Surat Pemberitahuan Aktiviti Koku...Rabu Khamis

3
SK. DATO SERI MAHARAJALELA, KM. 3, JALAN BULOH KASAP , PEKAN JABI , 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM Kod Sekolah: JBA 7006 Telefon & Fax : 07- 9312029 Ruj. Tuan : Ruj. Kami : JBA7006.37/700- 1/2/1(1) Tarikh : 09 JANUARI 2012 Kepada, Guru-guru, Ibu bapa dan penjaga murid, SK. Dato’ Seri Maharajalela, Segamat, Johor. Tuan , AKTIVITI KOKURIKULUM UNIT SERAGAM BERUNIFORM, PERSATUAN DAN PERMAINAN Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa semua aktiviti bagi unit beruniform, persatuan dan permainan tidak lagi dijalankan pada hari Sabtu. Sebaliknya, semua aktiviti tersebut akan dilaksanakan pada setiap minggu persekolahan seperti butiran berikut bermula pada hari Rabu 11 Januari 2012 : Tarikh : Setiap Rabu ( Unit Seragam Beruniform ) Setiap Khamis ( Unit Persatuan/Kelab - minggu 1, 3, dan 5 ) ( Unit Permainan - minggu 2 dan 4 ) Masa : 1.30 tengahari hingga 2.30 petang. Tempat : SK Dato`Seri Maharajalela, Segamat ( Rujuk lampiran yang diberikan ) 3. Diharap tuan dapat memastikan anak jagaan tuan memakai pakaian yang sewajarnya ketika hadir ke sekolah pada hari tersebut. Bagi unit Seragam Beruniform, pemakaian pakaian seragam yang lengkap adalah DIWAJIBKAN pada setiap perjumpaan. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Salihin/koku

description

surat aktiviti koko

Transcript of Surat Pemberitahuan Aktiviti Koku...Rabu Khamis

Page 1: Surat Pemberitahuan Aktiviti Koku...Rabu Khamis

SK. DATO SERI MAHARAJALELA,KM. 3, JALAN BULOH KASAP ,PEKAN JABI ,85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIMKod Sekolah: JBA 7006 Telefon & Fax : 07- 9312029

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : JBA7006.37/700-1/2/1(1)Tarikh : 09 JANUARI 2012

Kepada,Guru-guru, Ibu bapa dan penjaga murid,SK. Dato’ Seri Maharajalela,Segamat, Johor.

Tuan ,

AKTIVITI KOKURIKULUM UNIT SERAGAM BERUNIFORM, PERSATUAN DAN PERMAINAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa semua aktiviti bagi unit beruniform, persatuan dan permainan tidak lagi dijalankan pada hari Sabtu. Sebaliknya, semua aktiviti tersebut akan dilaksanakan pada setiap minggu persekolahan seperti butiran berikut bermula pada hari Rabu 11 Januari 2012 :

Tarikh : Setiap Rabu ( Unit Seragam Beruniform )

Setiap Khamis ( Unit Persatuan/Kelab - minggu 1, 3, dan 5 )

( Unit Permainan - minggu 2 dan 4 )

Masa : 1.30 tengahari hingga 2.30 petang.

Tempat : SK Dato`Seri Maharajalela, Segamat

( Rujuk lampiran yang diberikan )

3. Diharap tuan dapat memastikan anak jagaan tuan memakai pakaian yang sewajarnya ketika hadir ke sekolah pada hari tersebut. Bagi unit Seragam Beruniform, pemakaian pakaian seragam yang lengkap adalah DIWAJIBKAN pada setiap perjumpaan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(MOHAMED ELHAM BIN MOHAMED SOHEH.PIS)Guru Besar,SK Dato’ Seri Maharajalela,Segamat, Johor.

Salihin/koku

Page 2: Surat Pemberitahuan Aktiviti Koku...Rabu Khamis

SK. DATO SERI MAHARAJALELA,KM. 3, JALAN BULOH KASAP ,PEKAN JABI ,85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIMKod Sekolah: JBA 7006 Telefon & Fax : 07- 9312029

PROGRAM KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)}

Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)}

dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}.

Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam (badan beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan. {Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. {Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

Salihin/koku