Surat Pengguran Pengawas

download Surat Pengguran Pengawas

of 1

description

Pengguguran pengawas adalah satu prosedur yang sangat sedih. Tetapi walaubagaimanapun prosedur ini perlu dilakukan demi kepentingan sekolah. Ini adalah satu langkah untuk melicinkan lagi perjalanan organisasi pengawas. Surat ini adalah satu contoh yang sangat sesuai untuk dijadikan satu medium proses menggugurkan jawatan pengawas.

Transcript of Surat Pengguran Pengawas

SK. BANDAR EASTER

SK. BANDAR EASTER

PETI SURAT 17,

81907, KOTA TINGGI,

JOHOR DARUL TAKZIM.

KOD-JBA: 3047

( 07-8926462

Ruj Kami : JBA3047/006/03/06

Tarikh : 16 NOVEMBER 2015Kepada,

Ibubapa / Penjaga,

Tuan,

KEPUTUSAN SARINGAN SEMULA DAN TEMUDUGA KE JAWATAN PENGAWAS SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2016

Merujuk kepada surat bernombor rujukan JBA3047/006/03/04 bertarikh 8 November 2015, pihak sekolah telah membuat saringan semula terhadap Pengawas Sekolah yang sedia ada dan membuat temuduga kepada pelajar baru yang telah dicalonkan untuk menjawat jawatan sebagai Pengawas Sekolah untuk sesi persekolahan 2016.

2.Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan / puan telah gagal untuk mencapai standard yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam beberapa kriteria-kriteria seperti berikut :

2.1 Pencapaian akademik ( berdasarkan Ujian dan Peperiksaan Awam )

2.2 Sikap dan sahsiah.

2.3 Sifat kepimpinan.

2.4 Komunikasi.

2.5 Sumbangan dan penglibatan pelajar.

2.6 Laporan disiplin.

3.Oleh yang demikian, Panel Pemilih telah bermesyuarat dan membuat keputusan dan dukacita dimaklumkan bahawa anak tuan / puan tidak terpilih untuk dilantik sebagai Pengawas Sekolah bagi sesi persekolahan 2016 kelak.

4. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan / puan atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh tuan / puan.

Sekian,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

.........................................

( )