Surat for Others Unit Uniform Pc Kem

7
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIT BELIA KE-12 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ PENGGAWA TIMUR KM 24, JALAN BESAR, 81750 MASAI, JOHOR, MALAYSIA Kepada, ___________________________ ___________________________ ___________________________ Tuan / Puan / Cik, Jemputan Ke Kem Pertolongan Cemas PBSMM Tahun 2015 Berhubung dengan perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak kami ingin menjemput persatuan tuan / puan / cik menyertai Kem Pertolongan Cemas PBSMM tahun 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur. 2. Kem tersebut akan diadakan dari 30 hb Mei 2015 hingga 31hb Mei 2015 sebagai satu program sempena hari cuti pertengahan tahun sekolah. 3. Tujuan kami mengadakan kem tersebut adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang pertolongan cemas ahli persatuan dan juga memupuk minat ahli- ahli terhadap aktiviti persatuan. Selain itu, kem ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara satu persatuan dengan persatuan yang lain. 4. Bersama dengan surat ini, kami telah sertakan dengan lampiran tentatif Kem Pertolongan Cemas PBSMM 2015 dan boring penyertaan. Jika ada sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Teo Xin Yong (5 Baiduri) dan Ang Zheng Feng (4 Baiduri) 5. Akhir sekali, kami berharap agar persatuan tuan / puan / cik dapat meluangkan masa untuk menyertai kem ini. Penyertaan persatuan tuan / puan / cik pasti akan menyerikan kem ini lagi. Sekian, terima kasih

description

.....

Transcript of Surat for Others Unit Uniform Pc Kem

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIT BELIA KE-12SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO PENGGAWA TIMUR KM 24, JALAN BESAR, 81750 MASAI, JOHOR, MALAYSIA

Kepada,_________________________________________________________________________________

Tuan / Puan / Cik,Jemputan Ke Kem Pertolongan Cemas PBSMM Tahun 2015Berhubung dengan perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak kami ingin menjemput persatuan tuan / puan / cik menyertai Kem Pertolongan Cemas PBSMM tahun 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur.2.Kem tersebut akan diadakan dari 30 hb Mei 2015 hingga 31hb Mei 2015 sebagai satu program sempena hari cuti pertengahan tahun sekolah.3.Tujuan kami mengadakan kem tersebut adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang pertolongan cemas ahli persatuan dan juga memupuk minat ahli- ahli terhadap aktiviti persatuan. Selain itu, kem ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara satu persatuan dengan persatuan yang lain.4.Bersama dengan surat ini, kami telah sertakan dengan lampiran tentatif Kem Pertolongan Cemas PBSMM 2015 dan boring penyertaan. Jika ada sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Teo Xin Yong (5 Baiduri) dan Ang Zheng Feng (4 Baiduri)5.Akhir sekali, kami berharap agar persatuan tuan / puan / cik dapat meluangkan masa untuk menyertai kem ini. Penyertaan persatuan tuan / puan / cik pasti akan menyerikan kem ini lagi.Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAYang menjalankan tugas,

___________________(SRJ. SHE XIAO HUI)Setiausaha,Persatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaUnit Belia Ke-12

___________________(S.M. TEO XIN YONG)Pengerusi,Persatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaUnit Belia Ke-12Disemakan oleh,

______________________(SRJ. ANG ZHENG FENG)Penyelaras,Persatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaUnit Belia Ke-12

Disahkan oleh,

_____________________________________(CIK NOOR NAZURAH BT. MOHD NASIR)Guru Penasihat,Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,Unit Belia Ke-12

S.K. : 1. Guru penasihat unit beruniform berkenaan 2. Setiausaha unit beruniform berkenaan

ATURCARAKEM PERTOLONGAN CEMAS 2015BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

HARI/ TARIKH : 30 dan 31 MEI 2015 (Sabtu & Ahad)

MASA : 30/5/2015- 8.00 pagi hingga 4.30 petang 31/5/2015 - 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

TEMPAT : Dewan Penggawa SMK Dato Penggawa TimurBAYARAN : RM 12 setiap peserta PAKAIAN:

Tarikh : 30 Mei 2015 ( Sabtu)7.00 7.15 pagi : Pendaftaran 7.15 7.30 pagi : Perasmian Majlis7.30 9.30 pagi : Slot 1- Pengetahuan PC9.30 9.45 pagi : Rehat9.45 11.00 tengah hari : Slot 2- Pengangkutan (Transportation)11.00 12.00 tengah hari : Slot 3- CPR & Posisi Pemulihan12.00 1.00 tengah hari : Slot4 - Balutan1.00 - 2.00 tengah hari : Makan tengah hari / Solat 2.00 4.15 tengah hari : Slot 4- Balutan4.15 4.30 petang: Taklimat ringkas 4.30 petang: Bersurai

Tarikh : 31 Mei 2015 (Ahad)8.00 8.15 pagi :Pendaftaran8.15 8.30 pagi : Aktiviti kumpulan8.30 9.30 pagi : Pertandingan: Kuiz Bee9.30 10.00 pagi : Aktiviti kumpulan10.00 11.00 pagi: Pertandingan: Relay (Lari berganti-ganti)11.00-11.30 pag: Minum pagi11.30 12.00 tengah hari : Penyampaian hadiah & Sesi pengambaran12.00 tengah hari: BersuraiPERATURAN KEM PERTOLONGAN CEMAS PBSMM 20151. Semua peserta dilarang meninggalkan atau keluar dari tapak perkhemahan sepanjang masa kem tanpa pengetahuan pihak penganjur.2. Semua peserta dilarang membawa barang-barang haram seperti dadah, rokok, permainan berunsur judi dan sebagainya.3. Semua peserta tidak digalakkan membawa barang-barang kemas yang berharga tinggi. Para peserta juga dinasihati supaya tidak membawa wang Ringgit Malaysia yang melebihi RM 50. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan barang- barang para peserta.4. Semua peserta dilarang bergaduh atau menimbulkan keadaan yang huru-hara sepanjang masa kem ini diadakan.5. Semua peserta dikehendaki menepati masa yang ditetapkan dan hadir di tempat yang ditempatkan apabila masa sampai. Tiada peserta yang dikecualikan daripada menyertai program yang ditetapkan.\6. Para peserta dikehendaki mengawal diri sendiri dan senyap semasa ceramah dan kursus dijalankan.7. Para peserta dikehendaki menghormati ahli jawatankuasa kem dan para peserta yang berpangkat, pegawai dan guru-guru yang menyertai kem ini.8. Para peserta dinasihati supaya menjaga kebersihan diri dan kawasan sekolah.9. Pihak berhak mengubah, manambah atau membetulkan peraturan kem pada bila-bila masa.10. Sesiapa yang melanggar peraturan kem dan peraturan sekolah akan dikenakan hukuman yang ditetapkan.BORANG PENYERTAANNAMA

NO. K/P

TINGKATAN

NO. TELEFON

NO. TEL. IBU/BAPA

ALAMAT

NAMA

NO. K/P

TINGKATAN

NO. TELEFON

NO. TEL. IBU/BAPA

ALAMAT

NAMA

NO. K/P

TINGKATAN

NO. TELEFON

NO. TEL. IBU/BAPA

ALAMAT

Pasukan: ______________________NAMA

NO. K/P

TINGKATAN

NO. TELEFON

NO. TEL. IBU/BAPA

ALAMAT

BILANGAN VEGETARIAN:_______________**Borang ini mesti diserahkan bersama dengan bayaran kepada Oon Jie Yi (4 Baiduri) sebelum 30 APRIL 2015