SURAH AL-AN’AM : AYAT 125
description
Transcript of SURAH AL-AN’AM : AYAT 125
SURAH AL-AN’AM : AYAT 125SURAH AL-AN’AM : AYAT 125
CAHAYA PETUNJUK ALLAH KEPADA SESIAPA YANG
DIKEHENDAKI-NYA UNTUK MENUJU KE ARAH KEBENARAN
KEPENTINGAN HIDAYAH
• Menemui jalan kebenaran• Peroleh kebahagiaan hidup
dunia akhirat• Mendapat keredhaan Allah• Terdorong untuk
melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah
Hidayah Milik Allah
• Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
• Manusia hanya mampu menyampaikan dakwah tetapi Allah yang berkuasa memberikan hidayah
• Maksud lapang dada ialah hati yang mudah menerima kebenaran.
• Maksud sempit dada ialah hati yang tidak mahu mengakui kebenaran dan kekuasaan Allah
CARA MEMPEROLEHI HIDAYAH
• Menuntut ilmu agama dan keduniaan• Sentiasa memikirkan kekuasaan Allah• Sentiasa berdoa memohon petunjuk-Nya• Perbanyakkan amal ibadah• Menjauhi segala larangan-Nya
TUGAS DAKWAH• Dakwah bermaksud menyeru dan mengajak
seseorang kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
• Setiap orang Islam wajib menyampaikan dakwah mengikut kemampuan masing-masing.
• Tugas dakwah hendaklah dilaksanakan dengan cara yang betul dan berhikmah.
CARA BERDAKWAH1. MEMBERI NASIHAT DAN
PENGAJARAN YANG BAIK2. PERBINCANGAN SECARA BAIK
TENTANG KEKUASAAN ALLAH DAN KEINDAHAN ISLAM
3. MENUNJUKKAN AKHLAK YANG BAIK AGAR DICONTOHI OLEH ORANG LAIN
4. JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA KERANA HIDAYAH ADALAH HAK ALLAH
5. MENGHORMATI PANDANGAN ORANG BUKAN ISLAM KERANA MEREKA TIDAK MEMAHAMI ISLAM
KESAN HIDAYAH
1. Berubah daripada seorang yang tidak beriman kepada beriman
2. Peningkatan dalam ibadah wajib dan sunat
3. Sentiasa melakukan perkara baik dan meninggalkan kejahatan
4. Rasa gembira dalam melaksanakan perintah Allah dan tidak rasa terpaksa
5. Tetap beriman walaupun diseksa dan dihina kerana mempertahankan agama
ORANG JEPUN MEMELUK ISLAM
PENGAJARAN AYAT
• Allah sahaja yang berkuasa memberi hidayah
• Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat iman dan Islam
• Orang yang menerima hidayah akan terbuka hatinya untuk memeluk Islam
• Orang yang menerima hidayah boleh dikesan melalui perkataan dan perbuatan