Surat Kiriman Tidak Rasmi

3
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 1. Karangan jenis surat kiriman tidak rsami merupakan karangan berformat. 2. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi. Surat ini dituliskan kepada ibu bapa,kaum keluarga,saudara - mara,rakan- rakan dan sahabat pena. 3. Terdapat beberapa jenis surat kiriman tidak rasmi seperti: a.surat bertanya khabar. b. surat tahniah. c. surat takziah. d. surat undangan. 4. Penggunaan kata ganti diri penerima sangat penting dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi.Yang berikut ialah senarai kata ganti diri: Ayah/bapa saudara- ayahanda Ibu/ibu saudara - ibunda/bonda Anak - anakanda Abang/kakak - kakanda Adik - adinda Datuk/nenek - nenda/nenenda Cucu - cucunda 5. Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut: a. Alamat pengirim di tulis di sudut atas sebelah kanan surat. b. Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dengan meletakkan tanda noktah(.) di hujungnya. c. Pembuka kata ditulis ke dalam sedikit dengan menyatakandi mana penerima berada,iaitu tempat,bandar atau negeri. Pembuka kata surat seperti "Menemui sahabatku... dengan selamatnya atau semoga dalam keadaan sihat..."

Transcript of Surat Kiriman Tidak Rasmi

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 1. Karangan jenis surat kiriman tidak rsami merupakan karangan berformat.2. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi. Surat ini dituliskan kepada ibu bapa,kaum keluarga,saudara - mara,rakan-rakan dan sahabat pena.3. Terdapat beberapa jenis surat kiriman tidak rasmi seperti: a.surat bertanya khabar. b. surat tahniah. c. surat takziah. d. surat undangan.4. Penggunaan kata ganti diri penerima sangat penting dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi.Yang berikut ialah senarai kata ganti diri: Ayah/bapa saudara- ayahanda Ibu/ibu saudara - ibunda/bonda Anak - anakanda Abang/kakak - kakanda Adik - adinda Datuk/nenek - nenda/nenenda Cucu - cucunda5. Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut: a. Alamat pengirim di tulis di sudut atas sebelah kanan surat.b. Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dengan meletakkan tanda noktah(.) di hujungnya.c. Pembuka kata ditulis ke dalam sedikit dengan menyatakandi mana penerima berada,iaitu tempat,bandar atau negeri. Pembuka kata surat seperti "Menemui sahabatku... dengan selamatnya atau semoga dalam keadaan sihat..."6. Kata panggilan seperti ayahanda,bonda,kakanda,adinda,saudara dan saudari ditulis pada sudut sebelah kiri,iaitu pada bahagian tepi surat.7. Pendahuluan surat biasanya bertanya khbar dan menyatakan keadaan diri pengirim.8. Perenggan isi dimulakan di sebelah dalam sedikit.9. Isi-isi penting ditulis dalam perenggan kedua dan seterusnya.10. Selepas penutup surat,tulislah "Yang ikhlas" atau "Yang benar" di sebelah kanan surat dan diikuti tanda koma (,) selepas itu.11. Tandatangan pengirim ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat.12. Gunakan bahasa yang mudah,baku dan tepat dalam karangan surat kiriman ini. Selain itu,murid juga boleh menggunakan ungkapan,kiasan atau peribahasa agar isi surat menjadi lebih menarik.

Kamu telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang kejayaan kamu itu.

No.2,Jalan Seroja,Taman Seri Jelita, 68100 Gombak, Selangor.

20 Mei 2015

Menemui sahabatku Abdul Salam yang berada di Hutan Melintang, Perak, semoga sihat hendaknya. Saya dan keluarga di sini sihat sejahtera. Saya harap saudara pun dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria bersama-sama keluarga. Saudara,

Tujuan saya mengirimkan warkah ini adalah untuk memberitahu saudara bahawa saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. saya juga telah mendapat tempat pertama dengan purata markah 88 peratus dan juga 5A bagi matapelajaran UPSR.

Sesungguhnya, saya berasa begitu bersyukur dengan kejayaan ini. Masih terlalu awal kejayaan yang saya kecapi ini dijadikan pengukur untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR nanti. Namun, ia menjadi motivasi untuk lebih cemerlang dalam pada pepriksaan akan datang. Kesempatan yang ada ini ingin sekali saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada saudara kerana telah banyak memberikan perangsang dan dorongan kepada saya. Sebenarnya, sikap gigih dan kecemerlangan yang dicapai oleh saudara telah menjadi penyuntik kepada kejayaan saya.

Harapan saya semoga kita berdua akan sama-sama berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan UPSR pada bulan September nanti.

Sekian sahaja coretan saya untuk warkah kali ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran, sambutlah salam mesra daripada saya. Yang Benar,Muhammad Rizal