Surat Jemputan KEMNAS III 2015 - Rakan Ikram Musleh
description
Transcript of Surat Jemputan KEMNAS III 2015 - Rakan Ikram Musleh
Rujukan:MUSLEH / KRS / 5 - 1 (1/ 2015)
Tarikh:5 Julai 2015 / 18 Ramadhan 1436
Yang Berbahagia
Pengerusi Lembaga / Pengarah Eksekutif / Pengurus Besar / Pengetua / Guru Besar :
Sekolah Rangkaian RAKAN IKRAM MUSLEH
Tuan/Puan yang dihormati
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
JEMPUTAN KE PERKHEMAHAN NASIONAL (KEMNAS) III PRAMUKA SIT INDONESIA 2015
Semoga tuan/puan sentiasa sihat sejahtera dan mendapat perlindungan daripada Allah SWT amiin. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa MUSLEH telah menerima jemputan untuk menyertai Perkhemahan Nasional (KEMNAS) III Pramuka Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) yang akan diadakan pada 3 7 November 2015. Sehubungan dengan itu pihak Sekretariat KRSMUSLEH telah berbincang dan bersetuju untuk menghantar dua kontinjen KRS MUSLEH yang terdiri daripada wakil-wakil SRI SMI yang terpilih.
3. Oleh kerana jumlah anggota kontingen adalah terhad, maka Sekretariat KRSMUSLEH telah bersetuju untuk memilih wakil-wakil SRI SMI mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Satu kontinjen terdiri daripada 5 orang guru pengiring, 20 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan.
4. Berkaitan dengan pemilihan wakil sekolah maka pihak penganjur meminta supaya pihak sekolah tuan/puan dapat menghantar senarai nama peserta dan pembayaran yuran sebelum atau pada 15 Ogos 2015. Oleh itu, pihak sekolah diminta membuat pemilihan daripada kalangan Kadet KRS MUSLEH dan Tunas KRS Musleh di sekolah masing-masing.
5. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti dilampirkan.
6. Bersama ini disertakan butir-butir lanjut program berkenaan :
a. Tarikh perkhemahan: 3 7 November 2015
b. Tempat: Malang, Surabaya, Indonesia
c. Tempat melapor: KLIA 2
d. Tarikh dan masa: 10.30 12.30 tengahari, 31 Oktober 2015
e. Tarikh pergi: 31 Oktober 2015
f. Tarikh pulang: 9 November 2015
7. Adalah diharapkan dengan program ini dapat mengeratkan ikatan ukhuwah Islamiah dalam kalangan para peserta dan memantapkan kemahiran-kemahiran sebagai seorang pemimpin. Kerjasama dan komitmen tuan/puan dalam menjayakan usaha ini sangat-sangat diharapkan.
8. Semoga program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Di atas segala kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
Wassalam.
Yang menjalankan amanah
ABD RAHAIM BIN MD ISA
Pengerusi
JK Kadet Remaja Sekolah MUSLEH
Perhubungan :
Pengerusi: Abd Rahaim b. Md Isa : 013 2296552
Setiausaha: Shahrinizam b Mohd Amin: 013 4818252
sk. 1. Penaung KRS MUSLEH- Ust Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor
2. Penasihat KRS MUSLEH- Us. Mohd Shahir b. Ismail
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. PEMILIHAN PESERTA:
Sekolah Menengah
a. Terbuka kepada semua pelajar dan guru
b. Perwatakan soleh
c. Mampu berkomunikasi dengan baik
d. Sihat fizikal
e. Mempunyai pakaian seragam KRS MUSLEH yang lengkap (T-Shirt dan No.4)
f. Guru pengiring dibiayai oleh pihak sekolah
Sekolah Rendah
a. Terbuka kepada semua pelajar dan guru
b. Perwatakan soleh
c. Mampu berkomunikasi dengan baik
d. Sihat fizikal
e. Mempunyai pakaian seragam Tunas KRS MUSLEH yang lengkap (T-Shirt dan No.3)
f. Bersama seorang guru pengiring yang dibiayai oleh pihak sekolah
2. MAKLUMAT PESERTA
a. Nama penuh pelajar
b. Nama penuh bapa
c. Nama sekolah & alamat
d. No. Kad Pengenalan
e. No. Pasport
f. Tempat lahir & Tarikh lahir
g. Tingkatan / tahun
h. Berat & Tinggi
i. Gambar bersaiz pasport 2 keping (emailkan gambar digital)
j. Surat kebenaran ibubapa contoh lampirkan
k. Salinan muka depan pasport
l. Saiz t-shirt (S/M/L/XL)
(emailkan senarai peserta, salinan pasport, borang peserta & kebenaran waris)
3. YURAN PENYERTAAN :
a. Yuran penyertaan yang ditetapkan ialah RM 2000.00 seorang meliputi kos:
i. Tambang kapalterbang pergi/balik
ii. Tambang pengangkutan
iii. Yuran pendaftaran
iv. Kos keperluan makan minum di sana tidak disediakan oleh penganjur
v. Latihan berpusat termasuk bayaran makan, penginapan dan latihan sebelum perkhemahan
b. Penyediaan pasport adalah di bawah tanggungjawab sekolah / ibubapa
4. PENGHANTARAN MAKLUMAT DAN BAYARAN:
a. Semua maklumat yang di atas hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy dan diemelkan kepada [email protected] atau [email protected] menjelang 15 Ogos 2015.
