Surat Permohonan Laptop JAIS

2
BADAN KEABAJIKAN SAUDARA KITA DAERAH KLUANG (DARUL UKHUWAH) No 10, Tkt 1 & 2, Jalan Intan 2/1, Taman Intan, 86000 Kluang, Johor. Rujukan kami : B.K.S.K/S09/2013 Tarikh : 02 JUN 2013 Kepada, Y.B Tuan Haji Md.Jais Bin Haji Sarday, ADUN Kawasan MAHKOTA Yang Berhormat, MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER RIBA DAN MESIN CETAK Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman YB, Badan Kebajikan Saudara Kita (BKSK) Daerah Kluang menjalankan pelbagai program dakwah dan pembangunan ummah sepanjang tahun. Sehubungan dengan itu, banyak kerja-kerja dokumentasi yang perlu dilakukan. Selama ini BKSK melakukan kerja-kerja tersebut dilakukan atas ihsan ahli BKSK yang mempunyai komputer atau di internet kafe. Hal ini menyukarkan proses surat-menyurat dan dokumentasi dan juga menyebabkan kos yang tinggi. 3. Oleh itu, kami memohon ihsan YB untuk menyumbangkan keperluan peralatan agar memudahkan dan melancarkan lagi program dakwah dan pembangunan ummah yang dianjurkan oleh BKSK. Anggaran kos peralatan yang diperlukan ialah seperti berikut : 3.1 Komputer riba (laptop) - 1 unit (anggaran kos = RM 3000) 3.2 Mesin pencetak (printer) - 1 unit (anggaran kos =RM 500) JUMLAH RM 3500

description

letter

Transcript of Surat Permohonan Laptop JAIS

BADAN KEABAJIKAN SAUDARA KITA DAERAH KLUANG

(DARUL UKHUWAH) No 10, Tkt 1 & 2, Jalan Intan 2/1, Taman Intan, 86000 Kluang, Johor.

Rujukan kami: B.K.S.K/S09/2013

Tarikh

: 02 JUN 2013

Kepada,

Y.B Tuan Haji Md.Jais Bin Haji Sarday,ADUN Kawasan MAHKOTAYang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER RIBA DAN MESIN CETAKDengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2.Untuk makluman YB, Badan Kebajikan Saudara Kita (BKSK) Daerah Kluang menjalankan pelbagai program dakwah dan pembangunan ummah sepanjang tahun. Sehubungan dengan itu, banyak kerja-kerja dokumentasi yang perlu dilakukan. Selama ini BKSK melakukan kerja-kerja tersebut dilakukan atas ihsan ahli BKSK yang mempunyai komputer atau di internet kafe. Hal ini menyukarkan proses surat-menyurat dan dokumentasi dan juga menyebabkan kos yang tinggi.

3. Oleh itu, kami memohon ihsan YB untuk menyumbangkan keperluan peralatan agar memudahkan dan melancarkan lagi program dakwah dan pembangunan ummah yang dianjurkan oleh BKSK. Anggaran kos peralatan yang diperlukan ialah seperti berikut :

3.1Komputer riba (laptop)- 1 unit (anggaran kos= RM 3000)

3.2Mesin pencetak (printer)- 1 unit (anggaran kos =RM 500)

JUMLAH RM 3500Besarlah harapan kami agar permohonan ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak YB demi kemajuan ummah yang membawa kemakmuran negara.

4.Sumbangan pihak YB amatlah bermakna kepada kami dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

BERSAMA MEMAJUKAN UMMAHYang Menjalankan Tugas,

...............................................

(Mohd Shafiq Vijaya Bin Abdullah)

(Pengerusi BKSK)

sk, 1. Fail BKSK.