surat rayuan

2
Sumathi a/p Sumugam SJK(T) Tasek Permai Kompleks Sekolah Wawasan 14120 Simpang Ampat Kepada 5 NOVEMBER 2014. Tuan, Rayuan Permohonan Pertukaran ke Jitra, Kedah Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya Sumathi a/p Sumugam telah memohon pertukaran pada bulan September ke negeri Kedah tetapi permohonan saya telah ditolak. Saya ingin membuat rayuan kepada pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan pertukaran saya dari Pulau Pinang ke Kedah diluluskan. 3. Saya ingin memohon pertukaran tersebut berikutan faktor suami saya yang tinggal di Jitra, Kedah. Kini saya tinggal berasingan daripada suami bersama-sama seorang anak lelaki berusia hanya setahun. Suami saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta di Alor Setar,Kedah. Suami saya tidak dapat berpindah untuk tinggal bersama-sama saya kerana tiada cawangan syarikat tersebut di sini. Saya yang harus berpindah ke Jitra. Hampir dua tahun saya tinggal berasingan semenjak tarikh perkahwinan saya. 4. Kini saya sedang hamil 27 minggu dan akan bersalin pada awal Februari 2015. Saya bimbang tidak dapat menumpukan perhatian terhadap keluarga saya. Isu yang berpanjangan ini juga amat meresahkan saya sekiranya menjejaskan prestasi kerjaya saya yang semakin mencabar. Sekiranya pertukaran saya diluluskan saya akan dapat menjaga kedua-dua anak saya

description

surat

Transcript of surat rayuan

Sumathi a/p SumugamSJK(T) Tasek PermaiKompleks Sekolah Wawasan14120 Simpang Ampat

Kepada

5 NOVEMBER 2014.

Tuan,

Rayuan Permohonan Pertukaran ke Jitra, Kedah

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Saya Sumathi a/p Sumugam telah memohon pertukaran pada bulan September ke negeri Kedah tetapi permohonan saya telah ditolak. Saya ingin membuat rayuan kepada pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan pertukaran saya dari Pulau Pinang ke Kedah diluluskan.

3.Saya ingin memohon pertukaran tersebut berikutan faktor suami saya yang tinggal di Jitra, Kedah. Kini saya tinggal berasingan daripada suami bersama-sama seorang anak lelaki berusia hanya setahun. Suami saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta di Alor Setar,Kedah. Suami saya tidak dapat berpindah untuk tinggal bersama-sama saya kerana tiada cawangan syarikat tersebut di sini. Saya yang harus berpindah ke Jitra. Hampir dua tahun saya tinggal berasingan semenjak tarikh perkahwinan saya.

4. Kini saya sedang hamil 27 minggu dan akan bersalin pada awal Februari 2015. Saya bimbang tidak dapat menumpukan perhatian terhadap keluarga saya. Isu yang berpanjangan ini juga amat meresahkan saya sekiranya menjejaskan prestasi kerjaya saya yang semakin mencabar. Sekiranya pertukaran saya diluluskan saya akan dapat menjaga kedua-dua anak saya bersama-sama suami saya di samping meningkatkan prestasi saya dalam bidang kerjaya.

5. Anak sulung saya kini dijaga oleh pengasuh berbayar sewaktu ke sekolah. Kos penjagaan anak, kos ulang-alik ke rumah suami membebankan saya. Saya juga merupakan anak yatim piatu dan tiada sesiapa bersama saya pada waktu kecemasan.

Dengan kelulusan pihak tuan, segala kerunsingan saya akan berakhir. Saya amat menghargai jasa baik dan keprihatinan pihak tuan dalam menangani masalah saya. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..................................................(SUMATHI A/P SUMUGAM)