking, mengherdik, mengugut dan menghinanya?”

Ini menunjukkan bahawa orang yang berada di jalan yang benar dan menyeru supaya orang ramai bertakwa ialah Nabi Muhammad s.a.w.

Page 22: Surah al alaq

AYAT 13TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Terangkanlah kepadaku tentang keadaan orang kafir itu jika dia mendustakan bukti- bukti keesaan Allah yang jelas dan tanda- tanda kekuasannya yang agung. Tidak dia t akut kepada hari kiamat di mana dia akan menerima seksa yang tidak terperi pedihnya. Tidakkah dia punya akal yang boleh digunakan bagi mengetahui bahawa pencipta alam ini mengetahui segala perbuatannya.

Ayat ini bermaksud, “ Andai si celaka itu (Abu Jahal) tidak mahu berhenti daripada mengganggu dan menyekat Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha baginda menyebarkan Islam.”

Page 23: Surah al alaq

AYAT 14TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Di sini, datanglah ancaman Allah secara halus iaitu Allah melihat tindak-tanduk manusia yang mendustakan agama Allah dan berpaling darinya. Allah melihat perbuatannya yang melarang orang Mu’min daripada mengerjakan solat sedangkan orang itu berada di atas jalan Allah dan menyuruh bertaqwa. Allah melihat segala-galanya dan di sebalik penglihatan itu, ada akibatnya.

Page 24: Surah al alaq

AYAT 15TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Janganlah orang kafir ini meneruskan kebodohan, kekeliruaan dan kederhakannya. Sesungguhnya kalau dia tidak berhenti daripada perbuatan derhaka dan tidak serik menghalang orang lain mengerjakan sembahyangnya nescaya kami akan menarik kuat ubun- ubun kepalanya. Ubun- ubun orang seperti itu lambang pendustaan tanpa dia menyedari bahawa Allah berkuasa terhadap ubunnya itu.

Dalam ayat ini, Allah memberikan amaran akhir yang tegas dan secara terbuka kepada manusia yang menentang dakwah, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Amaran ini merupakan amaran yang tepat pada waktunya dengan menggunakan kata-kata yang kasar. Ungkapan “kami akan tarikkan” adalah satu ungkapan yang kasar dan bunyi ungkapan “tarik” itu sendiri membayangkan maknanya yang kasar iaitu mengheret dengan kasar.

Page 25: Surah al alaq

AYAT 16TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Maksud dari kata-kata “ubun-ubun” ialah dahi iaitu bahagian anggota yang selalu diangkat tinggi oleh orang yang berlagak dan sombong.

Diriwayatkan bahawa ketika Abu Jahal melihat Rasulullah s.a.w. sedang mendirikan solat di Maqam Ibrahim, maka dia pun berkata, “Wahai Muhammad! Adakah kamu menyangka bahawa aku tidak mampu menyekat kamu daripada melakukan perbuatan ini (mendirikan solat)?”

Page 26: Surah al alaq

Ayat 16TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Rasulullah s.a.w. pun terus mendirikan solat dengan suara yang nyaring, lalu Abu Jahal menjadi berang dan terus berkata, “Tidakkah kamu tahu bahawa aku ini orang mempunyai ramai penyokong?”

Dengan yang demikian, turunlah ayat ini.

Page 27: Surah al alaq

AYAT 17TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Biarlah dia mengumpul teman- temannya yang sehaluan untuk menghalang orang mengerjakan sembahyang dengan ikhlas dan menganiaya pembela kebenaran yang jujur. Sudah pasti akan memanggil tentera- tentera kami yang gagah. Zabaniyah adalah Malaikat yang Allah tugaskan untuk menyeksa orang yang derhaka.

Inilah masanya untuk ubun-ubun itu ditarik dan sekiranya terlintas dihatinya untuk memanggil kaum keluarga dan sahabat-sahabatnya bagi mendapatkan pertolongan, maka, dari pihak Kami, kesudahan dari perlawanan ini dapat diketahui dengan mudah.

Page 28: Surah al alaq

AYAT 19TAFSIR AL-MARAGHIY TAFSIR FI ZILAL QURAN TASFIR MUBIN

Golongan kafir itu tidak akan berjaya seperti yang disangka walaupun mereka mempunyai pengikut dalam kalangan kaum mereka. Golongan ini sebenarnya lebih hina dan sangat tidak berupaya hendak melawanmu wahai Muhammad. Oleh sebab itu, janganlah engkau patuh kepada tekanan mereka. Sebalinya perbanyakkanlah beridah kepada- Nya dengan nyata dan sampaikan ajaran Allah kepada semua manusia.

Yakni jangan sekali-kali engkau tunduk kepada manusia bongkak yang menghalangi engkau dari mengerjakan solat dan melakukan dakwah. Tinggalkan sahaja manusia yang bongkak dan penghalang itu kepada malaikat Zabaniyah. Tetapi, sujudlah kepada Tuhanmu dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya dengan melakukan amal ibadat.

Ayat ini bermaksud, “Janganlah sekali- kali kamu menurut kehendak si celaka itu tetapi teruskanlah ibadah kepada Tuhanmu dengan penuh khusyuk dan ikhlas”.

Page 29: Surah al alaq

Pedoman Ayat

• Surah ini menjelaskan tentang kekuasaa Allah dalam penciptaan makhluk bahawa Allah sebagai Al- Khaliq. Surah ini mengingatkan tentang asal kejadian manusia daripada alaq iaitu seketul darah yang beku, lembut dan tidak keras.

• Allah memerintahkan Rasulnya supaya membaca Al- Quran dengan menyebut nama Tuhannya yang telah menciptakan dan Tuhan yang telah mengajar manusia dalam perkara yang tidak mereka ketahui.

• Perintah Allah kepada Rasulullah supaya belajar membaca dan menulis membuktikan bahawa ia adalah asas untuk kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan tamadun manusia.

Page 30: Surah al alaq

• Surah ini juga mengemukakan kemurahan hati dan kurniaan Allah kepada manusia iaitu dengan mangajar manusia ilmu yang belum dipelajarinya. Dengan demikian ia berpindah daripada kejahilan kepada cahaya ilmu.

• Peringkat awal surah ini adalah memuji ilmu manakala penghujungnya pula mencela harta dunia. Dengan penampilan sedemikian rupa adalah diharapkan agar berpegang teguh dengan agama dan menjauhkan mereka dari bencana dunia dan harta.

Page 31: Surah al alaq

Sekian,terima kasih…