Surat SPA.doc

3
Rujukan : JP(SB)/600(02)/700/1(58) Tarikh : 27 JUN 2011 Semua Pengetua Sekolah Menengah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Tuan/Puan, MODUL SINERGI KOMSAS TINGKATAN 4 BAGI PENINGKATAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM 2011 Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas. 02. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Bahasa Malaysia, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan meneruskan Projek Peningkatan Bahasa Melayu SPM yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 dengan menghasilkan peningkatan sebanyak 0.56% (95.02%) dalam keputusan peperiksaan SPM berbanding tahun 2009 (94.46%). 03. Sehubungan dengan perkara itu, Unit Bahasa Malaysia dengan kerjasama sekumpulan guru cemerlang Bahasa Melayu telah menghasilkan Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 4 edisi guru dan murid yang bertujuan untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran murid dalam memahami serta menguasai kandungan buku teks KOMSAS baharu Bahasa Melayu yang akan dinilai buat pertama kalinya dalam peperiksaan SPM pada tahun ini. 04. Oleh yang demikian, tuan/puan diminta untuk mendapatkan modul tersebut dalam bentuk ‘cd’ di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing dan membuat salinan untuk sekolah tuan/puan. 06. Perbincangan lanjut tentang modul ini, boleh dilakukan dalam kalangan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah tuan/puan, melalui Panitia Bahasa Malaysia. Diharapkan juga, semua guru Bahasa Melayu yang menggunakan modul ini akan memberikan maklum balas

Transcript of Surat SPA.doc

Page 1: Surat SPA.doc

Rujukan : JP(SB)/600(02)/700/1(58)Tarikh : 27 JUN 2011

Semua Pengetua Sekolah MenengahJabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Tuan/Puan,

MODUL SINERGI KOMSAS TINGKATAN 4 BAGI PENINGKATAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM 2011

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

02. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Bahasa Malaysia, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan meneruskan Projek Peningkatan Bahasa Melayu SPM yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 dengan menghasilkan peningkatan sebanyak 0.56% (95.02%) dalam keputusan peperiksaan SPM berbanding tahun 2009 (94.46%).

03. Sehubungan dengan perkara itu, Unit Bahasa Malaysia dengan kerjasama sekumpulan guru cemerlang Bahasa Melayu telah menghasilkan Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 4 edisi guru dan murid yang bertujuan untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran murid dalam memahami serta menguasai kandungan buku teks KOMSAS baharu Bahasa Melayu yang akan dinilai buat pertama kalinya dalam peperiksaan SPM pada tahun ini.

04. Oleh yang demikian, tuan/puan diminta untuk mendapatkan modul tersebut dalam bentuk ‘cd’ di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing dan membuat salinan untuk sekolah tuan/puan.

06. Perbincangan lanjut tentang modul ini, boleh dilakukan dalam kalangan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah tuan/puan, melalui Panitia Bahasa Malaysia. Diharapkan juga, semua guru Bahasa Melayu yang menggunakan modul ini akan memberikan maklum balas keberkesanan penggunaan modul tersebut dengan melengkapkan borang yang disediakan untuk tujuan penambahbaikan berterusan. Sila hantar semula borang maklum balas yang telah lengkap diisi kepada pihak kami sebelum 30 September 2011.

Page 2: Surat SPA.doc

07. Keprihatinan dan kerjasama tuan/puan tentang perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

DR. HAJI MOHD. KASSIM BIN HAJI MOHD. IBRAHIMKetua Sektor,Sektor Pengurusan Akademik,Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

s.k. i. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah ii. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah

Sbd/….