Surat Sumbangan Koperasi

2
Kepada: Koperasi, Tarikh : 29 Januari 2015 SMK Batu Sepuluh, 32020 Sitiawan, Perak Tuan/Puan, PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PELAJAR MENYERTAI KEJOHANAN BOLA BALING MSSD DAERAH MANJUNG 2015 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman, pihak sekolah akan menghantar dua buah pasukan bola baling untuk menyertai kejohanan Bola Baling MSSD Peringkat Daerah Manjung tahun 2015. Berikut merupakan butiran kejohanan : Tarikh : 2, 4 dan 5 Feb 2015 Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang Tempat : SMK Ambrose, Ayer Tawar 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/ puan untuk menampung perbelanjaan makanan dan minuman pelajar yang menyertai kejohanan tersebut. Segala sumbangan boleh diserahkan sama ada kepada Pn.Norazamaton Aida Bt Ismail atau Pn. Nor Diyana Bt Nor Danial. Bersama-sama ini disertakan minit mesyuarat Kejohanan Bola Baling MSSD Peringkat Daerah Manjung untuk makluman dan rujukan pihak tuan/ puan. 4. Diharapkan dengan adanya sedikit sumbangan daripada pihak tuan dapat menampung kos makanan dan minuman atlet bola baling. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/ puan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

description

surat

Transcript of Surat Sumbangan Koperasi

Page 1: Surat Sumbangan Koperasi

Kepada:

Koperasi, Tarikh : 29 Januari 2015SMK Batu Sepuluh,32020 Sitiawan,Perak

Tuan/Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PELAJAR MENYERTAI KEJOHANAN BOLA BALING MSSD DAERAH MANJUNG 2015

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, pihak sekolah akan menghantar dua buah pasukan bola baling untuk menyertai kejohanan Bola Baling MSSD Peringkat Daerah Manjung tahun 2015. Berikut merupakan butiran kejohanan :

Tarikh : 2, 4 dan 5 Feb 2015Masa : 8.00 pagi - 2.00 petangTempat : SMK Ambrose, Ayer Tawar

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/ puan untuk menampung perbelanjaan makanan dan minuman pelajar yang menyertai kejohanan tersebut. Segala sumbangan boleh diserahkan sama ada kepada Pn.Norazamaton Aida Bt Ismail atau Pn. Nor Diyana Bt Nor Danial. Bersama-sama ini disertakan minit mesyuarat Kejohanan Bola Baling MSSD Peringkat Daerah Manjung untuk makluman dan rujukan pihak tuan/ puan.

4. Diharapkan dengan adanya sedikit sumbangan daripada pihak tuan dapat menampung kos makanan dan minuman atlet bola baling. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/ puan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...............................................................( NORAZAMATON AIDA BT ISMAIL)Pengurus Pasukan Bola BalingSMK Batu Sepuluh, Lekir.