Surat Polis Untuk Merentas Desa

2
Pihak Pengurusan IPD Brickfields, Jalan Radin Anum 1, 57000, Bandar Baru Seri Petaling, 5 Mei 2014 Kuala Lumpur Tuan, MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa acara Merentas Desa peringkat sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 24 Mei 2014 (Sabtu) Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari Tempat : Seperti di lampiran 3. Untuk makluman tuan, seramai 1800 orang murid akan terlibat dalam acara tersebut. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama pihak polis menempatkan beberapa orang anggota polis di sepanjang lokasi larian sepertimana yang tertera pada pelan yang dilampirkan. Kerjasama tuan dalam hal ini amat kami harapkan dan hargai. Sekian, terima kasih.

description

surat kebenaran

Transcript of Surat Polis Untuk Merentas Desa

Pihak Pengurusan IPD Brickfields,

Jalan Radin Anum 1,

57000, Bandar Baru Seri Petaling,

5 Mei 2014Kuala Lumpur

Tuan,

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa acara Merentas Desa peringkat sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh

:24 Mei 2014 (Sabtu)

Masa

:7.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat:Seperti di lampiran

3.Untuk makluman tuan, seramai 1800 orang murid akan terlibat dalam acara tersebut. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama pihak polis menempatkan beberapa orang anggota polis di sepanjang lokasi larian sepertimana yang tertera pada pelan yang dilampirkan. Kerjasama tuan dalam hal ini amat kami harapkan dan hargai.Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

( )