Surat SeminarKeb3
-
Upload
maizaton20 -
Category
Documents
-
view
240 -
download
0
description
Transcript of Surat SeminarKeb3
Ruj Kami : KP(IPG)..... Tarikh : 25 Julai 2013
Semua Pengarah IPG Kampus (Seperti Lampiran)
Y. Bhg Dato’/Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR PENYELIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 SEBAGAI PESERTA DAN PEMBENTANG
Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian Y. Bhg Dato’/Tuan/Puan kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa IPG Kampus Darulaman akan menganjurkan Seminar Penyelidikan Peringkat Kebangsaan 2013 dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia menurut ketetapan berikut:
Tarikh : 11 – 12 November 2013Masa : 8.00 pg – 5.00 ptgTempat : Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah, Pulau PinangTema : ”Penyelidikan dan Inovasi Pemangkin Transformasi Pendidikan”Yuran : RM 250.00 (Pembentang) dan RM 200.00 (Peserta)
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput seorang pensyarah sebagai pembentang dan Ketua Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan sebagai peserta dari Institut Pendidikan Guru untuk bersama-sama menyertai seminar penyelidikan tersebut.
4. Sebagai makluman, yuran, kemudahan makan, penginapan dan tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan institut masing-masing mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. Bersama-sama ini disertakan brosur berkaitan dengan seminar tersebut dan borang pengesahan peserta. Y. Bhg Dato’/Tuan/Puan dipohon mengembalikan Borang Pengesahan Peserta sebelum atau pada 30 September 2013 melalui faks 04-9175492 atau emel kepada [email protected]
5. Sila berhubung dengan Dr. Hjh. Nor Hayati Bt. Hj. Mt. Ali di talian 04-91482357 / 013-4377008 atau emailkan kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan. Keterangan lanjut sila layari laman web, www.ipda.edu.my/seminar2013.htm.
Kerjasama daripada pihak Y. Bhg Dato’/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
( )RektorInstitut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysia
s.k: Fail timbul IPGM
BORANG PENGESAHAN PESERTA
Maklumat Seminar
Tajuk Seminar: SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
Tarikh : 11 – 12 November 2013
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Penganjur : Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dan Universiti Sains Malaysia
Borang Pengesahan Kehadiran dan Pembentang Kertas Kerja SPPPK 2013
Institut Pendidikan Guru Kampus:_________________________________________
Bil NamaPeserta/
PembentangNo. Kad Pengenalan
Emel & No H/Phone
1Ketua jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan
Peserta
2 Pensyarah Pembentang
Tandatangan Pengarah: __________________________________
Tarikh: _________________
Cap Institut
Emelkan kepada: [email protected] atau [email protected] Faks: 04-9175492