Surat Mohon Kebenaran Jualan Pau

2
Kolej Burhanuddin Helmi College’s Office Rujukan: UKM2.4/261/2/2 (01) Tarikh: 25 Febuari 2014 Prof. Madya Dr. Kadderi Md Desa Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Madya, PERMOHONAN PEMBUKAAN RUANG JUALAN DI CAFETRERIA KOLEJ Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman Prof. Madya, Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi, Sekretariat Majlis Jamuan Makan Malam 2013/2014 ingin melakukan perniagaan kuih pau di cafeteria kolej. Perniagaan ini akan dilakukan selaras dengan waktu operasi cafeteria kolej. 3. Cadangan jualan ini menjadi salah satu inisiatif bagi ahli sekretariat kami bagi menjana kewangan yang menjadi dana bagi aktiviti Majlis Makan Malam Tahunan KBH sesi 2013/2014. Penjualan kuih pau di cafeteria kolej akan diurus selia secara sepenuhnya oleh ahli sekrtariat. 4. Sehubungan dengan itu, pihak sekretariat memohon daripada Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi untuk membenarkan aktiviti jualan kami di cafeteria kolej secara sah dengan tujuan yang dinyatakan. 5. Oleh hal yang demikian, kami berharap agar cadangan ini diberi pertimbangan dengan sewajarnya oleh pihak pengetua. Segala kerjasama yang diberikan didahulukan dengan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Pejabat Kolej Burhanuddin Helmi, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Telefon: 03-8921 5105, Faksimili: 03-8921 5199 Laman web: www.ukm.my/upp Emel: [email protected]

description

SURAT MOHON KEBENARAN JUALAN PAU

Transcript of Surat Mohon Kebenaran Jualan Pau

Page 1: Surat Mohon Kebenaran Jualan Pau

Kolej Burhanuddin Helmi College’s Office

Rujukan: UKM2.4/261/2/2 (01) Tarikh: 25 Febuari 2014

Prof. Madya Dr. Kadderi Md Desa Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi Universiti Kebangsaan Malaysia

Prof. Madya,

PERMOHONAN PEMBUKAAN RUANG JUALAN DI CAFETRERIA KOLEJ

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman Prof. Madya, Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi, Sekretariat Majlis Jamuan Makan Malam 2013/2014 ingin melakukan perniagaan kuih pau di cafeteria kolej. Perniagaan ini akan dilakukan selaras dengan waktu operasi cafeteria kolej.

3. Cadangan jualan ini menjadi salah satu inisiatif bagi ahli sekretariat kami bagi menjana kewangan yang menjadi dana bagi aktiviti Majlis Makan Malam Tahunan KBH sesi 2013/2014. Penjualan kuih pau di cafeteria kolej akan diurus selia secara sepenuhnya oleh ahli sekrtariat.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekretariat memohon daripada Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi untuk membenarkan aktiviti jualan kami di cafeteria kolej secara sah dengan tujuan yang dinyatakan.

5. Oleh hal yang demikian, kami berharap agar cadangan ini diberi pertimbangan dengan sewajarnya oleh pihak pengetua. Segala kerjasama yang diberikan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(ANIS ANWAR BIN SUHAIMI)Ketua PengarahProgram Burhanese ChronicleKolej Burhanuddin Helmi,Universiti Kebangsaan Malaysia

Pejabat Kolej Burhanuddin Helmi, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MalaysiaTelefon: 03-8921 5105, Faksimili: 03-8921 5199 Laman web: www.ukm.my/upp

Emel: [email protected]