Surat Lawatan Penanda Aras
-
Upload
yeema-mohgan -
Category
Documents
-
view
1.046 -
download
47
description
Transcript of Surat Lawatan Penanda Aras
Ruj : Tarikh : 30 JULAI 2015
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pondok Tanjung (RTBK)34130, KUBU GAJAH
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MELAWAT PUSAT SUMBER SEKOLAH
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Sumber SJK(T) Ladang Stoughton bercadang untuk membuat lawatan sambil belajar ke SK Pondok Tanjung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 3 OGOS 2015 Hari : Selasa Masa : 2.30 petang
Bilangan peserta : 3 orang guru
3. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk berkongsi ilmu untuk meningkatkan perkhidmatan pengurusan PSS yang cemerlang, seterusnya dapat dijadikan panduan dalam penzahiran pengurusan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti di Pusat Sumber SK Pondok Tanjung.
4. Diharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan.
Kerjasama tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
..............................................(EN. NAGARAJA A/L PALANIAPPAN)GURU BESARSJK(T) LADANG STOUGHTON
s.k : Fail Pusat Sumber
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG STOUGHTON
BATU KURAU 34510 BATU KURAU
Tel : 05-8801085 Faks : 05-8801085 E-mail : [email protected]
‘1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’