b. Segala pembayaran atas nama MUSLEH BERHAD
(Bank Muamalat: 1403 0002540 71 9)
c. Slip bank wajib difakskan ke 03-89441448 (pejabat MUSLEH)
5. KEPERLUAN RUPADIRI, PAKAIAN DAN PERALATAN
a. RAMBUT
Bagi peserta lelaki wajib dipotong pendek. Saiz maksimum saiz 3. Peserta yang tidak berambut pendek seperti yang disyaratkan akan dikenakan tindakan disiplin dan kos memotong rambut di tempat berkumpul dikenakan sebanyak RM 10.00.
b. INDIVIDU
LELAKI
Pasport (6 bulan dari tarikh tamat)
Pakaian no 3 (rendah) dan no 4 (menengah)
Seluar sekolah
Kasut sukan
T-shirt KRSM
Seluar sukan berwarna gelap
Barret KRSM-mengikut warna yg ditetapkan
Kelengkapan mandi
Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya
Ubat-ubatan peribadi
2 bag sahaja (20 kg + 7 kg)
PEREMPUAN
Pasport (6 bulan dari tarikh tamat)
Pakaian no 3 (rendah) @ no 4 (menengah)
Tudung warna hijau, hitam dan putih
Kelengkapan mandi
Kasut sukan
T-shirt KRSM
Seluar sukan berwarna gelap
Barret KRSM-mengikut warna yg ditetapkan
Kelengkapan mandi
Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya
Ubat-ubatan peribadi
2 bag sahaja (20 kg + 7 kg)
Perhatian: Sila rujuk skima pemakaian KRSM bagi mengetahui standard pemakaian yang betul
6. PERALATAN PERKHEMAHAN (Individu)
a. Tali nilon ( 4 meter )
b. Kain anduh
c. Lampu suluh
d. Alat tulis
e. Alas tidur
f. Sleeping bag
g. Al-mathurat dan Al-Quran
*** Kamera, telefon pintar dan barang berharga adalah di bawah tanggungjawab sendiri
Barang-barang merbahaya dan salah disisi undang-undang adalah dilarang sama sekali dibawa bersama.
SURAT KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA
Bahawasanya saya ......................................................................................................................... adalah ibu/bapa/penjaga kepada pelajar ......................................................................................................... Tingkatan/Tahun .................................. no. pasport ........................................ memberi kebenaran kepada beliau untuk menyertai Perkhemahan Nasional III Pramuka SIT di Malang, Surabaya Indonesia 2015 yang akan diadakan pada 3 7 November 2015. Saya berjanji akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak urusetia KRS MUSLEH mengenai program di atas dalam menyediakan persiapan seperti yang dikehendaki.
............................................................................................
()Tarikh
No.KP :
BORANG PENDAFTARAN
PERKHEMAHAN NASIONAL PRAMUKA SIT
MALANG, SURABAYA, INDONESIA
3 7 NOVEMBER 2015
Pangkat
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Lain-lain
Sarjan KRSM / TKRSM
Staf Sarjan KRSM
Pegawai Waran
Pegawai Pengiring
Lain-lain
Bil
Nama
Pasport
Penyakit ( jika ada )
Sarjan
Bil
Nama
Pasport
Penyakit ( jika ada )
Staf Sarjan
Bil
Nama
Pasport
Penyakit ( jika ada )
Pegawai Waran
Bil
Nama
Pasport
Penyakit ( jika ada )
Pegawai Pengiring
Bil
Nama
Pasport
Penyakit (jika ada)
Disediakan olehDisahkan
.........................................................................
Komandan
MUSLEH BERHAD
No 9, Tingkat 2, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah, 43300 Seri Kembangan,
Selangor, Darul Ehsan
Tel: 603-89442448Faks: 603-89441448e-mel: HYPERLINK "mailto:[email protected]" [email protected]
Web site: HYPERLINK "http://www.musleh.com.my" www.musleh.com.my
Nama sekolah ;.................................................................................................................................
No Tel. & Fax ;....................................................................................................................................
Jumlah keseluruhan anggota di sekolah:Lelaki ;......................Perempuan :......................
Jumlah seksyen: Lelaki......................Perempuan:.......................
Jumlah Platun: Lelaki......................Perempuan........................