Surat Arahan Agihan EKasih Fasa 3 D2-D6

download Surat Arahan Agihan EKasih Fasa 3 D2-D6

of 1

Transcript of Surat Arahan Agihan EKasih Fasa 3 D2-D6

  • 7/23/2019 Surat Arahan Agihan EKasih Fasa 3 D2-D6

    1/1

    ( Sila catatkan nombor rujukan apabila berurusan dengan kami )

    1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN( Tel. No: 088-622945 / Fax : 088-614033 / Email: [email protected] )

    Ruj Kami : PPDKDT/800/01/04( )

    Tarikh : 28 Oktober 2015

    Semua

    Guru Besar

    Sekolah Rendah

    Kudat, SABAH.

    Tuan,

    PEMBAYARAN BANTUAN BULANAN (BB) 7 BULAN KEDUA KEPADA MURID TAHUN 2

    HINGGA 6 BAGI BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

    TAHUN 2015

    Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri

    Sabah: JP(SB)/800/12/04 Jld.5 (04) bertarikh 20 Oktober 2015 berhubung perkara di atas.

    2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kudat telah menerima

    bayaran Fasa 3 (terakhir) bagi tahun 2015 untuk murid Tahun 2 hingga 6 di bawah data E-

    Kasih. Bersama ini disertakan surat daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan

    Malaysia sebagai panduan pihak tuan.

    3. Sehubungan itu, pihak sekolah dinasihatkan mengagihkan bantuan ini dalam tempoh 14

    hari dari surat ini diterima dan perlu diselesaikan sebelum cuti akhir tahun. Pihak tuan juga

    hendaklah memastikan proses agihan yang dilakukan di sekolah berjalan lancar dan mematuhi

    garis panduan yang dikeluarkan. Mohon pihak tuan menggunakan senarai nama murid layak

    seperti yang telah diedarkan semasa pembayaran 3 bulan pertama terdahulu.

    4. Segala urusan pengeluaran wang bantuan ini perlulah mematuhi peraturan kewangan

    dan arahan perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. Kerjasama tuan dalam perkara ini

    amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian, terima kasih.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    FREDDY AU

    Penolong Pegawai Pendidikan Daerah

    b/p Pegawai Pendidikan Daerah Kudat

    Pejabat Pendidikan Daerah Kudat

    Sk Fail

    PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUDATUNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

    PETI SURAT 319, 89058

    KUDAT, SABAH.