Surat Rayuan Tukar

3
Hidayatul Akmar binti Mohamed Tharik No. 4, Taman Anggerik, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kepada YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Afdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Merangkap Naib Presiden UMNO, Pejabat YB Menteri, Aras 32, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Melalui dan salinan YBhg. Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif Ketua UMNO Bahagian Jempol No. 22, Tingkat 3, Wisma UMNO, Jalan Mewah, 72100 Bahau, Negeri Sembilan Darul Khusus. 1 April 2013 YB Dato’ Seri, RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN TEMPAT KERJA Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perbincangan saya dengan YB Dato’ Seri sempena Perasmian Mesyuarat Cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Jempol yang berlangsung pada 30 Mac 2014 berkaitan perkara di atas dirujuk. 2. Saya bernama Hidayatul Akmar binti Mohamed Tharik bernombor kad pengenalan 870415-05-5118 dengan ini, ingin 1

description

Surat Rayuan Tukar

Transcript of Surat Rayuan Tukar

Page 1: Surat Rayuan Tukar

Hidayatul Akmar binti Mohamed TharikNo. 4, Taman Anggerik,72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.

KepadaYB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji AfdalMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Merangkap Naib Presiden UMNO,Pejabat YB Menteri, Aras 32,Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4,Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 Putrajaya.

Melalui dan salinanYBhg. Dato’ Haji Mohd Salim bin SharifKetua UMNO Bahagian JempolNo. 22, Tingkat 3, Wisma UMNO,Jalan Mewah, 72100 Bahau,Negeri Sembilan Darul Khusus. 1 April 2013

YB Dato’ Seri,

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN   TEMPAT KERJA

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perbincangan saya dengan YB Dato’ Seri sempena

Perasmian Mesyuarat Cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Jempol yang

berlangsung pada 30 Mac 2014 berkaitan perkara di atas dirujuk.

2. Saya bernama Hidayatul Akmar binti Mohamed Tharik bernombor kad

pengenalan 870415-05-5118 dengan ini,  ingin membuat rayuan permohonan pertukaran

tempat kerja bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 (Pemaju

Masyarakat Tabika).

3.  Berikutan itu, sebab untuk saya memohon pertukaran tempat kerja ini adalah kerana

faktor jarak antara saya dan suami. Kini, saya bertugas di Tabika KEMAS Taman Simpang

Jaya di Simpang Pertang, Negeri Sembilan. Manakala, suami bertugas sebagai seorang guru

di SMK Raja Abdullah, Off Jalan Kepong, 52000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

1

Page 2: Surat Rayuan Tukar

Untuk pengetahuan pihak YB Dato’ Seri, saya telah bertugas sejak bulan Mac 2012 dan ini

bermakna sudah dua tahun saya berjauhan dengan suami. Kesan daripada isu yang

berpanjangan ini juga menggugat prestasi kerjaya kami yang mencabar dan kadangkala

menjejaskan tugas yang diberikan kerana runsing memikirkan tentang kami yang belum

dikurniakan cahaya mata dan kami hanya dapat berjumpa sebulan sekali.

4. Selain itu, saya juga telah beberapa kali mengemukakan surat permohonan tukar ke

Jabatan Kemas Negeri Sembilan tetapi permohonan saya yang ingin bertukar dari KEMAS

Jelebu, Dun Pertang, Negeri Sembilan ke KEMAS Zon Sentul, Kawasan BATU

(Kepong) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah ditolak dengan alasan tiada penganti

sedangkan Jabatan Kemas Negeri setiap tahun membuat pengambilan baru.

5. Dengan sokongan pihak YB Dato’ Seri ini, segala kerunsingan dan kerisauan saya

dan suami akan berakhir sekiranya saya mendapat kelulusan untuk berpindah ditempat kerja

yang berdekatan dengan lokasi tempat kerja suami saya. Justeru itu, saya dan suami amat

menghargai kerjasama dan keprihatinan budi bicara pihak YB Dato’ Seri  didalam

penyelesaian masalah kami ini demi peningkatan prestasi kerja dan meningkatkan kualiti

kekeluargaan kami.

Sekian,terima kasih.

Yang Benar,

_______________________________________ 

(HIDAYATUL AKMAR BINTI MOHAMED THARIK)Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 (Pemaju Masyarakat Tabika)Tabika KEMAS Taman Simpang Jaya,72300 Simpang Pertang,Negeri Sembilan.012 – 246 5514

2