Surat pemberitahuan kelastambahan
-
Upload
zatil-nabilah -
Category
Education
-
view
47 -
download
8
Transcript of Surat pemberitahuan kelastambahan
Telefon : 019-8249556 e-mail: [email protected]
”PERUBAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN MENAJA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN”
”1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”Ruj kami : JPS(W)SKSI(Kur)153/06/02/09(03)
Tarikh : 16 Mei 2014
Kepada :Ibubapa/Penjaga,
Tuan / Puan,
KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 (PROGRAM “CUTIKU CEMERLANG”) BULAN JUN 2014
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa semua pelajar Tahun 6 perlu mengikuti Kelas Tambahan pada bulan Jun 2014. Berikut adalah perkara untuk makluman tuan/puan.
Tarikh : 12 hingga 15 Jun 2012Hari : Rabu hingga AhadTarikh Lapor Diri : 11 Jun 2012Masa : 2.30 petang – 05.00 petangKehadiran : WAJIB (sila telefon Guru Kanan Pentadbiran, En. Lembang Anak Alang
jika tidak dapat hadir, 019-8453159)
3. Oleh yang demikian, pihak sekolah sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat membenarkan anak jagaan tuan/puan mengikuti program tersebut. Bersama ini dilampirkan jadual waktu kelas tambahan Tahun 6.
4. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami sanjungi.
Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………….
( EN. PAUL ANAK JARUM )Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Sangan Iban,Tatau.
SKSI/2014
SEKOLAH KEBANGSAAN SANGAN IBAN,D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TATAU,JALAN KAMPUNG DAGANG,97200 TATAU,BINTULU.