Surat Aku Janji Pelajar Smih

4
RUJ KAMI : Kepada, Tarikh: 1 Januari 2014 Tuan/Puan, Ibubapa / Penjaga Pelajar Sesi Persekolahan 2013 Sekolah Menengah Islam, Hidayah, Johor Bahru Assalamualaikum WBT MAKLUMAN PERATURAN SEKOLAH DAN SURAT AKUJANJI Perkara di atas adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan, beberapa makluman penting peraturan sekolah bagi tahun 2014 yang perlu diberi perhatian seperti berikut : 2.1 Borang Surat Aku Janji Pelajar dan ibubapa diminta untuk t a n d a t a n g a n Surat Aku Janji. 2.2 Peraturan sekolah dan disiplin pelajar Displin adalah antara elemen terpenting yang menentukan kejayaan seseorang dan sekaligus memberi kesan kepada kejayaan sesebuah institusi. Bagi memastikan harapan ini, SMIH JB sangat komited dan terus berusaha bagi mengekalkan keunggulan sebagai sebuah sekolah yang terbaik dari segi pencapaian akademik dan sahsiah pelajarnya. Berkaitan dengan ini SMIH JB akan menguatkuasan peraturan yang sedia ada bagi memastikan pelaksanaan aktiviti harian pelajar tidak terganggu. 2.3 Penggunaan Barang Terlarang Penggunaan barang terlarang oleh para pelajar adalah dilarang sama sekali. Pihak kami amat berharap agar para ibu bapa dapat bersama bagi memastikan barang terlarang tidak dibawa bersama ke sekolah. Pihak sekolah berhak untuk merampasnya serta tidak dikembalikan. Senarai barangan larangan seperti dalam Buku Peraturan Sekolah.

Transcript of Surat Aku Janji Pelajar Smih

Page 1: Surat Aku Janji Pelajar Smih

RUJ KAMI :

Kepada, Tarikh: 1 Januari 2014

Tuan/Puan,Ibubapa / Penjaga Pelajar Sesi Persekolahan 2013Sekolah Menengah Islam, Hidayah, Johor Bahru

Assalamualaikum WBT

MAKLUMAN PERATURAN SEKOLAH DAN SURAT AKUJANJI

Perkara di atas adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan, beberapa makluman penting peraturan sekolah bagi tahun 2014 yang perlu diberi perhatian seperti berikut :

2.1 Borang Surat Aku Janji

Pelajar dan ibubapa diminta untuk t a n d a t a n g a n Surat Aku Janji.

2.2 Peraturan sekolah dan disiplin pelajar

Displin adalah antara elemen terpenting yang menentukan kejayaan seseorang dan sekaligus memberi kesan kepada kejayaan sesebuah institusi. Bagi memastikan harapan ini, SMIH JB sangat komited dan terus berusaha bagi mengekalkan keunggulan sebagai sebuah sekolah yang terbaik dari segi pencapaian akademik dan sahsiah pelajarnya. Berkaitan dengan ini SMIH JB akan menguatkuasan peraturan yang sedia ada bagi memastikan pelaksanaan aktiviti harian pelajar tidak terganggu.

2.3 Penggunaan Barang Terlarang

Penggunaan barang terlarang oleh para pelajar adalah dilarang sama sekali. Pihak kami amat berharap agar para ibu bapa dapat bersama bagi memastikan barang terlarang tidak dibawa bersama ke sekolah. Pihak sekolah berhak untuk merampasnya serta tidak dikembalikan. Senarai barangan larangan seperti d a l a m B u k u P e r a t u r a n S e k o l a h .

3. Sekian, terima kasih. Komitmen Tuan/Puan didahulukan dengan ucapan terima

kasih.

Page 2: Surat Aku Janji Pelajar Smih

PENGAKUAN PENJAGA

“ BERILMU BERAMAL MEMIMPIN “

Yang menjalankan amanah,

…………………………………

Pengetua,

Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH

UNIT DISIPLIN SMIHSURAT AKU JANJI PELAJAR

Nama Pelajar : No. K/P :

Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa saya bersetuju akan mematuhi segala

peraturan sekolah / asrama selama saya belajar di Sekolah Menengah Islam Hidayah ini. Sekiranya saya melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan, saya sanggup dan bersedia menerima sebarang bentuk hukuman yang berkaitan setimpal dengan kesalahan yang saya telah lakukan. Pesetujuan ini dibuat atas kesedaran dan kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan mana-mana pihak.

………………………………………………….….. Tarikh : Tandatangan pelajar

Nama : No. K/P :

PENGAKUAN IBUBAPA/PENJAGA

Saya penjaga kepada

mengakui bahawa anak jagaan saya tersebut tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Sekolah Menengah Islam Hidayah. Saya bersetuju untuk sentiasa menasihati dan mengingatkan anak jagaan saya supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah ini. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengendali dan menyelesaikan kes disiplin yang melibatkan anak saya.

………………………………………………………. Tarikh :

Page 3: Surat Aku Janji Pelajar Smih

AKUAN TIDAK MEMBAWA BARANG-BARANG LARANGAN

Tandatangan ibubapa/penjaga

Nama : No. K/P :

AKUAN TIDAK MEMBAWA BARANG-BARANG LARANGAN

Saya ibubapa/penjaga

kepada pelajar tingkatan , Sekolah Menengah Islam Hidayah dengan ini mengaku bahawa anak jagaan saya tidak membawa barang-barang yang dilarang oleh pihak sekolah sebagaimana yang termaktub dalam peraturan Sekolah Menengah Islam Hidayah. Sekiranya anak jagaan saya membawa barang-barang tersebut, pihak sekolah berhak mengenakan tindakan yang sewajarnya seperti barang larangan tersebut dirampas. Saya faham akan tugas pihak sekolah untuk melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan demi kepentingan bersama. Saya juga akur bahawasanya pihak sekolah berhak untuk tidak mengembalikan barang rampasan tersebut.

……………………………………………………….

………………………………………………………....Tandatangan ibubapa/penjaga Tandatangan

pelajar

Nama : Nama :

Page 4: Surat Aku Janji Pelajar Smih