Surat Mohon Tidak Hadir Kursus

download Surat Mohon Tidak Hadir Kursus

of 2

description

surat

Transcript of Surat Mohon Tidak Hadir Kursus

Faridah Binti JahoriPejabat Pendidikan Daerah Dalat96300 Dalat

PengarahJabatan Pendidikan Negeri SarawakJalan Diplomatik, Off Jalan BakoPetra Jaya93050 Kuching3 SEPTEMBER 2015

Puan,

MEMOHON UNTUK TIDAK MENGHADIRI KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN LATIHAN SISC+ MATEMATIK ZON SARAWAK DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) 2015 Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Faridah Bt Jahori, SISC+ Matematik Sekolah Menengah Pejabat Pendidikan Daerah Dalat, ingin memohon untuk tidak menghadiri Kursus di atas kerana:

a. Saya merupakan ibu tunggal dan biasanya mengharapkan ayah saya untuk menjaga anak saya jika saya bertugas di luar daerah. Ibu saya pula terlantar sakit. Tetapi , dalam tempoh 8 - 10 September 2015 , saya perlu berada di sisi anak saya yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR 2015 walaupun ada ayah dan ibu saya. Saya telah memohon cuti untuk tiga hari ini dan telah pun diluluskan.b. Walaupun anak saya tidak disasarkan pihak sekolah untuk mendapat 5A, saya tetap ingin berada di samping anak saya sepanjang tempoh 3 hari berharga anak saya sebagai motivasi dan sokongan kepada anak saya. c. Semenjak saya melapor diri menjadi SISC+ di Pejabat Pendidikan Daerah Dalat Januari lepas, saya tidak pernah gagal untuk hadir ke kursus yang dianjurkan oleh KPM mahupun JPNS. Cuma untuk kali ini, saya mohon untuk tidak hadir. Namun begitu, bahan-bahan kursus saya akan dapatkan dari rakan-rakan SISC+ Matematik yang lain.

3. Saya berharap permohonan saya mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak puan.

Sekian , terima kasih

( FARIDAH BINTI JAHORI )SISC+ MATEMATIK SMPejabat Pendidikan Daerah Dalat