Surat Mohon Penubuhan

6
Ruj : XBA 1302/JOKUM/10/01 Tarikh : 12.01.2010 Kepada; Guru Besar SK Batu Tiningkang WDT 12 89907 Tenom MEMOHON PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM , KELAB DAN PERSATUAN SERTA SUKAN DAN PERMAINAN Dengan hormatnya membawa perhatian puan untuk merujuk perkara yang bergaris di atas. 02. Untuk makluman pihak puan, Bahagian Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Batu Tiningkang, Tenom berhasrat untuk menubuhkan beberapa Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan yang berdaftar di sekolah ini. Objektifnya ialah untuk membantu mempertingkatkan ketahanan, kemahiran serta disiplin diri murid dalam semua bidang di samping mampu melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 03. Berserta ini dilampirkan bersama senarai Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan bagi SK Batu Tiningkang, Tenom. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar pihak puan meluluskan permohonan penubuhan unit-unit ini dan seterusnya memberikan sokongan padu bagi setiap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam semua peringkat. SK BATU TININGKANG WDT 12 89907 TENOM SABAH ﻭﻭﻭﻭم ﻭﻭﻭﻭﻭﻭﻭTel : 087-721 276 (Pejabat Am) : 087 -721 217 (Bilik

Transcript of Surat Mohon Penubuhan

Page 1: Surat Mohon Penubuhan

Ruj : XBA 1302/JOKUM/10/01Tarikh : 12.01.2010

Kepada;

Guru BesarSK Batu TiningkangWDT 1289907 Tenom

MEMOHON PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM, KELAB DAN PERSATUAN SERTA SUKAN DAN PERMAINAN

Dengan hormatnya membawa perhatian puan untuk merujuk perkara yang bergaris di atas.

02. Untuk makluman pihak puan, Bahagian Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Batu Tiningkang, Tenom berhasrat untuk menubuhkan beberapa Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan yang berdaftar di sekolah ini. Objektifnya ialah untuk membantu mempertingkatkan ketahanan, kemahiran serta disiplin diri murid dalam semua bidang di samping mampu melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

03. Berserta ini dilampirkan bersama senarai Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan bagi SK Batu Tiningkang, Tenom. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar pihak puan meluluskan permohonan penubuhan unit-unit ini dan seterusnya memberikan sokongan padu bagi setiap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam semua peringkat.

04. Atas kerjasama dan perhatian pihak puan dalam mempertimbangkan perkara ini didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

“BERBAKTI BERBUDI BERHEMAH TINGGI”

Yang menjalankan tugas

……………………………(PN. SITI ALINAH BUKARI)Penolong Kanan KOKUMSK Batu Tiningkang, Tenom.

SK BATU TININGKANGWDT 1289907 TENOMSABAH

باتو تينيغكغ تينومسکوله كبغساءن

Tel : 087-721 276 (Pejabat Am): 087 -721 217 (Bilik Komputer)

Page 2: Surat Mohon Penubuhan

Sk : Pejabat Pelajaran Daerah Tenom (Unit Kokurikulum)

Fail

Page 3: Surat Mohon Penubuhan

LAMPIRAN

Senarai Unit Beruniform SK Batu TiningkangBil. Unit Beruniform Guru Penasihat Catatan1. Pengakap En. Mohd Fauzil Kaimah

En. Ridzuan RazleeEn. Rauzly Awah

2. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

Pn. Noraida AzizCik Hapsah Abd. Ghani

3. Tunas Puteri Pn. Juliana SaimonPn. Surina Suparman

4. Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Pn. Musiah PansoiPn. Siti Alinah BukariEn. Mohd Ashraff Musa

5. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

En. Razalie Sahimin

Senarai Kelab dan Persatuan SK Batu TiningkangBil. Kelab dan Persatuan Guru Penasihat Catatan1. Kelab Bahasa

2. Kelab Keceriaan

3. Persatuan Sains dan Matematik

4. Persatuan Agama Islam

Senarai Sukan dan Permainan SK Batu TiningkangBil. Sukan dan Permainan Guru Penasihat Catatan1. Bola Jaring

2. Bola Sepak

3. Bola Tampar

4. Permainan dalaman

5. Olahraga

Page 4: Surat Mohon Penubuhan

Ruj : XBA 1302/JOKUM/10/02Tarikh : 13.01.2010

Kepada;Unit Ko-KurikulumSK Batu Tiningkang,TENOM.(U.P: PK. KOKUM)

KEBENARAN MENUBUHKAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM, KELAB DAN PERSATUAN SERTA SUKAN DAN PERMAINAN

Perkara di atas adalah di rujuk.

02. Berdasarkan permohonan puan melalui surat ruj: XBA 1302/JOKUM/10/01 bertarikh 12.01.2010, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan puan untuk menubuhkan Pasukan Unit beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan SK Batu Tiningkang, Tenom telah diluluskan. Dengan itu secara tidak langsung semua pasukan ini akan didaftarkan ke dalam Unit Ko – Kurikulum SK Batu Tiningkang, Tenom.

03. Oleh yang demikian diharapkan agar semua pasukan ini boleh bergerak secara aktif bagi membantu melahirkan generasi yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.

Sekian dan terima kasih.

“BERBAKTI BERBUDI BERHEMAH TINGGI”

Yang menjalankan tugas

…………………………..(Pn. Musiah Pansoi)Guru Besar SK Batu Tiningkang, Tenom.

Sk : Pejabat Pelajaran Daerah Tenom (Unit Kokurikulum)

Fail

SK BATU TININGKANGWDT 1289907 TENOMSABAH

باتو تينيغكغ تينومسکوله كبغساءن

Tel : 087-721 276 (Pejabat Am): 087 -721 217 (Bilik Komputer)