Surat Permohonan Kolej Kediaman

download Surat Permohonan Kolej Kediaman

of 2

description

nknknknonkn

Transcript of Surat Permohonan Kolej Kediaman

Fatin Hanani binti Mohamad Akhir,E124, Kolej Kediaman Kota Bukit Pinang,IPG Kampus Sultan Kampus Abdul Halim,08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pejabat Kolej Kediaman,IPG Kampus Sultan Abdul Halim,08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. 6 JULAI 2015

Tuan/Puan,

PERMOHONAN UNTUK MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN BERAPIT SEPANJANG TEMPOH BERPRAKTIKUM.

Merujuk perkara diatas, saya Fatin Hanani binti Mohamad Akhir merupakan pelajar PISMP Pendidikan Seni Visual, Ambilan Januari 2013, Semester 6, IPG Kampus Sultan Abdul Halim ingin membuat permohonan kepada pihak tuan untuk menginap di Kolej Kediaman Berapit sepanjang tempoh berpraktikum selama dua bulan.

2.Pada semester ini, saya dan pasangan saya perlu menjalani praktikum selama dua bulan bermula dari 26 Julai sehingga 17 September 2015. Sekolah yang kami perlu melaksanakan praktikum ialah Sekolah Kebangsaan Simpor yang terletak di daerah Kota Kuala Muda, Kedah. Memandangkan kawasan tersebut terletak agak jauh daripada kampus induk telah menyebabkan saya dan pasangan mengambil keputusan untuk menginap di Kolej Kediaman Berapit sebagai langkah untuk lebih dekat dengan kawasan sekolah.

3.Butir-butirnya adalah seperti berikut.Nama Pemohon: Fatin Hanani binti Mohamad AkhirNo. K/P: 930218-07-5218Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Simpor, 08000 Tikam Batu, Kedah Darul AmanNama Pasangan Praktikum: Rebicca binti RibutNO.K/P: 9200510-12-5914Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Simpor, 08000 Tikam Batu, Kedah Darul Aman

3.Besarlah harapan saya jika sekiranya pihak Tuan/Puan, dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dan seterusnya memberi peluang kepada saya untuk terus menginap di Kolej Kediaman Berapit sepanjang tempoh berpraktikum. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, TerimaKasih.

.(FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR)