Surat perjanjian penubuhan Malaysia 1963 _ Malaysia coin info.pdf

download Surat perjanjian penubuhan Malaysia 1963 _ Malaysia coin info.pdf

of 1

Transcript of Surat perjanjian penubuhan Malaysia 1963 _ Malaysia coin info.pdf

  • 8/17/2019 Surat perjanjian penubuhan Malaysia 1963 _ Malaysia coin info.pdf

    1/1

    Perjanjian penubuhan Malaysia (No. 10760) tersebut telah dimeterai pada 9 Julai 1963 di Pejabat

    Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian tersebut telah didaftarkan di

    Sekretariat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 21 September 1970. Perjanjian asal adalah di

    antara wakil kerajaan British (United Kingdom of Great Britain & Northern Ireland), Persekutuan Tanah

    Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

    Ia kemudiannya dipinda pada 28 Ogos 1963 dan ditandatangani di Singapura pada  28 Ogos 1963

    (perubahan tarikh Hari Malaysia, dari 31 Ogos kepada 16 September). Perjanjian Tambahan (No.

    10761) telah dibuat di antara wakil kerajaan British (United Kingdom of Great Britain & Northern

    Ireland), Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada 11 September 1963, ditandatangani di Kuala

    Lumpur.

    Senarai nama wakil-wakil kerajaan British (United Kingdom of Great Britain & Northern Ireland),

    Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura boleh dibaca didalam artikel: Nama Wakil

    Perjanjian penubuhan Malaysia.

    Di antara kandungan perjanjian tersebut adalah:

    Bahagian I: Pendahuluan.

    Bahagian II: Negeri-negeri Persekutuan (Nama Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan).

    Bahagian III: Penyusunan Perjanjian Am (Ketua Negara; Parlimen, Dewan Undangan dan

    Perlembagaan Negeri; Kehakiman; Kewarganegaraan; Kuasa perundangan dan pentadbiran;

    peruntukan kewangan; Perkhidmatan Awam; Perlindungan Kepentingan)

    Dibawah Bahagian III, Tajuk Perlindungan kepentingan awam, Bab 2-Negeri-Negeri Borneo. Termaktub

    beberapa perkara yang menjamin keistimewaan kepada orang di Borneo yang menyertai Malaysia.

    60. Kuasa untuk mengehadkan kebebasan bergerak atau persatuan, dan lain-lain

    61. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda di Negeri-Negeri Borneo.

    62. kedudukan istimewa anak negeri ini.

    63. Sekatan ke atas peluasan kepada bukan pemastautinan akan hak untuk menjalankan amalan

    hadapan mahkamah di dalam Negeri-Negeri Borneo.

    64. pendidikan Islam di negeri ini.65. Kebebasan beragama.

    66. Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai Negeri-Negeri Borneo.

    Semuanya anda boleh baca didalam salinan surat perjanjian asal yang boleh diperolehi di Sekretariat

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Anda boleh memuat turun perjanjian tersebut di sini; Surat

    perjanjian penubuhan Malaysia 1963.

    http://bit.ly/perjanjianMalaysiahttp://www.malaysiancoin.com/2014/11/nama-wakil-perjanjian-penubuhan-malaysia.htmlhttp://bit.ly/perjanjianMalaysiahttp://www.malaysiancoin.com/2014/11/nama-wakil-perjanjian-penubuhan-malaysia.html