Surat Permohonan Jamuan Akhir Tahun 2013

2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR 75350 BATU BERENDAM, MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA. TEL: 06-3174376 Kod Sekolah: MEA 2088 NO. FAX: 06-3171539 E-mail: [email protected] Blog: tunmutahir68.blogspot.com Tarikh : 3 Oktober 2013 Pengetua, SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, 75350 Melaka. Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun 2013 Merujuk kepada perkara di atas, kami, pelajar kelas 5K1 dan 5K2 ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan majlis jamuan akhir tahun. 2. Tujuan utama kami mengadakan majlis jamuan akhir tahun ini ialah untuk menyatakan rasa penghargaan kami buat guru-guru yang mengajar kelas kami. 3. Sehubungan dengan itu, kami ingin meminta jasa baik pihak tuan untuk memberikan kebenaran kepada kami untuk mengadakan majlis jamuan akhir tahun seperti pada tarikh, hari, tempat dan waktu yang berikut: Tarikh : 25 Oktonber 2013 Hari : Jumaat Waktu : 10.10 pagi sehingga 11.50 pagi Tempat : Kelas 5K1 dan kelas 5K2 4. Kami berjanji untuk mengemas kembali kelas kami setelah majlis jamuan akhir tahun berakhir. Guru kelas kami, Pn. Khatirina (5K1) dan Pn. Norliah (5K2) turut menyatakan

Transcript of Surat Permohonan Jamuan Akhir Tahun 2013

Page 1: Surat Permohonan Jamuan Akhir Tahun 2013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR75350 BATU BERENDAM,

MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA. TEL: 06-3174376 Kod Sekolah: MEA 2088 NO. FAX: 06-3171539 E-mail: [email protected]

Blog: tunmutahir68.blogspot.com

Tarikh : 3 Oktober 2013

Pengetua,SMK Tun Mutahir,Batu Berendam,75350 Melaka.

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun 2013

Merujuk kepada perkara di atas, kami, pelajar kelas 5K1 dan 5K2 ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan majlis jamuan akhir tahun.

2. Tujuan utama kami mengadakan majlis jamuan akhir tahun ini ialah untuk menyatakan rasa penghargaan kami buat guru-guru yang mengajar kelas kami.

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin meminta jasa baik pihak tuan untuk memberikan kebenaran kepada kami untuk mengadakan majlis jamuan akhir tahun seperti pada tarikh, hari, tempat dan waktu yang berikut:

Tarikh : 25 Oktonber 2013Hari : JumaatWaktu : 10.10 pagi sehingga 11.50 pagiTempat : Kelas 5K1 dan kelas 5K2

4. Kami berjanji untuk mengemas kembali kelas kami setelah majlis jamuan akhir tahun berakhir. Guru kelas kami, Pn. Khatirina (5K1) dan Pn. Norliah (5K2) turut menyatakan persetujuan untuk memantau kelas kami semasa majlis jamuan akhir tahun tersebut berlangsung.

5. Segala jasa dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………....(Rusniardi Bin Saiful)Wakil pelajar kelas 5K1

………………………..(Nah Yu Min)Wakil pelajar kelas 5K2