Surat Mohon Bekalan Tiles

2
Rujukan : SKTA2/KK/600/49/009( 02) Tarikh : 27 April 2015 PENYELARAS PRASEKOLAH PPD KOTA KINABALU PUAN HANIFAH BT HABIBUDING (U/P : UNIT PEMBANGUNAN PPD KOTA KINABALU) Melalui : Datin Hjh Omai Salamah bt Hj Kamah Guru Besar SK Tanjung Aru II, Kota Kinabalu, Sabah. Tuan, MEMOHON PERUNTUKAN BEKALAN BAHAN MENTAH UNTUK NAIK TARAF KAWASAN PRASEKOLAH SK TANJUNG ARU II (STRUKTUR LANTAI DAN PAGAR KAWASAN PRASEKOLAH) Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak tuan/puan, penambahan bagi struktur bangunan berbumbung secara terbuka telah dimulakan semenjak tahun 2013 lagi. Pembinaannya telah diusahakan oleh AJK Permuafakatan Prasekolah dari kalangan ibu bapa/penjaga murid-murid prasekolah. Bagi struktur tiang dan bumbung telah berjaya didirikan. Fokus utama projek pembinaan pada kali ini ialah bahagian lantai dan pagar. Justeru, kami ingin memohon peruntukan bekalan bahan mentah bagi menyempurnakan proses pembinaan lantai dan pagar tersebut. 3. Rasional lantai dan pagar ini dibina adalah kerana (lampiran gambar disediakan) : 3.1 Kawasan yang tidak selamat untuk murid-murid prasekolah kerana struktur tanah yang tidak sekata. 3.2 Tidak ada kawasan yang baik dan selamat untuk mengadakan aktiviti luar. 3.3 Lokasi prasekolah yang tidak terurus persekitarannya. Contonya longkang dan akar-akar pokok berdekatan dengan pagar utama prasekolah. 3.4 Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti murid-murid terjatuh dan sebagainya. 4. Lokasi lantai dan pagar ini adalah di hadapan pintu utama bangunan prasekolah. Skop perincian kerja-kerja pembinaan lantai dan pagar ini ialah (Bahan-bahan yang diperlukan seperti di lampiran) : 4.1 Pembinaan tapak dan lantai setinggi 1-2 kaki seluas 27’ x 36’ 4.2 Pembaikan dan pembinaan pagar 4.3 Kerja-kerja pateri penutup longkang

description

surat rasmi

Transcript of Surat Mohon Bekalan Tiles

Page 1: Surat Mohon Bekalan Tiles

Rujukan : SKTA2/KK/600/49/009( 02) Tarikh : 27 April 2015

PENYELARAS PRASEKOLAH PPD KOTA KINABALUPUAN HANIFAH BT HABIBUDING(U/P : UNIT PEMBANGUNAN PPD KOTA KINABALU)

Melalui :Datin Hjh Omai Salamah bt Hj KamahGuru BesarSK Tanjung Aru II,Kota Kinabalu,Sabah.

Tuan,MEMOHON PERUNTUKAN BEKALAN BAHAN MENTAH UNTUK NAIK TARAF KAWASAN PRASEKOLAH SK TANJUNG ARU II (STRUKTUR LANTAI DAN PAGAR KAWASAN PRASEKOLAH)

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, penambahan bagi struktur bangunan berbumbung secara terbuka telah dimulakan semenjak tahun 2013 lagi. Pembinaannya telah diusahakan oleh AJK Permuafakatan Prasekolah dari kalangan ibu bapa/penjaga murid-murid prasekolah. Bagi struktur tiang dan bumbung telah berjaya didirikan.Fokus utama projek pembinaan pada kali ini ialah bahagian lantai dan pagar. Justeru, kami ingin memohon peruntukan bekalan bahan mentah bagi menyempurnakan proses pembinaan lantai dan pagar tersebut.

3. Rasional lantai dan pagar ini dibina adalah kerana (lampiran gambar disediakan) :3.1 Kawasan yang tidak selamat untuk murid-murid prasekolah kerana struktur tanah yang tidak

sekata.3.2 Tidak ada kawasan yang baik dan selamat untuk mengadakan aktiviti luar.3.3 Lokasi prasekolah yang tidak terurus persekitarannya. Contonya longkang dan akar-akar pokok

berdekatan dengan pagar utama prasekolah.3.4 Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti murid-murid terjatuh dan

sebagainya.

4. Lokasi lantai dan pagar ini adalah di hadapan pintu utama bangunan prasekolah. Skop perincian kerja-kerja pembinaan lantai dan pagar ini ialah (Bahan-bahan yang diperlukan seperti di lampiran) :

4.1 Pembinaan tapak dan lantai setinggi 1-2 kaki seluas 27’ x 36’4.2 Pembaikan dan pembinaan pagar4.3 Kerja-kerja pateri penutup longkang

5. Semoga permohonan daripada pihak Prasekolah SK Tanjung Aru II ini akan mendapat perhatian daripada pihak tuan/puan demi memberi keselesaan ruang dan pembelajaran guru dan murid serta yang paling utama adalah keselamatan murid-murid prasekolah. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

(ELINA ZALIHA BT MAHIZAN)Guru PrasekolahSK Tanjung Aru II, Kota Kinabalu

Sk : Fail sekolah

Page 2: Surat Mohon Bekalan Tiles

LAMPIRAN

SENARAI BAHAN MENTAH YANG DIPERLUKAN

BIL BAHAN KUANTITI

1 Timbus Tanah 4 lori

2 Pasir sungai 2 lori

3 Batu 1 lori

4 Simen 60 beg

5 BRC 27’ x 36’