Surat Perjanjian

3
SURAT PERJANJIAN SEWA TAPAK LOT TANAH BAHAWA Perjanjian Bertulis ini diperbuat di Baling, dalam Daerah Baling, Negeri Kedah Darul Aman, pada 15 hb Februari 2011, DI ANTARA 1. HAMZAH BIN OTHMAN , pemegang kad pengenalan no. 710616-02-5625 , yang beralamat di, Kampung Padang Keras, Jalan Chepir, 08200 Sik, Kedah Darul Aman. DAN 2. ABD. RAHMAN BIN MAT RAMLI , pemegang kad pengenalan no. 850529- 10-5015 , yang beralamat di, Bt58, Jalan Weng, , 09100 Baling, Kedah Darul Aman, yang selepas ini disebut sebagai “PIHAK KEDUA” (Di Satu Pihak yang Lain). DAN adalah kedua-dua pihak seperti mana tersebut di atas, dalam memeterai Perjanjian ini telah pun secara bersama mengaku serta berikrar telah bersetuju dan menerima kepada syarat-syarat atau terma-terma kepada Perjanjian ini dan menurunkan tandatangan masing-masing di hadapan saksi-saksi seperti mana di bawah, seperti berikut : SYARAT-SYARAT ATAU TERMA-TERMA PERJANJIAN : 1. PIHAK-PIHAK PERTAMA mengaku adalah waris-waris dan wasi-wasi kepada si mati bernama AWANG BOH BIN JUSOH, yang merupakan pemilik berdaftar dan tuan punya 1 / 1 bahagian kepentingan ke atas sebidang lot tanah yang dikenali dengan hakmilik , No. Lot : 638 yang letaknya di kawasan Mukim Siong, Baling Kedah Darul Aman., yang selepas ini disebut “Lot Tanah”. 2. Pada hari ini, PIHAK PERTAMA mengaku telah bersetuju menyewakan 1 / 1 bahagian kepentingan milik si mati tersebut kepada PIHAK KEDUA untuk tempoh masa selama sepuluh (10) tahun, berkuatkuasa mulai 20.01.2014 sehingga 19.02.2024 dengan harga sewaan tapak secara bayaran sewa tahunan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja). 3. PIHAK PERTAMA juga bersetuju bagi tahun pertama dan tahun kedua, PIHAK KEDUA tidak perlu membayar sebarang caj sewaan. Caj sewaan tapak lot tanah dikenakan pada sewaan bagi tahun ketiga dan seterusnya. 4. PIHAK KEDUA mestilah menjelaskan bayaran sewaan tahunan bagi tahun ketiga dan seterusnya kepada PIHAK PERTAMA tanpa sebarang penangguhan. 5. Pada hari ini, PIHAK PERTAMA akui telah pun menyerahkan keseluruhan 1 / 1 bahagian ke atas lot tanah tersebut kepada PIHAK KEDUA untuk diusahakan oleh PIHAK KEDUA dan apa-apa hasil pendapatan ke atas lot tanah tersebut adalah menjadi hak dan kepentingan PIHAK KEDUA sahaja. 6. Sepanjang tempoh Perjanjian ini masih dalam kuat kuasa, PIHAK PERTAMA atau wakilnya adalah dilarang sama sekali daripada menjual atau memindah milik atau memajak atau menyewa lot tanah tersebut kepada pihak lain tanpa kebenaran dan persetujuan bertulis PIHAK KEDUA.

description

try

Transcript of Surat Perjanjian

SURAT PERJANJIANSEWA TAPAK LOT TANAHBAHAWA Perjanjian Bertulis ini diperbuat di Baling, dalam Daerah Baling, Negeri Kedah Darul Aman, pada 15 hb Februari 2011,DI ANTARA

1. HAMZAH BIN OTHMAN , pemegang kad pengenalan no. 710616-02-5625 , yang beralamat di, Kampung Padang Keras, Jalan Chepir, 08200 Sik, Kedah Darul Aman.

DAN2. ABD. RAHMAN BIN MAT RAMLI , pemegang kad pengenalan no. 850529-10-5015 , yang beralamat di, Bt58, Jalan Weng, , 09100 Baling, Kedah Darul Aman, yang selepas ini disebut sebagai PIHAK KEDUA (Di Satu Pihak yang Lain).DAN adalah kedua-dua pihak seperti mana tersebut di atas, dalam memeterai Perjanjian ini telah pun secara bersama mengaku serta berikrar telah bersetuju dan menerima kepada syarat-syarat atau terma-terma kepada Perjanjian ini dan menurunkan tandatangan masing-masing di hadapan saksi-saksi seperti mana di bawah, seperti berikut :SYARAT-SYARAT ATAU TERMA-TERMA PERJANJIAN :1. PIHAK-PIHAK PERTAMA mengaku adalah waris-waris dan wasi-wasi kepada si mati bernama AWANG BOH BIN JUSOH, yang merupakan pemilik berdaftar dan tuan punya 1 / 1 bahagian kepentingan ke atas sebidang lot tanah yang dikenali dengan hakmilik , No. Lot : 638 yang letaknya di kawasan Mukim Siong, Baling Kedah Darul Aman., yang selepas ini disebut Lot Tanah.

