Surat Rasmi Silat Cekak Majlis Ijazah

download Surat Rasmi Silat Cekak Majlis Ijazah

of 2

description

dfdf

Transcript of Surat Rasmi Silat Cekak Majlis Ijazah

FaisyaIPG Kampus Bahasa Melayu59990 Kuala Lumpur

Ketua Warden,Kolej Kediaman DatoRazali Ismail 59990Kuala Lumpur . 9 Oktober 2015

Tuan, Memohon Kebenaran Pulang Lewat untuk Majlis Ijazah Pelajar Baharu Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi IPG Kampus Bahasa Melayu

Merujuk perkara di atas, saya, Faisya, Setiausaha Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi IPG Kampus Bahasa Melayu memohon kebenaran untuk memohon kebenaran pulang lewat untuk Majlis Ijazah Pelajar Baharu Persatuan Seni Silat Cekak. Oleh itu, saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini bagi membolehkan pelajar institut ini memperoleh ijazah persilatan bagi bakal guru ini.

2. Saya juga telah melampirkan senarai nama pelajar yang akan terlibat semasa Majlis Ijazah Persilatan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi. Berikut merupakan maklumat bagi Majlis Ijazah Pelajar Baharu Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi IPG Kampus Bahasa Melayu.

Masa : 7.30-11.00 malamTarikh : 12 Oktober 2015Tempat : Rumah Persatuan Taman Melawati.

3 .Akhir kata, saya berharap agarpihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini bagi pulang sedikit lewat pada hari tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugasFaisya(FAISYA)Setiausaha,Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka HanafiIPG Kampus Bahasa Melayu.