SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 22/1998: · PDF fileyang tidak seimbang dalam taburan...

2
1 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/Jld. XIV/(22) 11 September 1998 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 22/1998: Penempatan dan Pertukaran Guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Mengikut Keperluan Perkhidmatan Surat Pekeliling lkhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 3/1975: Panduan Bagi Pertukaran Guru-Guru, bertarikh 9 Mei 1975, Rujukan KPS.0503/Jld.lll/(42). 2. Berasaskan maklumat yang diperolehi, Kementerian Pendidikan mendapati keadaan yang tidak seimbang dalam taburan penempatan guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, disekolah rendah dan menengah di negeri-negeri. Terdapat daerah atau sekolah yang mempunyai kelebihan guru manakala pada masa yang sama pula terdapat daerah atau sekolah yang mengalami kekurangan guru. Taburan yang tidak seimbang ini telah menyebabkan guru-guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains tidak mengajar mata pelajaran opsyen masing-masing dan kemahiran mereka tidak dapat digunakan sepenuhnya. 3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, semua Pengarah Pendidikan Negeri adalah diminta memastikan bahawa tenaga guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains digunakan secara optimum mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan. 3.1 Penempatan Guru Lepasan Maktab dan Universiti Penempatan guru-guru baru di sekolah rendah dan menengah adalah berdasarkan kepada keperluan negeri dan opsyen berkenaan. Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menempatkan guru-guru berkenaan ke sekolah-sekolah yang masih menghadapi kekurangan guru, khususnya bagi opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Dalam melaksanakan penempatan tersebut, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mengutamakan keperluan perkhidmatan daripada memberi pertimbangan kepada aspek- aspek lain. 3.2 Penempatan Semula Guru-Guru Terlatih Di Sekolah Rendah dan Di Sekolah Menengah Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyemak kedudukan guru-guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang tidak mengajar mata pelajaran opsyen masing-masing dan membuat penyusunan semula supaya tenaga dan kemahiran guru-guru tersebut dapat digunakan sepenuhnya.

Transcript of SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 22/1998: · PDF fileyang tidak seimbang dalam taburan...

Page 1: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 22/1998: · PDF fileyang tidak seimbang dalam taburan penempatan guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik ... keperluan perkhidmatan daripada memberi pertimbangan

1

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAOffice of the Director General of Education MalaysiaPARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARALevel 7 Block J Damansara Town Centre50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(22)11 September 1998

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 22/1998:Penempatan dan Pertukaran Guru Bahasa Inggeris,Matematik dan Sains Mengikut Keperluan Perkhidmatan

Surat Pekeliling lkhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling lkhtisas Bil.3/1975: Panduan Bagi Pertukaran Guru-Guru, bertarikh 9 Mei 1975, RujukanKPS.0503/Jld.lll/(42).

2. Berasaskan maklumat yang diperolehi, Kementerian Pendidikan mendapati keadaanyang tidak seimbang dalam taburan penempatan guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematikdan Sains, disekolah rendah dan menengah di negeri-negeri. Terdapat daerah atau sekolahyang mempunyai kelebihan guru manakala pada masa yang sama pula terdapat daerahatau sekolah yang mengalami kekurangan guru. Taburan yang tidak seimbang ini telahmenyebabkan guru-guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains tidak mengajar matapelajaran opsyen masing-masing dan kemahiran mereka tidak dapat digunakansepenuhnya.

3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, semua Pengarah Pendidikan Negeri adalahdiminta memastikan bahawa tenaga guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sainsdigunakan secara optimum mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan.

3.1 Penempatan Guru Lepasan Maktab dan Universiti

Penempatan guru-guru baru di sekolah rendah dan menengah adalahberdasarkan kepada keperluan negeri dan opsyen berkenaan. JabatanPendidikan Negeri hendaklah menempatkan guru-guru berkenaan kesekolah-sekolah yang masih menghadapi kekurangan guru, khususnya bagiopsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Dalam melaksanakanpenempatan tersebut, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mengutamakankeperluan perkhidmatan daripada memberi pertimbangan kepada aspek-aspek lain.

3.2 Penempatan Semula Guru-Guru Terlatih Di Sekolah Rendah dan DiSekolah Menengah

Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyemak kedudukan guru-guruopsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang tidak mengajar matapelajaran opsyen masing-masing dan membuat penyusunan semula supayatenaga dan kemahiran guru-guru tersebut dapat digunakan sepenuhnya.

Page 2: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 22/1998: · PDF fileyang tidak seimbang dalam taburan penempatan guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik ... keperluan perkhidmatan daripada memberi pertimbangan

2

Sekiranya terdapat lebihan guru opsyen berkenaan di sekolah-sekolah,Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah memindahkan mereka ke sekolah laindalam daerah yang sama atau ke kawasan yang berhampiran supaya tidakmelibatkan pembayaran elaun perpindahan oleh Jabatan Pendidikan Negeriatau Kementerian Pendidikan.

3.3 Pertukaran Guru Antara Negeri atau Dalam Negeri

Kementerian Pendidikan telah menetapkan bahawa semua pertukaran guruantara negeri dan dalam negeri dilakukan secara berjadual iaitu pada awaltahun dan pada pertengahan tahun (2 kali sahaja). Walau bagaimanapun,Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian-Bahagian yang terlibat diKementerian Pendidikan bolehlah memberi pertimbangan khas untukmeluluskan pertukaran guru jika didapati permohonan itu memenuhikepentingan perkhidmatan.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua pegawai diJabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah di negeriY.Bhg. Dato'/ Datin/Tuan/Puan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAHKetua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul RazakMenteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid YunusTimbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan OnnTimbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8. Ketua Nazir Sekolah

9. Pegawai Perhubungan Awam