2. Pada hari ini, PIHAK PERTAMA mengaku telah bersetuju menyewakan 1 / 1 bahagian kepentingan milik si mati tersebut kepada PIHAK KEDUA untuk tempoh masa selama sepuluh (10) tahun, berkuatkuasa mulai 20.01.2014 sehingga 19.02.2024 dengan harga sewaan tapak secara bayaran sewa tahunan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja).

3. PIHAK PERTAMA juga bersetuju bagi tahun pertama dan tahun kedua, PIHAK KEDUA tidak perlu membayar sebarang caj sewaan. Caj sewaan tapak lot tanah dikenakan pada sewaan bagi tahun ketiga dan seterusnya.

4. PIHAK KEDUA mestilah menjelaskan bayaran sewaan tahunan bagi tahun ketiga dan seterusnya kepada PIHAK PERTAMA tanpa sebarang penangguhan.

5. Pada hari ini, PIHAK PERTAMA akui telah pun menyerahkan keseluruhan 1 / 1 bahagian ke atas lot tanah tersebut kepada PIHAK KEDUA untuk diusahakan oleh PIHAK KEDUA dan apa-apa hasil pendapatan ke atas lot tanah tersebut adalah menjadi hak dan kepentingan PIHAK KEDUA sahaja.

6. Sepanjang tempoh Perjanjian ini masih dalam kuat kuasa, PIHAK PERTAMA atau wakilnya adalah dilarang sama sekali daripada menjual atau memindah milik atau memajak atau menyewa lot tanah tersebut kepada pihak lain tanpa kebenaran dan persetujuan bertulis PIHAK KEDUA.

7. Sekiranya tempoh Perjanjian ini masih dalam kuatkuasa, PIHAK KEDUA didapati telah tidak berminat lagi untuk menjalankan apa-apa usaha di atas lot tanah tersebut, maka PIHAK KEDUA mestilah memaklumkan kepada PIHAK PERTAMA dalam tempoh satu (1) bulan lebih awal sebelum PIHAK KEDUA mengosongkan lot tanah tersebut.

8. Apabila tempoh sepuluh (10) tahun itu tamat, dan PIHAK KEDUA masih berhasrat untuk meneruskan sewaan ke atas tapak lot tanah tersebut, maka pada ketika itu satu perjanjian baru hendaklah ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan PIHAK PERTAMA dibolehkan menetapkan caj sewaan baru yang berpatutan ke atas tapak lot tanah tersebut.

9. PIHAK KEDUA juga dilarang sama sekali daripada menanam apa-apa jenis pokok atas tanaman yang berbentuk tanaman kekal di atas tapak lot tanah tersebut selain tanaman kontan sahaja.

10. PIHAK KEDUA juga dilarang daripada membina sebarang bentuk struktur binaan kekal di atas tapak lot tanah tersebut.

11. PIHAK KEDUA sepanjang tempoh menduduki atau mendiami di atas tapak lot tanah tersebut, mestilah menjaga akan kebersihan persekitaran tapak lot tanah tersebut supaya ianya menampakkan keceriaan.

12. Sekiranya berlaku kematian ke atas mana-mana satu pihak, maka PERJANJIAN ini mestilah diambil alih oleh waris-waris atau wasi-wasi kepada kedua-dua pihak dengan segala syarat-syarat atau terma-terma sepertimana yang tersebut didalam Perjanjian ini TIDAK BOLEH DIPINDA atau DI UBAH SUAI, melainkan dengan persetujuan bersama oleh kedua-dua pihak pada ketika itu.

13. Jika terdapat mana-mana satu pihak sepertimana tersebut di atas, didapati melakukan perlanggaran kepada mana-mana bahagian kepada syarat-syarat atau terma-terma kepada perjanjian ini, maka pihak yang satu lagi adalah berhak mengambil tindakan Undang-undang ke atas pihak yang telah melakukan pelanggaran kepada syarat-syarat atau terma-terma tersebut dan juga berhak menuntut apa-apa bayaran ganti rugi daripada pihak yang telah melakukan perlanggaran tersebut.

14. Semua artikel sepertimana yang tersebut di atas, adalah ditakrifkan sebagai PERJANJIAN dan ianya sebagai muktamad.

15. Sekian PERJANJIAN BERTULIS ini diperbuat.

PIHAK-PIHAK PERTAMA :-

................................................................................(HAMZAH BIN OTHMAN)

PIHAK KEDUA :-

................................................................................(ABD. RAHMAN BIN MAT RAMLI)

Diakui dan disahkan dihadapan saksi-saksi :-

1. ....................................................2. ..............................................................Nama :Bakrizal Fahmi Abu Bakar Nama :No. KP : 811227145837 No. KP :