Surat Permohonan Peruntukan Tambahan

2
Tarikh : 27 Ogos 2012 Presint 4, 62100 Putrajaya. Tuan/Puan, PERMOHONAN PERUNTUKAN MENJAYAKAN PROGRAM PERSIJILAN TEKNOLOGI MAKANAN Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kolej Komuniti Arau telah merangka Program Persijilan Teknologi Makanan untuk pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan semester 1 yang akan diadakan seperti butiran yang berikut Tarikh : 6 dan 7 Oktober 2012 (Sabtu dan Ahad) Tempat : Dewan Afifi, Peserta : 60 orang 3. Objektif utama program ini adalah untuk memenuhi keperluan pelajar dalam subjek SPK 1014 Pengenalan Sains Makanan. Pelajar akan mempelajari prinsip asas kebersihan dan keselamatan makanan. Selain itu, pelajar turut akan memperolehi Sijil Asas Pengendalian Makanan dan Sijil Sanitasi. 4. Bersama-sama ini dilampirkan anggaran perbelanjaan kursus dan nama pelajar berserta nombor kad pengenalan, nombor matriks dan alamat rumah. Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya, seterusnya mendapat kelulusan daripada pihak tuan. 5. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan sangat diharapkan untuk menjayakan program tersebut. Sekian , terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,

Transcript of Surat Permohonan Peruntukan Tambahan

Page 1: Surat Permohonan Peruntukan Tambahan

Tarikh : 27 Ogos 2012

Presint 4,62100 Putrajaya. Tuan/Puan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN MENJAYAKAN PROGRAM PERSIJILAN TEKNOLOGI MAKANAN

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kolej Komuniti Arau telah merangka Program Persijilan Teknologi Makanan untuk pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan semester 1 yang akan diadakan seperti butiran yang berikut

Tarikh : 6 dan 7 Oktober 2012 (Sabtu dan Ahad)Tempat : Dewan Afifi, Peserta : 60 orang

3. Objektif utama program ini adalah untuk memenuhi keperluan pelajar dalam subjek SPK 1014 Pengenalan Sains Makanan. Pelajar akan mempelajari prinsip asas kebersihan dan keselamatan makanan. Selain itu, pelajar turut akan memperolehi Sijil Asas Pengendalian Makanan dan Sijil Sanitasi.

4. Bersama-sama ini dilampirkan anggaran perbelanjaan kursus dan nama pelajar berserta nombor kad pengenalan, nombor matriks dan alamat rumah. Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya, seterusnya mendapat kelulusan daripada pihak tuan.

5. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan sangat diharapkan untuk menjayakan program tersebut.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

()Pengarah

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Lampiran

Anggaran Perbelanjaan

PendapatanPecahan kepala 29000 RM

Page 2: Surat Permohonan Peruntukan Tambahan

Perbelanjaan

Kuantiti Kos JumlahSarapan 70 pax RM 3.00Minum Pagi 70 pax RM 3.00Makan Tengahari 70 pax RM 6.00Bahan kursus 60 pax RM 10.00

KursusKursus ”Cleaning & Sanitation” 6 jam RM 400 / jam

Kursus Pengendalian Makanan 2 sesi RM 1500 / sesi

Cas perjalanan pengajar (penerbangan & teksi)Cas penginapan pengajar 3 hari RM 400.00Material nota dan latihan 60 pax RM 40.00Cas pengurusan Unipeq (15% kos)JUMLAH RM