Surat Permohonan Zoom

download Surat Permohonan Zoom

of 1

description

Contoh surat

Transcript of Surat Permohonan Zoom

SMK (P) SRI ACHEH,JALAN 14/78,46100 PETALING JAYA.KOD SEK: BEA 8777No. Tel : 03-78767890No. Fax :03-78789000Email: [email protected]

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami : SMKSA 100-9/3/1(1) Tarikh : 19.06.2013

Pejabat Pengurusan Projek Perkhidmatan 1BestariNet (PMO Inisiatif ICT)Kementerian Pelajaran MalaysiaAras 5, Blok E8, Komplek Kerajaan Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604, Putrajaya, Malaysia.

Dato/Datin/Tuan/Puan,

PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET: PERMOHONAN BAGI PENAMBAHAN CPE / ZOOM

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Untuk makluman pihak tuan, bahagian ICT SMK (P) Sri ACEH telah beberapa kali membuat aduan mengenai talian internet 1BestariNet dan pihak pembekal telah menghantar wakil bagi memeriksa talian dan zoom yang telah dibekalkan. Menurut wakil pihak pembekal, zoom yang dibekalkan tidak mencukupi untuk menampung kegunaan internet di sekolah. Ini kerana setiap satu zoom hanya boleh menampung sebanyak 25 komputer. Pihak pembekal mencadangkan agar pihak sekolah membuat permohonan bagi penambahan zoom. Untuk makluman, pihak sekolah memerlukan penambahan sekurang-kurangnya dua zoom yang mempunyai speed (10Mbp) agar dapat menampung penggunaan bagi satu sekolah.

3. Bersama-sama ini disertakan peta sekolah yang ditanda kedudukan zoom yang sedia ada di sekolah untuk rujukan dan pertimbangan bagi pihak Dato/Datin/Tuan/Puan.

4. Kerjasama dan keprihatinan pihak Dato/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.