Surat Peah

6
MUHAMMAD NURSYAMIM BIN MAHAMAD Bilik 06-118, Blok Parit Soleh, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn, KM 7.75 Jalan Kluang, 83009 Batu Pahat, Johor Darul Takzim Dr.Rafiah binti Abd. Rahman, Ketua Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn, KM 7.75 Jalan Kluang, 83009 Batu Pahat, Johor Darul Takzim 23 SEPTEMBER 2011 Puan, MENJELASKAN SEBAB TIDAK MENGHADIRI KULIAH. Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Nursyamim bin Mahamad dari Opsyen Pendidikan Khas PISMP Ambilan Januari 2010 ingin memberikan penjelasan berhubung ketidakhadiran kuliah pada tarikh 12 September 2011.

description

peah

Transcript of Surat Peah

MUHAMMAD NURSYAMIM BIN MAHAMAD

Bilik 06-118, Blok Parit Soleh,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tun Hussein Onn,

KM 7.75 Jalan Kluang,

83009 Batu Pahat,

Johor Darul Takzim

Dr.Rafiah binti Abd. Rahman,

Ketua Jabatan Bahasa,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tun Hussein Onn,

KM 7.75 Jalan Kluang,

83009 Batu Pahat,

Johor Darul Takzim

23 SEPTEMBER 2011

Puan,

MENJELASKAN SEBAB TIDAK MENGHADIRI KULIAH.Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Nursyamim bin Mahamad dari Opsyen Pendidikan Khas PISMP Ambilan Januari 2010 ingin memberikan penjelasan berhubung ketidakhadiran kuliah pada tarikh 12 September 2011.

2. Saya tidak menghadiri kuliah kerana pada ketika itu, saya mengalami gangguan kesihatan iaitu demam. Saya tidak berupaya untuk melakukan sebarang kerja kerana badan yang terlalu lemah. Oleh hal yang demikian, saya tidak dapat pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan susulan walhal di klinik yang berdekatan.

3. Sehubungan itu, saya amat berharap pihak puan dapat memahami situasi yang saya hadapi ini. Saya juga amat berharap pihak puan dapat memaafkan saya lantas menerima sebab saya kerana tidak menghadiri kuliah pada tarikh yang telah saya nyatakan iaitu 12 September 2011. Seterusnya saya memohon agar saya dapat dikecualikan dari tindakan tatatertib. Saya juga berjanji perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(MUHAMMAD NURSYAMIM BIN MAHAMAD)

Pelajar,

Opsyen Pendidikan Khas,

PISMP Semester 4, Ambilan Januari 2010.

MUHAMMAD NURSYAMIM BIN MAHAMAD

Bilik 06-118, Blok Parit Soleh,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tun Hussein Onn,

KM 7.75 Jalan Kluang,

83009 Batu Pahat,

Johor Darul Takzim

Dr.Rafiah binti Abd. Rahman,

Ketua Jabatan Bahasa,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tun Hussein Onn,

KM 7.75 Jalan Kluang,

83009 Batu Pahat,

Johor Darul Takzim

23 SEPTEMBER 2011

Puan,

MENJELASKAN SEBAB TIDAK MENGHADIRI KULIAH.Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Nursyamim bin Mahamad dari Opsyen Pendidikan Khas PISMP Ambilan Januari 2010 ingin memberikan penjelasan berhubung ketidakhadiran kuliah pada tarikh 19 September 2011.

2. Saya tidak menghadiri kuliah kerana pada ketika itu, saya telah tertidur dan semasa masa rehat di antara pukul 1.00 tengahari hingga pukul 2.00 petang. Saya telah tertidur sehingga saya dapati waktu saya tersedar adalah pada pukul 3.50 petang. Saya mendapati jika saya pergi ke kelas mungkin saya akan sampai pukul 4.00 petang yakni saya akan terlepas juga sesi pembelajaran.3. Sehubungan itu, saya amat berharap pihak puan dapat memahami situasi yang saya hadapi ini. Saya juga amat berharap pihak puan dapat memaafkan saya lantas menerima sebab saya kerana tidak menghadiri kuliah pada tarikh yang telah saya nyatakan iaitu 19 September 2011. Seterusnya saya memohon agar saya dapat dikecualikan dari tindakan tatatertib. Saya juga berjanji perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(MUHAMMAD NURSYAMIM BIN MAHAMAD)

Pelajar,

Opsyen Pendidikan Khas,

PISMP Semester 4, Ambilan Januari 2010.

.