Surat Permohonan Lawatan Ke TLDM

2
Ruj. Kami : SKTB/40/002/10 ( ) Tarikh : 10 SEPTEMBER 2012 Kepada, MARKAS TENTERA LAUT, KEMENTERIAN PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR. (U/P : CAWANGAN SEKRETRIAT TADBIR) Tuan , PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN KE MARKAS ARMADA PERAK Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman Tuan, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Taman Bersatu, Kuala Kedah akan mengadakan program lawatan sambil belajar ke Pulau Pangkor. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:- Tarikh : 18 - 19 September 2012 Bilangan Pelajar : 17 Orang Guru dan Waris : 24 Orang 3. Berikutan dengan itu kami bercadang untuk mengadakan satu sesi lawatan ke Markas Tentera Laut Kuala Lumut untuk melawat kapal laut milik tentera pada butiran yang berikut :- Tarikh : 19 September 2012 Waktu Lawatan : 3.30 Petang - 6.30 Petang 4. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik Tuan agar dapat menerima lawatan daripada pihak kami. Untuk pengetahuan pihak tuan, murid-murid kami adalah kanak-kanak istimewa dan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Transcript of Surat Permohonan Lawatan Ke TLDM

Page 1: Surat Permohonan Lawatan Ke TLDM

Ruj. Kami : SKTB/40/002/10 ( ) Tarikh : 10 SEPTEMBER 2012

Kepada,

MARKAS TENTERA LAUT,KEMENTERIAN PERTAHANAN,JALAN PADANG TEMBAK,50634 KUALA LUMPUR.(U/P : CAWANGAN SEKRETRIAT – TADBIR)

Tuan ,

PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN KE MARKAS ARMADA PERAK

Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Taman Bersatu, Kuala Kedah akan mengadakan program lawatan sambil belajar ke Pulau Pangkor. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:-

Tarikh : 18 - 19 September 2012Bilangan Pelajar : 17 OrangGuru dan Waris : 24 Orang

3. Berikutan dengan itu kami bercadang untuk mengadakan satu sesi lawatan ke Markas Tentera Laut Kuala Lumut untuk melawat kapal laut milik tentera pada butiran yang berikut :-

Tarikh : 19 September 2012Waktu Lawatan : 3.30 Petang - 6.30 Petang

4. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik Tuan agar dapat menerima lawatan daripada pihak kami. Untuk pengetahuan pihak tuan, murid-murid kami adalah kanak-kanak istimewa dan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Page 2: Surat Permohonan Lawatan Ke TLDM

5. Bersama-sama ini juga disertakan senarai nama ahli rombongan untuk makluman Tuan. Budi dan jasa pihak Tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“MENDIDIK DAN MEMIMPIN”

Saya yang menjalankan tugas,

..............................................(ZAIBAIDAHAINI BT ABDUL RAZAK)Guru BesarSekolah Kebangsaan Taman Bersatu06600 Kuala KedahKedah

s.k Fail Sekolah Fail Pendidikan Khas