SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/1991 : Buku Teks Mata ...

3
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PESIARAN DUTA OFF JALAN DUTA 50604 KUALA LUMPUR Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Tel : 03-2541522/2541614 Kawat : “PENDIDIKAN” Ruj. Tuan : KP(BS)8591/Jld.VI / (60) Ruj. Kami : KP(PPK)018/4/Jld.VI (21) Tarikh : 29 Oktober 1991 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Malaysia Y.Bhg. Dato’/Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/1991 : Buku Teks Mata Pelajaran Elektif Kesusasteraan Melayu Tingkatan IV dan V KBSM 1992 Sebagaimana Y.Bhg. Dato’/Tuan sedia maklum bahawa pgorgam Kesusasteraan Melayu sebagai satu mata pelajaran elektif Tingkatan IV dan V KBSM akan dilaksanakan pada tahun persekolahan 1992 yang bermula pada bulan Disember 1991. 2. Sehubungan dengan ini, bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu senarai teks yang telah ditetapkan adalah seperti pada LAMPIRAN I. 3. Dimaklumkan juga bahawa pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran ini diwajibkan mengkaji kelima-lima teks tersebut yang mewakili setiap genre. 4. Oleh itu, pihak Y.Bhg. Dato’/Tuan adalah diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya dan memaklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua Pejabat Pendidikan Bahagian/Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah menengah di bawah jagaan Y.Bhg. Dato’/Tuan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA dan CINTAILAH BAHASA KITA” TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Transcript of SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/1991 : Buku Teks Mata ...

Page 1: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/1991 : Buku Teks Mata ...

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PESIARAN DUTA OFF JALAN DUTA 50604 KUALA LUMPUR

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel : 03-2541522/2541614 Kawat : “PENDIDIKAN”

Ruj. Tuan :

KP(BS)8591/Jld.VI / (60) Ruj. Kami : KP(PPK)018/4/Jld.VI (21)

Tarikh : 29 Oktober 1991

Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Malaysia Y.Bhg. Dato’/Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/1991 : Buku Teks Mata Pelajaran Elektif Kesusasteraan Melayu Tingkatan IV dan V KBSM 1992 Sebagaimana Y.Bhg. Dato’/Tuan sedia maklum bahawa pgorgam Kesusasteraan Melayu sebagai satu mata pelajaran elektif Tingkatan IV dan V KBSM akan dilaksanakan pada tahun persekolahan 1992 yang bermula pada bulan Disember 1991. 2. Sehubungan dengan ini, bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu senarai teks yang telah ditetapkan adalah seperti pada LAMPIRAN I. 3. Dimaklumkan juga bahawa pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran ini diwajibkan mengkaji kelima-lima teks tersebut yang mewakili setiap genre. 4. Oleh itu, pihak Y.Bhg. Dato’/Tuan adalah diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya dan memaklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua Pejabat Pendidikan Bahagian/Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah menengah di bawah jagaan Y.Bhg. Dato’/Tuan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA dan CINTAILAH BAHASA KITA” TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Page 2: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/1991 : Buku Teks Mata ...

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k 1. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Timbalan Ketua Setiausaha I dan II

Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dan II Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua Jemaah Nazir

Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Setiausaha Sulit Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia

6. Setiausaha Sulit

Y.B. Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

Page 3: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/1991 : Buku Teks Mata ...

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN I

SENARAI TEKS MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU

TINGKATAN IV DAN V KBSM

Bil. Genre Judul Teks Penerbit

1. Novel Mereka Yang Tertewas, Edisi Pelajar, Tahun Penerbitan 1991

Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Cerpen Kelapa Nan Sebatang, Edisi Baru, Tahun Penerbitan 1991

Masa Enterprise

3. Drama Keris Laksamana Bentan, Tahun Penerbitan 1984

Fajar Bakti

4. Prosa Klasik Rampaisari Prosa Warisan, Edisi Baru, tahun Penerbitan 1992

Fajar Bakti

5. Puisi Lukisan Zaman, Edisi Baru, Tahun Penerbitan 1991

Marwilis Publisher