Surat bantahan semakan nilaian

2
Soraya binti Hasan, 12345 No 123 Taman Makmur, 212121 XXX, XXXXX. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Ruj:No.Fail: Majlis No. Ak: Tingkat 1, No. 12 Jalan J, 212121 XXXX. 6 Mei 2014 Tuan, Bantahan Berkaitan Semakan Senarai Nilaian Baru Tahunan Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya seperti nama di atas adalah pemilik premis no lot 12345 dengan nombor fail XXXX dan nombor akaun 1212121212. Sepertimana yang pihak tuan sedia maklum, notis semakan senarai nilaian telah dihantar oleh pihak tuan dan diterima oleh saya. 3. Berdasarkan notis tersebut, cadangan nilai tahunan akan dinaikkan daripada RM2040 kepada RM6000. Berdasarkan kadar yang dikenakan sekarang iaitu 10%, jumlah bayaran tahunan untuk premis ini akan dinaikkan daripada RM204 kepada RM600. Kenaikan yang bakal dikenakan adalah sebanyak RM396 ataupun 194% (hampir 200%) daripada kadar yang telah dikenakan sebelumnya. 4. Sukacita saya memohon pertimbangan pihak tuan untuk menyemak semula nilai tahunan berdasarkan sebab-sebab berikut: 4.1 Kadar sewa premis berkeluarga di kawasan perumahan ini adalah sekitar RM400 hingga RM450 sahaja. Oleh kerana Nilai tahunan adalah anggaran kadar sewa bulanan bagi setahun (Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 bulan), nilai tahunan sebenar premis adalah berbeza daripada nilai tahunan yang ditetapkan oleh pihak tuan dalam taksiran baru. 4.2 Hartanah yang dimiliki adalah bukan untuk tujuan penyewaan. Oleh sebab itu, kenaikan nilai hartanah tidak memberi kesan kewangan kepada kami. 4.3 Saya hanya memiliki sebuah hartanah sahaja yang mana ia adalah untuk kediaman kami sekeluarga. 4.3 Saya kurang berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Majlis XXXX sejak saya mula menetap di premis ini. 4.3.1 Penyelenggaraan pungutan sampah Saya dapati pihak majlis hanya datang memungut sampah sekali atau dua kali seminggu sahaja. Ini menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. 4.3.2 Penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan Kawasan perumahan dilengkapi sistem perparitan yang tidak sistematik. Apabila musim tengkujuh, air longkang akan mulai naik

Transcript of Surat bantahan semakan nilaian

Page 1: Surat bantahan semakan nilaian

Soraya binti Hasan,

12345 No 123 Taman Makmur,

212121 XXX,

XXXXX.

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Ruj:No.Fail:

Majlis No. Ak:

Tingkat 1, No. 12 Jalan J,

212121 XXXX. 6 Mei 2014

Tuan,

Bantahan Berkaitan Semakan Senarai Nilaian Baru Tahunan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama di atas adalah pemilik premis no lot 12345 dengan nombor fail XXXX dan nombor akaun 1212121212. Sepertimana yang pihak tuan sedia maklum, notis semakan senarai nilaian telah dihantar oleh pihak tuan dan diterima oleh saya.

3. Berdasarkan notis tersebut, cadangan nilai tahunan akan dinaikkan daripada RM2040 kepada RM6000. Berdasarkan kadar yang dikenakan sekarang iaitu 10%, jumlah bayaran tahunan untuk premis ini akan dinaikkan daripada RM204 kepada RM600. Kenaikan yang bakal dikenakan adalah sebanyak RM396 ataupun 194% (hampir 200%) daripada kadar yang telah dikenakan sebelumnya.

4. Sukacita saya memohon pertimbangan pihak tuan untuk menyemak semula nilai tahunan berdasarkan sebab-sebab berikut:

4.1 Kadar sewa premis berkeluarga di kawasan perumahan ini adalah sekitar RM400 hingga RM450 sahaja. Oleh kerana Nilai tahunan adalah anggaran kadar sewa bulanan bagi setahun (Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 bulan), nilai tahunan sebenar premis adalah berbeza daripada nilai tahunan yang ditetapkan oleh pihak tuan dalam taksiran baru.

4.2 Hartanah yang dimiliki adalah bukan untuk tujuan penyewaan. Oleh sebab itu, kenaikan nilai hartanah tidak memberi kesan kewangan kepada kami.

4.3 Saya hanya memiliki sebuah hartanah sahaja yang mana ia adalah untuk kediaman kami sekeluarga.

4.3 Saya kurang berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Majlis XXXX sejak saya mula menetap di premis ini.

4.3.1 Penyelenggaraan pungutan sampah

Saya dapati pihak majlis hanya datang memungut sampah sekali atau dua kali seminggu sahaja. Ini menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

4.3.2 Penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan

Page 2: Surat bantahan semakan nilaian

Kawasan perumahan dilengkapi sistem perparitan yang tidak sistematik. Apabila musim tengkujuh, air longkang akan mulai naik termasuk dengan sampah sarap. Sepanjang pemerhatian saya selama menetap di premis ini, tidak pernah sekalipun pihak majlis datang dan membersihkan longkang di kawasan perumahan ini.

4.3.3 Pemotongan rumput jarang-jarang sekali dilakukan. Saya dan pemilik premis yang lain terpaksa mengupah orang-orang persendirian bagi memotong rumput di luar kawasan premis kami apabila rumput sudah mulai panjang.

4. Besarlah harapan saya agar permohonan saya dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Segala kerjasama yang tuan berikan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(SORAYA BINTI HASAN)