Surat Permohonan Tapak
-
Upload
mani-vaasagam -
Category
Documents
-
view
222 -
download
1
description
Transcript of Surat Permohonan Tapak
1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj. Kami : IPRM 02/26 Jld.10( )Tarikh : 26 NOVEMBER 2012
Pengarah,Jabatan Perparitan dan Saliran Daerah Jelebu,71600 Kuala Klawang, Jelebu,Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuan,
PERMOHONAN MENGGUNAKAN TAPAK KAWASAN EMPANGAN SUNGAI BULUH UNTUK MENGADAKAN PENILAIAN AMALI PENDIDIKAN LUAR
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kumpulan pelajar Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban akan mengadakan perkhemahan Pendidikan Luar untuk memenuhi keperluan taksiran dan penilaian kursus amali Pendidikan Luar.
3. Untuk makluman tuan, perlaksanaan perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 16 OGOS 2014Bilangan peserta : Pelajar 30 orang Penyelaras : En. Jalil bin Osman (013 6293230)
4. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik tuan membenarkan kami membuat perkhemahan di sekitar kawasan tersebut. Kami juga memohon jasa baik pihak tuan untuk menggunakan kemudahan asas seperti berikut:
i. Surau (kegunaan pegawai sahaja)ii. Dataran Perhimpunaniii. Tandas dan bilik air (kegunaan pegawai sahaja)
Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila berhubung dengan Encik Jalil bin Osman di talian bimbit 013-6293230
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Cintai Bahasa Kita”
Saya yang menurut perintah,
(MUSA BIN ABDULLAH)PengarahInstitut Pendidikan Guru Kampus Raja MelewarSeremban
s.k. 1. Ketua Unit Khidmat Pengurusan2. Ketua Jabatan HEP3. Fail Jabatan
DA/da