Surat Rasmi Dari Suami

2
Tajuk: Surat Rasmi Dari Seorang Suami Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.  ________________________________________________________ 31 April 2006 Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu. Puan, PERKARA: PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI Perkara di atas adalah di rujuk. 2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin meleng kapkan kuota yang telah di perunt ukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukk an di pej abat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi pada masa akan datang. 3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, te rpaksalah saya tang guhkan dulu pe rmohonan ini di samping kur angn ya rasa keyakinan untuk men gemukakan per mohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini. 4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi

Transcript of Surat Rasmi Dari Suami

Page 1: Surat Rasmi Dari Suami

8/8/2019 Surat Rasmi Dari Suami

http://slidepdf.com/reader/full/surat-rasmi-dari-suami 1/2

Tajuk: Surat Rasmi Dari Seorang Suami

Suami bin Lelaki17, Jalan Angkasa,

24300, Kemaman

Terengganu. ________________________________________________________

31 April 2006Isteri binti Perempuan

17, Jalan Angkasa,

24300, KemamanTerengganu.

Puan,

PERKARA: PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya inginmelengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa

ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3

kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. Pihak yangakan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura

binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat.Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat

baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasikeluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi pada masa akandatang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah

lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,

terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di sampingkurangnya rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini.

Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASBsaya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang

selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang

ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selamaini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat

menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambahbesar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar.

Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi

Page 2: Surat Rasmi Dari Suami

8/8/2019 Surat Rasmi Dari Suami

http://slidepdf.com/reader/full/surat-rasmi-dari-suami 2/2

drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lainkebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan

permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah

puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistemsyif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu

bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikanyang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam

waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti

yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasilkerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan

terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan

permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapatberkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap

permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan daripihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan

bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan sendukdan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk

melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah

senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitubayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih

kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru jugacuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga danmembelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan

penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh sayasepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepatmungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan

dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

  “BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG

RUMAHTANGGA BAHAGIA” 

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki