Surat Polis Merentas Desa Kejohanan 2015
description
Transcript of Surat Polis Merentas Desa Kejohanan 2015
Ruj Kami: SKJ/900-8/32 (14)Tarikh
: 27 JANUARI 2015Ketua Polis ,Ibu Pejabat Polis Jasin,
77000 Jasin,
Melaka.
Tuan,MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS UNTUK BAGI KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Jasin akan mengadakan kejohanan tersebut mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 3. Februari 2015
Hari: Selasa
Masa: 3.15 petang
Tempat: SK Jasin
3.Sehubungan dengan itu, kami memohon bantuan pihak tuan untuk membantu kami mengawallalu lintas semasa murid melintas jalan di lintasan lampu isyarat berhampiran Majlis Perbandaran Jasin
dan semasa kejohanan berlangsung.
4. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan pelan laluan kejohanan untuk perhatian pihak tuan. Pihak kami amat mengharapkan agar permohonan kami ini diluluskan bertujuan demi keselamatan murid-murid di sekolah ini.
Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
......................................................
(NORIHA BINTI ABDUL MANAF)Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Jasin
SEKOLAH KEBANGSAAN JASIN
JALAN AMAN ,
77000 JASIN,
MELAKA.
Telefon : 06-5291279
Fax : 06-5294484
e-mail: [email protected].