surat sumbangan majlis
-
Upload
mohd-zairy-firdaus-bin-mohd-asri -
Category
Documents
-
view
7.774 -
download
9
description
Transcript of surat sumbangan majlis
6 MEI 2008
Tn. Hj. Zakaria Bin Hj. A. Shukor,Pengarah,Institut Perguruan Temenggong Ibrahim,Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru,JOHOR Melalui ,
Encik Baharum Bin SulmanKetua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPTI
Tuan,
MEMOHON BEKALAN MAKANAN JAMUAN KECIL VIP
Dimaklumkan bahawa Biro Sukan JPP ke-43 telah mengadakan aktiviti latihan silat pada setiap hari Selasa pada pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang.
2. Setelah bermesyuarat dengan jurulatih jemputan, kami ingin mengadakan Majlis Perasmian Persatuan Silat Seni Gayong IPTI dan Majlis Adat untuk memberikan pengiktirafan penubuhan persatuan ini dan sebagai salah satu adat penerimaan ahli silat gayong.
3. Sehubungan itu, kami ingin memohon sedikit peruntukan untuk jamuan kecil VIP dan air mineral untuk majlis tersebut itu. Berikut adalah dirujuk:
Bil. Perkara Kos seunit Kuantiti Jumlah 1. Jamuan Kecil RM 4.50 11 RM 49.502. Air Mineral RM 1.50 12 RM 18.00
Jumlah besar RM 67.50
4. Harapan kami agar permohonan kami diluluskan supaya mencapai objektif kami disamping memperkenalkan IPTI di mata masyarakat.
Di atas kesudian tuan yang diberikan, kami mengucapkan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
…………………………………………………(MOHD ZAIRY FIRDAUS BIN MOHD A’SRI)Pengerusi Aktiviti Silat OlahragaJawatankuasa Perwakilan Pelajar Ke-43Institut Perguruan Temenggong IbrahimJohor Bahru
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIMJALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM