Surat Rayuan 2014

3
Mohd Zulraimin Bin Zulkifli No. 51, Jalan Rotan Dahan, Taman Seri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor. Tarikh : 28 DISEMBER 2014 YB Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya, Malaysia Melalui dan salinan, Ketua Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Wisma Pendidikan, Jalan Tun Abdul Razak, 80604 Johor Bahru, Johor Melalui dan salinan, Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, d/a SK Seri Kota Puteri 4, Jalan Penaga, Bandar Baru Kota Puteri, 81750 Pasir Gudang, Johor Melalui dan salinan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Jalan Selasih Utama, Taman Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor YB Datuk, RAYUAN UNTUK KELULUSAN PERTUKARAN KE PPD BATU PAHAT, JOHOR

description

SURAT RAYUAN PERTUKARAN

Transcript of Surat Rayuan 2014

Page 1: Surat Rayuan 2014

Mohd Zulraimin Bin ZulkifliNo. 51, Jalan Rotan Dahan,Taman Seri Jaya,83000 Batu Pahat, Johor.

Tarikh : 28 DISEMBER 2014

YB Datuk Mary Yap Kain ChingTimbalan Menteri PendidikanKementerian Pendidikan MalaysiaBlok E8, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604, Putrajaya, Malaysia

Melalui dan salinan,Ketua Unit Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor,Wisma Pendidikan,Jalan Tun Abdul Razak,80604 Johor Bahru,Johor

Melalui dan salinan,Unit Pengurusan Sekolah Rendah,Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang,d/a SK Seri Kota Puteri 4,Jalan Penaga, Bandar Baru Kota Puteri,81750 Pasir Gudang,Johor

Melalui dan salinan,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih,Jalan Selasih Utama,Taman Pasir Putih,81700 Pasir Gudang,Johor

YB Datuk,

RAYUAN UNTUK KELULUSAN PERTUKARAN KE PPD BATU PAHAT, JOHOR

Berhubung perkara di atas, saya MOHD ZULRAIMIN BIN ZULKIFLI, No.KP: 890806-03-5147 (I 070373) major Reka Bentuk dan Teknologi dan minor Pendidikan Jasmani/Bahasa Melayu , ingin merayu supaya pihak YB Datuk mempertimbangkan rayuan perpindahan saya ke PPD Batu Pahat, Johor.

2. Untuk makluman pihak YB Datuk, ini merupakan permohonan kali ketiga saya sejak bertugas sebagai guru yang mana semuanya tidak berjaya.

Page 2: Surat Rayuan 2014

3. Sebab utama saya perlu bertukar ke sekolah PPD Batu Pahat ialah kerana saya mengalamai kerumitan berulang alik dari dari Batu Pahat ke Pasir Gudang setiap hari seorang diri bersabung nyawa di jalan raya pada seawal jam 5.00 pagi untuk ke tempat kerja di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. Selain kesempitan wang yang telah saya alami untuk menyara kos ulang alik saya ke tempat kerja, saya juga mengamali kerunsingan bila mana isteri saya akan melahirkan anak kami yang kedua pada bulan Januari akan datang. Hal ini akan memberikan saya masalah berikutan anak pertama saya yang baru berusia setahun 2 bulan dan ditambah lagi dengan anak yang akan lahir kelak. Saya dan isteri juga telah mempunyai sebuah rumah yang telah siap dibina di alamat : No. 51, Jalan Rotan dahan, Taman Seri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor.

4. Berikut merupakan maklumat diri saya.

Nama No. Kad Pengenalan Daerah yang dipohonMOHD ZULRAIMIN BIN ZULKIFLI 890806035147 PPD BATU PAHAT

Mata pelajaran yang boleh diajar:

Bilangan Mata Pelajaran Pengalaman Tahun Mengajar1 PENDIDIKAN JASMANI 12 PENDIDIKAN KESIHATAN 13 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 14 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 15 SAINS 2

4. Saya amat berharap pihak YB Datuk memahami kedudukan saya dan mempertimbangkan rayuan saya ini. Kerjasama dan perhatian telus daripada pihak YB Datuk amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

...........................................................(MOHD ZULRAIMIN BIN ZULKIFLI )Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang