surat memohon kebenaran

4
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPPPU) Pusat Pengajian Pra-Universiti Universiti Malaysia Sarawak 93400 Kota Samarahan Sarawak Melalui Dekan Pusat Pengajian Pra-Universiti Universiti Malaysia Sarawak 93400 Kota Samarahan Sarawak Tuan Pengarah, Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak Wisma Kebajikan, Lot 4273 Blok 14 Off Jalan Siol Kanan 93050 Kuching Sarawak 8 April 2014 Tuan, Permohonan Mengadakan Lawatan dan Memberi Sumbangan kepada Rumah Kanak-Kanak Kuching Merujuk perkara di atas dan perbualan telefon di antara tuan dan saya pada 7 April 2014, maka kami ingin meminta kebenaran daripada pihak Tuan untuk mengadakan lawatan dan memberi sedikit sumbangan kepada Rumah Kanak-Kanak Kuching . 2. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan berkongsi pengalaman antara para pelajar Asasi UNIMAS dengan penghuni rumah kebajikan ini. Di samping itu, aktiviti ini diharapkan dapat memupuk sifat kasih sayang, pemurah dan perpaduan dikalangan pelajar. 3. Bersama ini disampaikan cadangan berkenaan lawatan seperti di bawah: Tarikh : 5 Mei 2014 (Ahad)

Transcript of surat memohon kebenaran

Page 1: surat memohon kebenaran

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPPPU) Pusat Pengajian Pra-Universiti Universiti Malaysia Sarawak 93400 Kota Samarahan Sarawak

Melalui

Dekan Pusat Pengajian Pra-UniversitiUniversiti Malaysia Sarawak93400 Kota SamarahanSarawak

Tuan Pengarah, Jabatan Kebajikan Negeri SarawakWisma Kebajikan, Lot 4273 Blok 14Off Jalan Siol Kanan 93050 KuchingSarawak 8 April 2014

Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan dan Memberi Sumbangan kepada Rumah Kanak-Kanak Kuching

Merujuk perkara di atas dan perbualan telefon di antara tuan dan saya pada 7 April 2014, maka kami ingin meminta kebenaran daripada pihak Tuan untuk mengadakan lawatan dan memberi sedikit sumbangan kepada Rumah Kanak-Kanak Kuching .

2. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan berkongsi pengalaman antara para pelajar Asasi UNIMAS dengan penghuni rumah kebajikan ini. Di samping itu, aktiviti ini diharapkan dapat memupuk sifat kasih sayang, pemurah dan perpaduan dikalangan pelajar.

3. Bersama ini disampaikan cadangan berkenaan lawatan seperti di bawah:

Tarikh : 5 Mei 2014 (Ahad)Masa : 5.30 petang hingga 9.00 malamJumlah peserta : 33 orangPengarah Program

: Muhammad Mashur Bin Besar (0105973866)

Tentatif : : Sila Rujuk Lampiran 1

4. Pihak kami juga bercadang untuk menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Kuching . Cadangan jenis barang yang akan disumbang adalah seperti di Lampiran 2.

Page 2: surat memohon kebenaran

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPPPU) Pusat Pengajian Pra-Universiti Universiti Malaysia Sarawak 93400 Kota Samarahan Sarawak

5. Adalah menjadi harapan kami agar pihak tuan dapat member maklumbalas bagi membolehkan pihak kami membuat tindakan sewajarnya. Di atas perhatian dan kerjasama kami ucapkan jutaan terima kasih.

“ Perpaduan Ummah , Menjamin Masa Depan Negara”

Sekian, terima kasih

Yang benar,

…………………

(Hafizd Zulhasni Bin Ismail Sainny)Exco Perhubungan Sosial,Aduan dan Kebajikan,No.Tel : 012-4784768/019-5982722

Emel : [email protected] / [email protected]

Page 3: surat memohon kebenaran

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPPPU) Pusat Pengajian Pra-Universiti Universiti Malaysia Sarawak 93400 Kota Samarahan Sarawak

Lampiran 1 : Tentatif Program

5.00 petang -Bertolak dari UNIMAS

5.40 petang - Sampai ke lokasi dan penyediaan tempat.

-Sesi pengenalan diri dan ramah mesra para pelajar dan anak yatim.

7.00 petang -Solat maghrib berjemaah

-Tazkirah pendek oleh Muhammad Mashur, EXCO Kerohanian

8.00 malam -Solat Isyak berjemaah

8.25 malam -Ucapan wakil Rumah Kanak-Kanak Kuching

-Ucapan wakil JPPPU

- Penyampaian Sumbangan kepada Rumah Kanak-kanak Kuching oleh wakil

JPPPU

9.00 malam -Bersurai dan bertolak pulang ke UNIMAS

Page 4: surat memohon kebenaran

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPPPU) Pusat Pengajian Pra-Universiti Universiti Malaysia Sarawak 93400 Kota Samarahan Sarawak

Lampiran 2: Jenis Barang-Barang Yang Hendak Diderma,

• Pakaian

• Alat-alat tulis

• Makanan ringan