SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 1982...
Transcript of SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 1982...
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 1982 PINDAAN KEPADA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3
TAHUN 1981
Tuan,
ARAHAN MENGENAI PENGISYTIHARAN HARTA OLEH PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KERAJAAN YANG BERADA
DALAM TINGKATAN TERTINGGI "D" KE ATAS DAN KETUA-KETUA JABATAN
Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk meminda beberapa peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1981 seperti berikut:
(i) Potong rangkaikata terakhir yang berbunyi "mengikut peraturan-peraturan sebagaimana yang terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1981". di perenggan 7.
(ii) Potong ayat terakhir yang berbunyi "Pengisytiharan seterusnya hendaklah dibuat mengikut peraturan-peraturan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1981." di perenggan 8.
(iii) Potong rangkaikata terakhir yang berbunyi "mengikut peraturan-peraturan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1981." di perenggan 10.
Saya yang menurut perintah,
(HAJI ABDUL RAHMAN BIN PILUS) Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia.
13hb Februari, 1982 Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Ketua-ketua Jabatan Persekutuan. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri.
s.k.: Semua Pihak Pengurusan Badan-badan Berkanun. Semua Pihak Pengurusan Perbadanan-perbadanan. Semua Pihak Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan.